Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Friday, 31 May 2013

Shajiry Akhiri Zaman Bujang Esok!!

Shajiry dan kad undangan perkahwinannya.

PELAKON dan juga penyanyi yang terkenal dengan lagu Orang Kita dan Hadirlah Kasih, Mohamad Shajiri Damery atau lebih dikenali dengan nama, Shajiry bakal melangsungkan perkahwinannya esok.

Menurut Shajiry, dia dan tunangnya, Yusnita Yusof memilih 1 Jun untuk disatukan, manakala resepsi akan diadakan pada 8 Jun ini di kampung halaman Shajiry di Kampung Tersusun, Perak.

"Persiapan telah siap 100 peratus dan kami hanya menunggu hari bahagia tersebut. Kami buat persiapan sejak awal tahun lagi supaya tidak kelam kabut.

"Saya telah mengenali dia sejak tiga tahun lalu dan mengikat tali pertunangan 9 Mac lalu. Tunang saya juga adalah rakan kongsi perniagaan saya,” ujarnya.

Berkongsi keistimewaan bakal isterinya itu, Shajiry berkata, dia terpikat dengan Yusnita kerana wanita itu memiliki sifat lemah lembut dan ciri-ciri seorang ibu yang penyayang.

"Saya bersyukur kerana hadirnya dia dalam hidup saya akan membuatkan hidup saya lebih teratur, makan dan pakai saya juga pasti akan lebih teratur," katanya.

Dalam pada itu, Shajiry berkata dia mungkin akan menangguhkan sesi bulan madu kerana bakal muncul dengan single terbaru berjudul ‘Hati Lelaki’ dan ‘Lupakan’ selepas berkahwin nanti.

Katanya, dia akan bergiat lebih aktif dalam bidang seni walaupun sudah mendirikan rumah tangga kerana mendapat sokongan daripada bakal isterinya itu.

"Saya akan kembali aktif menyanyi selepas berkahwin, tetapi agak payah untuk aktif bidang lakonan. Malah, ada antara tawaran berlakon yang terpaksa saya tolak kerana sibuk menguruskan perniagaan minyak wangi saya," jelasnya.

Gerabak Di Bahagian Enjin Meletup,Tiga Jurupandu Maut!!

Keadaan gerabak kereta api yang tersangkut akibat kejadian kebakaran.

Seorang mangsa yang mengalami kecederaan setelah tercampak keluar dari kereta api.

Laluan kecemasan digunakan untuk memapah kesemua mangsa yang tercedera ke lokasi selamat

BAGAN SERAI - Lebih 50 penumpang berdepan detik cemas apabila kereta api yang dinaiki terbakar di bahagian gerabak kawalan sebelum hilang kawalan dalam satu kejadian di Bukit Merah di sini, kelmarin.

Kebakaran yang berlaku pada jam 11 malam itu berpunca daripada kerosakan sistem kawalan gerabak elektrik dan turut menyebabkan enjin kenderaan berkenaan meletup.

Letupan itu mengakibatkan tiga jurupandu gerabak kawalan terbunuh.

Insiden itu membuatkan lebih 50 penumpang panik berikutan kejadian itu berlaku di atas landasan kereta api yang dibina merentasi Kolam Bukit Merah sejauh 3.5 kilometer.

Lebih menakutkan, api mulai marak dan merebak ke beberapa gerabak lain yang berada di belakangnya namun, tiga petugas Keretapi Tanah Melayu (KTM) Berhad yang ditempatkan di dalam gerabak penumpang berusaha memadamkan api.

Mereka berusaha mengeluarkan penumpang yang terkepung di dalam setiap gerabak dan menghubungi talian kecemasan 911.

Dalam tempoh 30 minit, sembilan jentera bomba dari sembilan Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia zon Perak Utara tiba di lokasi kejadian untuk menghulurkan bantuan kecemasan.

Sebahagian mangsa yang terperangkap di dalam gerabak dan mengalami cedera ringan berjaya dikeluarkan menggunakan sebuah ‘tramp’ kecemasan serta bot penyelamat.

Semua penumpang cedera termasuk mayat mangsa yang terbunuh berjaya dikeluarkan dan dikejarkan ke hospital terdekat untuk menerima rawatan.

Situasi cemas yang berakhir kira-kira jam 2 pagi itu, bagaimanapun bukanlah insiden sebenar sebaliknya hanya simulasi kemalangan yang dilaksanakan pada Program Latihan Kecemasan dan Kebakaran Keretapi, anjuran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon Perak Utara dengan kerjasama MMC Gamuda JV kelmarin.

Diadakan di landasan kereta api elektrik berkembar merentasi Kolam Bukit Merah di sini melibatkan lebih 70 anggota bomba, kakitangan MMC Gamuda JV dan KTM Berhad di daerah Kerian, latihan itu berjaya mencapai matlamat.

Ketua Operasi Latihan Kecemasan dan Kebakaran Zon Perak Utara, Zainuddin Abdul Rahim berkata, objektif latihan kecemasan adalah meningkatkan pengetahuan kakitangan KTM Berhad serta anggotanya mengenai langkah yang wajar diambil dalam menangani situasi kecemasan.

“Kita mahu semua bersedia berhadapan dengan insiden itu. "Simulasi ini juga dilaksanakan untuk menguji kecekapan dan mempertingkatkan tahap kesiagaan kakitangan serta anggota bomba terhadap sebarang kemungkinan melibatkan kereta api,” katanya.- Sinar Harian.

Kumpulan Mahasiswa Serang Pejabat KDN Di Putrajaya!!


Sekumpulan mahasiswa hari ini serang pejabat (KDN) di putrajaya untuk  menyerahkan memorandum kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendesak agar menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan kerana mendakwa menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan politiknya.

Presiden Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Safwan Anang mendakwa, Ahmad Zahid lebih mengutamakan tangkapan terhadap pemimpin pembangkang berbanding menyelesaikan kes jenayah bersenjata yang berleluasa sejak akhir-akhir ini.

Dakwanya, Ahmad Zahid mengarahkan supaya polis membuat tangkapan dan buat pertuduhan terpilih.

“Beliau menyalahgunakan kuasa yang bermotif politik dan mengetepikan isu jenayah," dakwanya selepas menyerahkan memorandum, di sini, hari ini.

Safwan yang sebelum ini ditahan atas tuduhan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan bersama Tian Chua, Tamrin dan Haris pada 29 Mei lalu.

