Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Monday 30 September 2013

BN Kedah Cadangkan Tiga Nama Untuk Pilihan Raya Kecil Sungai Limau!!

Barisan Nasional (BN) Kedah akan mencadangkan tiga nama kepada pucuk pimpinan parti untuk dipilih sebagai calon pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau.

Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata individu yang akan dicadangkan mesti mempunyai ciri-ciri kelayakan tertentu terutama memenuhi kehendak pengundi di kawasan itu.

“Tiga calon yang akan kami cadangkan mesti ada pendidikan agama dan anak tempatan,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat khas Perhubungan UMNO Negeri membincangkan persiapan pilihan raya kecil Sungai Limau di sini, malam tadi.

Pilihan raya kecil kawasan DUN Sungai Limau bakal diadakan berikutan kematian penyandangnya bekas Pesuruhjaya Pas Kedah Tan Sri Azizan Abdul Razak 26 Sept lepas.

Pada pilihan raya umum ke-13 Mei lepas, Azizan yang juga bekas menteri besar Kedah memperoleh 13,294 undi menewaskan sepupunya, Mohd Fazillah Mohd Ali dengan majoriti 2,774 undi.

Mukhriz yang juga pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, berkata BN perlu bekerja keras dan menunjukkan kesungguhan untuk membangunkan kawasan itu dengan menyakinkan penduduknya tentang keikhlasan kerajaan negeri jika mahu menawan Sungai Limau.

Beliau berkata kira-kira 40 peratus daripada 27,287 pengundi Sungai Limau adalah golongan muda dengan Melayu seramai 25,388 orang.

BN yakin mereka (golongan muda) mahukan pembangunan dan lebih banyak peluang pekerjaan diadakan, katanya.

Pada mesyuarat malam tadi, Mukhriz berkata beberapa jawatankuasa khas bagi menghadapi pilihan raya kecil Sungai Limau ditubuhkan untuk menggerakkan jentera dan kempen BN agar berjalan lancar termasuk penempatan negeri dan bahagian-bahagian angkat di 19 pusat daerah mengundi dalam DUN itu.

Kerana Kepanasan Penumpang Buka Pintu Kecemasan Pesawat!!


Seorang penumpang pesawat milik syarikat penerbangan Lion Air bertindak membuka pintu kecemasan pesawat itu ketika ia sedang bersedia untuk berlepas di landasan sebuah lapangan terbang di Manado, Sulawesi Utara pada Isnin, dengan alasan penyaman udara tidak dingin.

Kejadian berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Sam Ratulangi ketika pesawat berkenaan sedang bersiap sedia untuk berlepas bagi perjalanan Manado-Jakarta pagi ini.

Perbuatan penumpang itu menyebabkan juruterbang mengembalikan pesawat ke tempat letaknya, serta menurunkan semua penumpang, lapor portal berita kompas.com pada Isnin.

Penumpang berkenaan dilapor bertindak membuka pintu kecemasan kerana bantahan para penumpang mengenai keadaan panas dalam kabin pesawat yang telah mereka dilaporkan kepada pramugari dan juruterbang, tidak ditangani.

Waktu berlepas penerbangan itu yang tertunda selama hampir sejam menyebabkan para penumpang tidak tahan berada dalam kabin pesawat itu, dan mereka memohon supaya diturunkan daripada pesawat itu.

"Kira-kira 30 minit kami histeria dengan suasana itu. Bukannya melayani bantahan kami, juruterbang malah menggerakkan pesawat ke kedudukan take-off (kedudukan bersedia untuk berlepas)," seorang penumpang dilaporkan berkata.

Ketika itulah seorang daripada penumpang bertindak membuka pintu kecemasan pesawat.

Sehingga pukul 1 petang ini, semua penumpang masih berada di lapangan terbang itu dan mereka tidak dimaklumkan sama ada akan mendapat pesawat ganti atau tidak, lapor portal berita itu. - BERNAMA

Kerajaan Akan Beri BR1M Dua Kali Setahun?!



