Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Sunday 23 February 2014

Tiga lori tangki air tentera atas arahan H2O @HishammuddinH2O


Sebanyak tiga lori tangki air tentera dihantar ke Balakong bagi menangani krisis air di beberapa kawasan perumahan dekat sini.

Pegawai penyelaras, Mejar (B) Abdul Rahim Mohd Amin berkata bantuan itu diagihkan kepada 20 kawasan perumahan membabitkan 35,000 penduduk. 

“Tangki berkenaan akan ditempatkan di Taman Impian Ihsan Balakong sehingga keadaan pulih. 

“Seramai 20 anggota tentera ditempatkan di kawasan berkenaan bagi membantu kawasan yang terjejas. Ini lebih kepada usaha dalam membantu pihak SYABAS (Syarikat Bekalan Air Selangor) membekalkan air kepada penduduk di sekitar Selangor,” katanya ketika ditemui BH di sini, sebentar tadi. 

Semalam, SYABAS menghantar 12 tangki air di kawasan perumahan sekitar Balakong apabila musim kemarau menyebabkan paras air mentah di kawasan takungan turun. - BH


Terima kasih kepada menteri pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein kerana prihatin dengan masalah rakyat Selangor pada ketika ini.seperti mana yang kita ketahui masalah air ini adalah berpunca akibat musim kemarau yang berpanjangan.

Dengan bantuan tiga lori tangki air ini dapat lah membantu sedikit sebanyak rakyat selangor bagi menjalani aktiviti seharian. Sikap membantu rakyat dengan kadar segera ini perlulah dicontohi oleh semua pihak bagi tujuan kesejahteraan rakyat...

Pray 4 Selangor..peace~!!

Saturday 22 February 2014

5 Tips Keselamatan Wanita #infomasi

Sesuai untuk peringatan kepada kaum hawa.

1. Apa yang perlu seorang wanita lakukan jika dia mendapati dirinya berada dalam situasi dimana dia berada bersama seorang lelaki yang mencurigakan sewaktu menaiki lif di sebuah apartment pada lewat malam?

Pakar memberitahu: Masuk lif dan tekan butang setiap tingkat sehingga ke aras rumah anda. Tiada siapa akan berani menyerang anda didalam lif yang berhenti di setiap tingkat.

2. Apa yang perlu seorang wanita lakukan jika dia mendapati seorang yang tidak dikenali menceroboh masuk dan cuba menyerangnya sewaktu bersendirian di dalam rumah?

Pakar memberitahu: Lari ke dapur. Anda tahu di mana serbuk cili atau kunyit di simpan. Atau di mana pisau dan pinggan berada. Semua benda tersebut boleh bertukar menjadi senjata yang berbahaya. Lempar segala peralatan dapur ke arah penyerang. Biarkan ia pecah dan jerit sekuat hati. Ingat, bunyi adalah musuh kepada si penyerang kerana dia tidak mahu ditangkap.

3. Apa yang perlu seorang wanita lakukan jika dia terpaksa menaiki teksi pada waktu malam?

Pakar memberitahu: Sebelum masuk ke dalam teksi tersebut, ambil nombor pendaftarannya. Gunakan telefon bimbit anda untuk menghubungi keluarga atau rakan anda dan berikan mereka butiran teksi itu dalam bahasa yang difahami oleh pemandu teksi. Walaupun tiada siapa yang menjawab panggilan anda, anda boleh berpura-pura berbual dengan seseorang. Pemandu itu kini tahu seseorang telah mempunyai maklumat yang cukup dan dia akan berada dalam masalah yang serius jika terjadi apa-apa kepada anda. Dia kini terikat untuk memastikan anda sampai ke destinasi dengan selamat. Dari berpotensi sebagai penyerang, beliau kini telah menjadi faktor pelindung anda!

4) Bagaimana jika pemandu teksi menukar jalan yang dia tidak sepatutnya lalu dan anda berasa sedang memasuki zon bahaya?

Pakar memberitahu: Gunakan tali beg tangan anda untuk menjerut leher pemandu tersebut dan tarik ke belakang. Dia akan berasa tercekik dan tak bermaya dalam beberapa saat. Dalam kes jiika anda tidak mempunyai beg tangan yang bertali, tarik kolar baju pemandu tersebut. Bahagian atas bajunya juga akan menghasilkan kesan yang sama.

