Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Thursday 28 February 2013

Pelajar Tingkatan 3 Maut Akibat Renjatan Elektrik

Seorang pelajar tingkatan tiga maut akibat terkena renjatan elektrik daripada sebuah kotak kabel pembekal elektrik Tenaga Nasional Bhd (TNB) di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Idris Shah Kapar di sini pada 1.15 tengah hari ini.

Mangsa dikenali sebagai Mohammad Amirul Syafiq Halim, 15, disahkan meninggal dunia ketika dibawa oleh anggota polis untuk mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Kapar di sini.


Bapa mangsa, Halim Mohd Ismail, 38, berkata beliau dimaklum mengenai kejadian itu kira-kira 1.20 tengah hari.


"Saya difahamkan anak saya berada di kawasan itu sementara menunggu bas untuk pulang ke rumah yg terletak kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian.


"Sebaik melintasi kotak itu arwah terkena renjatan elektrik serta terhenti dan berada dalam keadaan berdiri tegak," katanya ketika ditemui di Rumah Mayat Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, hari ini.


Beliau berkata mangsa merupakan anak sulung daripada empat beradik dan bakal menduduki Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) tahun ini.


"Arwah seorang yang pendiam dan tidak banyak bercakap. Kali terakhir saya bersembang dengannya pada 6 pagi tadi sebelum keluar pergi ke sekolah.


"Kami sekeluarga reda tapi berharap supaya pihak terbabit peka dan mengambil tindakan segera menutup kotak kabel elektrik bagi memastikan kejadian sama tidak berulang," katanya.


Halim berkata, jenazah anaknya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kapar petang ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Utara, ACP Mohd Shukor Sulong ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.


Pengurus Besar TNB Selangor, Datuk Mohd Azim Yusof ketika dihubungi berkata, pihaknya mendapati berlaku vandalisme pada kotak pembekal elektrik 33 kilo Volt (kV) berkenaan.


Beliau berkata pihaknya akan membaiki segera kotak itu dan kejadian berkenaan telah dimaklumkan kepada Suruhanjaya Tenaga.


"Kita telah menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat kejadian ini malah kami tidak menerima maklumat mengenai kerosakan itu dan berharap supaya orang ramai melaporkan sekiranya berlaku perkara yang sama," katanya.


Pengarah Pelajaran Selangor Mahmud Karim berkata, pihaknya akan meminta sekolah berkenaan memohon pondok bas kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk kemudahan pelajar.


"Kita harap pihak berkenaan mengambil langkah sewajarnya supaya kejadian sama tidak berulang kerana ia bukan sahaja membahayakan pelajar sekolah tetapi juga orang awam," katanya.


Beliau berkata, pihaknya bersedih dengan kejadian itu dan menyerahkan kepada polis untuk siasatan lanjutSumber-

(PRU-13) Akan Menjadi ‘Pilihan Raya Media Sosial'


Remaja Hamil 5 Bulan Dicekup Khalwat

Anggota penguatkuasa menyoal siasat pasangan yang dicekup dalam operasi berkenaan. 
  
Seorang remaja perempuan yang mengandung lima bulan dan pasangannya ditahan Pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah dan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dalam operasi cegah maksiat, awal pagi semalam.

Penguatkuasa agama, mendapati lelaki berusia 20 tahun itu berseluar pendek tanpa baju, bersama pasangannya berusia 18 tahun memakai kemeja dan berseluar pendek ketika serbuan dijalankan di rumah sewa mereka di sebuah flat di sini, pada jam 1 pagi.

Pegawai Masjid Al- Azim, Ahmad Nawi Othman berkata, lelaki terbabit membuka pintu bilik, manakala teman wanitanya sedang tidur ketika pemeriksaan dilakukan.

“Lelaki berkenaan memberi alasan akan bernikah dengan pasangannya itu dalam masa terdekat setelah keluarga remaja perempuan itu mengetahui anak mereka mengandung lima bulan,” katanya.

Menurutnya, pasangan itu dipercayai saling mengenali sejak tahun lalu dan mereka turut menyewa rumah berkenaan bersama tiga lagi abang kepada remaja perempuan terbabit.

“Lelaki yang bekerja di sebuah gerai burger untuk sementara waktu itu dipercayai telah tinggal lebih sebulan dengan kekasihnya itu. Remaja perempuan itu pula tidak mempunyai pekerjaan dan dipercayai tidak bersekolah sejak tingkatan dua,” katanya.

Pasangan terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang untuk dibuat laporan tangkapan.

Operasi itu dijalankan mengikut Seksyen 26, Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995, jika disabit kesalahan boleh didenda RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatanSumber-.

Wednesday 27 February 2013

Diculik Rakan Lama.



Seorang pemandu teksi melalui azab dan penyeksaan selama lebih dua jam selepas diculik lapan lelaki, Ahad lalu.

Mangsa bukan saja disiram dengan air panas, malah turut dititis cecair lilin pada seluruh badan, dicucuh rokok selain dipukul dengan paip getah.

Kejadian awal pagi itu menyebabkan lelaki berusia 44 tahun terbabit cedera serius di badan selain patah tangan kanan sebelum diselamatkan polis hasil maklumat awam yang menyedari mangsa diculik.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Liong berkata, sebelum diculik, dia dan seorang rakan pergi ke sebuah kelab malam di Taman Maluri, di sini, untuk minum jam 1 pagi.

“Ketika minum, saya dihampiri sekumpulan lelaki yang menarik badan dan mencampak saya ke dalam sebuah kereta Toyota Vellfire.

“Saya dibawa ke sebuah kelab malam di Pandan Perdana dan dikurung dalam sebuah bilik. Ketika itu baru saya tahu dalang penculikan itu seorang daripada rakan lama saya yang dikenali sejak lima tahun lalu,” katanya ketika ditemui di sebuah hospital swasta, di Ampang, di sini, semalam.


LIONG menunjukkan kesan kecederaan yang dialaminya.

Liong berkata, lelaki terbabit yang juga ahli perniagaan menculiknya kerana tidak berpuas hati selepas seorang rakan kongsi menipunya sehingga kerugian RM500,000 sebelum melarikan diri.

“Saya memperkenalkan rakan lama saya itu dengan rakan kongsinya lima tahun lalu. Mereka kemudian sepakat menjalankan perniagaan bersama. Selepas itu, saya tidak mencampuri urusan mereka dan kami terputus hubungan.

“Rakan menyangka saya terbabit penipuan itu dan menyuruh menggantikan wang berkenaan. Saya, menafikan dakwaan itu dan memberitahu tiada wang,” katanya.

Bagaimanapun, rakannya itu marah lalu mengikat kedua-dua tangan dan kaki sebelum memukul menggunakan paip getah dan menyiram punggungnya dengan air panas.

