Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Friday 25 October 2013

Ella Hamil ?!


Berita ini mula menjadi perbualan hangat apabila terdapat beberapa pengikut ella di laman instagram mengucapkan tahniah di atas kehamilanya menerusi salah satu foto yang dikongsikan.

Bagaimanapun setakat ini tiada kepastian atau kenyataan yang keluar dari mulut ella sendiri.Jika benar seperti yang dikatakan admin mengucapkan tahniah..Pasti ella dan suami merupakan orang yang paling gembira kerana bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.



Thursday 24 October 2013

Dua Maut,Dua Cedera Ditikam Lelaki Dipercayai Mengalami Tekanan Jiwa!!

Dua maut manakala dua cedera ditikam seorang lelaki dipercayai mengalami tekanan jiwa dalam dua kejadian berasingan berhampiran LRT Gombak dan LRT Taman Melati.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.20 pagi tadi, dua wanita berusia 60 dan 40 tahun iaitu pemilik dan pekerja kedai runcit ditikam suspek berusia 26 tahun yang juga penghantar rokok.

Selepas kejadian itu, suspek memandu van rokok berkenaan melarikan diri ke LRT Taman Melati lalu melanggar sebuah van membawa mineral.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, suspek keluar lalu menikam pemandu van berkenaan sebanyak tiga tikaman dan maut di lokasi kejadian.

"Suspek larikan diri pula ke Jalan Tumbuhan kira-kira 200 meter dari lokasi itu dan melanggar sebuah kereta jenis Toyota Prius dipandu remaja lelaki.

"Suspek itu kemudian keluar dan menikam pula pemandu kereta terbabit yang turut maut di tempat kejadian," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Khairi berkata, orang ramai yang menyedari kejadian itu berusaha menahan suspek menyebabkan berlaku pergelutan dan merampas pisau rambo yang digunakan suspek.

Monday 21 October 2013

Pafa : Abu Bakar Fadzim Ganti Azraai Musim Depan!!


Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) melantik bekas pemain negeri ini, Abu Bakar Fadzim sebagai jurulatih baharu skuad Liga Super Perak bagi musim depan.

Presiden Pafa, Datuk Zainol Fadzi Paharudin dalam sidang akhbar di sini hari ini berkata, Abu Bakar yang merupakan jurulatih skuad Piala Presiden negeri akan mengambil alih tugas Mohd. Azraai Khor Abdullah yang mengumumkan melepaskan jawatannya semalam. - UTUSAN ONLINE

Mangsa Ragut Kritikal!!


Seorang lelaki berada dalam keadaan kritikal di hospital besar tengku ampuan rahimah klang akibat diragut semasa menunggang motorsikal di Lorong motosikal Lebuhraya Bukit Kemuning Shah Alam semalam.

Kejadian begini dikatakan sering berlaku di lorong motorsikal lebuhraya.Diharap pihak berwajib dapat berbuat sesuatu agar kejadian yang sama tidak berulang kepada pengguna lain.

Pemandu Taxi Terlampau!!


hehe dah macam filem porno luar negara la pulak.seorang pelancong vietnam di rogol didalam taxi kerana gagal membayar tambang taxi malam kelmarin.Mangsa yang berusia 38 tahun kemudianya membuat laporan polis di balai polis petaling.

Baca Selanjutnya disini

Friday 18 October 2013

Naib Presiden : Peluang Isa Samad Cerah - Dr Firdaus!!

Meskipun pernah tercalit dengan kontroversi kerana terlibat dalam politik wang, namun peluang untuk Tan Sri Isa Samad merebut jawatan Naib Presiden pada pemilihan Oktober depan masih cerah, kata penganalisis politik, Senator Datuk Dr Firdaus Abdullah.

Menurut beliau, Pengerusi Felda itu juga bakal memberikan saingan sengit kepada tiga penyandang Naib Presiden parti ketika ini kerana sokongan terhadapnya masih kuat.

“Saya rasa semua ahli politik imejnya terjejas. Tapi beliau masih lagi mempunyai sokongan yang kuat.

“Saya rasa tidak ada salahnya kalau beliau nak bertanding dan kalau nak mencuba nasib. Kalau nak dikira kesilapan dan kelemahan, semua orang ada kesilapan dan kelemahan masing-masing,” katanya ketika dihubungi.

Pengumuman Isa baru-baru ini yang mengesahkan akan bertanding bagi jawatan Naib Presiden pada pemilihan Oktober depan mengundang reaksi pelbagai pihak sama ada beliau mampu membuat ‘come back’ pada kali ini.

Hal ini kerana beliau pernah digantung keahlian selama tiga tahun oleh Lembaga Disiplin parti kerana didapati bersalah terlibat dalam politik wang pada pertandingan parti itu.

Namun, pengalaman serta kemampuan beliau juga tidak dapat dinafikan kerana pernah memenangi jawatan tersebut bagi penggal 2004-2007.

Mengulas lanjut, Firdaus dalam pada itu juga melihat penyertaan Isa untuk bertanding dalam jawatan tersebut sebagai persaingan yang sihat kepada tiga penyandang sedia ada.

“Dan ini pun saya rasa ia satu kebaikan kepada amalan demokrasi dalam keseluruhan parti. Dan juga ia (penyertaan Isa) menjadikan kepada tiga penyandang (naib presiden) sekarang tidak akan terlalu lena atau leka dengan kemenangan mereka yang lalu,”katanya lagi.

Sehingga ini enam orang calon sudah mengesahkan akan merebut kerusi itu termasuk tiga penyandang sekarang, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Datuk Seri Hishamuddin Hussein, Dato Mukhriz Mahathir, Datuk Seri Shafie Afdal dan Tan Sri Isa Samad.

Buku Senarai Calon MT Palsu Dikesan Di Perak!!


Ibu Pejabat UMNO Malaysia hari ini menerima laporan bahawa wujudnya buku senarai calon Majlis Tertingi (MT) palsu yang diedarkan di bahagian-bahagian negeri Perak yang bertujuan untuk mengelirukan perwakilan dalam proses pengundian untuk MT esok.

