Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Monday 5 December 2016

"Mayat" Berbogel Minta Selimut!

Seorang lelaki Poland yang disahkan mati selepas minum terlalu banyak arak, terjaga dan mendapati dirinya di dalam bilik mayat.

Kejadian di Kamienna Gora, sebuah bandar di barat daya Poland bermula apabila lelaki itu, Kamil, minum terlalu banyak vodka di pub. Dia diserang sakit jantung, menyebabkan dia rebah sebelum dikejarkan ke hospital.

Usaha dilakukan untuk menyedar dan menyelamatkannya, tetapi gagal. Dia dihantar ke rumah mayat hospital itu dan dimasukkan ke dalam peti sejuk. Tidak lama kemudian, pengawal di hospital itu mendengar bunyi bising di bilik mayat itu.

“Saya begitu pasti ada cubaan merompak. Pernah beberapa pemuda datang memecah masuk blik mayat untuk merompak.


“Tetapi bunyi bising itu datang dari peti sejuk mayat. Dengan tangan yang menggeletar, saya buka pintu peti sejuk itu dan menemui ‘mayat’ yang dalam keadaan berbogel, meminta selimut kerana terlalu sejuk,” kata pengawal itu.

Dia kemudian menelefon polis. Seorang doktor yang turut datang ke bilik mayat itu mengesahkan Kamil, 25, masih hidup. Dia diberi semula pakaiannya sebelum dibenarkan pulang selepas menjalani pemeriksaan perubatan.

Bagaimanapun, Kamil tidak terus pulang ke rumah, sebaliknya singgah di pub untuk minum bersama rakannya bagi meraikan kebangkitannya dari mati. Kejadian itu serupa dengan yang berlaku tahun lalu apabila seorang lelaki disahkan mati di Khansanky, timur jauh Russia, mendapati dirinya di dalam bilik mayat.

Dia meraung sambil menendang pintu peti sejuk selepas menyedari dia terkunci di dalamnya. Mujur seorang pengawal keselamatan mendengar bunyi bising dan mengeluarkannya dari peti sejuk itu.

Pada 2014, Janina Kolkiewicz, 91, menghabiskan masa 11 jam di dalam peti sejuk di sebuah bilik mayat di hospital di Poland, selepas disahkan mati. Bagaimanapun, petugas mendapati beg mayatnya bergerak ketika membuka peti sejuk itu. – Agensi

Monday 28 November 2016

Cukai Jalan Naik 2017 #CukaiJalan2017 #CukaiJalan

Roadtax kereta dari 880c ke atas naik 25% bermula Jan 2017, bermkna naik dalam RM168.50 ,& insuran secara automatic naik dalam 25% jugak.

600cc = RM20 + RM5 (25%)

1.3cc = RM70 + RM17.50 (25%)

1.5cc = RM90 + RM22.50 (25%)

1.8cc = RM279.20 + RM69.80 (25%)

2.0cc = RM378.50 + RM94.60 (25%)

2.4cc = RM729.60 + RM185.40 (25%)

Seperti yang diterima admin dalam sebaran aplikasi Whatsapp jelas tidak bersumber dan sekadar khabar angin seperti mana penafian oleh pihak berkuasa (bawah)


MASYARAKAT WAJAR JAUHI FITNAH : 

Terdapat banyak nas dari Kitab Allah SWT dan hadith-hadith Rasulullah yang menceritakan perihal perbuatan yang keji ini antaranya firman Allah SWT di dalam surah al-Nur, ayat 19:
إِنَّ الَّذِينَ يُحِبُّونَ أَنْ تَشِيعَ الْفَاحِشَةُ فِي الَّذِينَ آمَنُوا لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang suka menghebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian).
Ayat suci di atas secara jelasnya mengecam mereka yang suka mereka-reka cerita lalu menyebarkan pada orang lain dengan ancaman siksa yang amat dahsyat. 
Secara kebiasaannya fitnah yang timbul disebabkan perasaan sangka buruk terhadap seseorang/pemerintah yang dibenci atau tidak disukai, maka timbullah idea untuk memburukkan seseorang itu dengan melontarkan fitnah dan tuduhan ke atasnya. Oleh kerana itu, Baginda Sallallahu ‘alaihi wa sallam memberi amaran agar menjauhi sifat begini.