Mangsa berkata, dia meraung kesakitan merayu minta dilepaskan, namun rayuannya tidak diendahkan, malah diperlakukan lebih kejam apabila badannya dititis lilin dan dicucuh rokok oleh ahli kumpulan terbabit.

“Akibat pukulan kuat, tangan kanan saya patah. Seluruh badan dan punggung saya berasa pedih dan melecur. Saya terpaksa menempuh derita itu selama dua jam sebelum diselamatkan polis,” katanya.

Mujur ketika diculik, rakannya segera menghubungi keluarganya yang kemudian membuat laporan polis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Superintendan Md Nazri Zawawi berkata, pihaknya yang mendapat maklumat kejadian itu menahan lima lelaki.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 325, 363 dan 385 Kanun Keseksaan dan dituduh di Mahkamah Ampang,Sumber-

Balak Bawa Bala.

“Saya terdengar dentuman kuat seperti tong gas meletup sebelum bangkit daripada tidur dan mendapati beberapa batang kayu balak menghentam tangga rumah,” kata Mohd Zain Yaacob, 40, menceritakan detik cemas rumahnya bergegar selepas beberapa batang kayu balak bergolek dari sebuah treler yang terbabas berhampiran kediamannya di Kampung Kubang Rambutan, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian jam 1.30 pagi itu, treler dipercayai dalam perjalanan dari Ipoh, Perak ke kilang kayu di Lubok Jong, Pasir Mas itu terbalik selepas gagal dikawal ketika membelok ke kanan untuk ke Jalan Parit Air, di sini.

Selain menghentam tangga, kayu balak berkenaan turut menghempap sebuah lori milik jiran Mohd Zain, Wan Mohd Zahari Wan Mohd Noor, 40, sehingga rosak teruk.

Mohd Zain berkata, selepas melihat kayu balak menghentam tangga rumah, dia mengejutkan isteri dan empat anaknya yang tidur dan membawa mereka keluar rumah kerana bimbang kediaman itu roboh.



Kayu balak yang menimpa tangga rumah Mohd Zain.


Katanya, selepas beberapa minit, dia lega kerana tiada perkara buruk berlaku.Sumber-

Pengali Kubur Ditangkap khalwat.


Penggali kubur ditangkap khalwat
Pasangan terbabit disoal siasat sebelum diserahkan kepada Jaim untuk tindakan lanjut.
 Seorang penggali kubur ditahan berkhalwat bersama kekasihnya selepas diserbu imam, ahli jawatankuasa kampung dan pihak polis di sebuah taman di Sungai Petai, di sini, petang kelmarin.

Serbuan kira-kira jam 4 petang itu yang diketuai Imam 1 Masjid Luqman Al-Hakim, Ismail Maaruf, mendapati pasangan berusia 22 tahun dan 30-an itu berada di ruang tamu rumah sambil menonton televisyen.

Jurucakap polis berkata, semasa memberi salam, seorang wanita keluar sebelum muncul seorang lelaki berseluar pendek.

“Ketika imam melakukan soal siasat, lelaki itu mengaku berduaan dengan kekasihnya.

"Bagaimanapun, lelaki terbabit mempertikaikan tindakan imam menangkap mereka berikutan rumah disewa kekasihnya itu merupakan milik bapa saudaranya yang sudah meninggal dunia,” katanya.

Menurutnya, ketika diarahkan ke balai polis berdekatan, lelaki terbabit yang juga penoreh getah cuba memujuk imam supaya melepaskannya sementara wanita berkenaan dipercayai penuntut sebuah kolej di daerah ini berdiam diri.

Katanya, kegiatan sumbang pasangan itu disedari sejak Mei tahun lalu apabila melihat lelaki terbabit kerap keluar masuk dari rumah itu.

Sementara itu, Ismail berkata, pasangan berkenaan diserah kepada Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) untuk tindakan selanjutnya.Sumber-

Pelajar 13 Tahun Tidak Tahan Diliwat

Polis menahan seorang eksekutif sebuah syarikat pada Jumaat lepas, kerana disyaki meliwat seorang pelajar perempuan berusia 13 tahun di sebuah hotel di Jalan Kuchai Lama di sini.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata lelaki berusia 40 tahun itu ditahan di Lumut, Perak susulan laporan polis yang dibuat ibu bapa mangsa selepas dimaklumkan mengenai insiden yang dikatakan berlaku pada 8 Feb itu, oleh guru kaunseling sekolah anak mereka.

"Pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah di Brickfields itu mengenali suspek melalui laman sosial Facebook dan dipercayai terpedaya dengan ajakan lelaki itu (untuk bertemu)," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Mohmad berkata suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan kes disiasat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan kerana meliwat.

Katanya suspek juga disyaki melakukan perbuatan sama terhadap tiga rakan mangsa dan polis meminta individu berkenaan tampil membuat laporan polis.


Mengulas lanjut, beliau berkata modus operandi suspek adalah mendekati mangsa dengan menghadiahkan barangan kesukaan mereka sebelum dibawa ke hotel.Sumber-

Jumpa Tengkorak Dalam Lubang


Berkat solat hajat dan mengikut gerak hati, seorang saksi memberitahu Mahkamah Tinggi di sini semalam, dia dan empat lelaki menemui tengkorak, cebisan tiub tayar dan plastik yang terbakar di dalam lubang tempat rangka Nurul Nadirah Abdullah ditemui pada 8 Mac 2012.

Alan Alip, 50, yang merupakan datuk mangsa bunuh, Nurul Nadirah, 5, atau Dirang dalam keterangannya memberitahu, kesemua barangan itu ditemui di sebuah kawasan rumah terbengkalai di Nusa Damai, di sini.

“Saya bersama jemaah surau sebelum itu mengadakan solat hajat. Kami kemudian memulakan pencarian mengikut gerak hati sendiri sehingga di kawasan rumah terbengkalai itu lapan hari selepas Dirang dilaporkan hilang.

“Di situ, saya lihat dinding simen berwarna hitam seperti kesan terbakar dan apabila menghampiri kawasan tersebut, saya nampak seperti tengkorak di dalam sebuah lubang. Saya juga terlihat ada cebisan tiub tayar dan plastik yang sudah terbakar di dalam lubang berkenaan,” katanya di hadapan hakim Datuk Abdul Halim Aman.

Bagaimanapun Alan berkata, ketika itu, dia tidak tahu rangka berkenaan milik siapa dan bertindak menghubungi polis.Sumber-

Bunuh Anak Kerana Malu Kemaluannya Mengecil



“Kalau alat kelamin tak ada, lebih baik mati saja,” begitu kata seorang ibu berusia 38 tahun dalam keterangan kepada polis ketika mengaku membunuh anak lelakinya berusia tujuh tahun kerana malu dengan jiran-jiran di Jatinegara, Cakung, Jakarta Timur pada Selasa.

