Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Tuesday 30 December 2014

Adakah PM perlu tangung guni beras?


Saya terpangil untuk beri komen berkenaan isu PM dlm rangka lawatan kerja ke USA.

Saya terpangil untuk memberi komen, tanpa dipengaruhi emosi, tpi secara akal yg dikurniakan Allah swt kpd sy. Banyak sungguh sy terima komen diFB & Whatsapp berkaitan PM ke USA. Pada masa sama kita menadah tangan pada Allah swt, sambil memohon doa dimakbulkan.

Arahan PM tdk sama dgn arahan kita sebagai rakyat biasa. Hatta jika PM berada dihujung dunia sekalipun, andai esok diistihar cuti, maka cutilah esok...itu kuasa seorang PM, cakapnya terpakai. Tidak spt saya & saudara. Kita cakap buat itu, buat ini, komen diFB, sindir diWhatsapp, tetapi tidak bertindak serta membantu meringankan bebanan mangsa banjir, kita lebih teruk dari PM. PM tdk membantu kita dgn batang tubuh beliau, tetapi dgn kata2 & buah fikiran beliau (Dgn izin Allah swt)

PM telah meluluskan peruntukan kpd setiap negeri yg dilanda banjir dgn jumlah RM50juta. (Permulaan) & berapa ringgit pula kita sudah menderma kpd mangsa banjir?

Adakah seorang pekerja akan goyang kaki atau ponteng kerja jika Bossnya cuti atau out station diluar negara?

Adakah PM perlu tangung guni beras & hantar kesetiap rumah yg dilanda banjir? Apakah selama dua hari PM tidak ada diMalaysia, kerja2 kebajikan kpd mangsa banjir dihentikan? Sepatutnya dlm situasi skrg, Malaysia sdng dilanda musibah banjir, kita sebagai rakyat, mencari idea yg bernas untuk salurkan kpd pihak berkuasa, bersama2 membantu mangsa banjir... apakah kita seorang yg betul, disaat kecemasan sebegini, masih mencari salah orang? Bersihkan hati...sebelum buka mata diawal pagi...Insyaallah, hidup akan berjaya & berkat. Tapi setiap kali terbuka mata, hati sentiasa memikirkan untuk mencari kesalahan orang lain, sampai bila2pun Melayu xkan dapat pergi jauh.

#BayRond

Sunday 28 December 2014

Mangsa Tertimbus?





Banjir di Kelantan semakin surut malah ada tempat tempat yang masih dalam kritikal dan adanya berita belaku gelombang ke 3. Walaubagaimanpun semua persiapan dan persediaan pasukan penyelamat diteruskan untuk menjejak para mangsa yang bertaburan di seluruh kawasan terjejas. - KLIK baca lagi 

Thursday 4 December 2014

Sultan Selangor Tarik Gelaran Datuk Seri Dari Anwar Ibrahim


Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menarik balik darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk Seri yang dikurniakan kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkuatkuasa 3 November lalu.

Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, dalam satu kenyataan media, berkata penarikan Darjah Kebesaran Seri-Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SAAS) itu diputuskan baginda Sultan Selangor selepas berunding dengan Dewan Di-Raja Selangor.

Katanya, darjah kebesaran yang diberikan pada 1992 itu ditarik balik oleh Istana Selangor berikutan tindakan dan perlakuan Anwar sejak akhir 2013 yang mempersoalkan kewibawaan Sultan Selangor dan Institusi Raja dalam menyelesaikan kemelut pelantikan Menteri Besar Selangor dan hal berkaitan isu agama Islam yang Sultan mempunyai kuasa eksekutif serta sebagai Ketua Agama. - sumber

Tuesday 2 December 2014

Ikan talapia diberi makan bangkai babi? :

Ikan Talapia Diberi Makan Bangkai Babi Sebagai Makanan Ikan?!


Penternakan Ikan dalam sangkar memberikan pulangan yang sangat menguntungkan kepada penternak terutama pada ikan air tawar yang mudah diternak dan dipasarkan hari ini. baca lagi :

http://daengselili.blogspot.com/2014/12/ikan-talapia-diberi-makan-babi-sebagai.html

ngeeekkk pengotoq betuiiii...

Sunday 19 October 2014

Dyana Dan Zairil Bercinta?!


Selepas Dyana mengambil alih kerusi calon DAP di Teluk Intan, rata rata pemimpinan DAP komunis tidak berpuas hati dengan perancangan itu (Pemikir Strategi DAP, Ong Kian Ming) dan jelas Dyana ditolak oleh penyokong dan pemimpin dalaman DAP sendiri sehinggakan kehari ini DAP terus terusan menyerang Dyana dalam senyap hanya kerana...

Monday 1 September 2014

isu PPS hanya drama tutup krisis Selangor.

Hi peps..

Dalam dua hari ini kecoh insident PPS yang dikaitkan dengan samseng dan kongsi gelap yang bersarang didalam DAP Penang, Mana tidaknya boleh pukul orang sesuka hati macam la negara ini tiada undang undang.


i nak kongsi sikit story mori in morning glory cerita pasal demo menuntut pembebasan anggota PPS yang ditahan untuk siasatan di Pulau Pinang malam ini.