Kesemuanya mengaku tidak bersalah atas tuduhan terhadap mereka dan mahkamah membenarkan keempat-empat individu tersebut diikat jamin RM5,000 setiap seorang. Bagaimanapun Safwan enggan diikat jamin dan dibawa ke penjara Sungai Buloh.

Safwan telah dibebaskan pagi tadi.

Sebelum itu, Safwan menyerahkan memorandum kepada wakil KDN, Penolong Setiausaha Keselamatan dan Ketenteraman Awam, Abdul Hafiz sebagai bantahan terhadap penangkapan beberapa pemimpin politik pembangkang seperti Naib Presiden PKR, Tian Chua, Ahli Parlimen Batu Berendam, Tamrin Abdul Ghafar dan Presiden Asalkan Bukan Umno (Abu), Haris Ibrahim serta aktivis mahasiswa, Adam Adli Abd Halim di bawah Akta Hasutan 1948.

Kumpulan itu turut menuntut supaya KDN memulihkan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang tercalar.- Bernama

Panas!!Nurul Izzah Dicabul!!

Kesian beb. Si Nurul Izzah ni mengadu kata dia telah dicabul dengan kejam oleh pihak Imigresen Sabah sehingga tak dibenarkan buat apa - apa lansung.

Erk, kalau tak boleh nak buat apa - apa, macam mana pulak Si Nurul Izzah tu boleh hantar pesanan dalam laman twitterm, memaklumkan yang dia ditahan semalam? 

Hantar pesan twitter tu bukan bukti yang dia boleh buat apa saja ke? Malah, dia bukan sahaja dibenarkan untuk hantar mesej, tapi dia juga dibelanja makan.

Nah!!! Makan pulak bukan sebarang makan beb. Makan KFC lagi tu!!! Pun pihak Imigresen tu masih dianggap kejam lagi ke? Tolong la Nurul!!!

Hakikatnya, Si Nurul Izzah tu ditahan dan tidak dibenarkan menjejak kaki ke Negeri Sabah berdasarkan peraturan yang sah. Jadi, tak payah la dia nak meroyan tak tentu arah.

Cuba Si Nurul Izzah tu belajar untuk menerima Kebenaran sekali sekala. Semua orang dalam Malaysia ni memang tak suka dengan dia. 

Mana tidaknya. Dah kerja dia hanya menghasut orang dan buat cerita fitnah je. Macam la tak de kerja lain yang dia boleh buat. Kalau kerja dia jaga rakyat tahan jugak. Ini tidak. Asyik nak MENIPU je!!! Macam Gampang!!!


KOTA KINABALU 30 Mei - Jabatan Imigresen Sabah mengesahkan bahawa larangan terhadap Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar daripada memasuki Sabah dibuat mengikut lunas undang-undang. 
Pengarahnya, Noor Alam Khan A. Wahid Khan berkata, larangan itu tertakluk kepada bidang kuasa kerajaan negeri dan pihaknya hanya mematuhi arahan yang dikeluarkan dari Pejabat Ketua Menteri. 
"Beliau (Nurul Izzah) ditolak masuk (not to land) mengikut Seksyen 65 (1)(a) Akta Imigresen 1959/1963 atas arahan pihak Kerajaan Negeri Sabah," katanya kepada Utusan Malaysia di sini malam ini sambil enggan mengulas lanjut mengenai insiden berkenaan. 
Nurul Izzah dalam Twitternya pada pukul 7.30 malam menyebut; "Saya ditahan oleh Imigresen Sabah dan diarah pulang oleh Pejabat Ketua Menteri Sabah. Beginilah nasib demokrasi pasca PRU-13. Just you wait BN".
[Sumber]

Thursday, 30 May 2013

Pil Kuda Bernilai RM 2.97 Juta Dirampas,Di Negeri Tok Guru!!!

KOTA BHARU: Polis Kelantan berjaya merampas hampir 100,000 biji pil kuda bernilai RM2.97 juta selepas menyerbu sebuah rumah di Kampung Kebakat, Wakaf Bharu, Tumpat, petang semalam.

Dalam serbuan kira-kira jam 4.15 petang itu, polis turut menahan dua lelaki berusia 27 dan 23 tahun disyaki pengedar dadah yang menjadikan rumah sewa terbabit sebagai transit penyimpanan dadah. 

Timbalan Ketua Polis, Datuk Mazlan Lazim berkata dalam serbuan itu, polis menemui sebanyak 93,694 pil kuda yang disimpan dalam sebuah beg dalam rumah berkenaan. 

Katanya, siasatan mendapati suspek utama yang berusia 27 tahun itu sudah dua bulan melakukan kegiatan itu bersama rakannya di rumah yang disewa mereka.

Katanya, polis turut merampas sebuah kereta jenis Perodua Myvi dan mesin pengira wang di rumah berkenaan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati. 

"Kita tidak menolak kemungkinan ini adalah kegiatan pengedaran dadah terbesar yang mempunyai rangkaiannya, namun siasatan terperinci masih dilakukan," katanya, pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini, hari ini.

Indonesia Haramkan Penggunaan Pembesar Suara Ketika Khutbah Dan Ceramah!!

Jakarta: Majlis Masjid Indonesia (DMI), semalam mengumumkan ia akan mengharamkan penggunaan pembesar suara untuk khutbah dan ceramah di masjid di negara itu.

“Kami sedang membincangkan perincian teknikal mengenai perkara itu,” kata ketua DMI, Jusuf Kalla yang dipetik akhbar Kompas.com. 

Jusuf yang juga bekas naib presiden Indonesia berkata, masjid, bagaimanapun masih dibenarkan menggunakan pembesar suara untuk laungan azan, tetapi bukan untuk urusan lain. 

“Jika pembesar suara digunakan untuk melaungkan azan, ia tidak menjadi masalah kerana kaedah itu memang digunakan di masjid di seluruh dunia, manakala tempoh laungan azan hanya kira-kira tiga minit,” katanya.

Kebanyakan daripada lebih 800,000 masjid di Indonesia menggunakan pembesar suara ketika memperdengarkan bacaan ayat suci al-Quran dan nasyid siang dan malam.

Timbalan Pengerusi DMI, Masdur Farid Masudi berkata, penggunaan pembesar suara ketika khutbah Jumaat dibenarkan di dalam lingkungan kawasan masjid, tetapi penggunaan peralatan itu menghadap bahagian luar mungkin mengganggu penduduk berhampiran.