Dalam kejadian di rumahnya itu pada tengah hari semalam, wanita itu dilaporkan telah membenam kepala kanak-kanak itu ke dalam baldi berisi air sehingga tidak bernyawa.

Ibu itu juga mengikat tangan dan kaki anaknya agar dia tidak meronta. Dia telah menyerah diri di balai polis dan mengaku melakukan pembunuhan itu.

Seorang jurucakap polis dipetik sebagai berkata oleh portal berita kompas.com bahawa kanak-kanak lelaki itu telah melalui proses berkhatan di kampung halaman di Grobogan, Jawa Tengah, pada Disember lalu.

Setelah pulang ke Jakarta, wanita itu yang mendapati alat kelamin anaknya mengecil telah membawa anaknya ke sebuah pusat berkhatan di Bekasi, Jawa Barat.

Usaha itu tidak memberi hasil sebagaimana yang diharapkan sehingga menyebabkan dia berasa malu dengan jiran-jiran dengan keadaan anaknya itu, kata jurucakap berkenaan.

Selain motif perasaan malu, polis akan juga menyiasat motif lain dalam pembunuhan itu kerana jiran-jiran wanita itu tidak mengetahui masalah yang dialami kanak-kanak lelaki itu selepas dia berkhatan. — BERNAMA Sumber-

Tuesday 26 February 2013

Dicekup Ketika Beri Hadiah Harijadi.


 Tidak serik-serik. Wanita yang pernah ditangkap Pejabat Agama Islam Johor pada tahun lalu atas kesalahan berkhalwat, sekali lagi dicekup ketika sedang memadu kasih selepas meraikan majlis hari jadi di sebuah hotel di Jalan Mengkibol, di sini, awal pagi kelmarin.

Sebelum itu, wanita berkenaan sempat menyambut hari jadi teman lelakinya yang ke-22 di sebuah restoran makanan segera di bandar Kluang.

Lelaki yang berasal dari Melaka itu sanggup datang ke Kluang semata-mata ingin menyambut hari lahirnya dan melepaskan rindu dengan teman wanitanya yang jarang ditemui kerana bekerja di sebuah pasar raya di bandar Kluang.


Ketua Bahagian Penguat kuasa Jabatan Agama Islam Johor cawangan Kluang, Anuar Kosnin, berkata, sewaktu serbuan dijalankan kira-kira jam 1.15 pagi pasukan penguat kuasa terpaksa menunggu lebih kurang lima minit untuk pasangan berkenaan membuka pintu hotel.

“Apabila pintu dibuka hanya lelaki sahaja yang ada manakala si wanita menyembunyikan diri dalam bilik air dalam keadaan berkemban dengan harapan untuk menyelamatkan diri daripada ditahan.

“Hasil pemeriksaan yang dijalankan mendapati wanita yang ditahan itu pernah ditangkap oleh Pejabat Agama Islam Johor pada tahun lepas di kawasan Perumahan Jalan Haji Manan, Kluang tetapi bersama dengan lelaki lain,” katanya.

Anuar berkata, hukuman dan denda yang dikenakan ke atas wanita itu tidak pernah dijadikan tauladan tetapi masih mengulangi kesalahan yang sama iaitu berkhalwat.

“Bagaimanapun, pasangan berkenaan akan didakwa mengikut Seksyen 27 (1) (a) & (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997, yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun, atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan,” katanya.

Operasi bersepadu itu berakhir sekitar jam 5 pagi dan melibatkan lima daerah Jabatan Agama Islam Johor iaitu Muar, Batu Pahat, Pontian, Johor Bahru dan Kluang, disertai tiga anggota Cawangan Penyiasatan Khas (CPK) Kem Mahkota Kluang.Sumber-

Kami Bakal Bernikah



Sekali terbaca tajuk ini, maka musnahlah segala impian dan harapan vip-vip di luar sana. Kami pasti, ramai juga lelaki biasa diluar sana yang sedang patah hati sekarang, kan?

Mungkin ada yang tidak tahu, tetapi beza umur 10 tahun tidak pernah menjadi penghalang buat Zain Saidin yang bakal menginjak umur 29 pada tahun ini untuk mengahwini Rozita Che Wan atau mesra dipanggil Che Ta ini. Selepas spekulasi demi spekulasi, akhirnya segala persoalan telah terjawab dan Rozita Che Wan membuka 'mulut' mengenai perancangan untuk berkahwin dengan buah hatinya,pelakon muda,zain saidin.malah mengakui sudah memilih hujung julai ini untuk bersatu.


“Insya-Allah kami akan bernikah, jika tiada halangan pada bulan berkenaan,” kata Rozita ketika dihubungi, semalam.

Dia juga memilih untuk tidak mengikat tali pertunangan terlebih dahulu kerana menganggapnya tidak perlu memandangkan mereka sudah mengenali hati budi masing-masing.

Rozita juga mengakui kisah cintanya dengan jejaka wajah Pan Asia itu bukan rahsia lagi, lalu mereka sepakat dan bersedia menamatkan kontroversi cinta yang selama ini hangat diperkatakan menerusi media dan peminat.

Tahniah diucapkan pada Zain Saidin kerana dapat memikat hati Che Ta.Sumber-

Tiru Awang Hitam





Taktik awang Afrika menipu wanita menggunakan Internet untuk mendapatkan wang ditiru seorang lelaki tempatan, namun tindakannya terlebih berani apabila sanggup berjumpa dan meniduri sebahagian mangsa menyebabkan ada mangsa berpakat lalu mewujudkan blog khas bagi mendedahkan salah lakunya.

Dipercayai aktif memerangkap mangsa melalui laman sosial Facebook (FB) sejak lebih dua tahun lalu, setakat ini sekurang-kurangnya lima wanita dikesan ditipu membabitkan kerugian hampir RM10,000 dan dua daripadanya pernah ditiduri lelaki berusia 29 tahun itu. 

Seorang mangsa yang mahu dikenali sebagai Rina, 20-an, berkata selain bijak menutur ayat yang boleh mencairkan perasaan wanita, lelaki terbabit licik menipu dengan menyamar dirinya memegang jawatan hebat, antaranya pensyarah universiti awam bergelar profesor. 

“Saya berkenalan dengannya di FB awal Januari lalu. Terpedaya dengan ayat manis dituturkannya, saya sanggup menyerahkan lebih RM7,000 meskipun kami baru bercinta kira-kira dua minggu,” katanya yang membuat laporan polis selepas berasa ditipu.