5. Apa yang perlu seorang wanita lakukan jika dia berasa dirinya sedang diekori pada waktu malam?

Pakar memberitahu: Masuk kedalam kedai atau premis berhampiran yang terang. Jika kedai-kedai tidak dibuka pada waktu malam, masuk ke dalam ATM berhampiran. ATM merupakan tempat yang mempunyai pengawal keselamatan. Mereka juga dipantau oleh litar televisyen tertutup. Kerana takut dicam, tiada siapa akan berani menyerang anda.

Model lakonan semata-mata

"Sentiasa berjaga-jaga adalah senjata yang paling baik buat diri wanita."

Mohon sebarkan kepada semua kenalan wanita dalam jagaan anda. Menyebarkan info sebegini adalah usaha yang paling kurang kita boleh lakukan untuk tujuan sosial dan moral demi keselamatan wanita...Peace <3

Thursday 20 February 2014

Petua Lebatkan Rambut

Apa yang anda perlukan untuk melebatkan rambut ialah pati santan dari sebiji kelapa. Pati santan kelapa adalah bahan penting dalam usaha untuk melebatkan rambut secara tradisional. 

Untuk mendapatkan pati santan, ambil kelapa parut dari sebiji (kelapa tua). Masukkan sedikit air suam pada kelapa parut tadi dan ramas-ramaskan. Perah pati santan dari kelapa parut tersebut dan buang hampasnya. 


Basahkan rambut anda dahulu dan lumurkan pati santan ke keseluruhan kepala sehingga ke akar rambut. Bungkus kepala dengan tuala bersih dan kering selama setengah jam. Kemudian bilas keseluruhan kepala anda dengan air suam.

Amalkan petua ini 2-3 kali seminggu. 

Untuk mengekalkan rambut lebat dan elak dari gugur, amalkan tips ini:

• Pilih syampu rambut yang sesuai dengan jenis rambut anda.
• Gunakan sikat rambut bergigi jarang.
• Pastikan rambut anda benar-benar kering sebelum memakai sebarang produk tambahan seperti krim rambut atau gel. 
• Untuk wanita bertudung, pastikan rambut benar-benar kering sebelum memakai tudung.

Insyallah.. [copy paste]

Wednesday 19 February 2014

Penagih Dadah "Merugikan" 259,200 Pelajar Sekolah Menengah

Rakyat Malaysia disaran supaya meluangkan masa berkualiti bersama keluarga, memberi perhatian kepada perasaan dan kehendak anak-anak dan sentiasa berkomunikasi supaya mereka tidak mudah terpengaruh dengan gejala negatif.


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kerjasama semua pihak juga perlu bagi menjadikan komuniti di negara ini selamat daripada ancaman dadah supaya anak-anak dapat membesar dan menjadi generasi yang berdaya saing serta berjaya.

“Kerajaan prihatin dengan masalah dadah yang selalunya berpunca daripada kepincangan institusi keluarga. Oleh itu saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia supaya memastikan keluarga kita mengamalkan kehidupan yang sejahtera.

“Saya percaya situasi ini akan menghindarkan anak-anak atau orang yang anda sayangi daripada terbabit dengan masalah dadah,” katanya dalam perutusan sempena Hari Antidadah 2014 bertemakan ‘AADK (Agensi Antidadah Kebangsaan) Prihatin, Rakyat Sejahtera’ yang akan disambut, esok.


Najib berkata, setiap ibu bapa dan anggota keluarga perlu prihatin dengan perubahan tingkah laku anak-anak supaya pencegahan awal dapat dilaksanakan kerana penyalahgunaan dadah cenderung untuk berlaku di dalam rumah sendiri.

“Luangkanlah masa yang berkualiti dengan anak-anak, hormatilah perasaan dan pendapat mereka serta didiklah mereka mengenai kesan buruk dadah supaya mereka mendapat maklumat yang betul,” katanya.

Beliau berkata, kehidupan yang tidak bahagia dan tidak selesa di rumah menjadikan kanak-kanak dan remaja terus terdedah dengan masalah penyalahgunaan dadah kerana kepercayaan kepada ibu bapa sangat sedikit berbanding dengan pengaruh rakan sebaya.

Katanya, penyalahgunaan dadah dalam kalangan klien yang mendapatkan rawatan dan pemulihan terutama di Klinik Cure and Care 1Malaysia menunjukkan masalah itu telah bermula seawal umur 10 tahun.

