Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Friday 31 January 2014

Nahas Genting : Setuju Mewujudkan Lembaga Keselamatan Negara (LKN)

Kementerian Pengangkutan hari ini mengarahkan Puspakom Sdn Bhd (PUSPAKOM) perlu membuat penambahbaikan pemeriksaan kenderaan serta Prosedur Operasi Standard (SOP).

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata, ianya merujuk kepada 51 cadangan yang diterima dari panel bebas yang ditugaskan menyiasat nahas insiden bas di Genting Highlands pada 21 Ogos lalu.

Rakyat Malaysia sedia maklum lah kawasan tersebut boleh dikelaskan sebagai kawasan yang berisiko tinggi belaku kemalangan, sikap pemandu juga mesti diambil kira. Malang tidak berbau.

"Panel mendapati kelulusan pemeriksaan kenderaan di PUSPAKOM masih longgar malah panduan teknikalnya perlu dikemaskini.

"Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) turut dicadang supaya mengkaji semula kaedah pemberian lesen operasi perkhidmatan kenderaan awam," katanya selepas pembentangan Laporan Nahas Genting Highlands oleh panel bebas yang dipengerusikan Tan Sri Lee Lam Thye di Wisma Pertahanan, Kementerian Pertahanan di sini hari ini.

Setuju dengan perkara ini, walaupun pemandu diberi tauliah akan tetapi kesedaran sivik yang kurang didalam diri pemandu Malaysia juga memainkan peranan. Tak gitu?Asik nak kejar untung jek...grr...

Tambah Hishammuddin, satu cadangan untuk mewujudkan Lembaga Keselamatan Negara telah diterima bagi memantau kejadian seperti yang terjadi di Genting Highlands.

"LKN dicadangkan di wujudkan supaya trajedi -trajedi seperti ini dapat disiasat oleh badan bebas yang betul.

"Untuk memberi cadangan dan penambahbaikan apa yang sediada, jadi cadangan itu telah dimasukan dalam laporan untuk dibawa ke kabinet." katanya.

Bagus! So kalau selepas siasat tu tolong tangkap dan hakimi mereka. Yang jadi masalah hari ini. Dapat tahu salah..Ada yang ambil kesempatan! Pada saya ini langkah yang bijak. Biar badan bebas yang siasat walaupun ada bibit-bibit yang tidak bersetuju dengan perkara ini...kompom itu pengusaha perkhidmatan bas..hik hik hik..Tapi...

Pada kejadian pada 21 Ogos lalu, sebuah bas yang membawa 53 orang terjatuh ke dalam gaung di Genting Highlands dan telah membunuh 37 penumpang dalam tragedi jalan raya paling buruk di negara ini.- rakyatnews 

Berhubung faktor jalan raya di Genting Highland menjadi punca nahas ngeri itu,i merasakan pemandu bas perlu bersikap lebih berhati-hati kerana mengetahui jalan berselekoh dan licin di situ boleh mengundang bahaya jika pemandu tidak fokus dalam pemanduan.

Monday 27 January 2014

Cikgu 'Lembu' Patut Dibuang Perkhidmatan - KJ


Susulan insiden seorang guru yang memaksa dua murid makan rumput selepas gagal menyiapkan tugasan, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin hari ini menggesa Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) mengambil tindakan tegas dan drastik terhadap tenaga pengajar tersebut.

Menurutnya, tindakan menukar tempat perkhidmatan guru itu tidak mencukupi sebaliknya perlu dibuang daripada perkhidmatan tersebut mengikut tatacara yang terdapat dalam suruhanjaya itu.


"Saya minta SPP mengambil tindakan tegas terhadap guru itu, bukan hanya dengan pindahkan guru tersebut, ia tak cukup, sebab ramai orang di luar sana marah dengan tindakan guru itu.