Rina yang berkhidmat sebagai penjawat awam di selatan tanah air berkata, lelaki itu yang dinamakannya sebagai Iskandar mempunyai raut muka baik dan sering bercakap hal agama.Sumber-

Monday 25 February 2013

Dicabul Tuan Rumah

Seorang wanita membuat aduan polis selepas pemilik rumah disewanya bukan saja gemar mengintai dia mandi malah, turut mencabulnya..

Mangsa yang berusia 21 tahun menyewa sebuah rumah di Damansara Damai, di sini, dan kejadian berlaku kira-kira jam 12 tengah hari kelmarin.

Sumber polis berkata, mangsa yang bekerja di pasar raya dalam aduannya memberitahu dia terpaksa menurut arahan lelaki terbabit kerana bimbang dicederakan selepas diacu dengan pisau.

Menurutnya, mangsa menyewa satu bilik di rumah yang didiami sepasang suami isteri sejak akhir bulan Januari dan dalam tempoh menginap itu lelaki terbabit beberapa kali mengintainya mandi.

“Ketika itu, isteri lelaki terbabit tiada di rumah dan mangsa hanya tinggal berdua dengan lelaki itu. Apabila mangsa memberitahu kejadian kepada isteri suspek, lelaki itu menuduh mangsa cuba menghancurkan rumah tangganya.





“Bagi menyelesaikan masalah itu, suspek meminta mangsa duduk di sofa di ruang tamu kononnya untuk berbincang, namun mengambil pisau dan mengugut mangsa sebelum mencabulnya termasuk memaksa mangsa melakukan seks oral,” katanya.Sumber-

Nur Fazura Elak Babak Ranjang


 Boleh dihitung berapa banyak drama atau filem yang dilakonkan perangkul Anugerah Aktres Harapan Terbaik Festival Filem Malaysia ke-17, Nur Fazura Sharifuddin, 29 sejak terjun ke dalam industri lakonan tempatan.

Tahun ini, bakat lakonannya di layar perak hanya kelihatan menerusi filem Bujang Terlajak dan lebih dari itu aktres berkenaan sibuk menguruskan perniagaan fesyen miliknya sendiri House of Doll yang beroperasi di Bangsar sejak Mei lalu.

Mengakui dirinya kurang hadir dengan produk lakonan filem mahupun drama sepanjang tahun ini, Fazura berkata dia bukan bersifat memilih tetapi lebih berhati-hati dalam memilih watak yang sesuai dengan dirinya.

"Memang saya selalu mendapat tawaran berlakon. Tak kiralah drama ataupun filem tetapi saya tidak mahu mengambil semua tawaran dengan begitu mudah.

"Saya bukan jenis yang akan buat semua benda. Bagi saya, biarlah tawaran yang saya terima itu berkualiti kerana saya mementingkan kualiti daripada kuantiti," katanya apabila ditanya pihak media berkenaan perkembangan terbarunya.

Jelas Fazura, selain sibuk menguruskan perniagaan fesyen miliknya, dia bakal sibuk dengan penggambaran filem dan drama pada awal tahun depan.

Katanya, lakonannya di dalam filem Pisau Cukur pada 2009 merupakan contoh terbaik dan diingati oleh ramai pihak sehingga hari ini.

"Itulah kualiti yang saya inginkan," katanya menyentuh filem Pisau Cukur.

"Saya bukan memilih, tapi saya sendiri sukakan watak seperti dalam filem itu. Asalkan saya tidak disuruh untuk berlakon dia atas katil, berpelukan, berbaring , itu sudah cukup memuaskan hati saya.

"Bagi saya, pelakon yang merelakan diri memegang watak di atas katil berpelukan itu adalah pilihan mereka sendiri kerana ianya terpulang bagaimana untuk mereka membawa hala tuju atau mengatur kerjaya masing-masing di dalam industri ini," katanya.

Menjadikan Eja dan Erra Fazira sebagai contoh terdekat yang sangat jelas bersama hala tuju mereka sebagai pelakon, Fazura berkata setiap pelakon termasuk dirinya punyai misi dan visi tersendiri.

Malah dia juga sedar terdapat ramai pelakon baru masa kini yang sanggup berbuat apa saja seperti memegang watak diranjang atau berpelukan demi untuk meraih populariti dalam masa yang singkat.

"Seperti yang saya katakan tadi, ianya terpulang kepada hak individu itu sendiri. Kerana semua itu akan diingati ramai pihak dan menjadi reputasi mereka sampai bila-bila.

"Tapi saya bangga dengan pendatang baru seperti Izara Aishah. Dia bukan saja cantik dan berbakat besar, malahan juga bijak mengatur perjalanan kerjayanya dalam bidang seni.

"Biarpun ada kontroversi yang melanda dirinya baru-baru ini, tetapi semua itu dapat ditutupi dengan keberkesanan lakonannya. Maksudnya orang lebih berminat dengan lakonannya daripada isu kontroversi," kata Fazura panjang lebar.Sumber-

Urutan Penjual Karipap



Seorang lelaki penjual karipap yang mendakwa boleh mengurut wanita mengandung agar kandungan sihat dan bijak sebelum mencabul mangsanya membawa padah apabila suami wanita berkenaan merakam gambar muka lelaki dan menyiarkannya di laman sosial Facebook.

Tindakan suami mangsa itu bertujuan mengelak kejadian sama berulang selepas isterinya yang mengandung lapan bulan dicabul lelaki berkenaan.

Wanita yang berusia 20-an itu berkata, kejadian berlaku jam 3.20 petang Jumaat lalu, ketika dia menjaga kedai kopinya di bandar ini apabila didatangi seorang lelaki berusia 30-an, menjual karipap.


“Ketika itu tiada pelanggan dan saya ditemani adik perempuan,yang membantu menguruskan akaun serta menjaga saya yang sarat mengandung lapan bulan anak sulung.


“Penjual karipap itu mendakwa aktiviti sampingannya untuk menambah pendapatan ialah mengurut wanita hamil dan mendakwa anak yang bakal dilahirkan lebih bijak.

"Saya bersetuju dan apabila bertanyakan upah perkhidmatannya, dia menyatakan bergantung kepada tindak balas pelanggan serta tahap kerjasama," katanya yang tidak mengesyaki apa-apa lalu lelaki berkenaan mula mengurut tangan sebelum badan.

Katanya, dia mula pelik apabila lelaki itu memasukkan tangannya ke dalam baju dan tangannya terus ke pusat lalu merabanya alat sulitnya.

"Saya terkejut dengan perbuatannya itu dan menepis tangannya menyebabkan lelaki itu tergamam. Pada masa yang sama, suami pulang menyebabkan lelaki itu melarikan diri dengan sebuah kereta.

"Saya menceritakan kejadian itu kepada suami dan 20 minit kemudian suami menemuinya di bandar ini lalu merakam gambarnya," katanya.