Pada i la isu ini adalah alihan isu oleh LGE s3cara jelas dan nyata cuba menutup kemaluan yang kini terbuka lantaran isu pemecatan menteri besar Selangor yang bakal merobohkan pakatan pembangkang di Malaysia hari ini..mana tidaknya suara ahli PAS dipencilkan dan PKR dengan kuku besinya menafikan hak PAS sepatutnya di Selangor sedangkan sedia maklum PAS mendominasikan kerajaaan pakatan di Selangor.

kalau tidak 2 ekor manusia yang duk pukul orang itu wajar ditahan dan disiasat atas tindakkannya..tetapi LGE mengambil jalan mencabar PDRM dalan ucapannya. Nampak tak bertapa liciknya cavunis ini bermain wayang. Dah la cakap pelat macam baru seminggu duk Malaysia.

RM 1.5 juta dibelanjakan untuk membiayai PPS ini adalah alat untuk jentera DAP di Pulau Pinang. Kenapa perlu pakai duit kerajaan negeri?!

Tengok 2 3 hari nanti mesti isu Unit Amal PAS pula kena game dengan LGE.

Nak demo demo macam orang gila..biar lah Polis buat kerja mereka..haritu bukan lagi lantang LGE duk cabar PDRM!!!

da uolls...




Monday 11 August 2014

Wabak "Selfie Alat Sulit" Mula Di Jepun?! #selfie

Gemar memuat naik gambar berselfie, mari kita lihat siapakah gerangan selebriti yang layak digelar ratu selfie.

Semakin ramai anak muda termasuk golongan selebriti yang tidak ketinggalan memuat naik gambar mereka berselfie di laman sosial seperti Twitter, Facebook dan Instagram masing-masing.

Menurut Oxford Dictionaries, perkataan 'selfie' ini merupakan perkataan yang kerap digunakan sejak tahun lepas dan penggunaan istilah tersebut dikatakan mencapai lebih 17,000 peratus sejak beberapa bulan yang lalu.

Selfie membawa maksud gambar diri sendiri yang diambil menggunakan telefon pintar, tablet mahupun webcam dan dimuat naik ke dalam laman web.

Terbaru, fenomena mengambil gambar sendiri bersama sanak saudara mahupun rakan taulan telah diperhebatkan lagi dengan kemunculan 'monopod' iaitu tempat meletakkan telefon bimbit yang boleh dilaraskan jarak objeknya daripada lensa.

Selfie Lisa Surihani

Laman media sosial sangat membantu mempopularkan perkataan tersebut dengan menggunakan 'hashtag selfie' (#selfie) oleh pengguna laman sosial berkenaan termasuk para selebriti tanah air.

JEPUN makin pelik dan menjelikkan

Artis wanita Jepun, Megumi Igarashi, ditangkap polis setelah membuat selfie alat sulitnya. Imej tersebut yang sesuai untuk cetakan 3D dan dia menghantar maklumat mengenainya kepada 30 orang yang sanggup membantu membiayai ciptaannya, kayak berbentuk seperti faraj. 

Polis mendakwa Megumi telah melanggar undang-undang antipornografi. Megumi dikatakan telah mengaut hampir 6,000 pound untuk "karyanya" itu. 

Megumi Igarashi yang mempunyai nama samaran Rokudenashiko itu berkata, dia yakin data tiga dimensi alat sulitnya itu bukan satu perbuatan lucah, dan dia tak menerima wang untuk foto selfie itu. 

"Saya membuat karya seni menggunakan faraj saya yang saya sebut dengan kata Manko," ujar Megarashi. Saya fikir sungguh menarik boleh menghiasi faraj saya dan menggunakannya sebagai diorama. Namun, saya terkejut kerana ramai orang marah dengan karya saya, atau kerana saya menyebutnya Manko," tambah dia. 

Megumi menambah, dia tidak mengerti mengapa masyarakat Jepun menganggap penggambaran atau penyebutan alat vital adalah hal tabu. Padahal, lanjut Megumi, alat kelamin lelaki atau zakar dengan bebas digunakan sebagai ilustrasi dan sudah menjadi sebahagian budaya pop Jepun.

Uweeeekkkk....bodoh...


Thursday 7 August 2014

Khalid Ibrahim Kekal Menteri Besar Selangor - TG Nik Aziz Nik Mat



KUALA LUMPUR: Majlis Syura Ulamak PAS yang bersidang di Kota Bharu semalam membuat keputusan bahawa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim wajar dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor selagi tidak disabitkan sebarang pelanggaran terhadap amanah.

Dalam kenyataan yang ditandantangani Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan juga Timbalan Mursyidul Am Tuan Guru Datuk Dr Haron Din itu menyatakan, keputusan itu dibuat berasaskan hukum syarak dan melihat kepentingan rakyat yang mesti mendahului kepentingan individu dan parti.

Bagaimanapun kata kenyataan itu, jika sekiranya ada pertuduhan yang disabitkan bersalah kemudiannya oleh pihak yang berautoriti seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau mahkamah, maka Majlis Syura Ulamak bersedia untuk menilai kembali kedudukan Khalid.

Berikut adalah kenyataan penuh.