Menurut Setiausaha Kerja UMNO Malaysia, Datuk Rauf Ab Yusuh, ibu pejabat telah mengesan buku-buku senarai palsu yang diletakkan di pejabat bahagian Tambun, yang didapati di dalamnya telah menukarkan nombor-nombor calon yang bertanding.

“Buku senarai calon tersebut didapati telah memalsukan nombor-nombor calon di peringkat MT di dalam buku ini, bermula dari calon no 11, iaitu Datuk Musa Syeikh Fadzil sehinggalah calon yang ke 63, di mana nombor calonnya tidak sama seperti yang ada di dalam buku sebenar yang dikeluarkan oleh ibu pejabat.

“Oleh itu, saya memohon kepada semua perwakilan esok, diminta supaya meneliti buku yang diedarkan dan hanya buku yang diedarkan oleh ibu pejabat saja yang mempunyai maklumat nombor calon yang sebenar. 

Saya minta perwakilan agar mengabaikan buku palsu tersebut sekiranya mereka menerima buku itu esok hari,” jelas beliau.

Beliau berkata demikian di hadapan pemberita dalam satu sidang akhbar bertempat di Tingkat 38, Menara Dato Onn di sini hari ini.

Kata beliau, setakat ini ibu pejabat hanya menerima laporan dan maklumat tentang kewujudan buku palsu tersebut di sekitar bahagian di negeri Perak sahaja.

“Maklumat di dalam buku tersebut saya lihat mengambil petikan daripada media-media cetak arus perdana. Ibu Pejabat juga akan membuat laporan polis berhubung kewujudan buku senarai palsu calon-calon itu dalam masa yang terdekat.

“Saya juga meminta agar media arus perdana membantu menyebarkan berita ini tentang kewujudan buku senarai calon palsu ini bagi mengelakkan sebarang kekeliruan yang boleh berlaku pada hari pengundian pada esok hari,” ujarnya.

Tidak Menjejaskan Kepentingan Peneroka Felda!!


Peneroka tidak perlu risau dengan pelantikan Dr Mohammed Emir Mavani Abdullah sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) menggantikan Tan Sri Sabri Ahmad.

Pengarah Besar Felda Datuk Faizoull Ahmad berkata, pelantikan Mohammed Emir tidak perlu dipolitikkan kerana itu merupakan hal dalaman syarikat dan sama sekali tidak menjejaskan kepentingan peneroka Felda.

“Saya melihat pelantikan beliau sah dan tidak ada masalah.

“Beliau baru sahaja menjawat jawatan ini tetapi selagi syarikat berjalan dengan baik saya tak nampak sebarang masalah,” katanya di Wisma Felda di sini hari ini.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) melantik Mohammed Emir bagi menggantikan Sabri yang bersara pada 15 Julai lalu.

Beliau yang pernah menjadi Pengarah FGVH mewakili Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu) sejak tahun 2011 sebelum ini mempunyai kepakaran dalam bidang minyak dan gas.

Baca Selanjutnya Disini

Tan Sri Isa Samad Janji,Bantu Presiden Dan Timbalan Jika Menang!!


Calon Naib Presiden UMNO, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berjanji akan memikul tugas yang sama beratnya dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin jika dipilih pada Sabtu ini.

"Sebagai seorang yang banyak pengalaman dalam parti, saya akan tetap setia bersama perdana menteri (Najib) dan timbalannya (Muhyiddin) demi pembelaan bangsa Melayu," katanya ketika berucap pada Majlis Jiran Felda di Rancangan Kemajuan Tanah Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) Paloh 1 di sini, hari ini.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan, Paloh Datuk Nozula Mat Diah dan Pengurus Besar Wilayah Felda Gua Musang, Che Noh Che Pa.

Mohd. Isa yang juga Pengerusi Felda berkata, beliau bersedia bekerjasama untuk memartabat perjuangan UMNObersama-sama Naib Presiden lain, jika dipilih oleh perwakilan parti.

Dalam pada itu, beliau berjanji akan membawa perubahan lebih besar kepada masyarakat peneroka di Rancangan Tanah Felda seluruh negara selain Kesedar. - BERNAMA

Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad Siri 1!!

Jika Presiden UMNO, Datuk Seri Najib mempunyai kaitan rapat dengan angka 11, Tan Sri Mohd Isa pula mempunyai hubungan yang menarik dengan angka 22. Beliau merupakan ahli UMNO no.22, dan menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun.

Berkelulusan ijazah Sarjana Muda Sastera dari Universiti Malaya, Mohd Isa memulakan kerjaya politiknya pada tahun 1978 apabila bertanding, dan menang kerusi DUN. Sebelum itu beliau merupakan seorang guru di Sekolah Datuk Abdul Razak, Seremban.

Sejarah politiknya yang panjang dengan pelbagai kedudukan penting dalam parti daripada peringkat bahagian, negeri dan pusat serta jawatan-jawatannya di dalam kerajaan menyebabkan Mohd Isa kekal popular di kalangan rakyat. Beliau dianggap sebagai pemimpin akar umbi yang mudah didekati dan mudah mesra. Dua watak itulah, selain rekod kejayaannya memacu kemajuan Negeri Sembilan semasa menjadi Menteri Besar dan keupayaan menjayakan agenda-agenda transformasi FELDA, di mana beliau kini merupakan pengerusinya, menjadi teras kekuatan Mohd Isa.

Terkenal sebagai pemimpin yang cukup memahami denyut nadi rakyat dan sangat vokal dalam memperjuangkan agenda Melayu, keberanian Mohd Isa diakui kawan dan lawan. Beliaulah, dalam satu mesyuarat majlis Menteri Besar, yang mula-mula mencadangkan supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat susulan daripada masalah moral Timbalan Presiden UMNO itu. Pernah kalah dalam pertandingan kerusi Ketua Pemuda UMNO pada tahun 1993 dan kerusi Naib Presiden pada tahun 2000, Mohd Isa menang kerusi Naib Presiden dengan undi tertinggi dalam pemilihan bagi penggal 2004-2007.