Kerajaan bercadang melaksanakan pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) secara dua peringkat bagi memastikan penerimanya dapat menggunakan wang tersebut secara berhemah dengan berbelanja mengikut keperluan.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah berkata, kerajaan juga bercadang tidak memberikan bantuan itu secara tunai tetapi terus didebitkan ke dalam akaun penerima.

"Berapa jumlah yang mahu diberikan untuk BR1M kali ini, kita tidak boleh maklumkan lagi tetapi apa yang pasti lebih RM500.

"Apa yang boleh dinyatakan sekarang adalah draf pertama yang disediakan telah dibentangkan kepada Perdana Menteri. Jadi sekarang kita sedang memperkukuhkannya lagi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sekolah Agama Rakyat Eshaniah, Kampung Datuk Ahmad Said Tambahan 2 di Manjoi, dekat sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, Ahmad Husni berkata, kerajaan juga sedang melihat keperluan membantu meringankan beban isi rumah berpendapatan antara RM4,000 dan RM5,000.

Katanya, model bantuan tersebut akan diumumkan dalam pembentangan Bajet 2014 pada 25 Oktober ini.

"Bagi golongan ini, kita melihat cara yang boleh dilaksanakan bagi membantu mereka. Apabila kerajaan melaksanakan rasionalisasi subsidi, kita telah menyatakan kerajaan akan terus membantu mereka. Kita bantu mereka dalam bentuk lain," katanya.- Utusan Online

Sunday 29 September 2013

Jangan Main-main Dengan Roket?!


DAP memberi amaran terakhir kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) berhubung kontroversi pemilihan jawatankuasa kerja pusat (CEC) parti itu tahun lalu yang didakwa berlaku manipulasi kertas undi melibatkan 547 perwakilan.

Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata, parti itu tidak akan mengambil tindakan mahkamah terhadap pertubuhan berkenaan sekiranya didapati bertindak di luar batas perundangan.

"Saya beri amaran kepada ROS jika buat apa yang bertentangan dengan undang-undang, kami akan bawa ROS kepada mahkamah. Apa yang saya cakap ini jangan main-main. Ini adalah amaran yang terakhir kepada ROS.

"Saya perhatikan ROS sejak Disember tahun lalu. Jangan main-main dengan roket," katanya ketika berucap pada Kongres Khas DAP di sini,Hari ini.

Menerusi Kongres Khas DAP ini, parti itu akan mengadakan pemilihan semula berikutan ROS tidak berpuas hati dengan penjelasan "masalah teknikal" yang diberikan parti itu berikutan dakwaan berlaku manipulasi kertas undi melibatkan 547 perwakilan.

Pada 19 Ogos, setiausaha pengelola DAP Anthony Loke mendakwa bahawa lebih 500 perwakilan DAP telah mengemukakan surat kepada ibu pejabat parti, dengan menjelaskan bahawa mereka telah menerima notis untuk mesyuarat itu tetapi tidak dapat hadir pada pemilihan CEC parti.

DAP pada mulanya menentang arahan ROS itu tetapi akhirnya patuh dan bersetuju mengendalikan pemilihan baru.

Mengulas lanjut Karpal berkata, DAP tidak gentar dengan usaha ROS yang didakwa cuba melemahkan parti itu khususnya berhubung masalah teknikal yang berlaku pada pemilihannya Disember lalu di Pulau Pinang.

"Kehadiran hari ini yang hampir mencecah 85 peratus membuktikan DAP sebuah parti yang kuat. Jangan main-main dengan DAP," katanya.- Bernama

Terkini!!Lagi Bumbung Runtuh Di Terengganu?!


KUALA TERENGGANU: Satu lagi bumbung di Terengganu runtuh, kali ini di sebuah masjid di Kampung Tebauk, Bukit Tunggal.

Bilal masjid, Mat Man, yang datang untuk membuka masjid pada jam 5 pagi Ahad terkejut apabila mendapati siling ruang legar masjid runtuh.

"Saya tiba di masjid, membuka pintu dan lampu, kerana orang akan datang tidak lama lagi untuk solat Subuh. Saya tidak mengesyaki apa-apa.

"Hanya bila saya masuk ke ruang legar saya nampak ada runtuhan. Saya melihat ke atas dan sedar siling dah runtuh," kata Mat, 61, yang tinggal berdekatan.