Kenyataan Majlis Syura Ulamak

Merujuk kepada Fasal 3 Perlembagaan PAS, bahawa dasar PAS ialah Islam, dan Fasal 6(2) bahawa antara usaha PAS adalah "memperjuangkan Islam sebagai aqidah dan syariat serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara" ,

Maka, Majlis Syura Ulamak PAS yang telah bersidang pada 9 Syawal 1435 bersamaan 6 Ogos 2014 di Kota Bharu telah membuat keputusan berasaskan hukum syarak dan melihat kepentingan rakyat yang mesti mendahului kepentingan individu dan parti seperti berikut:

"Bahawa jawatan Menteri Besar Selangor adalah hak bersama yang telah dipersetujui oleh ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat untuk meneruskan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar di Selangor bagi penggal kedua selepas Pilihanraya Umum ke-13. Maka selagi tidak disabitkan sebarang pelanggaran terhadap amanah yang mewajarkan Menteri Besar itu digugurkan, Majlis Syura Ulamak PAS memutuskan untuk mengekalkan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Jika sekiranya ada pertuduhan yang disabitkan bersalah kemudiannya oleh pihak yang berautoriti seperti SPRM atau Mahkamah maka Majlis Syura Ulamak bersedia untuk menilai kembali kedudukan beliau.

Majlis Syura Ulamak menegaskan sekali lagi bahawa PAS akan tetap istiqamah dengan dasar dan prinsip perjuangan Islam sebagaimana yang termaktub di dalam perlembagaannya dan terus memberi komitmen bersama Pakatan Rakyat .

Datuk Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat
Al-Mursyidul Am, Parti Islam Se-Malaysia

Datuk Dr Haron Din
Timbalan Al-Mursyidul Am, Parti Islam Se-Malaysia

crdt photo : facebook

Saturday 19 July 2014

Al-Fatihah : Hujan Mayat Di Ukraine #PrayMH17

Bermula dengan bunyi letupan kuat yang membuat bangunan bergegar; kemudian disusuli dengan hujan tubuh manusia.Salah satu mayat jatuh mengenai bumbung rumah usang Irina Tipunova di sebuah perkampungan terpencil di timur Ukraine, seketika selepas pesawat penerbangan Malaysia Airlines MH17 meletup di udara di kawasan di mana pemisah pro Russia dan tentera kerajaan Ukraine sering bertempur.

"Ada bunyi lolongan dan segala-galanya mula bergegar. Kemudian objek mula jatuh dari langit," kata pesara berusia 65 tahun di depan rumah beliau.

"Kemudian saya mendengar raungan dan dia (perempuan) jatuh di dapur, sehingga bumbung rosak," katanya, menunjukkan lubang ternganga akibat tubuh manusia. Tubuh terlanjang itu terbujur kaku di dalam rumahnya, berhampiran katil.

Kira-kira 100 meter dari rumah Tipunova ini, berdozen-dozen tubuh manusia jatuh di kawasan ladang gandum berselerakkan di antara serpihan pesawat malang tersebut.

Gambar ini didakwa tubuh seorang bayi yang jatuh terhempas dari aras beribu kaki

Jelas masih terkejut dengan pengalaman beliau, Tipunova berkata: "Mayat masih di sini (rumah beliau) kerana mereka memberitahu saya perlu menunggu pakar untuk datang dan mengambilnya."

Seorang pemuda awal 20-an yang enggan memberikan namanya berkata dia berlari keluar selepas mendengar pesawat itu meletup.

"Saya membuka pintu dan saya melihat orang jatuh. Satu jatuh di kebun sayur saya," katanya.

Bukan sahaja tubuh manusia yang jatuh dari langit. Ketulan logam, bagasi dan serpihan lain bertaburan ke tanah di kawasan pertanian ini kira-kira 40 km dari sempadan dengan Rusia.

Bahagian hadapan pesawat itu jatuh dalam kebun bunga matahari kira-kira satu kilometer dari rumah Tipunova ini. Manakala serpihan, jasad dan bahagian-bahagian badan bertaburan di kawasan yang luas.

Penyelamat berkata, mereka telah mengumpulkan sebahagian besar mayat-mayat tersebut, sesetengah daripadanya adalah bahagian tubuh yang telah terpisah, ada yang remuk, ada yang bertimbun-timbun, yang mana telah dikenalpasti, ditandakan dengan kayu dan ditutup kain putih tanpa dialihkan.

Manakala beberapa mayat lagi, dibungkus beg plastik yang lut sinar, sepasang kaki terkeluar dari bungkusan.

Antara yang terkorban adalah wanita dan kanak-kanak, termasuk kanak-kanak lelaki kira-kira 10 tahun masih berbaring di sebelah kokpit, badan kecil beliau dilindungi oleh lembaran plastik.

Keadaan masih kelam-kabut di banyak tempat kejadian selepas 24 jam pesawat tersebut terhempas. Kasut tanpa tuan berada di merata-rata tempat, bersama kepingan ubat-ubatan yang terkeluar dari kotak ubat, bagasi kosong dan pakaian yang berselerak di kawasan ladang.

Dalam usaha untuk memadamkan kebakaran, ada jasad-jasad yang turut disiram air di tempat mereka jatuh ke bumi. Bersama-sama dengan serpihan pesawat dan sayap kapal terbang berwarna merah dan biru dengan logo Malaysia Airlines.

Petugas kecemasan, hanya beberapa orang pada hari Khamis, kini bertambah dengan jumlah yang besar pada Jumaat, telah membina pusat kawalan menggunakan dua khemah besar. Wartawan dan penduduk tempatan merayau tanpa halangan melalui abu dan serpihan hangus.Pejuang pemberontak dengan pakaian seragam menonton semua ini dengan cemas. 

Kiev telah menuduh mereka menembak jatuh pesawat itu, tetapi mereka menafikan dan berikrar untuk tidak akan menghalang siasatan antarabangsa yang akan dilakukan.