Perkara yang mungkin menjadi kekurangan Mohd Isa ialah tindakan disiplin yang dikenakan ke atasnya oleh Jawatankuasa Disiplin parti pada tahun 2005. Bagaimanapun kekurangan itu tidaklah menjadi kudis jika diambil kira soal ketaatan dan kesetiaannya kepada parti kerana selama tempoh penggantungan tersebut (2005-2008), beliau kekal bersama parti dan tidak pernah melakukan apa-apa yang boleh menjejaskan UMNO, Barisan Nasional dan Kerajaan.

Tindakan disiplin itu juga tidak mengurangkan pengaruh Mohd Isa. Beliau kekal popular di semua peringkat parti. Kepimpinannya di peringkat bahagian tidak tergugat begitu juga dengan pengaruhnya di peringkat pusat. Ini terbukti apabila beliau memenangi pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang pada tahun 2009 dengan majoriti yang besar. Di kala itu, prestasi BN merudum dengan kekalahan berturut-turut di beberapa PRK sebelumnya. Bagan Pinang dianggap sebagai ‘Pencetus Fenomena Suara Rakyat’ apabila DS Najib menggunakan suara akar umbi untuk memilih calon PRK.

Pada PRU lalu, Mohd Isa kembali bertanding di Parlimen Jempol yang pernah diwakilinya pada PRU 2004. Beliau sekali lagi menang selesa di kerusi tersebut.

Klik Video Ceramah Beliau Disini

Peluang Semua Calon Naib Presiden Seimbang - Ali Rustam!!


Calon Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Ali Rustam yakin kesemua enam calon bagi jawatan itu mempunyai peluang yang seimbang untuk meraih undi daripada perwakilan pada pemilihan parti, Sabtu ini.

Bekas Ketua Menteri Melaka itu berkata sepanjang tempoh berkempen, beliau melihat sambutan daripada para perwakilan di setiap negeri yang dikunjungi adalah baik.

"Saya tengok peluang sama sahaja untuk semua calon. Saya harap mereka akan nilai saya berdasarkan perkhidmatan yang telah saya berikan kepada parti sebelum ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri taklimat pembiayaan perniagaan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) di sini Khamis.

Beliau berkata selama 13 tahun menjadi Ketua Menteri Melaka, pengalamannya membangun dan memajukan negeri itu mampu disumbangkan pula untuk peringkat nasional selain bagi menguatkan parti.

Mohd Ali, 64, yang juga Pengerusi PUNB, berkata beliau juga mahu menggunakan pengalamannya dalam parti untuk bertemu rakyat di peringkat akar umbi dengan merapatkan hubungan mereka dengan pucuk pimpinan.

Mengenai pendapat beberapa pihak bahawa jawatan Naib Presiden wajar diberikan kepada mereka yang lebih muda, Mohd Ali berkata ramai golongan muda bertanding jawatan Majlis Tertinggi, menyebabkan beliau mengambil keputusan bertanding jawatan Naib Presiden.

"Nak tanding jawatan itu rasa sudah tidak sesuai. Jadi dengan umur saya sekarang saya rasa sesuai untuk bertanding jawatan Naib Presiden," katanya.

Selain Mohd Ali, lima lagi calon Naib Presiden iaitu Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir serta tiga penyandang iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. - BERNAMA

Isa Samad : Jangan Pinggirkan Golongan Veteren!!

Calon Naib Presiden UMNO, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad yang juga Pengerusi Felda,
menjelaskan bahawa meremajakan parti bukan bermaksud memastikan hanya golongan muda yang harus diberi mandat untuk memimpin tetapi lebih kepada memastikan golongan itu mudah diterima masuk dalam UMNO.

Katanya, walaupun golongan muda dianggap penting kerana mereka pelapis parti, hakikatnya masih ramai veteran yang bukan sahaja setia kepada UMNO malah masih layak mengundi kepimpinan parti itu.

"Bila ramai orang muda, (itu bererti) kita tidak akan ketandusan pelapis... kerana itu, dalam UMNO dari dahulu memang kita tak ketandusan pemimpin. Proses melatih kepimpinan UMNO bermula daripada sayap Pemuda.

Isa berkata, memberi peluang kepada golongan muda untuk memimpin bukanlah sesuatu yang baharu dalam UMNO kerana beliau sendiri menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan pada usia 33 tahun manakala Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Menteri Besar Pahang pada usia 29 tahun.

Mohd. Isa pula berpendapat, beliau patut dipilih kerana mahu membantu memupuk keseimbangan antara golongan muda dan veteran dalam kepimpinan UMNO untuk memastikan parti lebih bersifat progresif dan berdaya saing.

Bagaimanapun, isa bersetuju bahawa dalam persaingan merebut tiga slot Naib Presiden, ia harus dilaksanakan secara sihat dan demokratik. 

Thursday 17 October 2013

Rakyat Malaysia Antara Yang Maut : Pesawat Terhempas Ke Dalam Sungai Mekong!!


Rakyat Malaysia dipercayai antara penumpang yang berada di dalam pesawat Lao Airlines yang terhempas ke dalam Sungai Mekong semalam.

Laporan awal menyebut, semua 49 orang di dalam pesawat dikhuatiri terbunuh, termasuk penumpang dari 11 negara. 

Kementerian Kerja Awam dan Pengangkutan Laos berkata, 44 penumpang dan lima anak kapal berada dalam pesawat QV301 yang dalam penerbangan dari ibu negara Laos, Vientiane ke to Pakse di selatan negara itu. 

“Ketika bersiap sedia untuk mendarat di Lapangan Terbang Pakse, pesawat berkenaan menempuh cuara buruk dan dilaporkan terhempas di Sungai Mekong," kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

Pesawat jenis ATR 72-600 dengan enjin berkembar turboprop itu terbang dalam laluan sejauh 467 kilometer.

Jurucakap Kementerian Luar Thailand, Sek Wannamethee, berkata Kedutaan Thai di Vientiane sudah dimaklumkan mengenai nahas pesawat berkenaan di lokasi antara 7 hingga 8 kilometer dari lapangan terbang Pakse. 

