Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Sunday 27 April 2014

Aktiviti Barrack Obama Hari Ini Di Malaysia

Perkara ini bakal tersimpan didalam lipatan sejarah Malaysia kerana dalam masa 48 tahun tidak ada seorang Presiden US menjejakan kaki di bumi Malaysia ini selain Barrack Obama Presiden US yang terkini, Ini merupakan satu penghargaan buat Malaysia.

Obama menyapa mesra Hishammuddin Hussein setibanya beliau di sini semalam

Dari kacamata kita sebuah negara yang kecil dan jauh bezanya dengan US, kita sewajarnya berfikiran positif diatas kehadiran salah seorang pemimpin dunia walaupun ada individu yang berfikiran sempit mempolitikan lawatan ini.

Dengan keadaan negara yang dilanda perang spekulasi dan pelbagai masalah Obama memilih untuk melawati Malaysia, Nyata beliau dan kerajaan US sendiri yakin akan tahap kawalan keselamatan negara kita ditahap terbaik. Dan perkara ini diterjemahkan oleh Obama secara tidak langsung.

Antara aktiviti yang bakal dilakukan oleh Obama dalam lawatan kerja beliau selama 2 hari di Malaysia.


Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama berkata, Malaysia boleh mencari kekuatan daripada kepelbagaian etnik dan agama rakyatnya serta harapan yang terlakar dalam sejarah untuk mengukir masa depan yang lebih cerah bagi generasi akan datang.

Berucap pada majlis jamuan negara di Istana Negara sempena lawatan negara tiga hari beliau ke Malaysia, Obama berkata, walaupun AS dan Malaysia adalah dua negara berbeza, namun rakyatnya berkongsi harapan dan hasrat yang sama.

"Saya percaya, tidak kira sama ada kita berasal dari sebuah kampung terpencil atau bandar raya megah, sama ada kita tinggal di AS atau di Malaysia, sebagai manusia, kita berkongsi hasrat yang sama - untuk hidup dengan bermaruah dan aman.

"(Kita ingin) mencorakkan masa depan kita sendiri, boleh mencari rezeki dan bekerja keras untuk menyara keluarga. Dan paling penting, mewariskan kepada generasi akan datang sesuatu yang lebih baik daripada apa yang ditinggalkan untuk kita," katanya.

Inilah hasrat yang beliau percaya boleh memberi sinar lebih gemilang kepada era baharu dalam perkongsian antara AS dan Malaysia, kata Obama pada majlis itu, yang diserikan dengan keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong , Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah.

Pemimpin AS itu menyelit bebe­rapa perkataan Melayu dalam ucapannya, sesuatu yang disambut baik oleh hadirin seperti yang terpamer daripada tepukan bergemuruh mereka.

Ketika memulakan ucapannya, Obama mengucapkan "Selamat Petang" dan mengakhirkannya dengan ungkapan "Terima kasih banyak."

Beliau juga menggunakan perkataan bekerjasama apabila me­nyen­tuh tentang perkongsian antara AS dan Malaysia serta boleh spirit bagi merujuk kepada slogan Malaysia Boleh.

Obama mendarat dengan pesawat khas di ibu negara pada kira-kira pukul 5 petang untuk melakukan lawatan ke Malaysia sebagai sebahagian daripada siri jelajah beliau ke empat negara Asia, bermula dengan Jepun dan diikuti Korea Selatan. Destinasi terakhir beliau ialah Filipina.

Kunjungan beliau ke sini adalah yang pertama oleh Presiden Amerika dalam tempoh 48 tahun, sejak lawatan Presiden Lyndon B. Johnson ke Malaysia pada 1966.
-BERNAMA

Saturday 26 April 2014

Bekas Model Seksi Felixia Yeap Bakal Memeluk Islam


Sebelum ini, bekas model majalah Playboy, Felixia Yeap pernah mengeluarkan kenyataan tidak mahu terburu-buru memeluk agama Islam walaupun gaya pemakaiannya telah berubah 360 darjah seperti muslimah sejati.