Beliau berkata, kajian ke atas kos ekonomi penyalahgunaan dadah oleh pengkaji dari Universiti Utara Malaysia pada 2009 mendapati sejumlah RM8.65 bilion dibelanjakan oleh kerajaan melalui kos langsung dan tidak langsung.

“Sekiranya kos itu digunakan untuk membina sekolah menengah kebangsaan berkapasiti 1,200 orang pelajar, kerajaan berupaya menyediakan 216 buah sekolah dan sebanyak 259,200 pelajar boleh mendapat faedahnya.

“Pada hemat saya, sekiranya kita berjaya menangani masalah penyalahgunaan dadah secara bersama, sudah pasti kos seperti ini boleh digunakan untuk tujuan lain yang lebih penting dan memberi manfaat kepada semua rakyat,” katanya.

Najib berkata, kerajaan komited dan bertanggungjawab untuk memastikan kesejahteraan rakyat dengan menyediakan perkhidmatan yang lebih prihatin dan mesra serta memenuhi keperluan setiap pelanggan.

Selain Klinik Cure and Care 1Malaysia, beliau berkata, kerajaan juga menyediakan perkhidmatan perubatan, rawatan dan pemulihan dalam komuniti di Cure and Care Service Centre (CCSC) dan Caring Community House (CCH) yang juga pusat aktiviti harian yang menyediakan perkhidmatan bimbingan, khidmat nasihat serta rujukan dan advokasi kepada masyarakat setempat yang mempunyai masalah dadah.

Beliau turut menyeru supaya anggota komuniti menyertai sukarelawan antidadah AADK yang dikenali sebagai SKUAD 1Malaysia untuk memberi bantuan kepada orang atau anggota keluarga mereka yang mempunyai masalah dadah.

“Sehingga kini, skuad itu mendapat keanggotaan berjumlah 223,201 orang di seluruh negara dan 80.5 peratus daripada jumlah itu adalah golongan remaja dan belia yang berusia 15 hingga 39 tahun,” katanya.

Najib berkata, kerajaan mengucapkan tahniah dan menghargai sumbangan yang diberikan kepada semua badan bukan kerajaan, jabatan dan kementerian atas segala usaha membanteras masalah dadah di negara ini. – BERNAMA

Erra Kembali "Bersatu" Dengan Awie?!

SETELAH bercerai, Erra Fazira dan bekas kekasihnya, Awie akan ‘bersatu’ kembali.

Namun bukanlah sebagai sang kekasih, tetapi sekadar mengembalikan nostalgia dalam filem-filem yang pernah mereka lakonkan bersama Ziana Zain dalam pementasan teater Suara Kita pada Mac ini.

Menerusi Awie Entertainment Sdn Bhd, rockers ini tampil membawa semua mengingati semua zaman kegemilangan 3 personaliti hebat ini ke pentas teater untuk pementasan Konsert Teaterikal Suara Kita di Istana Budaya pada Mac ini.

Gabungan ketiga-tiga Awie, Erra Fazira dan Ziana Zain akan diiringi oleh susunan muzik daripada Edrie Hashim manakala pengarahan akan dibuat oleh Erma Fatima yang terkenal dengan cara pengarahan yang berjaya di beberapa pementasan teater terdahulu.

“Kami semua sudah melalui zaman-zaman yang lepas dimana pelbagai kisah yang berlaku dan terjadi. Ia merupakan asam garam dan kini kami tampil secara professional untuk melaksanakan idea yang cukup menarik melibat kami bertiga.

“Perkara yang negatif itu semua dilupakan dan diharapkan ramai yang menyokong pementasan ini agar menjadi antara penutup buat legasi filem-filem yang hebat dizaman itu seperti Maria-Mariana, Sembilu dan Merah,” ujar Awie selaku salah seorang produser dan tunggak utama bagi pementasan konsert Teaterikal Suara Kita itu.

Bagaikan sebuah pengakhiran dan penutup kepada legasi itu, Erra Fazira yang teruja ingin bersama-sama mementaskan Suara Kita agar dapat mengembalikan nostalgia peminat khususnya peminat filem-filem lakonan mereka bertiga.

“Jangan katakan peminat, saya sendiri pun teruja untuk kembali melakokan kan babak-babak serta adegan yang ada dalam filem yang disenaraikan. Antara adegan yang ingin saya lakonkan semula ada adegan menampar Awie,” ujarnya sambil berseloroh ketika temubual dibuat dengan mereka bertiga.


