Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Tuesday 30 December 2014

Adakah PM perlu tangung guni beras?


Saya terpangil untuk beri komen berkenaan isu PM dlm rangka lawatan kerja ke USA.

Saya terpangil untuk memberi komen, tanpa dipengaruhi emosi, tpi secara akal yg dikurniakan Allah swt kpd sy. Banyak sungguh sy terima komen diFB & Whatsapp berkaitan PM ke USA. Pada masa sama kita menadah tangan pada Allah swt, sambil memohon doa dimakbulkan.

Arahan PM tdk sama dgn arahan kita sebagai rakyat biasa. Hatta jika PM berada dihujung dunia sekalipun, andai esok diistihar cuti, maka cutilah esok...itu kuasa seorang PM, cakapnya terpakai. Tidak spt saya & saudara. Kita cakap buat itu, buat ini, komen diFB, sindir diWhatsapp, tetapi tidak bertindak serta membantu meringankan bebanan mangsa banjir, kita lebih teruk dari PM. PM tdk membantu kita dgn batang tubuh beliau, tetapi dgn kata2 & buah fikiran beliau (Dgn izin Allah swt)

PM telah meluluskan peruntukan kpd setiap negeri yg dilanda banjir dgn jumlah RM50juta. (Permulaan) & berapa ringgit pula kita sudah menderma kpd mangsa banjir?

Adakah seorang pekerja akan goyang kaki atau ponteng kerja jika Bossnya cuti atau out station diluar negara?

Adakah PM perlu tangung guni beras & hantar kesetiap rumah yg dilanda banjir? Apakah selama dua hari PM tidak ada diMalaysia, kerja2 kebajikan kpd mangsa banjir dihentikan? Sepatutnya dlm situasi skrg, Malaysia sdng dilanda musibah banjir, kita sebagai rakyat, mencari idea yg bernas untuk salurkan kpd pihak berkuasa, bersama2 membantu mangsa banjir... apakah kita seorang yg betul, disaat kecemasan sebegini, masih mencari salah orang? Bersihkan hati...sebelum buka mata diawal pagi...Insyaallah, hidup akan berjaya & berkat. Tapi setiap kali terbuka mata, hati sentiasa memikirkan untuk mencari kesalahan orang lain, sampai bila2pun Melayu xkan dapat pergi jauh.

#BayRond

Sunday 28 December 2014

Mangsa Tertimbus?





Banjir di Kelantan semakin surut malah ada tempat tempat yang masih dalam kritikal dan adanya berita belaku gelombang ke 3. Walaubagaimanpun semua persiapan dan persediaan pasukan penyelamat diteruskan untuk menjejak para mangsa yang bertaburan di seluruh kawasan terjejas. - KLIK baca lagi 

Thursday 4 December 2014

Sultan Selangor Tarik Gelaran Datuk Seri Dari Anwar Ibrahim


Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menarik balik darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk Seri yang dikurniakan kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkuatkuasa 3 November lalu.

Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, dalam satu kenyataan media, berkata penarikan Darjah Kebesaran Seri-Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SAAS) itu diputuskan baginda Sultan Selangor selepas berunding dengan Dewan Di-Raja Selangor.

Katanya, darjah kebesaran yang diberikan pada 1992 itu ditarik balik oleh Istana Selangor berikutan tindakan dan perlakuan Anwar sejak akhir 2013 yang mempersoalkan kewibawaan Sultan Selangor dan Institusi Raja dalam menyelesaikan kemelut pelantikan Menteri Besar Selangor dan hal berkaitan isu agama Islam yang Sultan mempunyai kuasa eksekutif serta sebagai Ketua Agama. - sumber

Tuesday 2 December 2014

Ikan talapia diberi makan bangkai babi? :

Ikan Talapia Diberi Makan Bangkai Babi Sebagai Makanan Ikan?!


Penternakan Ikan dalam sangkar memberikan pulangan yang sangat menguntungkan kepada penternak terutama pada ikan air tawar yang mudah diternak dan dipasarkan hari ini. baca lagi :

http://daengselili.blogspot.com/2014/12/ikan-talapia-diberi-makan-babi-sebagai.html

ngeeekkk pengotoq betuiiii...