"SPP perlu menggunakan tatacara yang ada termasuk membuang guru tersebut daripada perkhidmatannya," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.- Bernama

Alhamdulillah ada juga menteri yang sanggup kedepan mengenai isu cikgu lembu nie.Admin bersetuju 100% jika cikgu lembu nie di buang dari perkhidmatan..Ini jalan yang terbaik untuk mereda kan kemarahan umat islam...

Sunday 26 January 2014

Kain Rentang Yang Biadap Di Kesan Di Pulau Pinang!!



Kain rentang yang didapati di :-

- Gereja Assumptions Conception, Lebuh Farquhar
- Gereja St John Britto, Sg Pinang.
- Gereja Immaculate Conception, Lorong Maktab, Pulau Tikus.
-Victory Lutheran Church, Lorong Delima 7, Island Glade, Gelugor.

Ini betul-betul sudah melampau.siapa punya kerja la ni?Apa yang mereka mau kan?tak abis-abis nak menaikkan kemarahan umat islam...Harap pihak berwajib ambil tindakan tegas terhadap yang bertanggungjawab..

Saturday 25 January 2014

BR1M 3.0 Diagih Mulai Pertengahan Bulan Depan!!!


Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 3.0) yang dianggarkan berjumlah RM4.5 bilion akan diagihkan kepada kira-kira 7.9 juta penerima mulai pertengahan bulan depan, kata Datuk Seri Najib Razak. 

Perdana Menteri berkata, bantuan itu diharap mampu membantu rakyat menghadapi masalah kenaikan harga barang, selain memberi jaminan kerajaan akan terus memantau masalah berkaitan bekalan berikutan kemungkinan berlaku tindakan pemborong menaikkan harga. 

Jumlah penerima tahun ini meningkat 1.1 juta orang berbanding hanya 6.8 juta penerima BR1M 2.0, tahun lalu. Melalui Bajet 2014 yang diumumkan pada Oktober lalu, keluarga yang mempunyai pendapatan isi rumah bulanan bawah RM3,000 layak menerima BR1M sebanyak RM650 serta caruman takaful i-BR1M RM50.

Mereka yang berpendapatan bulanan antara RM3,001 hingga RM4,000 pula layak menerima RM450, caruman takaful RM50 manakala bagi individu bujang berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan bulanan tidak melebihi RM2,000 bakal menerima RM300.

Takziah Kepada Ahli Keluarga Arwah Datuk Harun Taib

Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib kembali ke rahmatullah di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu pada jam 12.05 tengah malam ini.

Demikian dimaklumkan oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali kepada Harakahdaily sebentar tadi. Katanya, perkara itu dimaklumkan kepada beliau oleh anak Allahyarham.

Sementara itu, Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri memberitahu jenazah Almarhum Ustaz Harun dijangka disolatkan pada jam 10 pagi nanti di Markas Tarbiyah Kubang Lembik, Manir, Kuala Terengganu.

Sehubungan itu, beliau menjemput seluruh ahli PAS agar beramai-ramai hadir mendoakan kebaikan untuk almarhum.

“Moga Allah merahmati roh beliau dan meletakkan beliau bersama roh para nabi, siddiqin, syuhada dan solihin,” ujarnya dalam satu kenyataan ringkas kepada Harakahdaily.

Bagi pihak Dewan Ulamak PAS Pusat dan seluruh jawatankuasanya, beliau mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga almarhum.

“Jasa dan amal perjuangan dakwah almarhum sepanjang berkecimpung dalam gerakan Islam seawal remaja sehingga ke akhir hayat insya Allah diganjari dengan yang terbaik oleh Allah subhanahu wa taala,” ujarnya lagi.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat dan seluruh kepimpinan PAS negeri turut mengucapkan takziah kepada keluarga almarhum, semoga bersabar dan tabah dalam menghadapi dugaan Allah tersebut.

Selain itu, sumber itu juga menyatakan Timbalan Musyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din turut menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

Keadaan Haron yang dilaporkan kritikal sebelum ini, kini dilaporkan stabil. - sinar



I was a little surprised...
Takziah diucapkan kepada waris tokoh agamawan ini semoga rohnya dicucuri rahmad dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Mohon sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah Datuk Harun Taib...