Bunyi berterusan serangan mortar dan tembakan pada jarak agak jauh kedengaran mungkin sebagai peringatan bahawa konflik antara pemisah dan kerajaan sejak tiga bulan lalu tidak akan padam. --19/7/2014

Saturday 12 July 2014

Bendera Israel Berkibar Di PWTC!

Berikut ialah gambar yang diambil oleh jurugambar Wan Zahari pada jam 3:30 ptg 15 Disember 2005 di Bangunan PWTC, Kuala Lumpur. Gambarnya ialah bendera Israel berkibar diatas bangunan PWTC bersama beberapa bendera negara asing. Ramai yang marah apabila gambar ini tersiar, ramai yang marah kenapa bendera Israel dikibarkan di bangunan tersebut.


Tiada satu pun bendera yang dikibarkan Melebihi daripada satu bendera yang lain apabila semua Bendera negara negara berkibar didalam satu barisan. Dan Turutan susunan kekanan bendera adalah berdasarkan kepada Senarai keanggotaan didalam Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu. [baca penuh]

Wednesday 9 July 2014

Sungai Manik Bermandi Barah [Banjar]

Guling gail awak si Mail Rudo taampar di atas titian nang hudah kada babatis batangan, kaampatnya pagat marga timpasan parang bungkol si Utoh Putih. Mahadang kutika nyawa cagar bapisah awan jasad. Banyu jaranih landas di bawah titian manjadi habang samunang dimumuie darah. 

Dasar kaitu pang adat urang bakalahi tih, salah saikung tantu pang kacundang, sangkala maka am tatawa ganal manarima habuan patang nih darah dalam jantung makanan ku!. Imbah asar Mail Rudo balapas saurangan kadada saikung-ikung umat nang rigi mahadapinya. Sapucuk pistol .38 nang hudah kahabisan pilur magunai taandak di higa mayat.


Labaram galo sa Bandang DOan, Parit 6, Sungai Manik, banyak pang bubuhan Banjar nang taumpat piasat didasak leh batalo kapala kominis nang bangaran Ah Pau, Ah Boon awan Ah Jang bamarkas di Sungai Tungko. Pambunuh Mail Rudo urang gancang PKM harus ditangkap salakasnya ujar.

KLIK SINI : ARTIKEL PENUH

Thursday 26 June 2014

MOHON BANTUAN : Kes Remaja Hilang

Nurina Imtiyaz Binti Mohd Husni,13 tahun.Pada 23hb Jun Isnin lebih kurang jam 1630 HRS keluar buang sampah di kawasan perumahan nya di Taman Permai Jaya,Bukit Minyak.kemudian tidak balik rumah.

24 Jun Ibu dan Ayah pergi buat repot di balai nombor repot: 
BK MERTAJAM/006719/14


Kali terakhir sebelum keluar remaja itu pakai t-shirt warna hitam lengan panjang dan seluar jeans biru muda dan tidak pakai tudung

Hubungi balai polis terdekat jika ternampak remaja ini atau :

Mohd Husni(Ayah) 
019-4484642 / 012-5723766

Sunday 22 June 2014

Info Kesihatan : Bahaya Membunuh Lipas!

TAHUKAH ANDA? BAHAYA MEMBUNUH LIPAS

Apabila anda melihat binatang lipas di rumah, jangan anda memukulnya sampai mati kerana isi perut lipas sangat bahaya.



Dalam perut Lipas terdapat cacing halus/lembut yg akan hidup meskipun diluar dari tubuh lipas. Bila cacing ini sudah berada di luar dari tubuh lipas (perut) dia akan bergerak untuk mencari tempat baru.

Cacing ini bentuknya sangat pendek, halus dan lembut akan terlihat pada mata kasar bila jarak pandang sekitar 10-20cm.

Cara nak tengok lipas ni, letak isi perut lipas di atas kertas hitam atau cermin.. Nanti cacing perut lipas akan bergerak2.

Sangat berbahaya apabila cacing ini sampai menyentuh kulit tubuh kita (terutama kaki) kerana dapat masuk melalui pori-pori kulit atau bila ada luka terbuka pada kulit luar.


Silakan copy, share atau apa sahaja tanpa perlu meminta izin untuk manfaat bersama.

Friday 20 June 2014

Nik Aziz tetap bangun solat walaupun sakit?!

hai Uolls..

lama tak menulis, kali ini i rasa macam sesuatu plak bila lihat gambar TG Nik Aziz ini. Bukan apa..Kalau dilihat dari perspektif kita sebagai umat islam apa yang dilakukan oleh TG Nik Aziz ini sesuatu yang cukup menampar minda kita.


Kebelakangan ini TG Hadi Awang, TG Harun Din dan TG Nik Aziz dilaporkan tidak sihat dan dimasukan ke wad atas pelbagai alasan melibatkan kesihatan mereka.

Hari ini i terjumpa beberapa keping gambar yang wajar kita renungkan, adakah kita mampu lakukan seperti beliau?!


Walaubagaimanapun i harap sangat TG Nik Aziz segera sembuh dan sempat membetulkan keadaan agar kelangsungan islam dan bangsa melayu ditanah air bertuah ini,itupun sekiranya beliau sedar akan kekhilafannya..Wallahualam.. 