Senarai penumpang yang dikeluarkan syarikat penerbangan kerajaan itu hari ini mengandungi 44 orang iaitu 17 warga Laos, Perancis (7), Australia (5), Thai (5) Korea (3), Vietnam (2) dan masing-masing seorang warga Kanada, China, Malaysia, Taiwan dan Amerika Syarikat (AS). - AP

Wednesday 16 October 2013

3 Beranak Maut Nahas Di Lebuhraya KL-Karak!!


Sepasang suami isteri yang bertugas sebagai anggota tentera dan anak perempuan mereka terbunuh selepas kereta jenis Perodua Alza yang dinaiki mereka merempuh sebuah lori tangki di KM49.0 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dekat Bukit Tinggi hari ini.

Ketua Polis Bentong, Superitendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, ketika-tiga mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian ialah pemandu Perodua Alza, Jiman Raup, isterinya Nik Zaieyahaliza Ya, dan anak perempuan mereka berusia dua tahun, Nurul Damia.


Beliau memberitahu Bernama kemalangan berlaku kira-kira pukul 7 pagi apabila kenderaan yang dipandu Jiman dari Terengganu ke Kuala Lumpur bertembung sebuah lori tangki tanpa muatan yang menghala ke Pantai Timur. 

Sementara itu, pemandu lori yang hanya dikenali sebagai Abd Rahman, 38, tidak mengalami sebarang kecederaan.


Mohamad Mansor berkata ,pasangan anggota tentera itu bertugas di Markas Tentera Darat Cawangan Sumber Manusia, Kementerian Pertahanan di sini. - Bernama

Diugut RM5,000 : Elak Gambar Bogel Disebar ?!


Seorang lelaki hidup dalam kebimbangan apabila gadis dikenalinya melalui laman sosial mengugut akan menyebarkan gambar bogelnya, jika dia tidak membayar RM5,000 bagi menutup aibnya.

Kejadian itu berlaku 7 Oktober lalu, apabila mangsa berusia 20 tahun berkenalan dengan gadis berkenaan menerusi laman sosial, sebelum suspek memintanya memuat turun aplikasi baru bagi membolehkan mereka berbual melalui panggilan video.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Wan Samsudin Wan Osman, berkata siasatan mendapati mangsa dipujuk gadis itu untuk berbogel melalui aplikasi panggilan video dan mangsa yang tidak memikirkan risiko, mengikut arahan gadis itu.

“Selepas setengah jam mangsa berborak dengan gadis itu, mangsa diarahkan membuka alamat laman sosial lain dan mendapati gambarnya dalam keadaan bogel dipaparkan pada laman itu.

“Suspek kemudian menghubungi mangsa dan mengugut akan menyebarkan gambar itu jika tidak membuat pembayaran melalui penghantaran ekspres atas nama seorang gadis dipercayai warga Filipina dalam tempoh ditetapkan,” katanya.

Wan Samsudin berkata, mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Raub, malam kelmarin. – Berita Harian

Tuesday 15 October 2013

Kanak-Kanak Parah Terkena Tembakan!!


Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun mengalami kecederaan parah dipercayai terkena tembakan.

Tembakan dipercayai dilepaskan secara tidak sengaja oleh seorang anggota polis ketika sedang mengosongkan senjata dalam kejadian yang berlaku di Kampung Belanja Kiri, Parit, petang semalam.

Mangsa, Mohd Amar Mohd Azizi, dipercayai berada dalam jarak antara 30 ke 40 meter dari rumah anggota polis yang berpangkat Sarjan itu, dalam kejadian yang berlaku jam 4.30 petang.

Timbalan Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Deputi Superintendan Leong Ah Kow berkata, lebih kurang 45 minit selepas bunyi tembakan itu, orang awam yang berada di kawasan berhampiran menemui mangsa cedera di bahagian kepala dipercayai akibat terkena peluru sesat tersebut.

Katanya, sejurus menerima laporan mengenai kejadian tersebut, pihaknya telah memeriksa rumah anggota polis terbabit dan merampas sepucuk pistol jenis P99 dan satu magazine berisi 14 butir peluru termasuk kelongsong peluru.

Ah Kow berkata, pihaknya masih meneruskan siasatan dengan mengambil keterangan daripada suspek dan ahli keluarga mangsa.

Beliau berkata, kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 39 Akta Senjata Api 1960 atas kesalahan melepaskan tembakan di tempat awam.

“Jika sabit kesalahan suspek boleh didenda tidak lebih RM2,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali,” ujarnya.

Menurut Ah Kow, suspek sedang bercuti dari 12-18 Oktober dan pihak polis akan mengambil tindakan tatatertib ke atas suspek.- Bernama

Jerung Yang Diperbuat Daripada Coli!!


Ini lah kreativiti Louise Low Seok Low seorang pengiat seni menyampai kan hasil karya seni nya berjudul " Fatal Attaraction atau Tarikan Maut.

Lebih unik lagi, menerusi hasil seni kontemporari dan kreativitinya, Louise menggunakan kira-kira 300 coli terpakai bagi membentuk jerung yang disifatkan ganas itu. Melalui coli yang dikumpul itulah beliau melengkapkan dan mencurahkan kreativitinya.
 

Louise adalah antara 20 pelukis yang mempamerkan 20 karya seni lukis kontemporari tulen pada Pameran Young Malaysian Artists: New Objection 11 (YMA 11), di Galeri Petronas KLCC, di ibu negara, baru-baru ini.

Karya kreatif yang unik dan lain dari lain itu, menjadi antara daya tarikan utama pameran terulung itu. Sepanjang pameran berlangsung, hasil seni yang dibentuk dalam rangka besi jerung, tergantung pada salah satu sudut pameran. 


Coli terpakai yang dikumpul dari dalam dan luar negara itu dan dijadikan medium utama untuk menterjemahkan idea Loiuse, ternyata memahat perhatian pengunjung untuk menatap hasil seni yang unik itu.


Sunday 13 October 2013

Keputusan Penuh Rasmi Akan Diketahui Tengah Hari Ini!!


Keputusan penuh pemilihan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri pada tahun ini hanya akan diketahui selewat-lewatnya tengah hari ini.

Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab. Rauf Yusoh berkata, kelewatan itu disebabkan terdapat 50 bahagian UMNO masih belum selesai melakukan pengiraan undi sehingga pukul 3 pagi ini.

"Kelewatan ini disebabkan proses mengira semula undi terpaksa dilakukan di bahagian akibat bantahan yang dikemukakan oleh calon dan wakilnya.