“Jemaah yang datang ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat sudah pasti perlu mendengar khutbah, tetapi kita tidak pasti sama orang di bahagian luar masjid yang tidak dikenali patut mendengarnya atau tidak. Mereka yang berada ‘di luar’ mungkin tidak bersetuju dengan ceramah yang disampaikan,” katanya. 
Masdur berkata, selain kemungkinan menganggu kawasan kejiranan di sekitar masjid, khutbah yang diperdengarkan menggunakan pembesar suara boleh mendedahkan ‘rahsia Islam’.

“Jika rahsia itu diperdengarkan hingga ke bahagian luar, segala perkara mengenai kita akan terdedah, Mereka akan tahu semua baik buruk kita,” katanya.

Pada Februari lalu, seorang lelaki berusia 75 tahun di Banda Aceh, Sayed Hassan, menang dalam samannya ke atas sebuah masjid dekat kediamannya.

Di dalam samannya itu, Sayed berkata, suara kuat daripada enam pembesar suara di masjid itu memberi kesan buruk kepada kehidupannya.

Beliau dipaka menarik balik tindakan undang-undang yang dilakukannya selepas menerima ancaman bunuh, tetapi sejak itu bunyi pembesar suara itu diperlahankan.- Bernama

Penganut Buddha Baling Batu Pada Orang Islam!!!

Beratus-ratus penganut Buddha bersenjatakan kayu, menaiki motosikal dan meronda di jalan-jalan sekitar Lashio, negeri Shan, utara Myanmar, semalam. 

Seorang penduduk ditetak sehingga mati dan empat lagi cedera dalam keganasan terbaharu membabitkan penganut Islam dan Buddha di utara Myanmar hari ini.

Kematian pertama itu dicatatkan selepas beratus-ratus penganut Buddha di bandar Lashio yang menaiki motosikal sambil membawa batang besi dan buluh runcing, membaling batu ke arah premis serta rumah penduduk Islam.

Kejadian hari ini berlaku sehari selepas rusuhan kaum di antara penganut Buddha dan Islam yang menyaksikan beberapa masjid, sekolah agama dan kedai dibakar.

Kebanyakan penganut Buddha dan Islam tidak keluar rumah dengan kedai-kedai ditutup ekoran insiden rusuhan yang tercetus selepas seorang lelaki Islam, Ne Win, 48, menyimbah petrol dan membakar seorang wanita penjual minyak Buddha, Aye Aye Win, 24.

Keadaan agak tenang pada pagi ini, tetapi menjelang petang beratus-ratus pemuda Buddha yang menunggang motosikal berteriak sambil memegang kayu merayau-rayau di sekitar bandar berhampiran bangunan Dewan Bandar Raya.

Seorang sami Buddha turut dilihat menjadi pembonceng kepada kumpulan bermotosikal itu sambil memegang kayu.

“Keluarga saya hanya berkurung di rumah kerana takut akan diserang. Terdapat khabar angin yang menyatakan keganasan akan tercetus hari ini," kata seorang penduduk Islam, Ko Maung Gyi yang bercakap melalui telefon dari rumahnya di Lashio.

Dalam insiden semalam, televisyen kerajaan MRTV melaporkan, sebuah masjid dan sebuah sekolah agama serta beberapa kedai milik penduduk Islam dibakar oleh penduduk Buddha di bandar Lashio, negeri Shan semalam, kira-kira 190 kilometer ke selatan Muse di sempadan China.

Insiden keganasan terbaharu itu memburukkan lagi masalah yang dihadapi oleh usaha pembaharuan kerajaan pimpinan Presiden, Thein Sein.

Menurut penduduk, selepas pihak polis menahan suspek yang membakar wanita itu, penganut Buddha mengepung balai polis dan menuntut supaya Ne Win diserahkan kepada mereka.

Namun, tuntutan mereka ditolak dan menyebabkan kumpulan itu mengamuk serta bertindak membakar masjid Myoma berhampiran pasar Lashio.- Utusan Online

Wednesday, 29 May 2013

Caj Parking Naik 60 Sen Sejam Di Shah Alam!! Terima Kasih Pakatan Rakyat!!

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan menaikkan kadar bayaran tempat letak kereta di kawasan pentadbirannya dari 40 sen sejam kepada 60 sen sejam.

Datuk Bandar Shah Alam Datuk Mohd. Jaafar Mohd. Atan berkata, kenaikan itu wajar dilakukan memandangkan kadar 40 sen sejam telah diperkenalkan sejak 1998 dan kadar baharu itu akan berkuat kuasa dalam tempoh terdekat.

"Kadar caj yang dikenakan pada masa ini sudah tidak sesuai dengan keadaan semasa dan status Shah Alam sebagai bandar raya," katanya ketika mempengerusikan mesyuarat bulanan MBSA di sini hari ini.

Beliau berkata MBSA juga akan mengadakan program kutipan kompaun tempat letak kereta yang menawarkan potongan 80 peratus, bermula 10 Julai hingga 7 Ogos depan, iaitu sepanjang bulan Ramadan.

Katanya, tunggakan kompaun letak kereta kini berjumlah RM9 juta dengan tiga kawasan mencatat jumlah tertinggi iaitu Seksyen 9, Seksyen 13 dan Seksyen 25.

Tuesday, 28 May 2013

30 Ditahan Berbogel,Dalam Upacara Memuja Syaitan!!


Riyadh: Polis agama Arab Saudi, menahan 30 orang termasuk warga asing dan tempatan selepas mereka ditangkap kerana mengadakan satu majlis bersuka-ria, bercampur lelaki dan perempuan, menghisap dadah, berbogel, minum arak dan mengadakan upacara memuja syaitan lapor sebuah akhbar, semalam. 

Anggota Suruhanjaya Amar Makruf Nahi Mungkar, menyerbu sebuah perkhemahan waktu malam di luar ibu kota ini yang diterangi obor berinspirasikan filem dan menahan 30 orang dari 11 negara dengan sebahagian mereka sedang berbogel. 

Gambar Hiasan

Seks bebas 

Akhbar Sabq yang memetik kenyataan seorang anggota suruhanjaya itu melaporkan tiga lelaki ditangkap sedang melakukan hubungan seks dengan seorang wanita di dalam sebuah khemah. 

Sementara itu yang lain ditahan sedang mengambil dadah, termasuk seorang daripadanya warga Amerika Syarikat. 