Al-Fatihah..

Wednesday 22 January 2014

@HishammuddinH2O Skuad Muda 1JPJ Bakal Bantu Sempena Tahun Baru Cina #SM1JPJ

Skuad Muda 1 Jabatan Pengangkutan Jalan, akan ditempatkan di 157 lokasi yang dikenalpasti berisiko tinggi, seluruh negara.

Ia bagi membantu mengurangkan kadar kemalangan sempena musim perayaan Tahun Baharu Cina, 31 Januari depan.


DATUK SERI ISMAIL AHMAD / KETUA PENGARAH JPJ
"Pengguna jalan raya akan merasakan mereka diperhati mereka akan diambil gambar akan direkod mencatit nombor memantau melaporkan pada pusat kawalan kita pada pusat kawalan JPJ supaya kita mengambil tindakan selanjutnya pihak JPJ akan mengambil tindakan selanjutnya berasaskan kepada laporan yang kita terima".

Skuad itu akan turut ditempatkan setiap 50 kilometer sepanjang lebuh raya dan 30 kilometer di jalan persekutuan serta negeri.Sehingga kini lebih 21,000 sukarelawan telah menyertainya.

SEMUA DIJEMPUT MEMERIAHKAN
Majlis Pelancaran Skuad Muda 1JPJ Peringkat Kebangsaan
Dilancarkan oleh YB Dato' Seri Hishammuddin Hussien
Pada 26 Januari 2014 Bertempat Di Dewan Canselor UiTM Shah Alam, Selangor.

ikuti perkembangan Skuad Muda 1JPJ melalui facebook :

Tuesday 14 January 2014

Raja Noor Jan Shah Raja Tuah Ditahan!

Polis hari ini menahan Raja Noor Jan Shah Raja Tuah yang mendakwa dirinya Sultan Melaka bagi membantu siasatan mengikut Akta Hasutan berhubung dakwaan mengadakan beberapa majlis penganugerahan pingat, bintang dan darjah kebesaran yang tidak diiktiraf.

Timbalan Ketua Polis Melaka, Datuk Shah Gzali Khan Shahadat, berkata Raja Noor Jan Shah ditahan pada 10.50 pagi ini ketika dalam perjalanan ke Pulau Besar di Melaka dipercayai bagi menghadiri majlis kesyukuran kewujudan kembali "Kesultanan Melayu Melaka".

"Penahanan dibuat berdasarkan laporan polis dibuat ramai penduduk, tidak kurang 10 laporan dibuat antaranya oleh pertubuhan dan NGO (badan bukan kerajaan) yang menyatakan keresahan mereka setelah melihat majlis penganugerahan berkenaan serta jemputan dan pelawaan menghadiri majlis itu," katanya.


Pada 8 Januari lalu, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron, berkata kerajaan negeri Melaka menolak tuntutan Raja Noor Jan Shah untuk diiktiraf sebagai Sultan Melaka dan menegaskan kerajaan negeri hanya mengiktiraf pingat, bintang dan darjah kebesaran diberikan Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob.

Shah Gzali Khan berkata, siasatan mendapati kira-kira 50 pengikut Raja Noor Jan Shah dalam perjalanan ke Pulau Besar dipercayai untuk menghadiri majlis kesyukuran itu.

"Tiada tangkapan dibuat ke atas pengikut ini, tetapi bergantung kepada tindak tanduk mereka sekiranya mereka menghalang polis dan penjawat awam melakukan tugas, mereka akan ditahan," katanya. - Bernama, 14 Januari, 2014.

Najwa Latiff Hampir Jutawan?!

"Saya masih belum tahap bergelar jutawan seperti dilaporkan namun syukur jika benar pendapatan saya sebanyak itu saya anggap apa yang ditulis sebagai doa," katanya kepada rakan media.

