Thursday, 21 March 2013

Bumbung Bangunan Canselori UMT Runtuh Dalam Kebakaran

Beberapa letupan berlaku sebelum bumbung di tingkat tiga bangunan Canselori Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dekat sini runtuh dalam satu kebakaran yang memusnahkan hampir 90 peratus ruangan tersebut kira-kira pukul 11.30 pagi tadi.


Difahamkan, bumbung tersebut runtuh ketika kerja-kerja memadamkan api dijalankan sepasukan bomba sehingga mengakibatkan tiga daripada anggota tersebut terpaksa dikejarkan ke hospital.

Bagaimanapun, ketiga-tiga anggota bomba itu dilaporkan hanya mengalami kecederaan ringan dan semua kakitangan yang berada di tingkat tiga bangunan itu juga tidak mengalami sebarang kecederaan.

No comments:

Post a Comment