Bagi Ziana Zain, dia bagaikan tidak percaya masih dapat untuk kembali beraksi memainkan watak-watak yang meninggalkan kesan dalam dirinya dan sudahn tentunya masyarakat.

Tetapi bagaimana ia akan dibawakan semula oleh penyanyi hebat ini, dia berharap peminat akan hadir menonton sendiri teater Suara Kita ini di Istana Budaya.

“Kepada anda peminat yang rindukan dialog mahupun adegan yang ada didalam filem-filem seperti Sembilu, Maria Mariana dan Merah, jangan lupa untuk hadir dan menyaksikan kami kembali membawkaan watak masing-masing ketika pementasan itu.

“Begitu juga dengan lagu-lagu yang bakal dipersembahkan juga harap dapat mengimbau semula nolstalgia anda terhadap lagu-lagu serta filem itu sendiri. Kalau sesiapa ingin saksikan Awie dan Erra berduet, ini masa anda untuk menyaksikannya buat pertama kali pasangan ini berduet untuk lagu baru di pementasan ini,” ucap Ziana kepada wartawan ketika ditemubual mengenai penglibatannya dalam teater yang diterbitkan oleh Awie Entertainment Sdn Bhd ini.

Menurut Murai.com, teaterikal Suara Kita yang dipentaskan selama tujuh hari berturut-turut bermula 3 Mac akan dipecahkan kepada dua segmen iaitu konsert yang menampilkan Awie, Erra dan Ziana menyampaikan beberapa buah lagu malar segar daripada album solo mereka.

Segmen kedua iaitu teater muzikal adalah karya baharu yang diadaptasi daripada babak-babak popular filem Sembilu, Sembilu 2, Merah, Tragedi Oktober dan Maria Mariana dan diselang-seli dengan nyanyian. - Murai.com

Thursday 13 February 2014

Fizz Fairuz Pilih Anak Dara Pulau Pinang

Selepas beberapa tahun menjalin hubungan cinta penuh ‘drama’, pelakon Fizz Fairuz, 34, mengesahkan dia akan menikahi Almy Nadia, 28 tahun.

Majlis pernikahan akan diadakan pada 30 Mei nanti, manakala majlis resepsi bakal berlangsung di Hotel Vistana, Pulau Pinang keesokan harinya, memetik Harian Metro.

“Persiapan sedang rancak dijalankan sekarang ini dan sudah 70 peratus siap di mana selain di Pulau Pinang, pada Jun nanti majlis sebelah saya pula diadakan di Raub, Pahang,” jelas Fizz.

Pelakon itu juga memberitahu wang hantaran yang bakal diterima oleh Almy nanti berjumlah RM20,000. Mereka turut merancang untuk berbulan madu di Maldives usai segala majlis nanti.Sebelum ini, Fizz pernah mencetuskan kontroversi apabila bertunang dengan isteri orang awal tahun lalu.


Ia sekaligus menyebabkan hubungannya dengan Almy putus sebelum kedua-duanya berbaik semula dan kembali bercinta sehingga kini.

I harapkan segalanya dipermudahkan untuk Fizz dan Almy.Peminat pun pasti tak sabar melihat kedua-duanya bergelar suami-isteri selepas bercinta begitu lama yang mengundang pelbagai spekulasi. 

Anyway..Selamat menempuh alam perkahwinan..hu hu hu

Monday 10 February 2014

Lembaga Tabung Angkatan Tentera Beri Bonus 16 Peratus #LTAT

Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mengisytiharkan dividen dan bonus 16 peratus berjumlah RM818.2 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember lalu.

Pembayaran yang meningkat 7.8 peratus berbanding RM759.3 juta pada 2012 itu merangkumi dividen sebanyak tujuh peratus, satu peratus bonus dan lapan peratus bonus khas dalam bentuk unit amanah saham untuk anggota yang aktif. 

Purata kadar dividen dan bonus tahunan dibayar dalam tempoh 41 tahun lalu ialah 11.2 peratus setahun. 

LTAT dalam satu kenyataan dikeluarkan, memaklumkan meraih pendapatan RM966.5 juta pada tahun kewangan lalu, tertinggi sejak ia ditubuhkan 41 tahun lalu. 

Pendapatan itu juga adalah 19.1 peratus lebih tinggi berbanding RM811.6 juta yang dicatat pada tahun sebelumnya.