Namun begitu, gadis berbangsa Cina ini nekad membuat keputusan untuk bertukar agama dan mengesahkan perkara itu kepada Harian Metro.



“Jika tiada halangan, Insya-Allah saya akan mengucap (kalimah) syahadah pada Ramadan ini bersempena dengan tarikh lahir saya pada Julai depan," kata Felixia. 

“Ada sebab kenapa saya belum memeluk Islam secara rasmi. Antara yang utama, saya masih perlukan masa. Buat masa ini, saya sedaya-upaya mencari masa untuk membaca buku agama."

"Saya bersabar saja dan berharap orang ramai kuarngkan prasangka buruk. Saya tidak marah tapi saya kadang-kadang terguris dan kecewa dengan orang berfikiran terlalu negatif serta berkasar bahasa dengan saya."


"Pakaian Muslimah lebih sejuk dan manis dipandang malah lebih dihormati semua terutama lelaki. Pakaian menutup aurat juga memberi ketenangan hati pada diri dan orang di sekitar berbanding pakaian yang seksi," katanya lagi.

Sumber : Pelbagai / Harian Metro

Friday 25 April 2014

Hudud : Kelantan Belum Beri Kata Putus

Kerajaan Kelantan belum membuat sebarang keputusan sama ada perlu atau tidak untuk mengadakan sidang khas Dun bagi membincangkan cadangan pelaksanaan hukum hudud di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, kerajaan negeri akan memikirkannya secara teliti sama ada perlu pihaknya untuk memanggil persidangan khas Dun itu.


“Kita lihat kepada kepentingan sama ada perlu kita buat persidangan khas itu pada Jun atau Oktober tahun ini ketika dewan bersidang mengikut jadualnya,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Buku Tok Guru-Sebuah Biografi Awal di sini, hari ini.

Turut hadir mantan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beberapa hari lalu sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO), Institut Modenisasi Pemikiran Anak Kelantan mendesak agar kerajaan negeri mengadakan sidang khas Dun itu bagi membincangkan pelaksanaan hudud secara mendalam dalam kalangan wakil rakyat.

Namun Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, sidang Dun itu tidak perlu diadakan kerana dewan yang sama telah memutus untuk meluluskan Enakmen Kanun jenayah Syariah (2) 1993 pada 1993.

Sebelum ini juga Mohd Amar berkata, kerajaan Pas Kelantan melalui anggota Parlimen parti itu akan membawa usul Rang Undang-Undang Persendirian (Hukum Hudud) ke persidangan Dewan Rakyat bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan enakmen berkenaan selewat-lewatnya Disember tahun ini.

Sementara itu mengulas buku setebal 250 muka surat hasil tulisan Habibul Izzah Ahmad itu, Ahmad berkata buku itu adalah sebagai rujukan generasi akan datang bagaimana membuktikan seorang ulama mampu menjadi seorang pemerintah. Buku itu dijual RM30 senaskhah.

Manakala respond PKR?!

Parti Keadilan Rakyat (PKR) masih berdolak-dalih mengenai pendirian parti itu berhubung pelaksanaan hukum hudud yang menjadi agenda utama sekutu dalam Pakatan Rakyat sendiri iaitu PAS.

Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata isu tersebut sengaja dibangkitkan semula untuk memecahbelahkan parti di dalam Pakatan Rakyat.

“Isu ini sering dimainkan oleh pihak musuh kerana mereka ingin lihat parti dalam Pakatan Rakyat berpecah-belah,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, Rabu.

Jelas Wan Azizah, pelaksanaan hukum hudud sebenarnya masih lagi diperhalusi oleh ketiga-tiga parti ketika ini.

“Ia masih lagi diteliti dan keputusan akan dimuktamadkan oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat.Kita adakan perjumpaan (untuk berbincang mengenainya) pada Majlis Presiden Pakatan Rakyat,” katanya.

Wan Azizah berkata, PAS perlu diberi peluang untuk memberi penjelasan dan pemahaman kepada sekutunya mengenai pelaksanaan undang-undang Islam itu.