Mat berkata, siling masih bertahan malam sebelum itu dan dia mengesyaki bumbung runtuh pada awal pagi.

Tiada kecederaan dilaporkan.

Jabatan Kerja Raya ketika dihubungi berkata, ia akan menyiasat perkara itu terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan.

Masjid tersebut siap dibina pada tahun 2010 dan hanya dibuka untuk digunakan dua tahun lalu.

Kejadian runtuhan itu sama dengan satu di masjid Kampung Binjai Kertas, di mana siling pintu masuk runtuh pada Mei lalu.

Pada Oktober 2009, bumbung pintu masuk sebuah masjid di Kampung Batu Putih di Kertih, Kemaman runtuh dan mencederakan tiga pekerja Indonesia.

Kejadian berlaku hanya beberapa bulan selepas bumbung stadium Sultan Mizan Zainal Abidin bernilai RM300 juta runtuh.-Bernama

Saturday 28 September 2013

Sketsa Tabung Derma?!


Situasi yang biasa belaku diceramah-ceramah PR diakhir ceramah!! 

Penceramah
saya nak korang semua hulurkan derma demi jihat! 

Penyokong
Tuan!kami datang dari masjid mana bawak duit! 

Penceramah
jika tiada duit, gelang, cincin, rantai atau hatta henset pun boleh derma..berilah apa sahaja yang boleh membantu.. 

Penyokong
kalau duit syiling boleh? 

Penceramah
syiling saya tak mau!!!

Untuk Tonton Video Klik Disini

Terkini!!Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang Tinggalkan DAP!!


Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) Rahmad Isahak pada hari ini mengumumkan keluar daripada DAP berkuatkuasa serta-merta.

Tegasnya, keputusan itu diambil selepas menggambarkan kehadirannya dalam parti itu dalam tempoh singkat sebagai tragis dan tragedi hitam dalam hidupnya.

Rahmad juga berasa kecewa dengan kepimpinan parti yang diterajui Setiausaha Agung Lim Guan Eng.

"Saya hilang kepercayaan terutamanya terhadap setiausaha parti, oleh itu, saya di sini mengumumkan keluar daripada parti berkuatkuasa serta-merta.

"Parti ini sentiasa menggambarkan ia parti berbilang kaum tetapi hakikatnya tidak. DAP bukan parti untuk orang Melayu.

"Sekumpulan kecil orang Melayu dipergunakan untuk menghidupkan teg parti berbilang kaum. Tiada satu kerusi untuk orang Melayu daripada 19 kerusi Dewan Undang Negeri (DUN) yang ditandingi DAP pada pilihan raya umum yang lalu di Pulau Pinang," katanya

Video Siri 2:Sokongan Kepada Lokman Adam!



Mati Selepas Buang Tatu?!

Sungai Petani: Cubaan seorang lelaki membuang tatu di badan kerana khuatir permohonannya menyertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) ditolak, membawa padah apabila dia meninggal dunia di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), kelmarin.

N Dinesh Nair, 25, dari Taman Tiong, Kulim, disahkan meninggal dunia jam 4.30 petang selepas 12 hari dilaporkan koma. 

Berdasarkan maklumat, mangsa dikatakan pergi ke sebuah klinik di Jalan Sekerat, di sini, kira-kira 12 hari lalu bagi membuang tatu di badan, namun tiba-tiba pengsan ketika menjalani proses berkenaan. 

Berikutan itu, mangsa dikejarkan ke HSAH dengan ambulans sebelum dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk rawatan lanjut. 

Selepas 12 hari dirawat di ICU dalam keadaan koma, mangsa meninggal dunia kelmarin. 

Berikutan itu, satu laporan polis dibuat abang mangsa di Ibu Pejabat Daerah ( IPD) Polis Kuala Muda, semalam. 

Jurucakap polis IPD Kuala Muda, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan siasatan sedang dilakukan.- BH

Jangan Bang,Jangan Nanti Mak Marah?!


“Jangan macam ni bang, nanti mak saya marah,” itu rayuan seorang pemuda awal 20-an setelah ditahan berdua-duaan bersama pasangannya di sebuah hotel di Ayer Hitam, malam semalam.

