Parti Amanah Negara (PAN) adalah alat bantuan kecemasan untuk DAP dakwa Badan bukan kerajaan, Majlis Perundingan Melayu (MPM).
Bagi DAP sekiranya dikenakan tindakkan oleh Pendaftaran Pertubuhan (ROS) sekaligus menarik penyokong PAS berbaju oren terus menjiwai perjuangan Komunis DAP. Untuk menarik orang PAS secara terus adalah amat sukar tetapi dengan bantuan Mat Sabu yang ditaja DAP (sejak dari awal penglibatan Mat Sabu kedalam PAS).
Akhirnya Mat Sabu berjaya menarik hampir 200,000 ahli PAS untuk bersama PAN (Orang PAS berbaju oren)
DAP Cuba Jadikan Amanah Parti Penyelamat Mereka
Setiausaha Agung MPM Datuk Dr Hasan Mad berkata DAP mengambil langkah itu, sebagai talian hayatnya, PAS yang sebelum ini bersetuju 'meminjamkan logonya untuk DAP', telah memutuskan hubungan kerjasama dengan mereka.
"Sudah tiga tahun lebih berlalu, ROS masih tidak lagi membuat keputusan berhubung status DAP susulan siasatan kontroversi keputusan pemilihan parti itu pada 2013, sama ada parti itu boleh dikekalkan atau dibubarkan," katanya dalam laporan bernama di sidang media di Sekinchan, di sini hari ini.
Calon PAN tak ada siapa nak payung?!
Pada 2013, ROS telah mengarahkan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP selepas mendapati berlaku penyelewengan dan manipulasi undi oleh parti itu pada pemilihan awal pada Disember 2012.
Pada tahun 2013,Pendaftaran Pertubuhan (ROS) telah mengarahkan pemilihan semula Jawatankuasa eksekutif Pusat (CEC) DAP kerana telah didapati belaku penyeleyengan besar besaran dan manipulasi undi oleh parti itu pada pemilihan awal Disember 2012. Ini Jelas DAP sendiri gagal menegakkan ketelusan dalam organasi sendiri.
Tambahan lagi selepas pemilihan semula dilaksanakan, terdapat pula dakwaan sesetengah anggota parti itu dinafikan hak untuk menghadiri kongres parti itu sebagai perwakilan. DAP Korup dan tidak boleh pakai dunia akhirat.
Dalam sidang media yang sama, Setiausaha Organisasi Nasional Parti Alternatif Rakyat (PAP) Rahmad Isahak pula mendakwa Amanah merupakan sebuah parti yang berada dalam 'kedai pajak gadai' dan ditebus oleh mereka yang mahu menggunakannya.
- sumber