Salah Guna Lorong Kecemasan?

RAMAI yang mengeluh apabila ambulans lambat tiba ke lokasi bagi menyelamatkan pesakit atau mangsa kemalangan. Tidak kurang juga ada yang terus menghambur kata-kata makian dan menghukum hospital dengan mengatakan kakitangan tidak menjalankan amanah yang diberikan.

Tetapi ramai tidak sedar hakikat sebenar bahawa kita semua adalah penyebab kepada kelewatan itu. Perlu diketahui apabila pihak hospital menerima panggilan kecemasan, hanya satu hingga tiga minit masa yang diambil oleh ambulans untuk bergerak meninggalkan hospital.

Timbul masalah terutama pada waktu puncak antara jam 7 pagi hingga 10 pagi dan 4 petang hingga 7.30 malam terutama di bandar utama. Mungkin masing-masing ingin sampai ke destinasi dengan segera sehingga lupa untuk mematuhi peraturan, tidak bertimbang rasa, gagal memberikan laluan kepada kenderaan kecemasan ini.

Pemandu menjadikan dua lorong laluan kepada tiga lorong di waktu puncak hingga tiada ruang antara satu kereta dengan kereta lain. Jadi, bagaimana sebuah ambulans dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) dalam keadaan kecemasan mahu mengambil mangsa kemalangan motosikal di persiaran KLCC dalam masa yang ditetapkan?

Lorong kecemasan yang sepatutnya menjadi laluan kenderaan keselamatan menjadi laluan kenderaan awam dan ini antara punca kelewatan bantuan daripada ambulans. 


Tinjauan bermula dari HKL menuju ke Persiaran KLCC di waktu puncak iaitu pada jam 6 petang dengan ribuan kenderaan mula pulang ke rumah masing-masing menggunakan laluan utama. Meskipun ada kesedaran oleh pemandu dengan cuba memberi laluan, tapi laluan itu tidak cukup bagi sebuah ambulans disebabkan kesesakan yang melampau.

Selepas berjaya mengharungi kesesakan, ambulans sekali lagi mengalami kesukaran di bulatan Pahang apabila kebanyakan kenderaan tidak memberi laluan. Ada segelintir pemandu dengan sengaja menekan pedal minyak dan mencelah menyebabkan pemandu terpaksa menekan brek kecemasan.

Tidak kurang juga ada kenderaan cuba mengambil kesempatan mengekori ambulans dari jarak dekat belakang walaupun ia adalah satu kesalahan. Ambulans tiba di lokasi dalam tempoh 20 minit berbanding tiga hingga lima minit daripada waktu yang telah ditetapkan.

Bagi pemandu ambulans HKL, Sharrin Abd Hamid, sebagai seorang pemandu kenderaan keselamatan aspek yang perlu ditekankan adalah sentiasa fokus semasa memandu, memastikan tidak berlaku sebarang kemalangan dan tenang.

Gambar hiasan

“Mungkin pihak di luar sana rasa bila kita memandu ambulans kita boleh lakukan apa sahaja, boleh langgar lampu merah dan boleh pecut sesuka hati. Sebenarnya tidak, kami juga perlu patuh kepada peraturan jalan raya.

“Kita minta laluan daripada pengguna, jadi pemandu berhemah dan perlu pastikan pesakit dalam ambulans ini selamat sampai ke hospital. Itu tugas yang perlu kami pikul,” katanya.