"Kami memang telah menjangkakan situasi ini akan berlaku," katanya pada sidang akhbar Pemilihan UMNO 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini sebentar tadi.
Ternyata pihak setiausaha umno pusat tidak menjalankan penyelidikan dengan teliti bagi melaksanakan kaedah baru ini.Sudah sampai masanya presiden parti mempertimbangkan melantik setiausaha dan setiausaha kerja yang baru.

Saturday 12 October 2013

Keputusan Pemilihan Sayap Umno Setakat 9.30 Malam!!


Berikut keputusan pemilihan bagi Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno peringkat pusat setakat 9.30 malam yang dikeluarkan Umno.

WANITA

Ketua Wanita:

1. Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil : 23 undi
2. Raihan Suleiman Palestin : 0 undi
3. Datuk Maznah Mazlan : 0 undi

Naib Ketua Wanita:

1. Datuk Azizah Mohd Dun : 17 undi
2. Datuk Suraya Yaacob : 6 undi

PEMUDA

Ketua Pemuda:

1. Khairy Jamaluddin : 20 undi
2. Syed Rosli Syed Harman : 0 undi
3. Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi : 0 undi
4. Irwan Ambak Khalid Izhar : 0 undi
5. Abd Karim Ali : 0 undi

Naib Ketua Pemuda:

1. Khairul Azwan Harun : 7 undi
2. Mohamad Iruan Zulkefli : 6 undi
3. Jamawi Jaafar : 4 undi
4. Lokman Noor Adam : 3 undi


PUTERI

Ketua Puteri:

1. Mas Ermieyati Samsudin : 33 undi
2. Jamilah Hanim Othman : 9 undi

Naib Ketua Puteri:

1. Zahida Zarik Khan : 19 undi
2. Norsabrina Mohd Nor : 17 undi
3. Nazliah Ali : 5 undi

- Bernama

Friday 11 October 2013

Aeril Zafrel & Wawa Zainal Mengaku Sudah Bernikah!!


Setelah sekian lama berdolak-dalik, akhirnya pasangan artis, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal membuat pengakuan bahawa mereka sebenarnya telah bernikah pada awal 2012 lagi.

Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Suhari, 25, berkata, dia dan Wawa, 22, telah bernikah pada 25 Februari 2012 secara rahsia, tanpa mengumumkan kepada pihak luar.

Bagaimanapun, atas permintaan keluarga pihak perempuan, mereka sekali lagi bernikah pada 24 Ogos lalu di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya, Selangor.

"Kami telah pun bernikah. Justeru, status anak kami yang sebenarnya sudah terjawab," kata Aeril kepada pemberita dalam satu majlis yang diadakan di sebuah restoran di Neo Damansara, di sini hari ini.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Ahmad Fakhruddin Attar pada 24 Ogos lalu.

Sebelum ini baik Aeril mahupun Wawa enggan berterus terang soal status mereka sehingga mengundang pelbagai kisah sensasi.

Malah, Wawa menjadikan alasan dihimpit 'penyakit misteri' sebagai alasan untuk bercuti daripada melakukan aktiviti seni daripada majikannya, Metrowealth International Group, ketika dia sedang mengandung.

Pasangan ini beberapa kali berdolak-dalik dan memberi pelbagai alasan kepada pihak media berhubung status mereka meskipun pihak media telah berjaya mendedahkan status sebenar pasangan tersebut. - UTUSAN ONLINE

Kanak-Kanak 12 tahun Mati Terjerut Selepas Uji Kemahiran Sendiri!!!

Kerana terlalu kreatif seorang kanak-kanak berusia 12 tahun mati terjerut selepas menguji kemahirannya memasang jerat ayam menggunakan kabel komputer,dengan menjadikan dirinya sendiri sebagai bahan uji kaji.

Kejadian itu berlaku pada pukul 9.15 pagi tadi.Mangsa Mohd. Idham Yusuf yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Bedal ditemui mati tergantung di kayu alang bumbung bahagian dapur rumahnya di Kampung Bedal di sini oleh kakaknya.

Kakak nya berkata, adiknya telah mempelajari teknik memasang jerat ayam sejak seminggu lalu justeru dia percaya mangsa memasang kabel tersebut di kayu alang rumahnya untuk menguji kemahirannya.

"Beberapa minit sebelum kejadian saya tengok dia berada di luar rumah lepas itu dia masuk dan tidak lama kemudian apabila saya masuk ke dapur saya nampak dia sudah tergantung dengan kerusi kayu berada di tepinya."- Bernama


Empat Penjenayah Warga Indonesia Ditembak Mati!!


Empat penjenayah warga indonesia ditembak mati kira-kira pukul 12.30 tengah hari tadi di Flat PPR Ampang Hiliran,Kuala Lumpur.

Penjenayah melepaskan tembakan ke arah polis ketika cuba ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Kejadian berkenaan disahkan oleh Timbalan Ketua jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Aziz Zakaria. -Bernama

Sorok Wang ke Dalam Coli!!

Seorang akauntan wanita dari los angeles telah didapati memasukkan sejumlah wang peruntukan makan tengah hari untuk sekolah ke dalam colinya.

Judith Oakes, 48, menggelapkan wang AS$3 juta (RM9.56 juta) untuk dana makan tengah hari bagi sekolah di daerah itu dirakam kamera litar tertutup CCTV.

Perbuatanya itu terbongkar selepas pengurus jabatan berkenaan menyedari Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berkenaan dan terus menhubungi polis.

Hasil siasatan yang dijalankan ke rumahnya menemui sejumlah wang tunai ribuan dolar dan mengesyaki Judith sudah menggelapkan wang sejak tujuh tahun lalu.

Judith didakwa Selasa lalu atas jenayah menggelapkan wang, menurut Inland Valley Daily Bulletin.

Akhbar berkenaan melaporkan Judith hidup dengan mewah. Dia dan mendiang suaminya Jack Oakes memiliki kenderaan mewah, jet ski dan kenderaan padang pasir. Suami wanita terbabit mati pada 2010.- Bernama

Thursday 10 October 2013

#Pemilihan UMNO : Datuk Ahmad Mukhriz Wajar Diberi Peluang Anggotai Exco Pemuda #Mukhriz4Exco


Sudah sampai masanya Umno perlu pelapis muda yang lebih berkelayakkan untuk mengambil alih tampuk kempipinan umno.Oleh kerana itu datuk mukhriz memang wajar diberi peluang untuk menganggotai exco pemuda.