“Kita minta PAS untuk perjelaskan hasrat mereka berhubung perkara itu.Kita berpegang kepada Perlembagaan negara iaitu Islam adalah negara rasmi tetapi pada masa sama menghormati kebebasan agama lain,” katanya.

Hukum hudud kembali hangat diperkatakan apabila, kerajaan PAS Kelantan bertegas mahu membentangkan rang undang-undang persendirian di Dewan Rakyat bagi membolehkan hukum hudud dilaksanakan di negeri itu biarpun menerima tentangan daripada sekutunya, DAP dan PKR.

Pendirian itu dinyatakan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob pada 10 April lalu yang turut memberi gambaran jelas bahawa kerajaan pimpinannya tidak akan sesekali berganjak daripada keputusan tersebut.

Terdahulu, Anwar berkata, PAS perlu ruang secara adil untuk memberikan penjelasan dan pemahaman secara terpinci kepada sekutu mereka mengenai pelaksanaan hukum hudud.

“Perkara ini perlu dilihat berasingan dalam konteks Kelantan dan Pakatan Rakyat. Kita hormati enakmen yang diluluskan sebelum pakatan pembangkang ditubuhkan,” kata Anwar.

Tuesday 22 April 2014

Tinggalkan Saya Bersama Penagih Di Terowong - Farazila

Bekas isteri Sham Kamikaze, Farazila AJ membuat pendedahan di BiPop. 

Kata Farazila:-
Kami bergaduh lagi gara-gara perempuan. Hancur hati saya dan saya balik ke kampung. Saya pulang semula ke Kuala Lumpur selepas 2 minggu dan terkejut melihat dirinya berjubah serta berkopiah. Tetapi saya tidak rasa apa-apa.


Apabila orang memuji konon dia dia sudah berhijrah, dia rasa dirinya mulia. Sham jadi lupa diri apabila orang sekeliling mengagungkan dirinya. Dia bangga apabila disanjung, tetapi sebenarnya dia belum berubah sepenuhnya. Saya menegur sikap hipokritnya itu dan kami bergaduh lagi. Selepas pulang umrah, saya sudah berubah dan berhijrah lebih awal daripadanya.

Bayangkan sebelum subuh, jam sudah berbunyi dan dia bangun tidur lalu terus menghadap komputer. Ayatnya di komputer “jom solat” tetapi sebenarnya dia tidak bersolat dan tidur semula. 

Malah Farazila telah membuat laporan polis untuk langkah keselamatan terhadap gambar dan rakan video yang dilakukan oleh bekas suaminya itu.

Tambah Farazila lagi:-
Siang malam dia kerap menghadap komputer. Itu saya boleh tahan lagi, tetapi apabila dia memuat naik gambar berlaga pipi dengan wanita lain dalam FB, apa perasaan saya? Apabila orang bertanya, saya tiada jawapan. Malu pun ada! Apabila bergaduh, dia mula tidak balik rumah berhari-hari. Kadang-kadang balik rumah hanya salin baju sahaja.


Dalam satu insiden saya tidak akan lupa sampai mati, dia pernah tinggalkan saya di tepi lebih raya ketika pulang ke kampung di Batu Pahat kerana bergaduh pasal FB. Dia libas tangan dan cincin dipakainya terkena mata saya. Sampai kini dalam mata saya kelihatan berdarah. Mujur saya ada telefon bibit. Dengan mata berair kena libas dan hujan pula, saya terpaksa berteduh bawah terowong.

Saya hubungi ibu untuk beritahu apa yang berlaku. Ibu pulang menghubungi Sham, suruh dia ambil saya di tepi lebuh raya. Bayangkan dari waktu Asar saya ditinggalkan, dia hanya datang ambil saya dalam jam 10 malam. Saya sembunyi dalam terowong yang sekelilingnya penuh dengan jarum penagih dadah. Saya memang takut kerana tempat itu sunyi tetapi saya tiada pilihan dan berserah kepada Allah.