Friday 30 May 2014

#PRKTelukIntan #dyana4telukintan Provokasi DAP Provokasi PKM

Provokasi PR semakin melampau.Kegelisahan penyokong-penyokong DAP semakin memuncak dengan cubaan provokasi yang lebih serius pada hari ini 1.17 pagi 30 mei 2014 di hadapan bilik gerakan BN Bandar Bharu.

 Perbuatan tidak bertanggungjawab ini hanyalah bertujuan menimbulkan kemarahan penyokong BN 'harapan rakyat'.Taktik murahan ini jelas sekali menggambarkan bayangan kaedah perjuangan Parti Komunis Malaya(PKM) pada satu masa dahulu.


 Malang sekali bagi mereka kerana penyokong BN 'harapan rakyat' telah lama sedar akan taktik kotor yang lapuk ini.Ini jelas terbukti apabila penyokong BN hanya membiarkan kumpulan yang melakukan provokasi ini pergi secara aman.

 Akhirkata dari penulis aman Malaysia bersama BN,huru-hara Malaysia angkara PR fikir-fikirkanlah.

Thursday 29 May 2014

#PRKtelukintan #dyana4telukintan Selawat Perdana Menyatukan Umat Islam di Teluk Intan #selawatperdana


Dimanakah perbezaannya diantara muslimin atau muslimah PAS dan UMNO disini?Siapakah yang mampu membezakan perbezaan mereka.

 Gambar merujuk kepada peristiwa perpaduan umat Islam ini berlaku pada 28 mei 2014 bertempat di Arena Square Teluk Intan ialah majlis Selawat Kecintaan kepada baginda Nabi Muhammad S.A.W dan tahlil kepada Almarhum Sultan Perak yang baru sahaja kembali ke rahmatullah.

 Peristiwa bersejarah ini jelas membuktikan Islam mempunyai tempat tertinggi dlm jiwa umat Islam di sini.Selama ini kekangan untuk penyatuan umat Islam di sini tidak lain tidak bukan adalah dari hasutan-hasutan tidak bertanggungjawab daripada musuh-musuh Islam itu sendiri yang mana kita semua tahu perjuangan mereka adalah menghalang Malaysia daripada menjadi sebuah negara Islam yang terbilang.



 Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi kerana telah membuka pintu hati generasi baru umat Islam masa kini bahawa mereka telah lama dipergunakan oleh musuh Islam dari dalam negara mereka sendiri.Peristiwa bersejarah ini pastinya menjadi teladan yang baik terhadap perkembangan dakwah Islamiyah ke seluruh pelusuk negara Malaysia khasnya dan umat Islam seluruh dunia amnya.

Akhir kata dari penulis, usahakanlah agar Islam sebagai pemerintah bukan sebagai Islam yang diperintah. Assalamualaikum WBT.



Wednesday 28 May 2014

Sultan Perak Mangkat [Al-Fatihah]



Merafak sembah sekalung ucapan takziah kepada keluarga DiRaja Sultan Perak dan seluruh rakyat jelata Negeri Perak.Ini dimaklumkan DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah , Sultan Perak yang ke-34 telah mangkat kira-kira jam 1.30 petang tadi. 

Semoga Allah merahmati Roh Baginda Sultan Azlan Muhibbuddin Shah. Amin. - sumber


Al-Fatihah~

#PRKtelukintan #dyana4telukintan Politik Barbarian Amalan DAP

Pembangkang buat provokasi melampau dengan cara yang terlalu kebudak-budakan.Kegelisahan para penyokong Dyana makin teserlah apabila mereka dengan sengaja mensabotaj billboard kempen PRK Teluk Intan kepunyaan BN.

Billboard tersebut telah diconteng dengan cat hitam pada bahagian wajah calon BN iaitu Dato Mah Siew Keong.
Kejadian tidak bertanggungjawab tersebut berlaku di Jalan Changkat Jong batu 12 adalah semata-mata usaha supaya menaikkan kemarahan penyokong Dato Mah.

Sekiranya berlaku ketegangan antara kedua belah pihak pastinya para penyokong DAP dan Dyana khasnya mereka akan menuduh BN mengamalkan politik samseng.

Dengan ini diharap agar penyokong BN 'harapan rakyat' tidak termakan dengan taktik kotor lagi keji DAP ini.

Tuesday 27 May 2014

Hanya Azmin Ali Bersungguh Pertahankan Dyana?! #PRKtelukintan

Walaupun muda dan tidak berpengalaman, sebagai ahli parlimen , Dyana Sofya Mohd Daud saya (Azmin) akan melakukan apa juga untuk menyaingi Datuk Mah Siew Keong. Itulah komen Azmin Ali sewaktu tibanya beliau disini dalam berkempen untuk Dyana

"Mah mungkin Presiden Gerakan , tetapi dia tidak mempunyai saraf untuk menentang Najib. Jika Najib mengatakan kita menaikkan harga tol, melaksanakan GST , beliau akan bersetuju, " ujar Azmin pada orang ramai daripada kebanyakannya penduduk tempatan Cina."- ujar beliau.


Terdahulu, Dyana muncul dikhalayak dengan gaya yang cukup mempesonakan orang ramai dengan ucapan ringkas selama 10 minit, termasuk suatu ungkapan penuh seksi dan rasa cinta seolah olah PRK Teluk Intan ini ibarat pertandingan ratu cantik.

