Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Friday 30 May 2014

#PRKTelukIntan #dyana4telukintan Provokasi DAP Provokasi PKM

Provokasi PR semakin melampau.Kegelisahan penyokong-penyokong DAP semakin memuncak dengan cubaan provokasi yang lebih serius pada hari ini 1.17 pagi 30 mei 2014 di hadapan bilik gerakan BN Bandar Bharu.

 Perbuatan tidak bertanggungjawab ini hanyalah bertujuan menimbulkan kemarahan penyokong BN 'harapan rakyat'.Taktik murahan ini jelas sekali menggambarkan bayangan kaedah perjuangan Parti Komunis Malaya(PKM) pada satu masa dahulu.


 Malang sekali bagi mereka kerana penyokong BN 'harapan rakyat' telah lama sedar akan taktik kotor yang lapuk ini.Ini jelas terbukti apabila penyokong BN hanya membiarkan kumpulan yang melakukan provokasi ini pergi secara aman.

 Akhirkata dari penulis aman Malaysia bersama BN,huru-hara Malaysia angkara PR fikir-fikirkanlah.

Thursday 29 May 2014

#PRKtelukintan #dyana4telukintan Selawat Perdana Menyatukan Umat Islam di Teluk Intan #selawatperdana


Dimanakah perbezaannya diantara muslimin atau muslimah PAS dan UMNO disini?Siapakah yang mampu membezakan perbezaan mereka.

 Gambar merujuk kepada peristiwa perpaduan umat Islam ini berlaku pada 28 mei 2014 bertempat di Arena Square Teluk Intan ialah majlis Selawat Kecintaan kepada baginda Nabi Muhammad S.A.W dan tahlil kepada Almarhum Sultan Perak yang baru sahaja kembali ke rahmatullah.

 Peristiwa bersejarah ini jelas membuktikan Islam mempunyai tempat tertinggi dlm jiwa umat Islam di sini.Selama ini kekangan untuk penyatuan umat Islam di sini tidak lain tidak bukan adalah dari hasutan-hasutan tidak bertanggungjawab daripada musuh-musuh Islam itu sendiri yang mana kita semua tahu perjuangan mereka adalah menghalang Malaysia daripada menjadi sebuah negara Islam yang terbilang.



 Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi kerana telah membuka pintu hati generasi baru umat Islam masa kini bahawa mereka telah lama dipergunakan oleh musuh Islam dari dalam negara mereka sendiri.Peristiwa bersejarah ini pastinya menjadi teladan yang baik terhadap perkembangan dakwah Islamiyah ke seluruh pelusuk negara Malaysia khasnya dan umat Islam seluruh dunia amnya.

Akhir kata dari penulis, usahakanlah agar Islam sebagai pemerintah bukan sebagai Islam yang diperintah. Assalamualaikum WBT.



Wednesday 28 May 2014

Sultan Perak Mangkat [Al-Fatihah]



Merafak sembah sekalung ucapan takziah kepada keluarga DiRaja Sultan Perak dan seluruh rakyat jelata Negeri Perak.Ini dimaklumkan DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah , Sultan Perak yang ke-34 telah mangkat kira-kira jam 1.30 petang tadi. 

Semoga Allah merahmati Roh Baginda Sultan Azlan Muhibbuddin Shah. Amin. - sumber


Al-Fatihah~

#PRKtelukintan #dyana4telukintan Politik Barbarian Amalan DAP

Pembangkang buat provokasi melampau dengan cara yang terlalu kebudak-budakan.Kegelisahan para penyokong Dyana makin teserlah apabila mereka dengan sengaja mensabotaj billboard kempen PRK Teluk Intan kepunyaan BN.

Billboard tersebut telah diconteng dengan cat hitam pada bahagian wajah calon BN iaitu Dato Mah Siew Keong.
Kejadian tidak bertanggungjawab tersebut berlaku di Jalan Changkat Jong batu 12 adalah semata-mata usaha supaya menaikkan kemarahan penyokong Dato Mah.

Sekiranya berlaku ketegangan antara kedua belah pihak pastinya para penyokong DAP dan Dyana khasnya mereka akan menuduh BN mengamalkan politik samseng.

Dengan ini diharap agar penyokong BN 'harapan rakyat' tidak termakan dengan taktik kotor lagi keji DAP ini.