Saya pujuk hati mungkin saya bersalah dan mencari Sham di Studio, tetapi tidak nampak keretanya. Esoknya saya cari lagi di studio dan berjumpa seorang kakitangannya. Selepas mengetahui Sham ada di ruang atas studio, saya sediakan minuman untuknya dan ketika mahu menghantarnyaa, kakitangan berkenaan seakan menghalang saya. Kebetulan Sham mahu turun ke bawah dan dia yang terkejut melihat saya, lari lintang pukang naik atas semula.

Seminggu selepas itu, kakitangan itu berterus terang kepada saya memakluman ada seorang wanita ketika itu bersama Sham. Wanita itu didakwa masih bersuami dan mempunyai dua anak. Kami bergaduh besar dan saya terus balik ke kampung. Dia cerita kepada orang saya ingkar dan keluar rumah tanpa izin. Seingat saya, jika keluar rumahpun hanya ke rumah mentua atau balik kampung saja.

Jangan kita tertipu dengan penampilan alim yang penuh dusta. Wasatiyyah iaitu kesederhanaan lah yang terbaik. Penghijrahan terutama artis perlu diselidiki kesahihannya. Cukup-cukuplah kita ditipu oleh beberapa orang artis yang kononnya berhijrah namun penuh dengan agenda peribadi yang tak ketahuan. - PO

Monday 21 April 2014

Rabecca Fesyen Ala Balut Nangka

Saya menyambut baik sebarang perubahan positif dalam diri mana mana selebriti tempatan lebih lebih jika ianya melibatkan tuntutan agama. Keputusan Rabecca Nur Al Islam untuk bertudung tidak berapa lama dahulu salah satu contoh.

Tetapi, pada hemat saya yang tidaklah pandai mana ini, ianya haruslah selari dengan pemakaian lainnya dan bukan bertudung semata mata untuk menutup rambut dan kulit kepala daripada penglihatan mereka yang bukan mahram.


Baru baru ini, Rabecca Nur Al Islam telah menghadiri sebuah majlis sambutan hari lahir seorang rakan di sebuah hotel terkemuka ibu negara dan busana yang dikenakan pelakon ini seakan tidak sesuai dengan imej bertudung beliau.


Peminat yang perasan akan penampilan selebriti ini ada yang meninggalkan komen mengatakan ianya terlalu ketat dan tidak kurang juga ada yang menyamakan penampilan beliau itu tidak ubah seperti watak kartun Teletubbies.


Thursday 17 April 2014

Terima Kasih Media Malaysia - Hishammuddin Hussein

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menghargai media Malaysia bagi pelaporan berita secara bertanggungjawab sejak pesawat Malaysia Airlines MH370 hilang, pada 8 Mac.

Beliau berkata, tragedi itu menunjukkan perlunya memastikan pelaporan berita tidak dibuat secara sembarangan dalam usaha memberikan maklumat kepada awam tentang insiden itu. 

"Ini amat penting kerana pelaporan berita secara sembarangan, terutamanya perkara berkaitan keselamatan negara dan perkara-perkara sensitif, boleh membawa kepada spekulasi.

"Ia akan membawa kepada kekeliruan dan tidak dipercayai dalam kalangan orang ramai, sering kali dengan akibat yang tidak dapat dipulihkan. Begitu besar kuasa  yang ada pada media," katanya. 

Teks ucapan beliau dibacakan timbalannya, Datuk Abdul Rahim Bakri pada majlis  makan tengah hari bagi menghargai peranan media sempena Persidangan dan Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini 
hari ini. 

DSA 2014, yang akan berlangsung sehingga esok (hari ini) adalah pameran teknologi dan peralatan statik pertahanan, serta bagi penyelesaian keselamatan generik dan  sistem persenjataan terkini untuk memenuhi keperluan pasukan keselamatan negara 
dan negara rantau Asia Pasifik. 

Mengakui media amat berkuasa, Hishammuddin dipetik sebagai berkata kuasa itu datang dengan tanggungjawab besar. 