"Saya belum pun memenangi lagi, tetapi saya sudah suka. Apakah yang perlu saya lakukan? lawan tetap lawan

"Beliau (azmin?) seorang yang cukup berkarisma kerana hanya beliau sanggup kehadapan untuk menolak saya keatas walau muda (dalam politik) saya cukup jelas menyukai beliau". - Tambah beliau

Dimana yang lain ketika beliau dibuli sepanjang kempen beliau.?!


Thursday 15 May 2014

Hanya Waris Boleh Temui Harta Karun Melaka?!

Persatuan Sejarah dan Warisan Melayu Duyong (Pesawad) meminta kerja-kerja pencarian harta karun di Pulau Nangka, dikaji semula memandangkan ia boleh memusnahkan ekosistem semulajadi kawasan bersejarah itu.

Pengerusinya, Khalid Hussin berkata, sekiranya benar-benar mahu mengeluarkan apa yang disifatkan sebagai harta karun itu, cara yang dilakukan seperti mengorek batu adalah tidak sesuai.

“Cukup-cukuplah, hentikan pencarian. Kita harap mereka hentikan dahulu, jangan musnahkan ekosistem yang terdapat di Pulau Nangka.

“Saya tidak mahu lebih banyak batu yang dikorek dan dialihkan. Kerana bagi saya, kesemua itu ada nilai yang amat tinggi,” katanya.


Menurutnya, Pesawad bersedia bekerjasama dengan kerajaan negeri dalam usaha dilakukan sekarang bagi menentukan kedudukan sebenar harta karun terbabit.

“Dengan syarat, berikan kami sedikit ruang kebebasan untuk melakukannya dengan cara kami sendiri. Sebenarnya, hanya waris sahaja yang boleh mengeluarkan harta karun itu dan sekiranya ia keluar, harta itu bukanlah hak milik individu atau golongan tertentu, tetapi untuk semua umat Islam di negara ini,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Khalid yang sebelum ini pernah tampil dengan bukti salasilah keturunan Bendahara Tun Perak berkata, ahli Pesawad sendiri ramai merupakan waris.

“Sebenarnya, kita sudah mendapat petunjuk mengenai pintu dimaksud itu, kita sudah tahu. Tidak perlu menebuk batu. Sekiranya waris pasti dengan izin ALLAH akan terbuka pintu. Tetapi kalau tiada keizinan-Nya, kita perlu reda.

“Kami sedia membantu kerajaan negeri tanpa mengharap apa-apa pun. Kalau usaha kami berjaya, kami akan isytihar untuk kepentingan umat Islam dan kerajaan,” katanya.

Menurut Khalid, beliau berani bercakap mengenai perkara itu, atas dasar warisan.

“Kami sudah masuk pada 2012 lalu tetapi langsung tiada niat untuk mencari harta karun. Sekiranya diberi ruang, kami akan membantu mengenalpasti kedudukan harta karun dan tapak perkuburan di situ yang langsung tiada tanda.

“Kami memang ada bersangkutan dengan Pulau Nangka dan kami ada bukti,” katanya.


Admin : Saya tahu siapa waris tu..muehehee...

Sunday 27 April 2014

Aktiviti Barrack Obama Hari Ini Di Malaysia

Perkara ini bakal tersimpan didalam lipatan sejarah Malaysia kerana dalam masa 48 tahun tidak ada seorang Presiden US menjejakan kaki di bumi Malaysia ini selain Barrack Obama Presiden US yang terkini, Ini merupakan satu penghargaan buat Malaysia.

Obama menyapa mesra Hishammuddin Hussein setibanya beliau di sini semalam

Dari kacamata kita sebuah negara yang kecil dan jauh bezanya dengan US, kita sewajarnya berfikiran positif diatas kehadiran salah seorang pemimpin dunia walaupun ada individu yang berfikiran sempit mempolitikan lawatan ini.

Dengan keadaan negara yang dilanda perang spekulasi dan pelbagai masalah Obama memilih untuk melawati Malaysia, Nyata beliau dan kerajaan US sendiri yakin akan tahap kawalan keselamatan negara kita ditahap terbaik. Dan perkara ini diterjemahkan oleh Obama secara tidak langsung.

Antara aktiviti yang bakal dilakukan oleh Obama dalam lawatan kerja beliau selama 2 hari di Malaysia.


Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama berkata, Malaysia boleh mencari kekuatan daripada kepelbagaian etnik dan agama rakyatnya serta harapan yang terlakar dalam sejarah untuk mengukir masa depan yang lebih cerah bagi generasi akan datang.

Berucap pada majlis jamuan negara di Istana Negara sempena lawatan negara tiga hari beliau ke Malaysia, Obama berkata, walaupun AS dan Malaysia adalah dua negara berbeza, namun rakyatnya berkongsi harapan dan hasrat yang sama.

"Saya percaya, tidak kira sama ada kita berasal dari sebuah kampung terpencil atau bandar raya megah, sama ada kita tinggal di AS atau di Malaysia, sebagai manusia, kita berkongsi hasrat yang sama - untuk hidup dengan bermaruah dan aman.

"(Kita ingin) mencorakkan masa depan kita sendiri, boleh mencari rezeki dan bekerja keras untuk menyara keluarga. Dan paling penting, mewariskan kepada generasi akan datang sesuatu yang lebih baik daripada apa yang ditinggalkan untuk kita," katanya.

Inilah hasrat yang beliau percaya boleh memberi sinar lebih gemilang kepada era baharu dalam perkongsian antara AS dan Malaysia, kata Obama pada majlis itu, yang diserikan dengan keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong , Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah.