Menurutnya, suaminya menyiarkan gambar itu di Facebook dengan kenyataan 'lelaki miang suka mencabul isteri orang' dalam bahasa Mandarin.

Katanya, suaminya berbuat demikian bagi mengelak orang lain menjadi mangsa, dan mereka membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat pada malam kejadian.Sumber-

Ipoh Mali Dicekup.




IPOH - Gara-gara enggan ditahan pihak berkuasa, beberapa pondan bertindak agresif dengan mencakar dan menggigit anggota Jabatan Imigresen dalam satu serbuan yang dijalankan di sekitar bandar raya ini malam kelmarin.

Kumpulan pondan yang berasal dari Thailand ini turut diberikan jolokan ‘bapok tangga’ kerana berpakaian seksi dan didapati bergiat aktif di sekitar tangga premis kedai bagi mendapat perhatian pelanggan.

Pelacur pondan yang berusia antara 24 ke 28 tahun itu cuma mengenakan bayaran RM30 hingga RM50 jika pelanggan mahu mendapatkan perkhidmatan seks daripada mereka.

Bagaimanapun, kegiatan itu terbongkar selepas aktiviti jijik mereka berjaya dihidu Jabatan Imigresen di sini.

Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Perak, Irwan Zahid berkata, pihaknya terlebih dahulu mengintip pergerakan pelacur pondan terbabit sebelum menyerbu lokasi mereka menjalankan aktiviti tidak bermoral itu.

Menurutnya, sewaktu serbuan dijalankan, pelacur pondan warga Thailand itu terkejut malah ada dalam kalangan mereka yang cuba melarikan diri ke tingkat atas bangunan bagi mengelakkan diri dicekup.

“Malah, empat daripada pondan terbabit turut ‘mengganas’ sebelum anggota kami berjaya menghentikan tindakan agresif mereka itu.

“Selain itu, mereka juga didapati tidak mempunyai dokumen perjalanan sah memasuki negara ini,” katanya.Sumber-

Saturday 23 February 2013

SUBHANALLAH!! - Tanda-Tanda Kiamat Kecil Telah Lengkap



Tahukah korang dimana tanda-tanda Kiamat Kecil telah lengkap. Harus diingati dimana kita sudah pun ‘embrace’ kepada tanda-tanda kiamat besar secara tidak rasmi iaitu keluarnya Dajjal dan Yakjuj & Ma’juj. Kewujudan Yakjuj dan Ma'juj ini juga telah dibongkarkan oleh NASA penemuan tersebut mendedahkan tentang penemuan mengejutkan mengenai satu kaum primitif hidup 20 batu di bawah tanah.


Dajjal telah pun keluar dan kini berada dalam peringkat ‘sehari sama seperti sebulan’ iaitu diluar dimensi masa manusia. Manakala Yakjuj & Ma’juj telah pun dibebaskan setelah Tembok Zulkarnain (dengan izin Allah) telah runtuh di Georgia.

Golongan mereka pada hari ini telah menjadi Ashkenazi Jews & Zionist! Golongan mereka yang terakhir akan keluar ialah selepas Dajjal dibunuh oleh Isa a.s. Hanya 8 tanda-tanda besar kiamat yang masih tinggal. Allahu A’lam.

1-Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik lah.a. katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Saya menghitung 6 perkara menjelang – hari kiamat.” Baginda menyebutkan salah 1 di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” – Sahih Bukhari.

2-Zina bermaharajalela.
“Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim.

Kalau korang tengok di Media bersepah pasal Zina tu yang keluar media yang tak keluar media lagi la banyak agak-agak masa korang tengah baca artikel ini ade berapa ramai yang tengah berzina di dunia ini.. Subhanallah!

3-Bermaharajalela alat muzik.
“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka. ” Ada yang bertanya kepada Rasulullah saw; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab; “Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” – Ibnu Majah.

Ini memang tidak dapat nak dinafikan la alat muzik sememang nyer bermaharajalela korang tengok la media sekarang, bersepah rancangan-rancangan muzik dan program-program yang melalaikan.

4-Menghias masjid & membanggakannya.
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat -Nasai.

Korang lihat dekat negara kita sendiri sudah, berapa banyak masjid yang berhiasa tesergam indah? Bahkan sekarang ini menara di Mekah jugak sudah seperti menjadi kebanggaan buat kita betapa tinggi nyer.

Sebab Nabi Muhammad SAW penah menyebutkan:

“..apabila engkau melihat orang yang tidak berkasut, tidak berpakaian, miskin, pengembala kambing berbangga-banga menegak dan meninggikan bangunan.” SubhanAllah!

Seperti mana yang kita lihat sekarang tanda kiamat di tepi Kaabah jer iaitu Menara Jam Di Raja Mekah. 

5-Munculnya kekejian.
“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim.

6-Ramai orang soleh meninggal dunia.
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran” – Riwayat Ahmad.

7-Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.
“Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia”

- Riwayat Thabrani.

8-Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.” – Riwayat Ahmad.

9-Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah lah.a. “Di antara tanda-tanda telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang”.

Ini pun sudah menular di negara kita.. lihatlah artis-artis sekarang berpakaian tetapi telanjang pakaian tak cukup kain.

10-Bulan sabit kelihatan besar.
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.”

- Riwayat Thabrani.

11-Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.
“Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu” – Sahih Muslim.

Zaman sekarang nie kita sukar untuk membezakan dan keliru samaada berita yang di sampaikan tersebut adalah benar ataupun tidak.

12-Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.
“Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar.” – Riwayat Ahmad.

13-Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai” – Sahih Muslim.

Apakah arab akan kembali menjadi padang rumput semula seperti mana pernah di lakonkan dalam cerita The Mummy : Scorpion King ?

14-Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda.
“Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti ‘bulu merpati’ yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga.” – Sahih Abu Daud & Nasai.

Haaa.. yang ini sudah banyak berlaku bak yang jauh dan dekat mungkin terdapat di kalangan sahabat atau keluarga korang juga melakukan seperti ini.

15-Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam.
“Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya).” – Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a.


Kini, Kita hanya menuggu saat tibanya..

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: “Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat”. Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.

(H.R Muslim).

Keterangan:

Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat.

Sepuluh tanda itu ialah:

1. Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.

2. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.

3. Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.

4. Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa. Sepertimana nasa juga mengeluarkan kenyataan dimana suatu hari nanti matahari akan terbit di belah BARAT!

5. Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.

6. Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.

7. Gempa bumi di Timur.

8. Gempa bumi di Barat.

9 .Gempa bumi di Semenanjung Arab.

10. Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman.

Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari beliau mengatakan: “Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan hadis-hadis Rasulullah Saw. bahawa keluarnya Dajal adalah yang mendahului segala petanda-petanda besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi ini. Keadaan itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah belian turun dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda qiamat yang besar yang akan merosakkan sistem alam cakerawala yang mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa qiamat yang dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari yang matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya”.