"Anda (media) amat penting dalam memaparkan kedudukan dan kemajuan Malaysia secara positif di mata dunia, yang juga boleh dilihat dalam siri pameran DSA," katanya. 

Berhubung pameran itu, Hishammuddin berkata sokongan diberikan media Malaysia sekali lagi meletakkan Malaysia secara positif dalam peta dunia. 

"Tidak dinafikan, mata dunia kini bertumpu kepada kita, dan kita, sebagai sebuah negara, memang memerlukan kekuatan dan sokongan media untuk membolehkan Malaysia menyinar sebagai penyuluh kepada seluruh dunia," katanya.

Friday 11 April 2014

US Nafikan Ada Pendaratan Di Diego Garcia?! #MH370 #prayformh370

Spekulasi kehilangan pesawat MAS MH370 sering dikaitkan dengan penglibatan Amerika Syarikat dan Diego Garcia.

Teori pesawat MH370 dikawal oleh teknologi drone, alat kawalan jarak jauh berkeupayaan tinggi AS dan diterbangkan sehingga mendarat di Lapangan Terbang Diego Garcia yang terletak berhampiran Pulau Maldives.


Pihak kedutaan AS di Malaysia tampil menafikan teori berkenaan.Pihak kedutaan AS menafikan sekeras-kerasnya teori yang mengatakan pesawat itu mendarat di pangkalan tentera udara AS di pulau kecil itu.

Tuduhan itu adalah palsu dan pesawat berkenaan tidak mendarat di situ, kata seorang jurucakap Kedutaan Amerika di Kuala Lumpur.

“Spekulasi bahawa penumpang MH370, Philip Woods menghantar mesej foto dari Diego Garcia juga tidak benar,” katanya.

Menurut beliau, AS turut menolak dakwaan beberapa orang yang menyaksikan pesawat dengan skim warna seakan sama dengan MH370 terbang rendah di ruang udara Maldives pada pagi 8 Mac lepas.

”Tidak ada petunjuk bahawa MH370 terbang di mana-mana berhampiran Maldives atau Diego Garcia,” katanya.

Berkaitan data, jurucakap itu menambah bahawa ia hanya memberi maklumat atas permintaan dan Malaysia tidak meminta data dari satelit Amerika yang terletak di Pine Gap, Australia.

Jurucakap itu berkata usaha kerjasama Malaysia dan Australia, tujuh kapal Tentera Laut AS bersama 26 negara lain dilakukan berdasarkan kawasan yang dikenalpasti oleh pakar-pakar Malaysia dan antarabangsa. - sumber

Thursday 10 April 2014

Wanita Ini Ditahan Kerana Gelarkan Polis "Anjing Putih Najib"?!

Alasan yang diberikan ketika ditangkap ialah dia geram kerana diberi saman oleh anggota polis trafik yang menjalankan tugas. Dia disaman kerana memandu laju pada 17 Mac lalu dan baginya laluan tiga lorong di Jalan Bongawan-Papar, Sabah merupakan tempat yang tidak perlu dikenakan sebarang sekatan had laju.

Tiga lorong baginya bermakna, berada di lorong memotong, bolehlah dia pandu selaju-lajunya. Alasannya ialah memotong!


Namun wanita beranak satu berusia 28 tahun dan bertugas sebagai Pembantu Anti Dadah di Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Beaufort, Sabah akhirnya menerima natijah daripada perbuatannya sendiri apabila dia membuat posting menghina anggota polis di dalam Facebook.

Norita Salamah binti Zaman ditahan di pejabatnya yang terletak di Tingkat Bawah, Bangunan Urusetia Daerah Beaufort setelah seorang anggota polis trafik wanita membuat laporan polis setelah Salamah menulis dan menyiarkan posting menghina anggota polis dan menuduh mereka menerima rasuah di Facebook.