“Mereka menghisap dadah dan minum arak, sebahagian yang lain sedang menari dengan cara aneh ketika diserbu. 

“Kebanyakan mereka menari di sekeliling api sebagai sebahagian upacara syaitan mereka. Malangnya, ada diantara mereka warga warga Arab Saudi sendiri,” katanya. 
Menurut laporan akhbar terbabit, mereka yang ditahan berasal dari Amerika Syarikat, Eropah, Arab Saudi dan negara Arab lain. - Bernama

Red Bean Army Serang Kerajaan!!!


Kecaman serta penghinaan berterusan yang dihamburkan oleh Red Bean Army terhadap kerajaan jelas membuktikan tentera siber DAP itu gagal menutup rasa kecewa kerana tidak berjaya memperoleh 'kuasa' di Putrajaya.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, walaupun beliau sendiri tidak terlepas daripada serangan tentera siber berkenaan, perkara itu adalah lumrah bagi mereka yang bergelar ahli politik.

Meskipun tidak menyatakan bentuk tindakan yang akan diambil terhadap pihak terbabit, beliau dengan nada sinis memberitahu, mereka merupakan jenis manusia yang hanya tahu menyalahkan pihak lain berbanding diri sendiri.

"Cacian memang makanan buat orang politik. Saya telah maafkan mereka yang mencaci dan akan terus memaki hamun saya. Kebanyakan mereka ini masih berdarah muda.


"Mereka sedang menanam kebencian sebab gagal menawan Putrajaya. Biarlah mereka melayani kekecewaan itu dengan melepaskan perasaan kecewa secara menyalahkan semua orang lain, kecuali diri sendiri," katanya.

Beliau mengulas pendedahan seorang pembaca Utusan Malaysia berketurunan Cina bernama Kevin J. C. Chuah tentang sikap Red Bean Army yang terus mengecam dan membuat penghinaan khususnya menerusi laman sosial Facebook propembangkang.

Menurut pembaca tersebut, tulisan dan ayat-ayat yang diguna oleh mereka memang menjijikkan dan serangan peribadi bertubi-tubi dilancarkan terhadap Ahmad Zahid, sekali gus membuktikan sifat sebenar kumpulan Red Bean Army yang suka mencaci, menyuntik rasa kebencian dengan sewenang-wenangnya.

Akaun Facebook propembangkang itu juga dengan lantang mengutuk Ahmad Zahid dan meminta beliau meletak jawatan di samping menggunakan tulisan biadab berbunyi: "Negara ini bukan milik bapak kau!!!".

Mengulas lanjut 'tangan-tangan' jahat Red Bean Army itu, beliau berkata: "Saya harap suatu hari nanti mereka akan tahu kebaikan yang akan saya terapkan demi kepentingan keselamatan negara".

Sebelum ini, Ahmad Zahid menegaskan akan membanteras penyebaran maklumat dalam media sosial yang menyentuh isu perkauman, mencabar Perlembagaan serta fitnah, khususnya yang didalangi Red Bean Army.- Utusan Online

Monday, 27 May 2013

Setiausaha PKR Johor Didakwa Di Mahkamah Anjur Perhimpunan Haram!!

Setiausaha Kerja Parti Keadilan Rakyat(PKR) Johor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen berhubung penganjuran Himpunan Black 505 di sini pada pertengahan bulan ini.

R.Yuneswaran, 27, sebagai penganjur didakwa gagal memaklumkan kepada Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan sepuluh hari sebelum perhimpunan itu diadakan.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat PKR di Jalan Beladau 19, Taman Puteri Wangsa, Ulu Tiram di sini pada kira-kira 8.30 malam, 15 Mei lepas mengikut Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 9(5) akta sama yang membawa hukuman maksimum denda RM10,000 jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Iskandar Ahmad menawarkan ikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh.

Bagaimanapun, peguam Jimmy Puah dan Hassan Abdul Karim memaklumkan ikat jamin tidak wajar dikenakan kerana tertuduh orang tempatan, memiliki rekod bersih dan memberi kerjasama sepenuhnya sepanjang siasatan kes.

Hakim Muhammad Jamil Hussin kemudian memutuskan Yuneswaran tidak perlu membayar ikat jamin dan menetapkan 10 Jun sebagai tarikh sebutan semula kes. - BERNAMA

Sunday, 26 May 2013

Tahniah!!!Azhar Idrus Tambah Bini Lagi!!!





Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada Ustaz Azhar Idrus yang telah mendirikan mahligai dengan pasangannya yang ke-3 pada hari ini Ahad, 26 Mei 2013 bertempat di Perumahan Taman Keramat Permai, AU1, Keramat, Kuala Lumpur.

Ramai yang bertanya apakah rahsia Ustaz sehingga ramai yang berminat, sedangkan kami yang masih bujang, belum ada yang menjenguk.

Hebat sungguh Ustaz, siap ada udang memanjat semasa sesi makan beradab yang turut diiringi oleh isteri pertama dan kedua di kiri kanan pengantin.

Suspek Hina Sultan Terengganu Dalam Facebook Ditahan!!


Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah berjaya mengesan suspek yang menghina DYMM Sultan Terengganu di laman Facebook-nya.

Dengan kerjasama polis, suspek berkenaan telah ditahan untuk disoal siasat.

Jika didapati bersalah, dia boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau satu tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

SKMM memandang serius terhadap penyalahgunaan media sosial untuk memuatnaik kandungan yang berunsur menghina terutamanya institusi DiRaja Malaysia.

"Undang-undang negara berkuatkuasa tidak kira di mana-mana, baik di luar mahupun di dalam talian. Jenayah tetap jenayah, walaupun di dalam media sosial," kata Pengerusi SKMM, Datuk Mohamed Sharil Tarmizi.

"Pengguna media sosial perlu sedar bahawa mereka tidak sekebal seperti yang disangkakan. Oleh itu, kami menyeru kepada orang ramai supaya berhati-hati dan bersikap lebih bertanggungjawab semasa berkomunikasi di alam maya. Sesiapa yang melanggar lunas undang-undang akan dibawa ke muka pengadilan," tambah Sharil.

SKMM adalah sebuah badan berkanun ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 (ASKMM) yang melaksana dan mempromosikan matlamat dasar kebangsaan Malaysia bagi sektor komunikasi dan multimedia.- Bernama

Thursday, 23 May 2013

Pembunuh Sosilawati Dihukum Gantung Sampai Mati!!


