Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Thursday 26 February 2015

Kini Anwar Mengaku Salah Meliwat?!

Tindakan memohon pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah menunjukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim secara automatik mengaku bersalah berikutan kes liwat II terhadap bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan.

“Kalau dah hantar petisyen bermakna Anwar telah mengaku bersalah dalam kes tersebut, mana ada hantar petisyen tapi tak mengaku bersalah.

“Tindakan mereka ini seolah-olah tidak menghormati sistem kehakiman yang telah memberi keputusan terhadap kes Anwar,” kata Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim ketika dihubungi BNBBC.my.

Petang semalam, keluarga Anwar muncul di Istana Negara bagi mengemukakan permohonan bagi mendapatkan pengampunan Yang di-Pertuan Agong berhubung sabitan kes Liwat II.

Namun, anak keduanya Nurul Nuha berkata beliau yakin yang bapanya memang tidak bersalah dan ia merupakan satu penganiayaan yang dibuat terhadap Anwar.

“Sesiapa sahaja boleh berkata sedemikian, tapi dulu dia (Anwar) cakap lain, katanya keputusan yang ditetapkan oleh pihak mahkamah adalah satu konspirasi politik, tapi kemukakan juga pengampunan kepada Agong.

“Itu nak dikira macam mana?”solanya lagi.

Terdahulu, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata pihaknya tidak akan mengemukakan petisyen tersebut kerana tidak mendapat arahan daripada Anwar sendiri.

Begitu juga dengan Pengarah Komunikasinya, Fahmi Fadzil berkata beliau sendiri terkejut dengan keputusan yang dibuat kerana tidak dibincangkan dalam parti dan keputusan itu dibuat oleh keluarga Anwar sendiri. - BNBBC