Pemimpin AS itu menyelit bebe­rapa perkataan Melayu dalam ucapannya, sesuatu yang disambut baik oleh hadirin seperti yang terpamer daripada tepukan bergemuruh mereka.

Ketika memulakan ucapannya, Obama mengucapkan "Selamat Petang" dan mengakhirkannya dengan ungkapan "Terima kasih banyak."

Beliau juga menggunakan perkataan bekerjasama apabila me­nyen­tuh tentang perkongsian antara AS dan Malaysia serta boleh spirit bagi merujuk kepada slogan Malaysia Boleh.

Obama mendarat dengan pesawat khas di ibu negara pada kira-kira pukul 5 petang untuk melakukan lawatan ke Malaysia sebagai sebahagian daripada siri jelajah beliau ke empat negara Asia, bermula dengan Jepun dan diikuti Korea Selatan. Destinasi terakhir beliau ialah Filipina.

Kunjungan beliau ke sini adalah yang pertama oleh Presiden Amerika dalam tempoh 48 tahun, sejak lawatan Presiden Lyndon B. Johnson ke Malaysia pada 1966.
-BERNAMA

Saturday 26 April 2014

Bekas Model Seksi Felixia Yeap Bakal Memeluk Islam


Sebelum ini, bekas model majalah Playboy, Felixia Yeap pernah mengeluarkan kenyataan tidak mahu terburu-buru memeluk agama Islam walaupun gaya pemakaiannya telah berubah 360 darjah seperti muslimah sejati.


Namun begitu, gadis berbangsa Cina ini nekad membuat keputusan untuk bertukar agama dan mengesahkan perkara itu kepada Harian Metro.



“Jika tiada halangan, Insya-Allah saya akan mengucap (kalimah) syahadah pada Ramadan ini bersempena dengan tarikh lahir saya pada Julai depan," kata Felixia. 

“Ada sebab kenapa saya belum memeluk Islam secara rasmi. Antara yang utama, saya masih perlukan masa. Buat masa ini, saya sedaya-upaya mencari masa untuk membaca buku agama."

"Saya bersabar saja dan berharap orang ramai kuarngkan prasangka buruk. Saya tidak marah tapi saya kadang-kadang terguris dan kecewa dengan orang berfikiran terlalu negatif serta berkasar bahasa dengan saya."


"Pakaian Muslimah lebih sejuk dan manis dipandang malah lebih dihormati semua terutama lelaki. Pakaian menutup aurat juga memberi ketenangan hati pada diri dan orang di sekitar berbanding pakaian yang seksi," katanya lagi.

Sumber : Pelbagai / Harian Metro

Friday 25 April 2014

Hudud : Kelantan Belum Beri Kata Putus

Kerajaan Kelantan belum membuat sebarang keputusan sama ada perlu atau tidak untuk mengadakan sidang khas Dun bagi membincangkan cadangan pelaksanaan hukum hudud di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, kerajaan negeri akan memikirkannya secara teliti sama ada perlu pihaknya untuk memanggil persidangan khas Dun itu.


“Kita lihat kepada kepentingan sama ada perlu kita buat persidangan khas itu pada Jun atau Oktober tahun ini ketika dewan bersidang mengikut jadualnya,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Buku Tok Guru-Sebuah Biografi Awal di sini, hari ini.

Turut hadir mantan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beberapa hari lalu sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO), Institut Modenisasi Pemikiran Anak Kelantan mendesak agar kerajaan negeri mengadakan sidang khas Dun itu bagi membincangkan pelaksanaan hudud secara mendalam dalam kalangan wakil rakyat.

Namun Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, sidang Dun itu tidak perlu diadakan kerana dewan yang sama telah memutus untuk meluluskan Enakmen Kanun jenayah Syariah (2) 1993 pada 1993.

Sebelum ini juga Mohd Amar berkata, kerajaan Pas Kelantan melalui anggota Parlimen parti itu akan membawa usul Rang Undang-Undang Persendirian (Hukum Hudud) ke persidangan Dewan Rakyat bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan enakmen berkenaan selewat-lewatnya Disember tahun ini.

Sementara itu mengulas buku setebal 250 muka surat hasil tulisan Habibul Izzah Ahmad itu, Ahmad berkata buku itu adalah sebagai rujukan generasi akan datang bagaimana membuktikan seorang ulama mampu menjadi seorang pemerintah. Buku itu dijual RM30 senaskhah.

Manakala respond PKR?!

Parti Keadilan Rakyat (PKR) masih berdolak-dalih mengenai pendirian parti itu berhubung pelaksanaan hukum hudud yang menjadi agenda utama sekutu dalam Pakatan Rakyat sendiri iaitu PAS.

Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata isu tersebut sengaja dibangkitkan semula untuk memecahbelahkan parti di dalam Pakatan Rakyat.

“Isu ini sering dimainkan oleh pihak musuh kerana mereka ingin lihat parti dalam Pakatan Rakyat berpecah-belah,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, Rabu.

Jelas Wan Azizah, pelaksanaan hukum hudud sebenarnya masih lagi diperhalusi oleh ketiga-tiga parti ketika ini.

“Ia masih lagi diteliti dan keputusan akan dimuktamadkan oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat.Kita adakan perjumpaan (untuk berbincang mengenainya) pada Majlis Presiden Pakatan Rakyat,” katanya.