Bekas peguam N Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya dihukum gantung sampai mati selepas disabitkan oleh Mahkamah Tinggi di sini, sebentar tadi, dengan kesalahan membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya, hampir tiga tahun lalu.

Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu selepas berpuas hati dengan semua bukti dan bahan bukti yang dikemukakan di mahkamah sepanjang perbicaraan yang bermula pada 4 Julai 2011.

Katanya, pendakwaan berjaya membuktikan kes berkenaan melangkaui kerugian munasabah manakala pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes itu.

Pathmanabhan, 44; T Thilaiyagan, 22; R Matan, 23 dan R Khatavarayan, 33, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan membunuh Sosilawati, 47; pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38; peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32 dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44, di Lot Nombor 2001 Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting, 30 Ogos 2010. -sinar harian

Tian Chua, Harris Ibrahim Ditahan Polis?!!


Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua dan aktivis propembangkang Harris Ibrahim ditahan polis mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 tengah hari ini.

Menurut Twitter Tian Chua, beliau ditahan di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), Sepang dekat sini sebelum memasuki pintu kawalan keselamatan untuk menaiki pesawat.

Sementara itu, Harris pula ditahan ketika makan tengah hari di Segambut di sini.

Difahamkan, kedua-dua mereka dibawa ke Lokap Berpusat Kuala Lumpur - Utusan Online

Panas!!Karpal Singh Hina Dewan Negara?!

Cadangan Pengerusi DAP, Karpal Singh supaya Perlembagaan Persekutuan dipinda bagi membolehkan Dewan Negara dimansuhkan merupakan penghinaan kepada fungsi institusi itu yang telah wujud selama lebih 50 tahun.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, tindakan Karpal mempersoal dan mempolitikkan peranan Dewan Negara jelas cuba menafikan kuasa Perlembagaan negara.

Sehubungan itu, menurut beliau, sebanyak 83 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam sebulat suara membantah sekeras-kerasnya cadangan Karpal tersebut.

"Usaha DAP memansuhkan Dewan Negara diketahui sejak dahulu lagi dan kali ini kami mahu tindakan tegas diambil terhadap Karpal berhubung isu tersebut.

"Kami juga mahu ahli DAP fikir semasak-masaknya peranan Dewan Negara yang selama lebih 50 tahun mewakili rakyat termasuk ahli DAP sendiri menyuarakan pelbagai permasalahan," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Pada 18 Mei lalu, Karpal mencadangkan Dewan Negara dimansuhkan kerana beliau berpendapat kewujudan institusi itu tidak memberi makna secara menyeluruh dan hanya membazir.

Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata, kaedah seperti yang diamalkan Singapura iaitu kewujudan ruang perundangan tunggal sesuai diamalkan di negara ini untuk kepentingan awam.

Menurut Nadzim, pihaknya turut menyokong pendirian Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi supaya pihak yang cuba mengganggu kestabilan negara dikenakan tindakan tegas.

Dalam pada itu, Presiden Suara Anak Muda 1Malaysia, Armand Azha Abu Hanifah berkata, tindakan Karpal mempersoal kewujudan Dewan Negara menunjukkan beliau tidak memahami sepenuhnya fungsi dan peranan institusi tersebut yang banyak membela rakyat.


"Dewan Negara diwujudkan sebagai suara yang mewakili rakyat, jadi DAP tidak patut menyentuh peranan institusi ini demi agenda politik mereka," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia, Zulkifli Sharif berkata, cadangan Karpal tersebut membayangkan DAP berhasrat menjadikan Malaysia sebuah negara republik seperti Singapura.

"Sehubungan itu, saya mengajak seluruh rakyat mempertahan Perlembagaan negara bagi mengelak cita-cita DAP tersebut menjadi kenyataan," katanya.- Utusan Online

18 Individu Ditahan Sertai Perhimpunan Depan Balai Polis Jinjang!!

Seramai 18 individu, termasuk empat wanita, ditahan ketika berhimpun di hadapan Balai Polis Jinjang  untuk memberi sokongan kepada Adam Adli 

Perhimpunan tersebut dilaporkan bermula pada kira-kira 8 malam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, berkata mereka ditahan kerana gagal mematuhi arahan polis supaya beredar selepas diberi masa 10 minit.

Selain itu Mereka di katakan mula bertindak mencabar polis dengan menggunakan perkataan kesat dan melancarkan provokasi bebaur sentimen seperti "Melayu bangsat Dan Melayu bodoh". Dinasihatkan agar semua bertenang dan menjaga keharmonian negara kita.

Wednesday, 22 May 2013

Tentera Filipina Ada Bukti Pembangkang Serahkan Wang Pada Pengganas Sulu!!!

Penyerahan wang oleh ahli Parlimen pembangkang kepada kumpulan pengganas Kiram di Manila, yang dikesan perisikan tentera Filipina adalah sebahagian daripada bukti kukuh pembabitan pembangkang dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah pada Februari lalu.

Berita Harian melaporkan urusan membawa dan menguruskan sejumlah besar wang tunai itu diarahkan oleh seorang individu berkepentingan dari negara ini berlaku pada 7 Februari, iaitu dua hari sebelum pencerobohan pada 9 Februari.

“Urusan penyerahan wang pada 7 Februari dipercayai kepada wakil kumpulan pengganas Kiram dapat diintip dan direkod oleh perisikan tentera Filipina. Ia adalah isyarat utama insiden pencerobohan bakal berlaku,” katanya.

Pasukan perisikan negara berkenaan juga menerima maklumat bahawa kumpulan pengganas mula menyerahkan wang kepada ahli keluarga terdekat mereka sebagai belanja sebelum mereka menceroboh Sabah.

Sumber itu juga berkata: “Isyarat makin jelas apabila lagu Sabah Nak Hilang mula didendangkan dan dinyanyikan dalam siri ceramah pembangkang seolah-olah sesuatu akan berlaku di Sabah,” katanya.

Katanya, tujuan utama lagu itu dinyanyikan adalah untuk mengalihkan tumpuan jika berlaku sebarang insiden tidak diingini ke atas Sabah, pihak yang harus dipersalahkan adalah Kerajaan Pusat sedangkan pada masa sama rancangan jahat menceroboh Sabah sedang dilakukan oleh pembangkang.