Datuk ahmad mukhriz memang tidak asing lagi dikalangan pewakilan dan ahli UMNO Bahagian Pekan, Pahang.Gaya pemikiran matang yang di tunjukkan pemuda ini amat menarik hati sesiapa sahaja yang mengenalinya.

Beliau juga adalah anggota Jawatankuasa Unit Pidato Pemuda Umno pusat dan kali ini menyuarakan hasrat bertanding jawatan Exco Pergerakan Pemuda Umno pusat pada pemilihan parti Oktober ini.

Oleh kerana itu umno wajar meramaikan ahli dan juga para pemimpin belia muda sebagai pelapis untuk meneruskan kecemerlangan masa hadapan.


Admin memberi sokongan penuh kepada datuk ahmad mukhriz..Untuk semua sahabat berilah sokongan kepada calon no 11 iaitu dato ahmad mukhriz.

Baca Juga Disini

Kelab Seks Warga Emas Terbongkar!!!

perrghh..sudah tua-tua pun ada kelab seks?!Kegiatan itu terbongkar selepas dihidu pasukan polis.Kegiatan pelacuran warga emas itu berlaku sejak sepuluh tahun yang lalu.hehe mesti suspen bukan..selamat ler kegiatan itu bukan terjadi di malaysia.Kegiatan pelacuran warga emas itu berlaku di tokyo.ikuti ceritanya

Gambar Hiasan

Sekali pandang, ahli kelab ‘Three Loves’ akan berkumpul setiap petang untuk menghabiskan masa minum teh.

Tetapi realitinya, kegiatan itu turut membabitkan seks antara ahli kelab yang separuh daripadanya berusia lebih 80 tahun.

Polis di Tokyo semalam menahan seorang lelaki berumur 70 tahun kerana melanggar undang-undang pelacuran dengan tuduhan mengatur seks antara kira-kira 1,000 lelaki dan 350 wanita sebagai balasan memperoleh komisyen.

Kiyohide Kuroda dan kelab tehnya melanggar undang-undang pelacuran Jepun, kata pegawai.

Dia dituduh mengatur kegiatan seks di kalangan warga emas menerusi iklan di akhbar yang mencadangkan mereka mungkin dapat menghilangkan kebosanan dengan bertemu rakan minum teh yang lain di kelab miliknya, San Ai, atau Cinta Tiga.

Lelaki tertua yang menjadi anggota kelab itu berusia 88 tahun sementara wanitanya, 82 tahun dan majoriti ahlinya berusia pertengahan 60-an. Hanya mereka yang terpilih saja boleh menganggotai kelab itu. tetapi ia dihadkan kepada mereka yang lebih 40 tahun dan perniagaan yang dijalankan sejak 10 tahun lalu membolehkan Kuroda memperoleh komisyen lebih RM1 juta. 

Pesawat Ringan Terhempas : Dua Orang Dilaporkan Parah!!


Pesawat ringan yang membawa 16 orang penumpang itu tergelincir dan terbabas ketika mendarat di lapangan terbang kudat.


Pesawat ringan jenis twin Otter milik Maswings itu terbabas kira-kira pukul 2.50 petang tadi. Semua mangsa berjaya dikeluarkan dan dihantar ke hospital kudat untuk pemeriksaan.Dua orang dilaporkan cedera parah dalam insiden berkenaan.

Baca lagi Di Sini

ASP Wanita Ditahan Kerana Membantu OKT Melarikan Diri!!


Polis Pulau Pinang sedang memburu seorang kasanova selepas meloloskan diri dari Mahkamah Sesyen di sini, petang semalam.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata pada kejadian pukul 2 petang itu suspek, Prabaharan Kesavan, 45, dalam perjalanan pulang ke Penjara Pulau Pinang selepas menjalani sebutan kes peringkat akhir di Mahkamah Cameron Highlands pada Selasa lepas.

"Ketika dalam perjalanan ke penjara, anggota yang mengiring Orang Kena Tuduh (OKT) itu menerima panggilan dari seorang pegawai kanan polis meminta lelaki itu dibawa ke biliknya dengan alasan untuk soal siasat satu lagi kes ugutan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata pegawai kanan wanita berpangkat ASP itu telah ditahan kerana dipercayai telah membantu OKT itu melarikan diri.

Abdul Rahim berkata wanita itu direman hari ini bagi membantu sisatan mengikut Seksyen Seksyen 223, Seksyen 224 dan 225 Kanun Keseksaan kerana cuai menjalankan tugas.

Katanya suspek yang mempunyai lebih 10 pertuduhan kes penipuan di sekitar negeri Pulau Pinang, Perak, Johor dan Kedah itu ditahan pada Januari lepas kerana memperdaya wanita dengan menyamar sebagai 'Datuk Seri' dan doktor.

Abdul Rahim berkata suspek dengan ketinggian 165 sentimeter, mempunyai berat badan 50kg serta berambut pendek dilihat pada kali terakhir memakai baju-T berkolar bulat warna ungu dan seluar pendek warna coklat.

Beliau berkata polis yakin lelaki yang beralamat terakhir di nombor 26 Taman Mas Ipoh, Perak masih berada di Pulau Pinang dan Ops Tutup melibatkan seluruh laluan keluar masuk ke negeri ini telah dilaksanakan bagi mengesan suspek.

Abdul Rahim meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki terbabit diminta menghubungi balai polis berdekatan. - Bernama

Wednesday 9 October 2013

Ibu Tunggal Maut Jatuh Dari Bangunan!!


Seorang ibu tunggal maut setelah terjatuh dari bangunan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Terengganu setinggi empat tingkat di sini hari ini.

Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 12 tengah hari, mangsa Zurina Idris, 31, berasal dari Kampung Tetambah Manir yang bekerja sebagai tukang cuci di bangunan berkenaan dipercayai terjatuh dari tingkat empat pejabat berkenaan.