Pemuda berkenaan yang memberi banyak alasan turut merungut serta menyatakan dia tidak melakukan kesalahan, cuma menemani kekasihnya di bilik hotel sementara menunggu hari siang.

Timbalan Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, semasa serbuan, pemuda berkenaan dan pasangannya mengambil masa untuk membuka pintu hotel.

Katanya, sebaik membuka pintu berkenaan pemuda itu memberi pelbagai alasan termasuk menemani ‘anak saudaranya’ yang takut tinggal di hotel itu seorang diri.

“Pemuda berkenaan turut memberi pelbagai alasan lain seperti membeli makanan, menemani pasangannya serta hanya singgah sebentar dan akan pulang selepas itu.

“Pemuda berkenaan turut mengaku menipu ibunya, di mana dia menyatakan akan ke Segamat tetapi sebenarnya singgah di hotel di Ayer Hitam ini untuk bersama kekasih.

*Hee maaf tiada kena mengena dengan gambar diatas!!



Friday 27 September 2013

Suspek Ugut Ketua Polis Pulau Pinang Diberkas!!

Polis menahan seorang lelaki berusia 28 tahun yang dipercayai terlibat dengan kes ugutan terhadap Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi melalui sistem pesanan ringkas (SMS) yang dihantar Isnin lalu.

Difahamkan, suspek bekerja sebagai pengawal keselamatan ditahan di sekitar kawasan Klang, Selangor awal pagi tadi.

Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Georgetown dan direman selama tiga hari bermula hari ini.

Sebelum ini, Abdul Rahim dilaporkan menerima SMS ugutan yang dihantar melalui telefon bimbitnya ketika berada di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang kira-kira jam 9 pagi Isnin lalu.

Difahamkan, kiriman SMS oleh individu yang tidak dikenali itu mengandungi ayat ugutan kerana tidak berpuas hati apabila lima rakannya ditembak polis bulan lalu.

Kandungan SMS yang diterima Abdul Rahim adalah ‘Hello kepala penang, mau kasi ingat, u sudah ambil saya punya kawan lima orang, u jangan ingat u the best, u jaga u punya body, tak dapat u, u punya kawan saya ambil. Jaga-jaga’.

Abdul Rahim membuat laporan sehari selepas menerima ugutan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut.

Sementara itu, Ketua Polis Derah Timur Laut,Asisten Komisioner Gan Kong Meng ketika dihubungi mengesahkan mengenai tangkapan itu.- Sinar

Pegawai Kanan Perhutanan Didakwa?!


IPOH - Seorang pegawai kanan Jabatan Perhutanan Negeri Perak yang sebelum ini dituduh menerima rasuah RM390,000 sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Se- syen di sini atas dakwaan gagal menyerahkan pernyataan bersumpah bagi menjelaskan mengenai harta berlebih-lebihan yang dimilikinya.

Amir Sharifud-din Aliman, 59, mengaku tidak bersalah di hada- pan Hakim Madihah Hairullah.

Kesalahan itu dilakukan tertuduh semasa disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SP- RM) berhubung kes rasuah yang didakwa terhadapnya sebelum ini. Kes itu masih berjalan.

Pada 1 Februari lalu, tertuduh telah didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas 13 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM390,000 dari- pada dua kontraktor.- Kosmo

Cubaan Membunuh Pemuda Umno Kepong!!Pembantu Jualan Dihukum Penjara 12 Tahun.


Seorang pembantu jualan dihukum penjara 12 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas disabitkan bersalah cuba membunuh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kepong, Datuk Norizan Ali dengan parang, tahun lalu.

Hakim Manira Mohd. Nor mengarahkan tertuduh, Mohd. Haswan Hashim, 23, menjalani hukuman tersebut mulai hari ini.

Dia bersama-sama seorang lagi tertuduh, Mohd. Azril A. B. Shukor, 24, didakwa menyerang Norizan, 41, dengan menggunakan parang di bahagian perut, badan dan tangan sehingga boleh menyebabkan kematian.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di tepi jalan Cahaya 2, Ampang di sini pada pukul 2.30 pagi, 24 September 2012.- Bernama

Adun Luyang Umum Keluar Parti!!


Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Luyang, Dr Hiew King Cheu pada Jumaat mengumumkan keluar DAP berikutan peletakan jawatan beliau secara mendadak sebagai penasihat jawatankuasa perhubungan negeri itu minggu lalu.

Bagaimanapun, Hiew berkata beliau tidak akan menyertai parti komponen Barisan Nasional dan kekal sebagai wakil rakyat bebas.

"Saya memutuskan untuk keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas," katanya kepada The Star Online ketika dihubungi pada Jumaat.

Hiew berkata beliau akan menghantar e-mel surat peletakan jawatannya sebagai ahli parti kepada DAP lewat hari ini (Jumaat).-mStar

Apa Sudah Jadi Dengan RTM?!


Apa sudah jadi dengan kakitangan-kakitangan di belakang tabir stesen penyiaran di Malaysia yang banyak membuat kesilapan sejak akhir-akhir ini.

Gambar di atas adalah "screen shot" dari Berita RTM yang membuat kesilapan meletakkan Datuk Seri Ismail Sabri sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani! Kalau kakitangan RTM tidak mengenal Menteri sendiri susahlah!


Semalam juga dunia berita telah dikejutkan dengan kesilapan Astro Awani memaparkan mesej, "Muhyiddin ucap tahniah kepada keluarga Azizan".

"Tahniah" dan "takziah" memberi maksud yang berbeza sama sekali dan boleh mengundang kontroversi. Walau bagaimanapun Astro Awani telah memohon maaf secara langsung selepas itu.

Kita harap pihak pengurusan di belakang tabir sesuatu Rancangan TV dapat lebih berhati-hati selepas ini terutama yang membabitkan rancangan secara langsung "live".

Ini kerana sebarang kesilapan kecil boleh memberi impak yang besar serta menjejaskan reputasi stesen TV berkenaan.- Sinar

Keadaan Aaron Aziz Stabil!!


Pelakon Aaron Aziz kini berada dalam keadaan stabil selepas dimasukkan ke Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur, kelmarin, selepas mengadu sakit pada bahagian leher.

Menurut isterinya, Diyana Halik, yang juga pengurus artis berkenaan, suaminya mula berasakan kesakitan pada lehernya sejak seminggu lalu.

“Bagaimanapun, dia sanggup menahan kesakitan itu kerana mahu menyelesaikan penggambaran sebuah telefilem. Namun, apabila kesakitan itu menular sehingga ke bahagian tangan dan jari sebelah kirinya menjadi kebas, saya terus membawanya ke hospital untuk menjalani pemeriksaan.

“Hasil pemeriksaan, Aaron didapati mengidap penyakit Cervical Facet Arthritis pada bahagian leher menyebabkan ia senget sebelah serta tidak boleh banyak bergerak pada bahagian terbabit,” jelas Diyana menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada HIP, semalam.- BH

Tindakan Terdesak Mat Yo?!


Kontroversi isu pengawal keselamatan, Azman Mohd. Nayan yang dikatakan dimaki hamun dan ditendang isteri pemain bola sepak pasukan Johor Darul Takzim, Nor Shahrul Idlan Talaha atau Mat Yo, bertindak di luar jangkaan semalam apabila memasang pengawal keselamatan semata- mata untuk mengelak dirinya daripada ditemu bual pihak media.

Tindakan terdesak itu dilakukan sebaik sahaja penyerang sensasi itu tamat sesi latihan bagi persediaan menjelang perlawanan suku akhir Piala Malaysia di Padang Seri Gelam di sini pukul 6.50 petang.

Media yang datang seawal pukul 4.30 petang terlebih dahulu dikecewakan oleh Mat Yo apabila beliau enggan melayan wartawan dan hanya berkata: "Saya dah lambat ni, nak pergi training (latihan)."-Kosmo

Kelakuan Sumbang Terbongkar Selepas 10 Tahun!!

Tindak-tanduk seorang wanita berusia 29 tahun yang sering kali berulang-alik ke rumah kekasihnya yang bukan Islam menimbulkan tanda tanya penduduk sekeliling selama ini akhirnya terbongkar.