MAKA BERSEDIALAH WAHAI UMAT ISLAM..

 Lihatlah betapa hampirnya kita.. dan apa yang tersenarai di atas telah banyak yang berlaku di dunia ini. Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi keinsafan. Salah dan silap harap di maafkan sesunggunhya saya juga tidak terlepas dari membuat kesilapan dan kemungkaran.Sumber-

Friday 22 February 2013

Tentera Israel Disiasat


Gambar tentera Israel separuh bogel di muat naik di laman sosial
Seorang askar Israel dikecam kerana mengambil gambar bogelnya sendiri lalu dimuat naik ke laman sosial Facebook, Twitter dan Instagram.

Jurucakap tentera, Kapten Eytan Buchman berkata, tindakan itu sesuatu tidak bermoral dan memalukan keseluruhan pasukan tentera.

“Kami akan melakukan siasatan terperinci dan mengenal pasti siapa lagi anggota terbabit dalam insiden itu,” katanya

Laman web pro-Palestin melaporkan, askar berkenaan turut menulis kenyataan menghina negara Arab dan mengaku menyertai pasukan tentera hanya untuk menewaskan pengganas.

“Ramai kalangan tentera Israel melakukan pencabulan dan penghinaan terhadap Islam di dalam laman web sosial,” katanya.

Menurut laporan itu lagi, tindakan ini semakan berleluasa dan boleh membangkitkan kemarahan seluruh penduduk Islam di peringkat antarabangsa.Sumber-

Thursday 21 February 2013

Fahrin Rakam Lagu..

Terdetik di hati untuk mencuba bakat dalam bidang nyanyian lantas peluang itu diperoleh apabila penerbit drama lakonan terbarunya, Rindu Bertamu Di Abu Dhabi memberi ruang kepada Fahrin Ahmad untuk menyanyikan lagu tema drama itu.

”Inilah kali pertama saya menyanyi dan merakamkan lagu yang mengambil masa selama tiga hari. Lagu yang berjudul Siapa Ingin itu ciptaan Hafiz Hamidun dan lirik Ahmad Fedtri Yahyai. 

”Oleh kerana lagu itu adalah lagu tema drama yang saya lakonkan jadi rasanya relevan untuk saya menyanyikannya. Ternyata ia pengalaman yang begitu berbeza. 


Merakamkan lagu juga me­ngajar saya bahawa menjadi penyanyi bukannya mudah. Saya kagum de­ngan penyanyi yang sanggup berhabis masa untuk menghasilkan lagu terbaik mereka,“ katanya.

Rindu Bertamu Di Abu Dhabi adalah drama 28 episod terbitan Zeel Production yang mula disiarkan Isnin lalu di slot Akasia turut menampilkan pelakon Shahrizal Jaszle, Tasha Shilla dan Fouziah Gous.

Melalui drama itu, Fahrin memegang watak sebagai Firdaus Amir, anak yang mempunyai konflik dengan ayahnya. Malah, dia difitnah sehingga menyebabkan dia memutuskan pertunangannya dengan Fatin (lakonan Fouziah Gous). Pasrah dengan dugaan yang datang menguji, dia berkahwin dengan Ain Farohah (Tasha Shilla) lalu memulakan lembaran baru dalam kehidupan­nya sebagai perantau yang mencari ketenangan hidup di Abu Dhabi. 

Kata Fahrin lagi, jika diberi peluang lebih lama untuk membuat persediaan menyanyikan lagu terbabit dia yakin mampu melakukannya dengan lebih baik. Sumber-

Tunang Seminggu......


Gambar Pertunangan Fizz Fairuz

Pertunangan Fizz Fairuz hanya bertahan seminggu apabila pelakon itu memutuskan ikatan dengan tunangnya Ahad lalu, selepas mengetahui wanita berkenaan rupa-rupanya sudah bersuami.

“Saya benar-benar tertipu dan tidak menyangka tunang saya itu isteri orang,” kata Fizz, 34, semalam.

Pertunangan Fizz secara diam-diam dengan seorang wanita berusia 26 tahun di Kuantan, Pahang pada 10 Februari lalu, mengejutkan banyak pihak kerana sebelum ini dia hangat bercinta dengan pelakon, Almy Nadia, 27, sejak tujuh tahun lalu.

“Saya tidak menyangka perkara sebegini berlaku dan kehidupan saya seolah-olah ‘diatur’ oleh dia (bekas tunangnya) sejak kami berkenalan setahun lalu,” katanya yang menyifatkan kemungkinan dia terkena buatan orang.


Fizz Fairuz

Fizz berkata, empat hari selepas bertunang iaitu pada Khamis lalu, baru dia tahu tunangannya itu isteri kedua seorang usahawan berusia 40-an dan mereka bernikah di selatan Thailand beberapa tahun lalu.Sumber-

Peluru Sesat Berjaya Dikeluarkan Dari Kepala Bayi



Makassar: Pakar bedah bandar raya ini berjaya mengeluarkan sebutir peluru dari tengkorak kepala bayi berusia setahun dalam pembedahan yang mengambil masa sejam.

Bayi terbabit, Fatir Muhammad cedera di kepala selepas terkena tembakan peluru sesat pada 1 Februari lalu.

Fatir dilaporkan dalam keadaan baik selepas pembedahan itu. Dia masih dirawat di unit rawatan rapi dan dibantu alat pernafasan.

Peluru yang dikeluarkan dari kepala Fatir dikategorikan sebagai peluru berbahaya. Hingga kini identiti penembak masih belum diketahui.

Pengarah hospital Dr Abdul Kadir berkata, pembedahan berjalan lancar dan selesai lebih cepat daripada jangkaan.Sumber-

Temui Daging Kuda Dalam Pasta


Nestle terpaksa menarik balik produk berasaskan daging ke negara terlibat.

BERN - Syarikat makanan terbesar dunia, Nestle membatalkan pengedaran produk pasta daging ke Itali dan Sepanyol,selepas ujian mendapati ianya mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) kuda.

Nestle yang berpangkalan di Switzerland sebelum ini mendedahkan produknya tidak terlibat dengan skandal itu tetapi mendedahkan lebih 1 peratus dalam dua produknya mengandungi DNA kuda."Kami terpaksa melaporkan penemuan ini," kata jurucakap Nestle.

Syarikat itu terpaksa menarik balik dua produk pasta iaitu Buitoni Beef Ravioli dan Beef Tortellini di Itali dan Sepanyol.Nestle turut menangguhkan penghantaran kesemua produk berasaskan daging di Jerman dan sejenis produk sejuk beku di Perancis.

Penemuan ciri-ciri daging kuda dalam produk yang dilabelkan sebagai daging lembu itu merebak ke seluruh Eropah sejak bulan lalu, sekali gus memaksa pengedarannya ditarik balik.