Jam 9:00 malam, pada 8 April, anggota polis wanita tersebut melihat dan membaca posting Norita Salamah di Facebook yang menyebut anggota-anggota polis trafik sebagai ANJING-ANJING PUTIH C NAJIB. [Klik untuk artikel penuh]

Tuesday 8 April 2014

Bapa Emma Maenbong Tegah Anaknya Beraksi Mesra

Pelakon Emma Maembong menolak untuk berlakon dan bergambar mesra dengan mana-mana lelaki bagi menghormati permintaan ayahnya iaitu pelukis terkenal negara, Ismail Embong.

Emma atau nama sebenar Fatimah Rohani Ismail, 22, berkata, bapanya meminta berbuat demikian selepas melihat adegan mesra antara dia dan pelakon Aiman Hakim dalam drama Projek Memikat Suami.


“Ya, kalau boleh saya memang tidak mahu berlakon atau bergambar berpelukan atau terlalu mesra dengan lelaki.

“Ia kerana permintaan bapa saya yang menasihatkan agar tidak tampil keterlaluan ketika berlakon atau bergambar yang boleh menjejaskan nama keluarga,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran produk kecantikan Maixara, di Menara Kuala Lumpur, di sini, Isnin.

Emma berkata demikian ketika diminta mengulas desas-desus mengatakan dia mula menolak untuk bergambar mesra dengan lelaki.

Bagaimanapun, Emma menafikan perkara tersebut adalah bagi menjaga hati pelawak yang dikaitkan dengannya iaitu Zizan Razak.

“Saya berubah sedikit demi sedikit untuk menjadi lebih baik dan kenapa perlu bergambar begitu (keterlaluan) sedangkan boleh sahaja kalau bergambar seperti biasa.

“Saya lakukan ini kerana ayah saya bukan sebab Zizan. Zizan tidak pernah menghalang atau masuk campur urusan kerja saya,” katanya.

Sementara itu, Emma berkata, dia sudah membawa Zizan bertemu dan berkenalan dengan keluarganya, malah pelawak tersebut juga merupakan lelaki pertama yang diperkenalkan sebagai kekasih kepada ayahnya.

Kata Emma, dia gembira Zizan pandai mengambil hati dan mudah mesra dengan semua ahli keluarganya.

“Alhamdulillah bapa saya senang dengan dia dan mereka boleh bercakap dalam dialek Terenganu berdua.

“Pada awalnya dia tidak mengenali Zizan dan dia agak pelik apabila orang ramai ingin ambil gambar, tetapi bila ada rakan-rakan yang beritahu barulah dia tahu tentang itu,” katanya.

Dalam pada itu, ketika ditanya tentang sejauh mana hubungan percintaan tersebut, Emma berkata mereka masih pada fasa mengenali hati budi dan belum mempunyai sebarang perancangan untuk berkahwin.

Katanya, biarlah perkara tersebut berlaku apabila kedua-dua mereka benar-benar bersedia untuk melangkah ke arah itu. – mStar Online

#MH370 : Tidak Kompromi Jika Bocor Rahsia

Kementerian Pertahanan tidak akan berkompromi dengan kakitangannya yang membocorkan rahsia kerajaan termasuk menyebarkan maklumat sulit dan sensitif kepada pihak tertentu.

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Abdul Rahim Bakri menegaskan, setiap ketua jabatan perlu lebih tegas dalam memberikan teguran atau amaran serta mengambil tindakan sewajarnya jika berlaku ketidakpatuhan, kecuaian, kelalaian penjawat awam sehingga berlakunya kebocoran rahsia rasmi kerajaan.

"Dalam dunia tanpa sempadan dengan medium komunikasi menjadi semakin mudah, penjawat awam perlu lebih berwaspada ketika menggunakan media sosial antaranya Facebook dan Twitter, jangan sampai maklumat yang diklasifikasi sebagai sulit atau rahsia sampai ke tangan pihak luar," katanya ketika merasmikan majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kementerian di sini Isnin. - BERNAMA


Update SAR MH370


Autonomous underwater vehicle Bluefin-21 could soon be used in search for plane - Prof Chris Bellamy