Tuesday 27 May 2014

Hanya Azmin Ali Bersungguh Pertahankan Dyana?! #PRKtelukintan

Walaupun muda dan tidak berpengalaman, sebagai ahli parlimen , Dyana Sofya Mohd Daud saya (Azmin) akan melakukan apa juga untuk menyaingi Datuk Mah Siew Keong. Itulah komen Azmin Ali sewaktu tibanya beliau disini dalam berkempen untuk Dyana

"Mah mungkin Presiden Gerakan , tetapi dia tidak mempunyai saraf untuk menentang Najib. Jika Najib mengatakan kita menaikkan harga tol, melaksanakan GST , beliau akan bersetuju, " ujar Azmin pada orang ramai daripada kebanyakannya penduduk tempatan Cina."- ujar beliau.


Terdahulu, Dyana muncul dikhalayak dengan gaya yang cukup mempesonakan orang ramai dengan ucapan ringkas selama 10 minit, termasuk suatu ungkapan penuh seksi dan rasa cinta seolah olah PRK Teluk Intan ini ibarat pertandingan ratu cantik.

"Saya belum pun memenangi lagi, tetapi saya sudah suka. Apakah yang perlu saya lakukan? lawan tetap lawan

"Beliau (azmin?) seorang yang cukup berkarisma kerana hanya beliau sanggup kehadapan untuk menolak saya keatas walau muda (dalam politik) saya cukup jelas menyukai beliau". - Tambah beliau

Dimana yang lain ketika beliau dibuli sepanjang kempen beliau.?!


Thursday 15 May 2014

Hanya Waris Boleh Temui Harta Karun Melaka?!

Persatuan Sejarah dan Warisan Melayu Duyong (Pesawad) meminta kerja-kerja pencarian harta karun di Pulau Nangka, dikaji semula memandangkan ia boleh memusnahkan ekosistem semulajadi kawasan bersejarah itu.

Pengerusinya, Khalid Hussin berkata, sekiranya benar-benar mahu mengeluarkan apa yang disifatkan sebagai harta karun itu, cara yang dilakukan seperti mengorek batu adalah tidak sesuai.

“Cukup-cukuplah, hentikan pencarian. Kita harap mereka hentikan dahulu, jangan musnahkan ekosistem yang terdapat di Pulau Nangka.

“Saya tidak mahu lebih banyak batu yang dikorek dan dialihkan. Kerana bagi saya, kesemua itu ada nilai yang amat tinggi,” katanya.


Menurutnya, Pesawad bersedia bekerjasama dengan kerajaan negeri dalam usaha dilakukan sekarang bagi menentukan kedudukan sebenar harta karun terbabit.

“Dengan syarat, berikan kami sedikit ruang kebebasan untuk melakukannya dengan cara kami sendiri. Sebenarnya, hanya waris sahaja yang boleh mengeluarkan harta karun itu dan sekiranya ia keluar, harta itu bukanlah hak milik individu atau golongan tertentu, tetapi untuk semua umat Islam di negara ini,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Khalid yang sebelum ini pernah tampil dengan bukti salasilah keturunan Bendahara Tun Perak berkata, ahli Pesawad sendiri ramai merupakan waris.

“Sebenarnya, kita sudah mendapat petunjuk mengenai pintu dimaksud itu, kita sudah tahu. Tidak perlu menebuk batu. Sekiranya waris pasti dengan izin ALLAH akan terbuka pintu. Tetapi kalau tiada keizinan-Nya, kita perlu reda.

“Kami sedia membantu kerajaan negeri tanpa mengharap apa-apa pun. Kalau usaha kami berjaya, kami akan isytihar untuk kepentingan umat Islam dan kerajaan,” katanya.

Menurut Khalid, beliau berani bercakap mengenai perkara itu, atas dasar warisan.

“Kami sudah masuk pada 2012 lalu tetapi langsung tiada niat untuk mencari harta karun. Sekiranya diberi ruang, kami akan membantu mengenalpasti kedudukan harta karun dan tapak perkuburan di situ yang langsung tiada tanda.

“Kami memang ada bersangkutan dengan Pulau Nangka dan kami ada bukti,” katanya.


Admin : Saya tahu siapa waris tu..muehehee...