Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Thursday 27 March 2014

#MH370 122 Objek Dikesan - Hishammuddin @H2OComms

AGENSI Remote Sensing Malaysia (ARSM) telah menerima data imej satelit baru dari Airbus Defence and Space di Perancis semalam berkaitan objek yang ada kemungkinan datang dari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata imej berkenaan telah dirakam pada Ahad lepas.


“ARSM telah membuat analisis ke atas data terbaru satelit berkenaan yang menunjukkan satu kawasan di Lautan Hindi dengan keluasan kira-kira 400 km persegi menunjukkan 122 objek berpotensi dari MH370.

“Sesetengah objek bersaiz kira-kira 1 meter panjang dan objek lain ia bersaiz berbeza, sesetengah objek berwarna terang yang dijangkakan bahan berupa pepejal, ia dikesan kira-kira 2,557km dari Perth, Australia,” kata Hishammuddin dalam sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Menurut beliau informasi itu segera diberikan kepada pihak berkuasa Australia yang mengetuai operasi mencari dan menyelamat (SAR) di koridor Selatan di Lautan Hindi.


“Maklumat data satelit yang diterima ARSM segera diberikan kepada Pusat Koordinasi Menyelamat Australia di Perth semalam,” katanya.

Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata perlu diingatkan kesemua objek berkenaan masih belum boleh disahkan daripada peswat MH370 tetapi ia adalah satu lagi petunjuk baru dalam mengesan pesawat berkenaan.

“Kita masih belum boleh membuat pengesahan objek berkenaan adalah serpihan pesawat MH370 bagaimanapun ini adalah satu lagi petunjuk baru yang akan membantu operasi SAR pesawat MH370,” katanya.


Dengan kemasukan data satelit dari Airbus berkenaan, sehingga kini terdapat empat petunjuk data imej satelit telah diterima dari Australia, China dan Perancis dengan menunjukkan objek yang berkemungkinan adalah serpihan pesawat itu.

Operasi SAR MH370 masuk hari ke-19 hari ini selepas pesawat MH370 dilaporkan hilang pada 8 Mac lepas ketika dalam penerbangan ke Beijing dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Pesawat itu membawa 239 penumpang termasuk anak kapal dikendalikan oleh juruterbang MAS Kapten Zaharie Ahmad Shah dan pembantu juruterbang Pegawai Pertama Fariq Abdul Hamid.

Saturday 22 March 2014

Gambar Sekitar Selawat Perdana #selawatperdana #MH370 #prayformh370

Habib Syech Al Seggaf memulakan doa, qasidah dan zikir pada Majlis Selawat Perdana 'Malam Cinta Allah dan Rasul' yang bertemakan Kesatuan, Perpaduan dan Persaudaraan di Dataran Masjid Putra, Presint 1 di sini hari ini.


Ribuan masyarakat Islam hadir yang sebelum itu turut mengadakan solat hajat memohon keselamatan anak kapal dan penumpang pesawat MH370.- Bernama








-Noor-

Sunday 16 March 2014

Doakan Beliau Selamat Kembali #MH370 #prayformh370


Sekeping gambar bakal memberi pelbagai spekulasi, walaubagaimanapun apa jua fahaman dan idealogi politik individu yang dikatakan seorang Pilot Profesional yang mengemudi insiden pesawat MH370 yang hilang baru baru ini.

Pada i ini lebih kepada isu keselamatan negara dan kemuafakatan rakyat Malaysia untuk berganding bahu memanjat doa kepadaNya. Ketepikan fahaman politik walaupun terlalu berat untuk dilepaskan. I tak tuduh he buat benda-benda diluar batasan ini tetapi i harap kita rakyat Malaysia sama sama menangani isu ini dengan baik.

Maklumlah semenjak kes kehilangan pesawat ini berjalan i dengar macam macam spekulasi yang rata rata dari media luar negara yang mengecam MAS selaku mewakili Malaysia secara tidak langsung kita sebagai rakyat terasa bahangnya.

Doakan agar mereka-mereka selamat dan kembali ke Malaysia dengan keadaan yang kita semua harapkan :)

peace~

#ARTIS : Sariyanti Bakal Bergelar Janda?!

I ini bukan nak menyibuk hal rumah tangga artis., nak tak nak kena juga kita ambil tahu. Takut nanti orang kata tak alert dengan keadaan, kadang2 nak gak santai dari duk cerita sedih yang sedang melande negara ketika ini..right?

I dengar sekarang ini pasal pelakon genit, Sariyanti. Khabar angin yang diterima, katanya Sariyanti nak bercerai dengan suaminya?! Mohd. Eddy Casmady Che Hussin..Bertambah koleksi janda di Malaysia nampaknye.. :(

Entah betul ke tidak, i pun tak berapa nak pasti lagi. Tapi yang i difahamkan, pelakon Kisah Qaisara tu dah failkan permohonan cerai kat Seremban, Negeri Sembilan..Wallahualam..


Kecoh jugaklah pasal kes Sariyanti nie kat blog-blog sekarang. Siap ada yang beritahu, kononnya sumber yang memberitahu itu orang yang kerja di pejabat kadi. (tak de keje lain gamaknye derang nie)

Mesti wartawan-wartawan yang pantang dengar hal rumah tangga artis bergolak nak menerojah. Nak buat macam mana nama pun retis (artis), tiada angin masakan pohon bergoyang. Jadi sebagai pemberita, derang cuma buat kerja. Apa pun kita berdoa agar perkara ini dapat diselesaikan dengan baik dan elakkan penceraian yang menokok indek mak jan dan ibu tun kat mesia hari ini...

peace~

sumber DIVA INTERAKTIF

Misi Pencarian Hingga Lautan Hindi - H2O

Operasi mencari dan menyelamat pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang tanpa jejak genap seminggu semalam diperluaskan ke Lautan Hindi dan Laut Andaman.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, langkah tersebut dilakukan memandangkan usaha mencari di kawasan Selat Melaka dan Laut China Selatan sejak kehilangan pesawat itu pada Sabtu lalu tidak menemukan pesawat terbabit.


Beliau menjelaskan meskipun terdapat maklumat radar daripada pihak tentera yang mengesan pergerakan plot (penanda pergerakan pesawat) berpatah balik namun tiada pengesahan bahawa bahawa plot pergerakan itu adalah pesawat MH370.

"Kita melihat kepada sebarang kemungkinan dan apa yang saya hendak tekankan ialah operasi tetap memberikan fokus kepada usaha mencari pesawat yang hilang itu dan berharap dapat menjumpai kotak hitam. - Kosmo

Kita semua teruskan berdoa..InsyAllah masih ada harapan..Hentikan spekulasi yang memburukkan lagi keadaan. Hormati perasaan ahli keluarga yang terlibat.