Pada 9 Februari, kumpulan pengganas Kiram dikesan memasuki Pantai Timur Sabah, iaitu hari yang sama dua Ahli Parlimen pembangkang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Tiga hari kemudian, lebih 150 orang pengganas lengkap berpakaian seragam tentera dan bersenjata api dikesan memasuki kawasan Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Kelmarin, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sudah memperoleh semua bukti berkaitan pembabitan tiga pemimpin pembangkang dalam insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu.

Semua bukti dijangka dikemukakan kepada Peguam Negara dalam tempoh terdekat. untuk tindakan susulan selepas PDRM dan ATM membuat penelitian dari segi undang-undang untuk memperkuat hujah di mahkamah.

Anwar Mula Gelabah Tak Tentu Hala?!!


Anwar semakin pening kepala apabila Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi semalam berkata semua dokumen dan maklumat terperinci yang telah diperoleh akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk mengambil tindakan terhadap individu terbabit. Pepatah Melayu ada menyatakan 'Siapa makan cili, dia yang rasa pedas'. 

Pepatah ini sangat bertepatan dengan Anwar kerana beliau sudah dapat merasakan dirinya akan sekali lagi dihumban ke dalam penjara walaupun Zahid hanya memberitahu tiga pemimpin pembangkang yang didakwa terlibat dalam insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, Sabah tidak akan didedahkan untuk mengelakkan prasangka atau prejudis apabila kes itu dibawa ke mahkamah. 

Apa yang lebih menarik, maklumat terperinci itu bukan sahaja datang dari pihak polis, malah pihak tentera juga terlibat dalam mengumpulkan segala bukti-bukti yang ada. Berdasarkan laporan tersebut, polis dan tentera akan meneliti dari segi undang-undang untuk kuatkan hujah di mahkamah. Polis, tentera dan peguam negara akan duduk bermesyuarat untuk serahkan dokumen tersebut untuk tindakan selanjutnya. 

Rakyat Malaysia nampaknya sudah tidak sabar lagi untuk mengetahui siapakah dua orang dari semenanjung dan seorang dari Sabah yang telah menjadi pengkhianat kepada negara. Bukan sahaja rakyat, tetapi pemimpin pembangkang iaitu bekas Ketua Menteri Sabah, Yong Teck Lee semalam turut mendesak agar tiga pemimpin pembangkang yang didakwa terlibat dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu, didedahkan. 

Memandang pilihan raya umum telah berakhir dengan jayanya, adalah amat tepat dan masa yang terbaik untuk mendedahkan dalang tersebut kerana jika pendedahan dibuat sebelum PRU13, ia seolah-olah mempunyai tujuan politik. Selepas dibebaskan dari penjara, Anwar sepatutnya menjadi seorang Muslim yang baik dan berguna untuk masyarakat Islam di negara ini dan berhenti daripada menjadi seorang pengkhianat yang melampaui batas. 

Baca Selanjutnya Disini

CUEPACS Gesa Boikot AirAsia!!!


Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menggesa kakitangan awam seluruh negara memboikot perkhidmatan penerbangan AirAsia ataupun menjadikan syarikat penerbangan itu sebagai pilihan terakhir untuk ke mana-mana destinasi.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, langkah ini susulan daripada aduan dan rungutan orang ramai terhadap perkhidmatan AirAsia yang jelas tidak memuaskan.

"Saya minta setiap ketua jabatan di dalam sektor awam turut menjadikan syarikat penerbangan lain seperti Malaysia Airlines System Bhd. (MAS) dan Firefly sebagai pilihan utama mereka untuk sebarang urusan rasmi kakitangan mereka sama ada di dalam mahupun ke luar negara.

"Kuasa pengguna daripada 1.4 juta kakitangan awam mampu memberi kesan kepada AirAsia, jadi saya minta semua kakitangan awam membuktikannya terutama pada musim cuti sekolah nanti," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kecaman beberapa persatuan pengguna terhadap mutu perkhidmatan syarikat penerbangan tambang murah AirAsia yang mengecewakan serta sikap sambil lewa khususnya dalam memberi penjelasan dan pertolongan kepada penumpang yang berdepan masalah.

Presiden Kesatuan Pegawai Eksekutif (Kepak), Saadon Aris turut bersetuju supaya kakitangan kerajaan menjadikan AirAsia sebagai pilihan terakhir untuk sebarang urusan penerbangan rasmi mahupun peribadi mereka.


"Sememangnya terdapat banyak aduan berhubung perkhidmatan dan layanan daripada AirAsia yang tidak memuaskan, jadi saya minta kakitangan awam negara ini menilai semula pilihan mereka sekiranya perlu menggunakan perkhidmatan penerbangan.

"Kini pengguna mempunyai beberapa pilihan lain termasuk kemunculan syarikat penerbangan tempatan terbaharu, Malindo Air. Malah sebagai kakitangan awam, mereka juga boleh mengutamakan perkhidmatan MAS dan Firefly yang merupakan syarikat milik kerajaan (GLC)," katanya.

Sementara itu, Presiden Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM), Datuk Seri Dr. Saharuddin Awang Yahya memberitahu, pihaknya juga sering mendapat rungutan daripada pengguna berhubung perkhidmatan AirAsia yang diragui dan mengelirukan.

"Dalam hal ini saya menggesa orang ramai supaya menggunakan sepenuhnya kuasa pengguna. Mereka berhak untuk memilih perkhidmatan yang terbaik malah di negara ini beberapa syarikat turut menawarkan perkhidmatan penerbangan yang jelas lebih baik berbanding AirAsia.- Utusan Online

Air Asia Enggan Bawa Pulang Jenazah Ke Malaysia!!!!


Perkhidmatan syarikat penerbangan murah AirAsia sekali lagi menjadi perhatian umum berikutan keputusan syarikat itu enggan mengangkut pulang jenazah seorang wanita dari Jogjakarta ke negara ini.

Tindakan AirAsia memberi alasan 'tiada perkhidmatan menghantar pulang jenazah' menyebabkan waris wanita terpaksa membawa jenazah terlebih dulu menggunakan pesawat dari Jogjakarta ke Jakarta untuk menaiki Penerbangan Malaysia ke Kuala Lumpur malam ini.

Jenazah Fatimah Sudin, 71, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dekat sini kira-kira pukul 9.30 malam. Warga emas itu meninggal dunia kira-kira pukul 2.50 petang semalam di Rumah Sakit JIH, Jogjakarta kerana masalah jantung.