Najwa Latiff memberitahu pendapatannya sepanjang tahun lalu kurang dari RM500,000 hasil dari persembahan pentas, penjualan album dan nada dering selain pelantikannya sebagai duta Universiti Tun Abdul Razak. - panas

Jeley nyaaa... mak nakkkk......

Guru Mualaf Disuruh Buka Tudung!

Penduduk Kampung Teluk Sengat, dekat sini yang marah menggantung beberapa kain rentang dan menampal puluhan poster bagi mencemuh tindakan seorang ahli jemaah pengurus sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) yang didakwa meminta seorang guru Cina Muslim membuka tudung. Wanita itu turut diancam keselamatannya jika enggan berbuat demikian.

Memetik laporan dari Utusan Malaysia, ahli jemaah pengurus sekolah yang dikenali sebagai Pang berusia dalam lingkungan 60-an itu telah menyuruh guru mualaf berusia 25 tahun supaya membuka tudung selain mengancam keselamatannya sekiranya enggan berbuat demikian.

Berikutan ugutan itu, guru tersebut membuat laporan di Balai Polis Teluk Sengat dan berdasarkan maklumat terbaru, guru berkenaan ditukarkan serta-merta ke sebuah sekolah di bandar ini.

Sementara itu, Pengerusi Badan Kebajikan Sekolah Agama Teluk Sengat, Abd. Zani Shariff kesal dengan tindakan pihak berkenaan yang boleh menimbulkan rasa tidak puas hati antara penganut agama, khususnya umat Islam.

“Walaupun saya rasa tercabar dengan tindak-tanduk lelaki tersebut memainkan isu agama sehingga menimbulkan rasa marah umat Islam di sini, namun saya berharap pihak berkenaan dapat membendung isu panas ini daripada berpanjangan yang boleh mencetuskan isu perkauman,” katanya yang ditemui di sini hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor Lama, Asiah Md. Ariff berkata, dia telah mendapatkan maklumat ketua kampung yang meminta supaya perkara itu diserahkan kepada pihak berkuasa untuk disiasat.

“Harapan saya supaya keadaan di kampung ini berjalan seperti biasa dan mungkin ada sedikit kawalan yang perlu dibuat supaya tidak menimbulkan perkara yang tidak diingini.
“Jadi, saya harap pihak berkuasa akan segera mengambil tindakan seterusnya melakukan siasatan,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Rahmat Othman menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) mengesahkan menerima laporan yang dibuat oleh seorang penduduk tentang perkara berkenaan. - utusan

Hai uolls...Saalam Maulidul Rasul....

Ini nak story pasal si apek ahli jemaah sekolah yang tak berapa nak waras tuw...Pada I tak patut la Encik PANG tu buat macam tu..Ini penindasan terhadapa wanita muslim dan tak layak Encik PANG suruh buat benda yang tidak ada dalam bidang dia...

Sakit plak hati titew nie.....tapi apa nak buat...nak di "PANG" muke Encik PANG kang tak pasal i ke LONGKANG...maaf kurang supan hu hu hu... :3

Monday 13 January 2014

Chua Tian Chang - "Saya tidak bermaksud fitnah UMNO"

Umno menarik balik saman fitnah terhadap Tian Chua yang sebelum ini mengaitkan parti itu dengan pencerobohan Lahad Datu oleh kumpulan pengganas Sulu tahun lalu.

Ini berikutan penyelesaian luar mahkamah yang dicapai kedua-dua pihak hari ini dengan persetujuan penghakiman dirakamkan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Rosilah Yop.Peguam Datuk Hafarizam Harun, yang mewakili Setiausaha Eksekutif Umno, Datuk Ab Rauf Yusoh berkata, perkara itu diselesaikan dengan baik tanpa sebarang kos.

Tian Chua, yang nama sebenarnya adalah Chua Tian Chang berkata, beliau kesal dengan artikel dan laporan tersebut dan akan diturunkan daripada Keadilan Daily.com secepat mungkin.