Katanya, pemanduan defensif perlu ada pada setiap pemandu ambulan bagi menyelamatkan nyawa, harta benda dan mengurangkan kos penyelenggaraan.

“Kami semua didedahkan dengan kemahiran tersebut dengan menyertai kursus tersebut bagi mempersiapkan diri dari sebarang kemungkinan.

“Saya harap pemandu di negara ini dapat menerapkan pemanduan defensif ini sekali gus dapat menjadi pemandu kelas pertama seperti di Eropah,” katanya. - sumber

Thursday 16 June 2016

PAN Macam Pelacur Kelas Ketiga #PRKSgBesar #SCS93 #PRKSungaiBesar

Parti Amanah Negara (PAN) adalah alat bantuan kecemasan untuk DAP dakwa Badan bukan kerajaan, Majlis Perundingan Melayu (MPM). 

Bagi DAP sekiranya dikenakan tindakkan oleh Pendaftaran Pertubuhan (ROS) sekaligus menarik penyokong PAS berbaju oren terus menjiwai perjuangan Komunis DAP. Untuk menarik orang PAS secara terus adalah amat sukar tetapi dengan bantuan Mat Sabu yang ditaja DAP (sejak dari awal penglibatan Mat Sabu kedalam PAS).

Akhirnya Mat Sabu berjaya menarik hampir 200,000 ahli PAS untuk bersama PAN (Orang PAS berbaju oren)

DAP Cuba Jadikan Amanah Parti Penyelamat Mereka

Setiausaha Agung MPM Datuk Dr Hasan Mad berkata DAP mengambil langkah itu, sebagai talian hayatnya, PAS yang sebelum ini bersetuju 'meminjamkan logonya untuk DAP', telah memutuskan hubungan kerjasama dengan mereka.


"Sudah tiga tahun lebih berlalu, ROS masih tidak lagi membuat keputusan berhubung status DAP susulan siasatan kontroversi keputusan pemilihan parti itu pada 2013, sama ada parti itu boleh dikekalkan atau dibubarkan," katanya dalam laporan bernama di sidang media di Sekinchan, di sini hari ini.

Calon PAN tak ada siapa nak payung?!

Pada 2013, ROS telah mengarahkan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP selepas mendapati berlaku penyelewengan dan manipulasi undi oleh parti itu pada pemilihan awal pada Disember 2012.


Pada tahun 2013,Pendaftaran Pertubuhan (ROS) telah mengarahkan pemilihan semula Jawatankuasa eksekutif Pusat (CEC) DAP kerana telah didapati belaku penyeleyengan besar besaran dan manipulasi undi oleh parti itu pada pemilihan awal Disember 2012. Ini Jelas DAP sendiri gagal menegakkan ketelusan dalam organasi sendiri. 


Tambahan lagi selepas pemilihan semula dilaksanakan, terdapat pula dakwaan sesetengah anggota parti itu dinafikan hak untuk menghadiri kongres parti itu sebagai perwakilan. DAP Korup dan tidak boleh pakai dunia akhirat.


Dalam sidang media yang sama, Setiausaha Organisasi Nasional Parti Alternatif Rakyat (PAP) Rahmad Isahak pula mendakwa Amanah merupakan sebuah parti yang berada dalam 'kedai pajak gadai' dan ditebus oleh mereka yang mahu menggunakannya.

Thursday 9 June 2016

Penduduk Mengamuk Ceramah Parti Amanah Negara Bising?! #PRKKualaKangsar #PRKSungaiBesar



Berita yang diterima dari aplikasi pesanan ringkas whatsapp yang mana dikhabarkan satu ceramah kempen Parti Amanoh Negara (PAN) menerima teguran dari penduduk kampung kerana berceramah dengan nada peti suara yang kuat sehingga menganggu umat Islam yang mahu mendirikan solat tarawih di surau berdekatan Taman Sri Emas, Kuala Kangsar.