Anak Allahyarham yang enggan namanya disiarkan ketika dihubungi Utusan Malaysia memberitahu, ibunya bersama sekumpulan rakyat Malaysia berangkat ke Jogjakarta menggunakan penerbangan AirAsia Jumaat lalu dan sepatutnya kembali ke tanah air pagi ini menggunakan penerbangan yang sama.

''Oleh kerana ibu saya menaiki pesawat AirAsia, maka ejen di Jogjakarta terus menghubungi syarikat tersebut untuk urusan penghantaran balik jenazah ibu saya. Bagaimanapun, ejen tersebut dimaklumkan AirAsia tidak menyediakan perkhidmatan seumpama itu,'' katanya.

Dia yang terbang ke Jogjakarta sebaik mengetahui keadaan ibunya sedang tenat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Rumah Sakit JIH berkata, beliau sempat melihat keadaan ibunya yang sedang koma kira-kira pukul 1.50 petang semalam dan membacakan surah Yasin sebelum Allahyarham menghembuskan nafas terakhir sejam selepas itu.

Dia berkata, selepas ibunya meninggal dunia dan dimaklumkan bahawa AirAsia tidak menyediakan perkhidmatan penghantaran jenazah, ejen di Jogjakarta menghubungi MAS untuk urusan tersebut.

Bagaimanapun katanya, oleh kerana MAS tidak mempunyai penerbangan terus Jogjakarta ke KLIA, pihaknya terpaksa menguruskan penghantaran jenazah menerusi penerbangan Garuda ke Jakarta terlebih dahulu sebelum MAS dapat mengendalikan urusan tersebut sehingga selesai.

Menurutnya, pada petang Ahad lalu ibunya mengalami muntah-muntah ketika berada di dalam bas sebaik sahaja rombongan tersebut selesai menjamu juadah.

''Apabila tiba di hotel keadaan ibu saya semakin teruk, dan Allahyarham dimasukkan ke Rumah Sakit JIH. Doktor di sana memaklumkan ibu saya koma dan diserang angin ahmar selain mengalami masalah saluran darah tersumbat menyebabkan beliau tidak sedar.

''Allahyarham kemudian ditempatkan di Unit Rawatan Rapi hospital tersebut sehinggalah saya tiba semalam,'' katanya.

Jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan Seksyen 21, Shah Alam, Selangor.

Sementara itu, seorang pegawai AirAsia yang dihubungi memberitahu sebab syarikat itu tidak membawa jenazah adalah kerana mereka 'tidak mempunyai lesen' untuk berbuat demikian.-Utusan Online

Tuesday, 21 May 2013

Ahli DAP Hata Wahari Semakin Kurang Ajar Dan Biadap?!!


Bekas Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Hatta Wahari sejak menyertai parti ‘ultra kiasu’ DAP dilihat semakin berjaya meresapi ideologi dan mentaliti pembangkang yang gemar berpolitik di jalanan. Namun amat malang baginya apabila demonstrasi yang dianjurkan itu GAGAL mendapat sambutan seperti yang diharapkan apabila hanya dihadiri oleh ahli DAP itu sahaja.

Dia yang pada mulanya berhasrat untuk meluahkan bantahan ke atas gaya dan kandungan penerbitan akhbar arus perdana Utusan Malaysia, muncul untuk beberapa minit sahaja di hadapan premis syarikat itu. Namun, insiden tersebut mengundang reaksi negatif mereka yang berada di tempat kejadian apabila, Hatta selaku PENGANJUR dan KETUA DEMO tidak dapat menahan rasa malu telah menunjukkan isyarat lucah kepada kakitangan Utusan yang ‘menyambut’ kehadirannya.

Menurut rekod, Hata adalah merupakan bekas kakitangan Utusan yang dipecat kerana di dapati bersalah mengeluarkan kenyataan yang cenderung menyokong ideologi pakatan pembangkang. Malah beliau juga sebelum ini pernah mengugut akan mendedahkan kepada umum identiti sebenar ‘Awang Selamat’

Berbalik kepada isu menunjukkan isyarat lucah tadi, sebagai seorang yang berpendidikan dan kononnya mempunyai maruah diri, dia sepatutnya tidak melakukan perkara sedemikian. Ini secara tidak langsung menunjukkan pemikiran yang sempit serta sikap tidak profesional yang wujud dan membelenggu dirinya. Tak ubah seperti orang yang ‘gila talak’.

Sedangkan secara rasionalnya, jika benar terdapat rasa tidak puas hati, Hatta boleh menyuarakan perkara tersebut dengan cara yang lebih berhemah dan beradab. Syukur kakitangan Utusan mempunyai tahap mentaliti yang tinggi, kalau tidak meriah juga aktiviti demonstrasi petang semalam.

Sebagai seorang yang telah terjun ke kancah politik, dia seharusnya menunjukkan sikap orang yang mempunyai sahsiah diri yang baik serta tidak menjatuhkan maruah sendiri dan agama. Orang politik akan bergaul dengan segenap lapisan masyarakat dan sikap yang kurang rasional dan tidak profesional boleh mendatangkan impak negatif.

Tetapi, inilah cara politik pembangkang, mereka lebih selesa gunakan kekerasan dan menunjukkan kebodohan masing-masing bagi mencapai kepuasan yang diingini. Kalau dapat diubah, mesti lebih cantik corak perjalanan politik negara yang mewujudkan satu persaingan yang sihat.

Kalau beginilah gayanya pembangkang, memang tidak jauh perginya. Untuk menggantikan kerajaan sedia ada, haruslah menjadi yang lebih baik. Kalau orang-orang seperti Hatta Wahari ini yang dikumpul Pakatan Rakyat, memang buruk lah pakatan sampai bila-bila dan tidak akan wujud daya persaingan yang sihat.

Biarlah bodoh sedikit, asal tinggi budi pekertinya. Kerana dengan adab yang tinggi, banyak ilmu yang dapat dipelajari. Kawan pun senang untuk dicari. Cuma satu menjadi kemusykilan ialah, sejak ahli DAP ini dipecat dari Utusan, dia yang sebelum ini hanya memakai kereta cabuk, dilihat semakin bergaya dengan kereta mewah. Persoalannya dari mana sumber kewangan tersebut diperoleh? Renung-renungkan.

Tahniah!!!Enam Anak Felda Tawan Puncak Everest!!


Tahniah!!!Enam daripada tujuh pendaki Everest-Felda 2013 berjaya mengharumkan nama negara apabila menakluk puncak tertinggi dunia, Gunung Everest di ketinggian 8,848 meter dari paras laut hari ini.

