Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Friday 22 January 2016

Universiti SEGI Kota Damansara Terima Ancaman Bom?!

KAKITANGAN dan pelajar menunggu di luar pintu masuk utama Universiti SEGi, Kota Damansara selepas diarah mengosongkan kawasan sekitar disebabkan pihak pengurusan menerima panggilan bom. - Berita Harian


Polis mengesahkan tiada bom di Universiti Segi di Kota Damansara selepas kira-kira 2,000 pelajar diarah mengosongkan premis itu awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zaini Che Din memberitahu pemberita, universiti itu menerima panggilan kira-kira jam 10 pagi ini, daripada seorang pemanggil yang mendakwa seorang "lelaki Iran" akan meletakkan bom di salah 1 tandas di kampus mereka.

"Mereka menerima panggilan daripada seseorang yang bercakap dalam bahasa Inggeris. Katanya, dia melihat lelaki Iran meletakkan bom dalam salah 1 tandas," katanya.


"Siasatan masih berjalan, tetapi kami tidak menjumpai apa-apa objek mencurigakan."

Terdahulu hari ini, pelajar dilaporkan diminta meninggalkan perkarangan universiti pada kira-kira 11 pagi berikutan penemuan sebuah beg yang ditinggalkan di situ.

"Kami terpaksa beri arahan mengosongkan bangunan dan memeriksa kawasan sekitar kerana kami tidak tahu tandas mana yang dimaksudkan," kata Zaini.

Beliau berkata polis mengambil keterangan daripada kakitangan universiti dan ia dibuka semula pada jam 2 petang.Satu skuad bom dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor turut memeriksa kawasan selama lebih sejam tetapi tidak menjumpai apa-apa.

Ancaman bom hari ini diterima selepas 5 hari skuad bom dikejarkan ke Pavilion KL di mana 2 beg galas ditemui ditinggalkan di bawah kerusi.

Ia merupakan amaran palsu apabila beg itu didapati dipenuhi pakaian milik 2 pelancong Korea yang tertinggal beg itu dan kemudian kembali untuk menuntutnya. – 22 Januari, 2016.

Wednesday 13 January 2016

Rakam Aksi PRANK Terima Ugutan Bunuh [Video]



USIKAN melampau pelawak YouTube, Kristen Hanby sebagai 'prankster' menyebabkan kakaknya, Natalie tidak menegurnya selama beberapa hari. Insiden bermula selepas Kristen menipu Natalie untuk membawanya keluar membeli hadiah ulang tahun kelahiran, tetapi sebaliknya yang berlaku. Kristen mengatur rancangan untuk memalukan kakaknya. 

Dalam sebuah video yang dimuat naik Sabtu lepas, Natalie terhantuk ke cermin kereta selepas Kristen bertindak menghentikan kenderaan secara tiba-tiba. 

Natalie langsung tidak kelihatan 'terhibur' dengan tindakan Kristen. 

Rancangan Kristen diteruskan dengan menolak Natalie ke dalam semak, merampas makanannya malah menolak kakaknya tersebut jatuh ke dalam air di sebuah jeti.Aksi prank itu berakhir dengan Natalie diselimuti bedak talkum yang diletakkan di dalam alat penghawa dingin kenderaan yang sedang mereka naiki.

Kristen yang berasal dari St Helier, kepulauan Jersey dan bekerja sebagai tukang kayu berkata, Natalie tidak menegurnya selepas kejadian tersebut.

"Itu kali pertama saya kenakan kakak saya. Saya sudah kenakan ramai orang banyak kali. Saya mula merakam video sejak lima bulan lepas," kata Kristen kepada Dailymail.

Kata Kristen, beliau memang kuat berjenaka di kalangan ahli keluarga dan kawan-kawannya.

"Saya kini merakam dua video seminggu selepas mendapat sambutan di YouTube. Saya suka buat orang ketawa," kata Kristen tanpa rasa bersalah.