Wan Azizah berkata, PAS perlu diberi peluang untuk memberi penjelasan dan pemahaman kepada sekutunya mengenai pelaksanaan undang-undang Islam itu.

“Kita minta PAS untuk perjelaskan hasrat mereka berhubung perkara itu.Kita berpegang kepada Perlembagaan negara iaitu Islam adalah negara rasmi tetapi pada masa sama menghormati kebebasan agama lain,” katanya.

Hukum hudud kembali hangat diperkatakan apabila, kerajaan PAS Kelantan bertegas mahu membentangkan rang undang-undang persendirian di Dewan Rakyat bagi membolehkan hukum hudud dilaksanakan di negeri itu biarpun menerima tentangan daripada sekutunya, DAP dan PKR.

Pendirian itu dinyatakan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob pada 10 April lalu yang turut memberi gambaran jelas bahawa kerajaan pimpinannya tidak akan sesekali berganjak daripada keputusan tersebut.

Terdahulu, Anwar berkata, PAS perlu ruang secara adil untuk memberikan penjelasan dan pemahaman secara terpinci kepada sekutu mereka mengenai pelaksanaan hukum hudud.

“Perkara ini perlu dilihat berasingan dalam konteks Kelantan dan Pakatan Rakyat. Kita hormati enakmen yang diluluskan sebelum pakatan pembangkang ditubuhkan,” kata Anwar.

Tuesday 22 April 2014

Tinggalkan Saya Bersama Penagih Di Terowong - Farazila

Bekas isteri Sham Kamikaze, Farazila AJ membuat pendedahan di BiPop. 

Kata Farazila:-
Kami bergaduh lagi gara-gara perempuan. Hancur hati saya dan saya balik ke kampung. Saya pulang semula ke Kuala Lumpur selepas 2 minggu dan terkejut melihat dirinya berjubah serta berkopiah. Tetapi saya tidak rasa apa-apa.


Apabila orang memuji konon dia dia sudah berhijrah, dia rasa dirinya mulia. Sham jadi lupa diri apabila orang sekeliling mengagungkan dirinya. Dia bangga apabila disanjung, tetapi sebenarnya dia belum berubah sepenuhnya. Saya menegur sikap hipokritnya itu dan kami bergaduh lagi. Selepas pulang umrah, saya sudah berubah dan berhijrah lebih awal daripadanya.

Bayangkan sebelum subuh, jam sudah berbunyi dan dia bangun tidur lalu terus menghadap komputer. Ayatnya di komputer “jom solat” tetapi sebenarnya dia tidak bersolat dan tidur semula. 

Malah Farazila telah membuat laporan polis untuk langkah keselamatan terhadap gambar dan rakan video yang dilakukan oleh bekas suaminya itu.

Tambah Farazila lagi:-
Siang malam dia kerap menghadap komputer. Itu saya boleh tahan lagi, tetapi apabila dia memuat naik gambar berlaga pipi dengan wanita lain dalam FB, apa perasaan saya? Apabila orang bertanya, saya tiada jawapan. Malu pun ada! Apabila bergaduh, dia mula tidak balik rumah berhari-hari. Kadang-kadang balik rumah hanya salin baju sahaja.


Dalam satu insiden saya tidak akan lupa sampai mati, dia pernah tinggalkan saya di tepi lebih raya ketika pulang ke kampung di Batu Pahat kerana bergaduh pasal FB. Dia libas tangan dan cincin dipakainya terkena mata saya. Sampai kini dalam mata saya kelihatan berdarah. Mujur saya ada telefon bibit. Dengan mata berair kena libas dan hujan pula, saya terpaksa berteduh bawah terowong.

Saya hubungi ibu untuk beritahu apa yang berlaku. Ibu pulang menghubungi Sham, suruh dia ambil saya di tepi lebuh raya. Bayangkan dari waktu Asar saya ditinggalkan, dia hanya datang ambil saya dalam jam 10 malam. Saya sembunyi dalam terowong yang sekelilingnya penuh dengan jarum penagih dadah. Saya memang takut kerana tempat itu sunyi tetapi saya tiada pilihan dan berserah kepada Allah.

Saya pujuk hati mungkin saya bersalah dan mencari Sham di Studio, tetapi tidak nampak keretanya. Esoknya saya cari lagi di studio dan berjumpa seorang kakitangannya. Selepas mengetahui Sham ada di ruang atas studio, saya sediakan minuman untuknya dan ketika mahu menghantarnyaa, kakitangan berkenaan seakan menghalang saya. Kebetulan Sham mahu turun ke bawah dan dia yang terkejut melihat saya, lari lintang pukang naik atas semula.

Seminggu selepas itu, kakitangan itu berterus terang kepada saya memakluman ada seorang wanita ketika itu bersama Sham. Wanita itu didakwa masih bersuami dan mempunyai dua anak. Kami bergaduh besar dan saya terus balik ke kampung. Dia cerita kepada orang saya ingkar dan keluar rumah tanpa izin. Seingat saya, jika keluar rumahpun hanya ke rumah mentua atau balik kampung saja.

Jangan kita tertipu dengan penampilan alim yang penuh dusta. Wasatiyyah iaitu kesederhanaan lah yang terbaik. Penghijrahan terutama artis perlu diselidiki kesahihannya. Cukup-cukuplah kita ditipu oleh beberapa orang artis yang kononnya berhijrah namun penuh dengan agenda peribadi yang tak ketahuan. - PO