Mereka yang berjaya menakluk puncak tersebut ialah Zainudin Lot, Myrza Fasha Md. Hamyrudin, Muhammad Illaham Ishak, Mohd Nasuha Shamsuddin, Mohd. Hafizudin Ibrahim dan Mohamad Asyraf Mohd. Halim.


Kejayaan itu bermula dengan Mohd Nasuha yang tiba pada pukul 8.31 pagi waktu Nepal diikuti oleh Mohamad Asyraf pada pukul 8.48 pagi. 

“Alhamdulillah mereka berjaya tiba dengan selamat.

Tiga BOM Lama Dijumpai!!!

Tiga bom lama ditemui dalam kejadian berasingan di Pantai 3, Telok Kemang, di sini, dengan kejadian terbaru kira-kira 7.30 pagi semalam apabila seorang peniaga menemuinya di kawasan berpasir di hadapan kedainya.

Peniaga, Yap Kooi Kiong, 43, berkata, dia tidak jadi membuka kedai dan terus meminta rakan menghubungi Balai Polis Telok Kemang memaklumkan penemuan bom itu.

“Berdasarkan pengalaman sebelum ini, bom yang ditemui di pantai ini akan dimusnahkan di sini oleh Unit Pemusnah Bom dan arahan menutup kedai serta menjauhi kawasan pantai akan dikeluarkan pihak berkuasa berkenaan,” katanya.

Yap berkata, dia percaya akan ada lagi penemuan bom lama memandangkan kawasan ini baru siap ditambak kira-kira sebulan lalu.

“Ada kemungkinan semasa proses tambak menggunakan pasir di sini, bom berkenaan turut disedut sama oleh kapal korek pasir dan dibawa ke sini (Telok Kemang) untuk proses tambak,” katanya.

Siapa Ni Azran Botak Ker Azlin?!!


Siapa ni hampir tak kenal pulak sekali pandang dah macam Azran botak pun ader.Kali kedua pandang dah macam Azlin.?

Kalau ditegokkan balik gambar ni memang terlampau dan terhangat dipasaran tak ubah seperti pondan-pondan yang berada diluar sana.sesuai sangat la dengan kaki-kaki juburi untuk membuat tempahan. 


Hampir tak kenal apabila Azran botak bergaya seperti ini.Begini ker cara Air Asia membuat Promosi kepada golongan LGBT?Kalau begini tak heran la Azran Botak lupakan asal usul nyer.Diri dia sendiri pun dia tak kenal sama ada lelaki ker atau perempuan.So jadi la tengah-tengah itu yang lebih adil agaknyer.

Barangkali kalau dia ada peluang untuk melunturkan kulitnya, itulah yang akan dilakukan.

Pstt...Kalau gambar ini palsu dan fitnah tolong jawab di twitter supaya admin boleh kemaskinikan posting ini dari terus berleluasa.

Nik Abdul Kecam Perbuatan Anwar!!!


Seorang lagi pemimpin Pas secara terbuka menolak usaha Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjatuhkan Kerajaan Persekutuan yang dipilih secara sah oleh rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 melalui siri perhimpunan jalanan dengan menyifatkan tindakan tersebut sebagai gopoh.

Malah, Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas, Nik Mohd. Abduh Nik Abdul Aziz mengajak orang ramai memikirkan kemenangan melalui kesabaran, bukannya melalui ledakan di jalan raya.

"Anda terfikir untuk 'spring' dan memperolehi kerajaan melalui ledakan di jalan raya?

Itu adalah gopoh.

"Fikirkan kemenangan melalui kesabaran. Kesabaran adalah kunci yang membuka. Apa perlu kemenangan yang isinya belum ranum," katanya menerusi laman Facebook beliau hari ini.

Niat pembangkang mencetuskan huru-hara bagi menggulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dipilih secara sah oleh rakyat pada 5 Mei lalu semakin jelas selepas melakukan beberapa siri demonstrasi sebelum ini selain merancang siri demonstrasi lain pada masa depan.

Malah, hasrat jahat pembangkang itu turut yang dinyatakan aktivis jalanan propembangkang, Hishamuddin Rais dan aktivis mahasiswa propembangkang, Adam Adli Abd. Halim dalam Perhimpunan 13 Mei di Dewan Perhimpunan Cina Selangor minggu lalu.

Semalam, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dalam Facebooknya berkata, pihaknya berpegang teguh bahawa demokrasi merupakan jalan terbaik untuk menukar kerajaan di negara ini.

Jelasnya, pendirian beliau itu selari dengan kepimpinan Pas Pusat yang sejak dahulu sentiasa memilih jalan demokrasi untuk menukar kerajaan.

Menurut Nik Mohd. Abduh, golongan muda perlu insaf kerana semangat berkobar-kobar tidak boleh meminggirkan sifat sabar dalam memburu kemenangan.

"Padukan tenaga. Tambahkan bilangan. Berikan senjata ilmu dan maklumat untuk anak muda. Gerhana bulan adalah kekuatan dan keagungan, bukan kesedihan dan ketakutan," ujarnya.- Utusan Online

Amaran Keras Kepada Portal MalaysiaKini-Zahid Hamidi

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Isnin memberi amaran kepada portal berita Malaysiakini supaya lebih bertanggungjawab dalam menyiarkan berita.

Beliau berkata portal berita itu perlu berpegang kepada etika kewartawanan tanpa memutarbelitkan berita atau kenyataan asal menjadi kontroversi.

“Anda (wartawan Malaysiakini) selalu putar belitkan kenyataan, selalu sangat. Perkara yang tak ada anda buat ada, anda tulis elok-elok.

“Saya pantau setiap perkataan, ayat, perenggan, setiap berita di Malaysiakini. Anda jangan main api dengan saya. Anda selalu putar belit.

“Tolong cuba menulis mengikut etika kewartawanan okay?,” katanya kepada wartawan portal itu pada sidang media sempena hari pertama beliau bertugas di kementerian itu, di sini Isnin.

Ahmad Zahid juga menegaskan beliau tidak akan memohon maaf kepada Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berhubung kenyataannya menggesa mereka yang tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya di Malaysia supaya berhijrah ke negara di mana mereka boleh mempraktikkan kepercayaan politik mereka, yang menurutnya telah disalah tafsir.

“Dia (Lim) yang patut minta maaf kepada saya, sebab salah tafsir kenyataan saya. Bukan saya minta maaf kepadanya,” katanya dengan nada serius. - BERNAMA