Menurut info Rakan mangsa Zuriha Putih, 49, ketika kejadian dia berada di tingkat bawah bangunan sebelum dikejutkan dengan bunyi dentuman yang kuat di lantai.

"Ketika itu saya berada di dalam tandas dan saya sangkakan kawan-kawan yang berada di dalam tandas terjatuh namun setelah keluar, saya dimaklumkan ada orang jatuh tangga".

"Saya bergegas ke tempat kejadian sebelum saya lihat kawan saya tertiarap dengan berlumuran darah ditangga tingkat bawah bangunan," katanya ketika ditemui di tempat kejadian. 

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk bedah siasat. - Bernama

Suspek Utama Kes Pembunuhan Pengasas Ambank Didedahkan!!

Polis mendedahkan nama dan gambar majikan kepada suspek utama kes pembunuhan pengasas kumpulan perbankan Arab-Malaysian (Ambank) Hussain Ahmad Najadi, yang dipercayai meninggalkan negara selepas kejadian pembunuhan itu.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata lelaki tempatan itu, Lim Yuen Soo, 53, beralamat terakhir di No. 9, Jalan Bayu Segar 3, Bayu Segar, Cheras, Kuala Lumpur.

Beliau berkata orang ramai yang mengenali Lim diminta tampil membantu siasatan dan menurutnya polis turut meminta bantuan Interpol di Australia bagi menangkapnya untuk dibawa balik ke Malaysia dan dihadapkan ke mahkamah.

"Lelaki ini sebenarnya terlibat dalam perniagaan pusat hiburan dan merupakan pemilik beberapa kawasan parkir di ibu negara," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) di sini, Rabu.

Pada 1 Oktober lepas, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata lelaki terbabit dipercayai melarikan diri ke Australia selepas pembunuhan itu.

Pada 22 September lepas, suspek utama kes itu ditahan bersama-sama dua rakannya dalam serbuan 12.30 tengah malam di sebuah rumah di Taiping, Perak, dan pada 3 Oktober lepas dia dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas tuduhan membunuh.

Hussain, 75, maut manakala isterinya cedera parah akibat ditembak dari jarak dekat di kawasan parkir kereta sejurus keluar dari Tokong Kuan Yin di Lorong Ceylon di sini pada 29 Julai lepas.

Mohmad berkata usaha mencari senjata api yang digunakan dalam pembunuhan Hussain masih diteruskan.

"Kami masih meneruskan pencarian senjata itu, bukan perkara yang mudah untuk mencari senjata yang kecil di lombong yang agak besar itu. Tapi kita akan tetap teruskan dengan kemampuan penyelam-penyelam yang polis ada untuk kita terus mencari," katanya.

Pada 30 September lepas, polis menjalankan operasi mencari pistol yang diguna dalam pembunuhan Hussain yang telah dibuang di kawasan Tasik Mines bersebelahan Lebuhraya Besraya. - BERNAMA

Pau 2013 : Calon Yang Muflis Perlu Sedar Diri!!

Calon yang diisytiharkan muflis perlu sedar diri sebelum membuat keputusan untuk bertanding pada pemilihan Umno bulan ini.

Calon Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, tindakan calon berkenaan bukan sahaja menyusahkan perwakilan tetapi menunjukkan mereka tidak ikhlas untuk bertanding.

“Sudah tahu bankrap tetapi mahu pula bertanding dan berkempen. Tindakan ini memang menyusahkan orang lain dan parti.

“Mereka perlu sedar diri kenapa mahu bertanding. Setiap calon yang bertanding sepatutnya mempunyai keikhlasan diri dan bukannya sekadar suka-suka,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di
Klana Resort di sini semalam pada majlis pengenalan calon pemilihan Umno 2013.

Menurutnya, setiap ahli Umno perlu mendidik diri untuk menjadi lebih telus, ikhlas serta jujur apabila menawarkan diri untuk bertanding pada masa akan datang.

Dalam perkembangan lain, Mohd Puad menyambut baik keputusan Lembaga Disiplin parti yang mengubah syarat sebelum ini dengan membenarkan calon berkempen secara terbuka.

“Keputusan ini cukup melegakan kami yang bertanding terutamanya calon-calon swasta seperti saya yang tidak lagi mempunyai sebarang jawatan dalam menteri kabinet dan agensi.

“Sepatutnya perkara ini dibenarkan lebih awal lagi kerana kempen bertujuan memberi peluang kepada calon menyatakan misi dan visi bertanding. Lagipun jika pilihan raya umum memberikan ruang berkempen seluasnya kenapa tidak pada pemilihan parti,” katanya.

Sementara itu, beliau turut mencadangkan agar satu jawatankuasa khas diwujudkan bagi memikirkan secara terperinci kaedah-kaedah kempen yang dibenarkan.

Ibu Dikurung Dan Dibiarkan Berlapar!!

Tergamak Seorang anak kurung ibunya selama empat hari tanpa bekalan makanan dan minuman sungguh menyayat hati.

Itulah rintihan seorang ibu yang mendakwa dikurung empat hari oleh anak kandungnya di sebuah rumah sewa di Lembah Beriah, Bukit Merah.

Lebih menyedihkan, ibu malang itu juga mendakwa, dia kelaparan sepanjang tempoh dikurung akibat tiada bekalan makanan ditinggalkan dan hanya minum air sejuk untuk menahan lapar.

Bagaimanapun, derita yang ditanggung mangsa dihidu jiran yang pelik kelibat mangsa tidak kelihatan lebih seminggu.

Jiran mangsa yang hanya mahu dikenali Mohammad, 41, berkata, mangsa yang berusia 55 tahun dipercayai tinggal bersama anak keduanya sejak setahun lalu.

Menurutnya, sebelum ini sudah tersebar khabar angin mengenai penderitaan mangsa yang didakwa kerap menjadi mangsa dera, namun kebanyakan jiran tidak mengambil serius mengenainya.

“Sejak berpindah ke rumah sewa baru, kami sering memerhatikan gelagat ibunya yang kemurungan setiap kali keluar dari rumah.

“Kemuncaknya, kami menjadi bimbang apabila kelibat mangsa langsung tidak kelihatan sejak seminggu lalu, sedangkan anak mangsa sekeluarga ada di rumah," katanya sewaktu ditemui media di rumahnya di Bukit Merah, semalam.