Malah, keadaan itu turut mengundang rasa marah pengguna serta kerajaan melancarkan siasatan terhadap sistem pemprosesan bekalan makanan sedia ada.Sumber-

Wednesday 20 February 2013

Kanak-Kanak Dibunuh Dan Mayatnya Disimen



Surabaya : Seorang kanak-kanak berusia empat tahun dibunuh dan mayatnya disimen di sebuah lorong kecil di daerah Tanjung Perak di bandar raya ini.
 
 Magsa yang dikenali sebagai Fahri dipercayai menjadi mangsa pembunuhan keluarganya sendiri.
Mayat Fahri ditemui seorang penduduk yang melintas lorong kecil dekat dengan kediaman mangsa dan sebuah rumah tinggal di kawasan penempatan Jalan Endorosono.

Penduduk terbabit ternampak satu benda mencurigakan kelihatan seperti patung kanak-kanak, tetapi apabila mendekatinya dia mendapati ia mayat kanak-kanak yang sudah disimen. Penduduk itu yang terkejut kemudian membuat laporan di balai polis berhampiran.

Ketua Balai Polis Tanjung Perak, Lily Djafar mengesahkan penemuan mayat mangsa cilik yang disimen itu ketika dihubungi, semalam.Dia berkata, pada awalnya mangsa dilaporkan hilang oleh keluarganya Sabtu lalu. “Anggota kami sudah melakukan operasi mencari, tetapi mangsa gagal ditemui."Sumber-

Datuk Seri Syahidan Kassim Digantung 30 Bulan


  PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Datuk Seri Shahidan Kassim digantung 30 bulan dan dikenakan denda keseluruhan RM39,000.

Hukuman ke atas Shahidan berkuat kuasa selepas surat rasmi dikeluarkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam tempoh 14 hari.

Hukuman diputuskan oleh Jawatankuasa Tatatertib yang bersidang hampir tiga jam hari ini.

Ia turut menetapkan Shahidan tidak boleh mengemukakan rayuan.

Perkara itu diumumkan sendiri oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Ednan Othman.Sumber-

Hilang Kawalan Rempuh Tiang Lampu Sehingga Tumbang





Ipoh 20 Feb-Semasa saya dalam perjalanan balik ke rumah, selepas keluar minum bersama rakan-rakan,saya ternampak satu kemalangan telah berlaku.



Sebatang tiang lampu tumbang akibat rempuhan kuat yang berlaku kira-kira jam 1.05 pagi ini.semasa saya sampai ditempat kejadian pemandu telah pun dibawa ke hospital raja permaisuri bainun untuk mendapatkan rawatan.



Kemalangan itu berlaku mungkin hilangnya kawalan daripada pemandu itu sendiri.ini lah serba sedikit gambar-gambar kemalangan yg dapat saya dapat kongsikan dengan rakan-rakan semua.






Tuesday 19 February 2013

2 Parah Van Bawa Murid Sekolah Terbalik

PETALING JAYA - Dua murid berumur 10 dan 11 tahun cedera parah masing-masing di kepala dan kaki, apabila van persendirian yang membawa mereka ke sekolah terbalik selepas dirempuh kereta di Bandar Utama di sini, hari ini.

Dalam kejadian 6.30 pagi itu, van yang membawa 10 murid berumur antara tujuh dan 12 tahun itu dalam perjalanan ke Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Effingham, Bandar Utama.

Susulan kemalangan, sembilan murid termasuk dua yang parah dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) manakala seorang lagi dirawat di Hospital Sungai Buluh.

Saksi kejadian berkata, van yang dipandu seorang lelaki berusia lingkungan 40-an itu dirempuh dari belakang ketika melepasi persimpangan lampu isyarat menuruni jalan berbukit.

Ketika ditemui pemberita di PPUM, Penyelaras MIC Parlimen Subang A.Prakash Rao berkata, beliau dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh pihak sekolah sebelum bergegas ke PPUM.

"Saya bersyukur tiada kemalangan jiwa berlaku, namun dua murid cedera parah dan yang lain cedera ringan...dua yang parah menjalani pembedahan," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed yang mengesahkan kejadian itu, memberitahu Bernama pemandu kereta terbabit telah membuat laporan polis di Balai Polis Damansara.

Menceritakan detik cemas itu, B. Lavanya, 11, yang cedera di lutut, berkata dia berada di bahagian tengah tempat duduk penumpang apabila van milik jirannya itu dirempuh di persimpangan lampu isyarat berkenaan.Sumber-

Rumah Bergegar Dirempuh Lori

Enam sekeluarga yang sedang nyenyak tidur nyaris maut apabila rumah mereka dirempuh sebuah lori yang dikejar sebuah kereta peronda polis, awal pagi semalam.
 
 Dalam kejadian jam kira-kira 1.30 pagi itu keenam-enam sekeluarga itu di kejutkan dengan bunyi dentuman kuat sehingga menyebabkan tiga orang termasuk dua beranak tersepit di celah-celah katil dan almari pakaian selepas lori berkenaan merempuh bahagian anjung bilik hadapan tingkat atas rumah berkenaan di Kampung Belakang Kilang Padi, Jalan Jawa, di sini.
 
 Bapa kepada dua mangsa, Mohd Kadri Ambu Amar, 43, seorang pemandu kenderaan di pejabat Jabatan Tenaga Kerja Hilir Perak ketika ditemui berkata, sebaik dengar bunyi dentuman beliau bersama isteri dan seorang anak perempuan lari keluar sebelum mendapati sebahagian dinding papan rumah terburai serta tiang besar hadapan tercabut diseret lori berkenaan yang kelihatan terhenti di situ.Sumber-

Pembantu Rumah Dera Bayi Dipenjara


yuliana diiringi polis selepas dijatuhkan hukuman di mahkamah seksyen kuantan semalam.

Amah warga Indonesia yang melambung seorang bayi berusia empat bulan Jumaat lalu, dijatuhi hukuman penjara 20 tahun penjara bagi dua pertuduhan Mahkamah Sesyen
hari ini.

Yuliana yang berusia 23 tahun dari Sukarame Acheh itu bagaimanapun dilihat sebak dan menitiskan air mata ketika diminta membuat rayuan sambil mengaku mempunyai dua anak selain tidak mampu membayar denda.

Mahkamah terpaksa menunggu beberapa saat sebelum mendengar rayuan tertuduh yang akhirnya berkata 'Saya takut'.

Hakim, Mohd Azhar Othman sebelum menjatuhkan hukuman menganggap perbuatan itu boleh menjejaskan keharmonian masyarakat dan mahkamah berpendapat hukuman setimpal perlu kerana kanak-kanak adalah pelapis generasi akan datang.