BACA LAGI : 


Friday 22 January 2016

Universiti SEGI Kota Damansara Terima Ancaman Bom?!

KAKITANGAN dan pelajar menunggu di luar pintu masuk utama Universiti SEGi, Kota Damansara selepas diarah mengosongkan kawasan sekitar disebabkan pihak pengurusan menerima panggilan bom. - Berita Harian


Polis mengesahkan tiada bom di Universiti Segi di Kota Damansara selepas kira-kira 2,000 pelajar diarah mengosongkan premis itu awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zaini Che Din memberitahu pemberita, universiti itu menerima panggilan kira-kira jam 10 pagi ini, daripada seorang pemanggil yang mendakwa seorang "lelaki Iran" akan meletakkan bom di salah 1 tandas di kampus mereka.

"Mereka menerima panggilan daripada seseorang yang bercakap dalam bahasa Inggeris. Katanya, dia melihat lelaki Iran meletakkan bom dalam salah 1 tandas," katanya.


"Siasatan masih berjalan, tetapi kami tidak menjumpai apa-apa objek mencurigakan."

Terdahulu hari ini, pelajar dilaporkan diminta meninggalkan perkarangan universiti pada kira-kira 11 pagi berikutan penemuan sebuah beg yang ditinggalkan di situ.

"Kami terpaksa beri arahan mengosongkan bangunan dan memeriksa kawasan sekitar kerana kami tidak tahu tandas mana yang dimaksudkan," kata Zaini.

Beliau berkata polis mengambil keterangan daripada kakitangan universiti dan ia dibuka semula pada jam 2 petang.Satu skuad bom dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor turut memeriksa kawasan selama lebih sejam tetapi tidak menjumpai apa-apa.

Ancaman bom hari ini diterima selepas 5 hari skuad bom dikejarkan ke Pavilion KL di mana 2 beg galas ditemui ditinggalkan di bawah kerusi.

Ia merupakan amaran palsu apabila beg itu didapati dipenuhi pakaian milik 2 pelancong Korea yang tertinggal beg itu dan kemudian kembali untuk menuntutnya. – 22 Januari, 2016.

Wednesday 13 January 2016

Rakam Aksi PRANK Terima Ugutan Bunuh [Video]



USIKAN melampau pelawak YouTube, Kristen Hanby sebagai 'prankster' menyebabkan kakaknya, Natalie tidak menegurnya selama beberapa hari. Insiden bermula selepas Kristen menipu Natalie untuk membawanya keluar membeli hadiah ulang tahun kelahiran, tetapi sebaliknya yang berlaku. Kristen mengatur rancangan untuk memalukan kakaknya. 

Dalam sebuah video yang dimuat naik Sabtu lepas, Natalie terhantuk ke cermin kereta selepas Kristen bertindak menghentikan kenderaan secara tiba-tiba. 

Natalie langsung tidak kelihatan 'terhibur' dengan tindakan Kristen. 

Rancangan Kristen diteruskan dengan menolak Natalie ke dalam semak, merampas makanannya malah menolak kakaknya tersebut jatuh ke dalam air di sebuah jeti.Aksi prank itu berakhir dengan Natalie diselimuti bedak talkum yang diletakkan di dalam alat penghawa dingin kenderaan yang sedang mereka naiki.

Kristen yang berasal dari St Helier, kepulauan Jersey dan bekerja sebagai tukang kayu berkata, Natalie tidak menegurnya selepas kejadian tersebut.

"Itu kali pertama saya kenakan kakak saya. Saya sudah kenakan ramai orang banyak kali. Saya mula merakam video sejak lima bulan lepas," kata Kristen kepada Dailymail.

Kata Kristen, beliau memang kuat berjenaka di kalangan ahli keluarga dan kawan-kawannya.

"Saya kini merakam dua video seminggu selepas mendapat sambutan di YouTube. Saya suka buat orang ketawa," kata Kristen tanpa rasa bersalah.