Didorong sifat ingin tahu, Mohammad bersama beberapa jiran lain pergi ke rumah wanita itu sewaktu ketiadaan anak mangsa dan terkejut dimaklumkan mangsa dikurung tanpa diberi makan selama empat hari.

Jelasnya, pada pertemuan itu, mangsa mengakui ditinggalkan anak lelakinya dalam keadaan pintu rumah berkunci dan terpaksa meminum air sejuk bagi menahan lapar.

"Mangsa turut mengakui sering dipukul menantunya, malah pernah beberapa kali ditendang cucunya yang masih kecil atas kesalahan tidak diketahui.

“Sebak melihat keadaan mangsa, kami segera membelikan makanan kepadanya dan memaklumkan perkara itu kepada Ketua Kampung Bukit Merah, Mohamad Nor Hasan untuk tindakan lanjut,” katanya.

Mohamad berkata, dia pernah menemui anak lelaki mangsa untuk bertanyakan keadaan mangsa, bagaimanapun anak lelaki mangsa hanya memberitahu ibunya mengalami gangguan mental.

“Atas nasihat ketua kampung, kami membuat laporan polis mengenai keadaan ibu mangsa di Balai Polis Bagan Serai pada Jumaat lalu dan perkara itu turut dirujuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kerian pada keesokan harinya,” katanya.

Tuesday 8 October 2013

Datuk Siti Nurhaliza Sudah Berbadan Dua?!


Khabar angin, ibarat angin yang bertiup perkhabaran itu sekejap datang dan sekejap hilang dibawa angin. Begitulah juga dengan gosip yang mengatakan Datuk Siti Nurhaliza sudah berbadan dua.

Ini semua gara-gara perut Datuk Siti Nurhaliza yang kelihatan agak berisi sedikit berbanding biasa sewaktu Datuk Siti Nurhaliza membuat persembahan pada Malam Transformasi Bersama Rakyat.


Ini jawapan Datuk Siti Nurhaliza bila dikatakan Datuk Siti Nurhaliza mengandung,


@siti_nur11: Assalamualaikum & morning!wah! Kecoh semalaman ttg ct mengandung ye.sebenarnya ct blm mengandung.mengandungi lemak ye..tu kena diet nih!haha

Nampaknya peminat memang tidak sabar-sabar menunggu bila agaknya Datuk Siti Nurhaliza akan mengandung, Datuk K pon lagi tak sabar agaknya. Kami mendoakan hanya yang terbaik buat Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk K.

Wakil Rakyat DAP Letak Jawatan Serta-Merta?!


Hari ni ahli wakil rakyat DAP Goh Leong San (ADUN) Duyong di Melaka,  meletakkan jawatan sebagai ketua pembangkang negeri berkuat kuasa serta-merta.

Ini kerana Pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka 3 Oktober lalu, Leong San memuji kepimpinan dan ketokohan Datuk Seri Idris Haron.

Ini menimbulkan kurang senang rakan-rakan dalam parti DAP,yang mempersoalkan pujian nya terhadap Ketua Menteri Melaka.

Baca Selanjutnya Disini

Monday 7 October 2013

Nenen Nurul Izzah Kudis Buta?!Malu Nak Pergi Ke Klinik 1 Malaysia!!


Apa masalah 'anak puaka' bernama Nurul Izzah ni dengan Klinik 1Malaysia yang disediakan kerajaan bagi membantu meringankan beban rakyat untuk mendapatkan rawatan kesihatan sampai dia kata mutu klinik tersebut seperti taraf dunia ketiga.

Kenyataan Nurul Izzah ini sudah tentunya akan menguris hati dan perasaan jururawat dan staf-staf yang bertugas di klinik tersebut di atas penghinaan yang lotarkan Nurul Izzah kepada mereka.

Nurul Izzah sendiri mempunyai seorang ibu yang bergelar doktor, kenapa tidak disuruh sahaja ibunya itu berkhidmat di klinik 1Malaysia atau membuka pusat rawatanya sendiri dengan menawarkan khidmat rawatan seringgit atau percuma kepada rakyat sekiranya mutu perkhidmatan klinik 1Malaysia tidak bagus?

Memadailah dengan membayar seringgit maka mutu perkhidmatanya sudah tentu tidak sehebat seperti hospoital-hospital besar yang lain. Sekiranya ada pesakit yang berkemampuan, tidak menjadi halangan pada mereka untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan kelas pertama di hospital atau pusat perubatan swasta.

Nurul Izzah sendiri tidak pernah merasa hidup susah. Celik biji mata melihat dunia semuanya sudah ada dan disediakan secukupnya. Pernahkah Nurul Izzah pergi mendapatkan rawatan kesihatan untuk dirinya atau anak-anak dari klinik atau hospital kerajaan bila sakit? Jika tidak pernah, maka tidak perlu lah Nurul terlalu dengki atau cuba memperlekeh kemudahan kesihatan yang disediakan kerajaan untuk golongan kurang mampu melalui klinik 1Malaysia.

Lagi pun ini bukan kali pertama cubaan Nurul Izzah memburuk-burukkan program transformasi kerajaan yang dilaksana untuk membantu rakyat. Klinik 1Malaysia adalah salah satu projek serampang dua mata yang memberi impak tinggi pada kerajaan BN selain dari Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M). Nurul Izzah juga tahu, melalui produk-produk 1Malaysia ini, ia mampu menarik sokongan rakyat kepada kerajaan, sebab itulah anak puaka ini dan pemimpin Pembangkang yang lain bertungkus lumus cuba menggagalkan plan transformasi kerajaan ini dan tidak kisah walau yang menanggung deritanya adalah rakyat sendiri.

Sayang! Muka sahaja cantik tapi hati sudah hitam dan terhijab dari melihat perkara kebaikan, inilah namanya penyakit hati yang sukar dirawat, maka mati adalah ubat paling mujarab untuk dirinya.

Baca juga statment dangkal Nurul Izzah yang tak tahu apa-apa pasal klinik 1Malaysia dekat sini. Kalau dah kena kudis buta, pergi lah rujuk hospital kerajaan.