Kristen juga mendedahkan beliau menerima ugutan bunuh selepas video melibatkan Natalie dimuat naik, Sabtu lepas dan menarik perhatian hampir 12,000 pelayar. Di YouTube, terbukti hanya sebilangan kecil pelayar menyukai 'jenaka kasar' Kristen.

Seorang pelayar, Steven Pinglaux menyifatkan jenaka Kristen sebagai kelakar tetapi sangat kasar. Seorang kawan sekolah Kristen, Jesper Wahl pula menggelar video pelawak berkenaan sebagai 'sampah'. - Dailymail.




Tak terkecuali di Malaysia, aksi PRANK ini mula diajar/dipertontonkan/diamalankan dalam siaran TV dan rancangan radio seperti "wakenabeb atau panggilan hangit". Kadang kala saya rasa manusia hari ini dah hilang pedoman. Macam orang gila!

Wednesday 6 January 2016

Fakta Sebenar #BoikotMcDonalds

Pada tahun lepas Malaysia digegarkan dengan fenomena yang membawa seruan kepada rakyat Malaysia agar memboikot McDonald's Malaysia atas kerana menyumbang kepada dana pembelian senjata dan pelbagai lagi tuduhan yang tidak berasas hanya dari permerhatian kasar sahaja tanpa sebarang bukti yang kukuh atau lebih kepada perbuatan ikut ikutan dan terbawa bawa budaya (agenda) asing ke dalam Malaysia. 

Artikel penuh : 


Monday 4 January 2016

Pokok Getah Pertama Di Malaysia


Terletak berhampiran dengan Pejabat Daerah Kuala Kangsar dan satu-satunya pokok getah pertama yang hidup daripada sembilan pokok getah asal yang ditanam.

H.N.Ridley adalah orang yang bertanggungjawab menjadikan Kuala Kangsar sebagai daerah industri getah yang pertama dan akhirnya menjadi sumber pendapatan penting Malaysia. - http://www.mpkkpk.gov.my/pokok-getah-tertua



AMANAH Cuba Guna Anak Allahyarham TG Nik Aziz

AMANAH makin terdesak dapatkan sokongan!

Nik Omar Nik Abdul Aziz menafikan penyertaan beliau dalam Parti Amanah Negara (Amanah) seperti mana yang dilaporkan portal berita.

Anak kedua bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu, namun tidak menolak kewujudan kepelbagaian parti, termasuk kehadiran parti Amanah dalam sistem politik tanah air.

Menurutnya, beliau lebih suka kepada gagasan penyatuan ummah dengan masing-masing membawa pendekatan meraikan satu sama lain.

“Ambo (saya) tidak terlibat, ambo bawa pandangan masing-masing, kena terima kewujudan dan menghormati satu sama lain,” katanya kepada Sinar Harian.

Dalam majlis makan malam Amanah Kelantan di Petaling Jaya semalam, Pengarah Komunikasi Amanah Kelantan Nordin Hussin mengumumkan Nik Omar dilantik sebagai Pengerusi Panel Syariah Amanah Kelantan.

Ditanya kenyataan itu bermaksud beliau menolak perlantikkan itu, Nik Omar yang juga Pengetua Mahaad Tahfiz Darul Annuar di Pulau Melaka berkata, beliau sama sekali tidak terlibat.

Dalam masa yang sama, Nik Omar turut enggan mengulas ketika ditanya dakwaan mengatakan beliau telah menyertai parti itu dengan menggunakan nama samaran.

Nik Omar sebelum ini seringkali dikaitkan dengan Amanah setelah beberapa kali hadir dalam majlis anjuran parti serpihan Pas itu beberapa bulan lalu.

Sementara itu, Pengerusi Amanah Kelantan, Datuk Wan Rahim Wan Abdullah ketika dihubungi enggan mengulas perkara itu.


Nik Omar Nik Aziz buka mulut dengan Sinar Harian