Kristen juga mendedahkan beliau menerima ugutan bunuh selepas video melibatkan Natalie dimuat naik, Sabtu lepas dan menarik perhatian hampir 12,000 pelayar. Di YouTube, terbukti hanya sebilangan kecil pelayar menyukai 'jenaka kasar' Kristen.

Seorang pelayar, Steven Pinglaux menyifatkan jenaka Kristen sebagai kelakar tetapi sangat kasar. Seorang kawan sekolah Kristen, Jesper Wahl pula menggelar video pelawak berkenaan sebagai 'sampah'. - Dailymail.




Tak terkecuali di Malaysia, aksi PRANK ini mula diajar/dipertontonkan/diamalankan dalam siaran TV dan rancangan radio seperti "wakenabeb atau panggilan hangit". Kadang kala saya rasa manusia hari ini dah hilang pedoman. Macam orang gila!

Wednesday 6 January 2016

Fakta Sebenar #BoikotMcDonalds

Pada tahun lepas Malaysia digegarkan dengan fenomena yang membawa seruan kepada rakyat Malaysia agar memboikot McDonald's Malaysia atas kerana menyumbang kepada dana pembelian senjata dan pelbagai lagi tuduhan yang tidak berasas hanya dari permerhatian kasar sahaja tanpa sebarang bukti yang kukuh atau lebih kepada perbuatan ikut ikutan dan terbawa bawa budaya (agenda) asing ke dalam Malaysia. 

Artikel penuh : 


Monday 4 January 2016

Pokok Getah Pertama Di Malaysia


Terletak berhampiran dengan Pejabat Daerah Kuala Kangsar dan satu-satunya pokok getah pertama yang hidup daripada sembilan pokok getah asal yang ditanam.

H.N.Ridley adalah orang yang bertanggungjawab menjadikan Kuala Kangsar sebagai daerah industri getah yang pertama dan akhirnya menjadi sumber pendapatan penting Malaysia. - http://www.mpkkpk.gov.my/pokok-getah-tertua



AMANAH Cuba Guna Anak Allahyarham TG Nik Aziz

AMANAH makin terdesak dapatkan sokongan!

Nik Omar Nik Abdul Aziz menafikan penyertaan beliau dalam Parti Amanah Negara (Amanah) seperti mana yang dilaporkan portal berita.

Anak kedua bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu, namun tidak menolak kewujudan kepelbagaian parti, termasuk kehadiran parti Amanah dalam sistem politik tanah air.

Menurutnya, beliau lebih suka kepada gagasan penyatuan ummah dengan masing-masing membawa pendekatan meraikan satu sama lain.

“Ambo (saya) tidak terlibat, ambo bawa pandangan masing-masing, kena terima kewujudan dan menghormati satu sama lain,” katanya kepada Sinar Harian.

Dalam majlis makan malam Amanah Kelantan di Petaling Jaya semalam, Pengarah Komunikasi Amanah Kelantan Nordin Hussin mengumumkan Nik Omar dilantik sebagai Pengerusi Panel Syariah Amanah Kelantan.

Ditanya kenyataan itu bermaksud beliau menolak perlantikkan itu, Nik Omar yang juga Pengetua Mahaad Tahfiz Darul Annuar di Pulau Melaka berkata, beliau sama sekali tidak terlibat.

Dalam masa yang sama, Nik Omar turut enggan mengulas ketika ditanya dakwaan mengatakan beliau telah menyertai parti itu dengan menggunakan nama samaran.

Nik Omar sebelum ini seringkali dikaitkan dengan Amanah setelah beberapa kali hadir dalam majlis anjuran parti serpihan Pas itu beberapa bulan lalu.

Sementara itu, Pengerusi Amanah Kelantan, Datuk Wan Rahim Wan Abdullah ketika dihubungi enggan mengulas perkara itu.


Nik Omar Nik Aziz buka mulut dengan Sinar Harian