“Perbuatan kamu telah menyebabkan masyarakat menjadi takut dan tidak tenteram apabila meninggalkan anak kepada pembantu rumah,” katanya.

Bagaimanapun Mohd Azhar memutuskan kedua-dua hukuman itu berjalan serentak dan dia hanya perlu menjalani hukuman penjara 15 tahun dari tarikh ditangkap.Sumber-

Surau jadi Sasaran Tembakan

SHAH ALAM - Sepuluh jemaah yang sedang bersedia untuk solat Isyak dikejutkan dengan dua das tembakan, yang turut merosakkan cermin Surau Baitulrahman Aman Perdana, Kapar, Klang, malam tadi.

Ketika kejadian kira-kira jam 8.20 malam itu, 10 jemaah lelaki dan wanita berada di tingkat atas surau dua tingkat berkenaan.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohamad Shukor Sulong berkata, mereka kemudiaannya terkejut selepas cermin surau yang menghadap jalan utama pecah.

Beliau berkata, pemeriksaan mendapati terdapat dua kesan tembakan yang disasarkan ke arah cermin tersebut.

"Individu yang melepaskan tembakan itu menggunakan pistol angin yang tidak mengeluarkan bunyi. Peluru yang digunakan pula adalah 'ball bearing'."Jemaah surau hanya menyedari kejadian itu selepas terdengar bunyi cermin pecah".

Beliau berkata, bagaimanapun kejadian tersebut tidak mendatangkan sebarang kecederaan terhadap jemaah.Sumber-

Hajat Tidak Kesampaian

Hajat tunai umrah berkecai 
 Mayat Mohd Aiman yang berlumuran darah, tertiarap di atas jalan selepas merempuh sebuah kenderaan dari belakang. Gambar kecil: Allahyarham Mohd Aiman Ibrahim.

KOTA BHARU - Hajat seorang remaja untuk menunaikan umrah Mac ini, tidak kesampaian apabila dia terkorban dalam nahas jalan raya selepas motosikal yang ditungganginya merempuh belakang sebuah kereta dalam kejadian di jambatan Bunut Payong, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang, mangsa Mohd Aiman Ibrahim, 17, bekas pelajar Ma’ahad Tahfiz Sains, Kok Lanas maut di tempat kejadian selepas dipercayai mengalami kecederaan parah di kepala dan leher.

Mangsa dari Kota Bharu dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Nilam Puri.

Sepupu mangsa, Rizwan Ramli, 29 berkata, dia amat terkilan kerana Mohd Aiman tidak sempat menunaikan umrah dalam masa terdekat ini.

Menurut Rizwan, sepatutnya Aiman bersama ibunya, Maznah Yusof, 50, dan adiknya, Muhammad Aidil Iman, 15, berangkat ke Tanah Suci pada minggu hadapan.

“Segala persiapan termasuk urusan visa telah pun siap dan hanya menantikan masa untuk berangkat ke sana, namun saya amat terkilan dan sedih selepas melihat mayatnya terbujur kaku di atas jalan selepas terlibat dalam kemalangan.

“Semalam (kelmarin) sebelum kejadian, saya sempat meluangkan masa bersamanya ke majlis kenduri pertunangan sepupu di Terengganu, dan sepanjang perjalanan dia tidak banyak bercakap dan hanya mendiamkan diri.

Tidak saya sangka perubahan itu merupakan petanda ajal dia akan pergi selamanya,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superitendan Idris Abd Rafar ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian tersebut.

Idris berkata, mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian untuk dibedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya.

“Kita masih menjalankan siasatan berhubung punca kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.Sumber-

pondok Jurutol Dirempuh



SENAWANG: Sebuah pondok jurutol di Plaza Tol Senawang roboh dilanggar sebuah kereta kira-kira jam 5.45 pagi tadi.

Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan berikutan tiada jurutol dalam pondok berkenaan.

Sementara itu, keluarga yang berada dalam kenderaan itu juga tidak mengalami sebarang kecederaan.


Kemalangan berlaku apabila kereta dari arah lebuh raya terbabas ketika hendak memasuki plaza tol itu.Sumber-

Buang Bayi Diloji Kumbahan

GEORGETOWN - Dua pembersih loji kumbahan menemui janin berusia empat bulan dalam loji Taman Desa Wang, Permatang Damar Laut, Batu Maung
di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Hatta Md Zin berkata pada kejadian pukul 5 petang itu, janin sebesar tapak tangan yang masih bertali pusat itu dipercayai berada di lokasi tersebut selama tiga hari berdasarkan keadaan fizikal dan warnanya.

"Hasil siasatan awal, kali terakhir kerja pembersihan dilakukan ialah pada pukul 3 petang Jumaat lepas.

"Apabila petugas loji mendapati aliran air kumbahan seperti tersekat oleh sesuatu, mereka datang meninjau dan mendapati ada janin tersangkut pada penapis loji," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata janin berkenaan telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya di talian 04-8662222 bagi membantu siasatan. Sumber-

Malu Payudara Diperiksa Jadi Punca?



"Ada wanita yang malu bila payu dara mereka diusik oleh orang lain untuk diperiksa, pemikiran ini harus dibuang demi kesihatan kita,"

Golongan wanita perlu memeriksa dan 'mengenali' payu dara mereka termasuk dari segi perubahan bentuk dan saiz bagi membolehkan mereka mengesan tanda awal kanser payu dara.

Presiden Persatuan Kebajikan Kanser Payudara (BCWA) Profesor Madya Dr Zaharah Aiyub berkata wanita juga perlu mengikis perasaan malu untuk menjalani pemeriksaan sama ada di hospital atau di pusat saringan yang dilakukan secara percuma oleh pelbagai pertubuhan bukan kerajaan.

"Ada wanita yang malu bila payu dara mereka diusik oleh orang lain untuk diperiksa, pemikiran ini harus dibuang demi kesihatan kita," katanya ketika ditemui Bernama baru-baru ini. Dr Zaharah yang juga bekas pesakit kanser payu dara berkata memandangkan penyakit itu bukan sesuatu yang menyakitkan, maka wanita perlu melakukan pemeriksaan bagi mengelakkan sebarang kemungkinan kerana rawatan perubatan lebih berkesan apabila dilakukan pada peringkat awal.

"Kadang kala ada wanita bila dengar cerita kononnya buat mamogram sakitlah, lamalah dia terus tak nak buat dan ini tak betul...biar sakit sekejap daripada sakit lama dan menderita," katanya.

Dr Zaharah berkata keluarga khususnya suami juga perlu memainkan peranan termasuk menasihati anak perempuan atau isteri masing-masing supaya melakukan pemeriksaan selain memberi sokongan jika mereka disahkan menghidap kanser payu darah.