Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Tuesday 25 December 2018

Harga Petrol RM1.50 Bakal Jadi Kenyataan?!

Harga runcit produk petroleum termasuk RON95 dijangka turun mulai 1 Jan 2019 sekiranya trend penurunan harga minyak dunia berterusan, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Beliau berkata ini berikutan kaedah penetapan harga secara bulanan di bawah formula 'Mekanisme Harga Automatik' (APM) akan digantikan dengan penetapan harga jualan runcit secara mingguan dalam keadaan harga minyak dunia mengalami penurunan.

Katanya, ini membolehkan pengguna menikmati perubahan harga yang lebih cepat selaras dengan perubahan harga petroleum di pasaran dunia.

"Sejajar dengan trend penurunan harga pasaran minyak dunia ketika ini, kerajaan akan menyelaraskan harga runcit produk petroleum termasuk RON95 kepada harga yang lebih rendah mulai 1 Jan 2019 memandangkan penetapan harga jualan runcit produk petroleum adalah secara bulanan.

"Ini memberikan kelebihan kepada pengguna sekiranya harga minyak dunia sedang naik, tetapi memandangkan trend harga minyak adalah menurun, kerajaan sedia menukarkan asas penetapan harga jualan runcit produk petroleum secara mingguan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sejak 7 Jun lepas, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 dan diesel masing-masing pada paras RM2.20 seliter dan RM2.18 seliter. 

Bagaimanapun, berhubung persoalan sekiranya harga minyak runcit kembali naik, Lim berkata ia akan dikawal dan dihadkan kepada RM2.20 seliter untuk RON95 dan RM2.18 untuk diesel.

Beliau berkata pengekalan harga itu adalah sehingga pelaksanaan pemberian subsidi petrol RON95 secara bersasar dilaksanakan pada tahun depan.

"Ini selaras dengan manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Pakatan Harapan untuk meningkatkan kesejahteraan ekonomi rakyat dengan membolehkan rakyat menerima faedah penurunan harga minyak tetapi membantu golongan B40 dengan subsidi bersasar bila harga minyak naik," katanya.

Beliau berkata bagi golongan bukan sasar, harga runcit petrol RON95 akan diapungkan secara terkawal bagi mengurangkan tanggungan subsidi kerajaan serta selaras dengan hasrat pemberian subsidi yang sepatutnya memanfaatkan golongan sasar sahaja khususnya mereka yang berpendapatan rendah.



Lim turut menolak dakwaan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa kerajaan PH telah mengenakan cukai jualan 30 sen seliter ke atas petrol RON95 sejak November lepas selain menyatakan jumlah kutipan cukai jualan sebanyak RM120 juta seminggu bagi produk petrol RON95 seperti didakwa diterima kerajaan - sumber

Monday 19 February 2018

Derma BR1M Untuk Tabung PRU14 PPBM?! #PRU14 #BR1M #2018 #PPBM


Viral sebaran didalam apkliasi wasap hari ini yang berbunyi : 

"PPBM DEMI ALLAH DEMI AGAMA ISLAM!

Kepada semua ahli PPBM yang menerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia #BR1M sekiranya mahu MENDERMA semua duit BR1M untuk perjuangan PPBM adalah amat digalakkan.

Yang berbahagia TUN DR MAHATHIR menyeru RAKYAT MALAYSIA mnghulurkan sumbangan ke TABUNG DERMA PPBM. Bersama-sama kita jayakan misi untuk menumbangkan kerajaan KLEPTOKRASI UMNO-BN. Sumbangan secara online http://pribumibersatu.org.my/donation.php "


Benarkah? Bukankah BR1M disalurkan untuk memberi bantuan kepada golongan yang berpendapatan rendah dan layak sahaja?!