"Plaintif menerima penjelasan saya dan saya tiada niat untuk memberikan gambaran yang negatif terhadap Umno sebagai dalang pencerobohan Lahad Datu," katanya.

Perbicaraan itu dijadualkan selama dua hari bermula hari ini.Ab Rauf dijadualkan untuk hadir sebagai saksi sebagai pegawai awam Umno.

Dua wartawan media arus perdana juga diarahkan supaya hadir untuk menjelaskan bukti terhadap Tian Chua, yang juga naib presiden PKR.

Umno menamakan Tian Chua, pengarang KeadilanDaily.com, Fazallah Pit dan penulis Aisha Geoffrey sebagai defendan.

Defendan merancang untuk memanggil keempat-empat saksi, iaitu tiga defendan dan penyunting KeadilanDaily.com untuk memberi keterangan.

Dalam kenyataan beliau, Umno berkata, Tian Chua menuduh parti tersebut sebagai dalang kejadian tembak menembak, lantas mengatakan bahawa parti tersebut mengkhianati negara.

Ia mengatakan artikel tidak berasas itu disiarkan di portal KeadilanDaily.com pada 1 Mac di bawah tajuk "Insiden tembakan di Lahad Datu konspirasi terancang Umno - Tian."


Umno yang memfailkan saman pada 15 Mac mengatakan Aisha menghubungi Tian Chua pada 1 Mac di mana beliau memfitnah parti tersebut. Umno memohon injunksi bagi menghalang defendan daripada menyiarkan sebarang artikel dengan isi yang sama, serta kemusnahan, permohonan maaf dan kos.

Tian Chuan mempertahankan diri dan berkata beliau tidak bermaksud untuk memfitnah Umno. Dalam kenyataan pembelaan Fazallah dan Aisha berkata, Umno gagal untuk menunjukkan bahawa artikel itu menyebabkan sebarang kerugian terhadap parti tersebut. – Sumber.

Saturday 11 January 2014

Pesawat Hilang Di Hulu Selangor?!

Sebuah pesawat ringan jenis Cessna dilaporkan hilang selepas terputus hubungan dengan menara kawalan ketika berada di ruang udara Hulu Selangor, kira-kira 5.15 petang semalam.

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Malaysia, Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata pesawat itu berlepas dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Sungai Besi pada 4.43 petang. 


Menurutnya, pesawat berkenaan dinaiki seorang juruterbang, pembantunya dan seorang penumpang. 

“Ketika terputus hubungan pesawat dilaporkan terbang rendah dan hilang ketika berada di ruang udara Hulu Selangor," katanya.

"Polis dan bomba sudah dimaklumkan dan operasi mengesan pesawat dijalankan di kawasan yang dilaporkan hilang bermula 9 malam tadi sebelum dihentikan pada 12 tengah malam dan akan disambung 7.30 pagi,” katanya ketika dihubungi.

Difahamkan pesawat milik Royal Selangor Flying Club itu sedang menjalankan latihan penerbangan di kawasan Rawang dan Batu Caves. - HM



Thursday 9 January 2014

Ini Anak Perempuan Tun Mahathir?!


Dulu ayahnya cukup gigih membantu menaikan negara malah cukup disayangi rakyat jelata tetapi lihat anaknya macam geng rosak akidah ini?!

Jelas disini kebebasan yang tidak berbatas bakal menyerang akidah sesiapa sahaja waima dikalangan orang orang yang hebat, harap kita dijauhi dari perkara-perkara yang boleh membatalkan akidah kita umat islam.

i bukan nak serang siapa siapa tapi...buruk laku sungguh perempuan nie dah la serabut i tgk...uweek...


I nak kata lebih2 nanti ada yang kutuk i balik so kita renungkan semula akan peribadi kita sebelum bercakap untuk pihak orang lain.

Apa pun sedih i tgk she mcm nie...