Ia turut mengumumkan jumlah aset LTAT meningkat sebanyak 5.8 peratus kepada RM9.1 bilion sehingga 31 Disember 2013, berbanding RM8.6 bilion pada tahun sebelumnya, manakala caruman ahli direkodkan sebanyak RM8.3 bilion berbanding RM7.8 bilion pada 2012.

Mengulas perkembangan itu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata pertumbuhan konsisten LTAT dari segi pencapaian kewangannya jelas mencerminkan komitmen pengurusan dana itu kepada pelanggan iaitu anggota tentera yang sedang berkhidmat. 

Pulangan atasi jangkaan


“Berdasarkan rekod pencapaian dan prestasi luar biasanya dalam tempoh 41 tahun lalu, LTAT berjaya mengatasi jangkaan dengan menjana pulangan kukuh. Hasilnya ialah bayaran dividen dan bonus yang lebih tinggi, selain pelbagai inisiatif bantuan kewangan dan tanggungjawab korporat untuk ahli,” kata Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Kekuatan LTAT, katanya, terletak pada kesungguhannya memainkan peranan sejajar usaha kerajaan untuk mencapai status negara maju.

“Menerusi pencapaian kukuh, kami yakin LTAT akan terus berusaha menambah baik faedah kepada pencarumnya dan mengekalkan atau mencapai pulangan lebih tinggi,” katanya.

Bagi tahun kewangan lalu juga, LTAT sudah membayar RM827.4 juta kepada 6,169 ahli yang menamatkan perkhidmatan dan RM14.2 juta kepada 2,073 ahli yang layak untuk membeli kediaman atau tanah di bawah Skim Pengeluaran Perumahan.  Selain itu, RM6 juta turut dibayar kepada 237 ahli di bawah Skim Manfaat Kematian dan Kehilangan Upaya dengan RM4.8 juta kepada 195 tanggungan ahli yang meninggal dunia, manakala RM1.2 juta kepada 42 ahli sebagai manfaat hilang upaya. Syukur Alhamdulillah...


INFO: Pecahan dividen, bonus
  • 7 peratus dividen
  • 1 peratus bonus
  • 8 peratus bonus khas (dalam bentuk unit amanah saham untuk ahli yang aktif)




Saturday 8 February 2014

Sharifah Sakinah Memang Gedik?!

PELAKON Sharifah Sakinah ni memang gemarkan kegiatan kecergasan dan senaman.

Memetik portal GUA, untuk tujuan itu, pengurusnya mewujudkan satu laman Instagram khas bagi aktiviti ini. Setiap kali Sakinah ingin melakukan aktiviti kecergasan, hebahan dibuat melalui akaun Instagram tersebut.

“Akaun Instagram yang diwujudkan untuk tujuan tersebut, @fitnessakinah mendapat sambutan yang menggalakkan. Dalam dua minggu diwujudkan, akaun tersebut mempunyai hampir 20,000 orang pengikut dan bilangannya semakin bertambah,” ujarnya.

Tapi yang tak sedapnya, banyak pihak, lelaki dan perempuan, menyindir pelakon itu setiap kali dia memuat naik fotonya yang berpakaian sukan.
 

SEMENTARA itu ketika diminta mengulas mengenai pandangan negatif sesetengah orang apabila Sakinah memuat naik gambar dirinya berpakaian sukan yang dianggap seksi oleh sesetengah pihak, gadis berusia 25 tahun ini ada jawapannya tersendiri.

“Orang salah anggap. Orang yang mengikuti saya di laman sosial ramai, jadi banyak juga pendapat yang diberikan. Saya hormati semua pendapat mereka, ada yang bertelagah sesama sendiri dalam ruangan komen, tapi saya tidak pernah masuk campur. Jika mereka memberikan maklum balas positif, saya berterima kasih. Kalau mereka komen berbentuk nasihat pun, saya berterima kasih juga.


“Apa yang saya boleh cakap, saya jadi diri saya sendiri. Kalau orang ambil perkara itu sebagai positif, jadi positiflah perkara tersebut. Kalau orang ambil perkara itu sebagai negatif, jadi perkara itu akan menjadi negatif.

” Apapun, saya rasa terharu dan tersentuh hati apabila melihatkan kegigihan sesetengah pihak yang menyertai aktiviti yang saya jalankan untuk merubah diri mereka. Malahan ada yang kini sudah menampakkan perubahan. Apa yang penting, saya kena ambil positif perkara ini,” tutur Sakinah.

Macam-macam…aishhh...