Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Monday 11 August 2014

Wabak "Selfie Alat Sulit" Mula Di Jepun?! #selfie

Gemar memuat naik gambar berselfie, mari kita lihat siapakah gerangan selebriti yang layak digelar ratu selfie.

Semakin ramai anak muda termasuk golongan selebriti yang tidak ketinggalan memuat naik gambar mereka berselfie di laman sosial seperti Twitter, Facebook dan Instagram masing-masing.

Menurut Oxford Dictionaries, perkataan 'selfie' ini merupakan perkataan yang kerap digunakan sejak tahun lepas dan penggunaan istilah tersebut dikatakan mencapai lebih 17,000 peratus sejak beberapa bulan yang lalu.

Selfie membawa maksud gambar diri sendiri yang diambil menggunakan telefon pintar, tablet mahupun webcam dan dimuat naik ke dalam laman web.

Terbaru, fenomena mengambil gambar sendiri bersama sanak saudara mahupun rakan taulan telah diperhebatkan lagi dengan kemunculan 'monopod' iaitu tempat meletakkan telefon bimbit yang boleh dilaraskan jarak objeknya daripada lensa.

Selfie Lisa Surihani

Laman media sosial sangat membantu mempopularkan perkataan tersebut dengan menggunakan 'hashtag selfie' (#selfie) oleh pengguna laman sosial berkenaan termasuk para selebriti tanah air.

JEPUN makin pelik dan menjelikkan

Artis wanita Jepun, Megumi Igarashi, ditangkap polis setelah membuat selfie alat sulitnya. Imej tersebut yang sesuai untuk cetakan 3D dan dia menghantar maklumat mengenainya kepada 30 orang yang sanggup membantu membiayai ciptaannya, kayak berbentuk seperti faraj. 

Polis mendakwa Megumi telah melanggar undang-undang antipornografi. Megumi dikatakan telah mengaut hampir 6,000 pound untuk "karyanya" itu. 

Megumi Igarashi yang mempunyai nama samaran Rokudenashiko itu berkata, dia yakin data tiga dimensi alat sulitnya itu bukan satu perbuatan lucah, dan dia tak menerima wang untuk foto selfie itu. 

"Saya membuat karya seni menggunakan faraj saya yang saya sebut dengan kata Manko," ujar Megarashi. Saya fikir sungguh menarik boleh menghiasi faraj saya dan menggunakannya sebagai diorama. Namun, saya terkejut kerana ramai orang marah dengan karya saya, atau kerana saya menyebutnya Manko," tambah dia. 

Megumi menambah, dia tidak mengerti mengapa masyarakat Jepun menganggap penggambaran atau penyebutan alat vital adalah hal tabu. Padahal, lanjut Megumi, alat kelamin lelaki atau zakar dengan bebas digunakan sebagai ilustrasi dan sudah menjadi sebahagian budaya pop Jepun.

Uweeeekkkk....bodoh...


Thursday 7 August 2014

Khalid Ibrahim Kekal Menteri Besar Selangor - TG Nik Aziz Nik Mat



KUALA LUMPUR: Majlis Syura Ulamak PAS yang bersidang di Kota Bharu semalam membuat keputusan bahawa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim wajar dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor selagi tidak disabitkan sebarang pelanggaran terhadap amanah.

Dalam kenyataan yang ditandantangani Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan juga Timbalan Mursyidul Am Tuan Guru Datuk Dr Haron Din itu menyatakan, keputusan itu dibuat berasaskan hukum syarak dan melihat kepentingan rakyat yang mesti mendahului kepentingan individu dan parti.

Bagaimanapun kata kenyataan itu, jika sekiranya ada pertuduhan yang disabitkan bersalah kemudiannya oleh pihak yang berautoriti seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau mahkamah, maka Majlis Syura Ulamak bersedia untuk menilai kembali kedudukan Khalid.

Berikut adalah kenyataan penuh.

Kenyataan Majlis Syura Ulamak

Merujuk kepada Fasal 3 Perlembagaan PAS, bahawa dasar PAS ialah Islam, dan Fasal 6(2) bahawa antara usaha PAS adalah "memperjuangkan Islam sebagai aqidah dan syariat serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara" ,

Maka, Majlis Syura Ulamak PAS yang telah bersidang pada 9 Syawal 1435 bersamaan 6 Ogos 2014 di Kota Bharu telah membuat keputusan berasaskan hukum syarak dan melihat kepentingan rakyat yang mesti mendahului kepentingan individu dan parti seperti berikut:

"Bahawa jawatan Menteri Besar Selangor adalah hak bersama yang telah dipersetujui oleh ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat untuk meneruskan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar di Selangor bagi penggal kedua selepas Pilihanraya Umum ke-13. Maka selagi tidak disabitkan sebarang pelanggaran terhadap amanah yang mewajarkan Menteri Besar itu digugurkan, Majlis Syura Ulamak PAS memutuskan untuk mengekalkan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Jika sekiranya ada pertuduhan yang disabitkan bersalah kemudiannya oleh pihak yang berautoriti seperti SPRM atau Mahkamah maka Majlis Syura Ulamak bersedia untuk menilai kembali kedudukan beliau.

Majlis Syura Ulamak menegaskan sekali lagi bahawa PAS akan tetap istiqamah dengan dasar dan prinsip perjuangan Islam sebagaimana yang termaktub di dalam perlembagaannya dan terus memberi komitmen bersama Pakatan Rakyat .

Datuk Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat
Al-Mursyidul Am, Parti Islam Se-Malaysia

Datuk Dr Haron Din
Timbalan Al-Mursyidul Am, Parti Islam Se-Malaysia

crdt photo : facebook