Kelakuan sumbang pasangan berkenaan terbongkar apabila kediaman lelaki itu yang terletak di Jalan Mustafa, di sini, diserbu kira-kira jam 3 pagi semalam, oleh penguatkuasa Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) Batu Pahat.

Pasangan yang didakwa bersekedudukan hampir 10 tahun itu turut memiliki seorang anak lelaki berusia lapan tahun.

Timbalan Penguatkuasa Jaij Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, ketika serbuan, wanita berasal dari Kelantan itu pada mulanya enggan memberikan kerjasama dengan mendiamkan diri.

Bagaimanapun, setelah beberapa kali dipujuk, wanita terbabit akhirnya akur dan keluar dari bilik seterusnya menceritakan situasi sebenar.

“Wanita itu dipercayai bersekedudukan dengan kekasihnya yang bukan Islam di sebuah rumah sejak 10 tahun lalu. Wanita itu juga mengakui tidak lagi mengamalkan ajaran Islam seperti solat dan sebagainya,” katanya, di sini.

Saiful Ariffin berkata, hasil pemeriksaan lanjut dalam sebuah bilik di kediaman pasangan ber- kenaan mendapati seorang kanak-kanak berusia lapan tahun sedang nyenyak tidur.
Menurutnya, wanita terbabit turut mengakui kanak-kanak itu adalah anak hasil hubungan dengan kekasihnya.

Mengikut surat beranak yang disertakan, anak itu tidak berbinkan kepada sesiapa dan pihaknya percaya dia adalah anak tidak sah taraf.

Bagaimanapun, pihaknya masih menyiasat agama yang dianuti kanak-kanak berkenaan.-Sinar

Thursday 26 September 2013

Hidung Baru Tumbuh Didahi!!

Beijing: Seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Xiaolian mempunyai hidung baru yang tumbuh di dahinya.

Xiaolian, 22, menjalani rawatan bagi menggantikan hidung asalnya yang cacat selepas dijangkiti virus di sebuah hospital di Fuzhou, wilayah Fujian.

Xiaolian, mengalami kecacatan di bahagian hidungnya akibat kemalangan jalan raya pada Ogos tahun lalu dan doktor yang merawatnya gagal memulihkan hidungnya.

Ekoran nahas yang dialaminya, hidung Xiaolian mengalami jangkitan dan tulang hidungnya terjejas.

Doktor tidak mempunyai pilihan lain tetapi terpaksa menjalankan prosedur yang membolehkan hidung barunya tumbuh di dahi bagi menggantikan hidung asalnya.

Hidung itu direka dengan menanam tisu kulit ke dahi Xiaolian.

Ia dipotong mengikut bentuk hidung dan disokong oleh tulang rawan yang diambil daripada rusuk Xiaolian.

Pakar bedah berkata, hidung baru itu tumbuh dengan baik dan pembedahan transplan akan dijalankan dengan secepat mungkin.- myMetro

Mari!!Kenali Calon Ketua UMNO Bahagian Kuala Kangsar!!


CALON KETUA BAHAGIAN KUALA KANGSAR 2013

BUTIRAN PERIBADI

Nama : Dato’ Haji Ramly Bin Haji Zahari.
Tarikh Lahir : 11 September 1957.
No. Talipon : : 019-5584151 / 05-2417319(Pejabat).

Alamat Rumah : No.29, Taman Kenari, Jalan Sultan Iskandar Shah, 
33000 Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan.

Tempat Dilahirkan : 
Kampong Lempor Seberang, Manong, Kuala Kangsar.

Boleh berhubung di facebook beliau :https://www.facebook.com/ramly.zahari

Persekolahan : 

Sekolah Kebangsaan Lempor ( 1964 – 1969 ).
Sekolah Menengah Sultan Tajol Ariffin,Manong ( 1970 – 1972 ).
Sekolah Menengah Clifford,Kuala Kangsar ( 1973 – 1974 ).
Sekolah Menengah Raja Chulan,Ipoh ( 1975 – 1976 ).
Universiti Malaya,Kuala Lumpur ( 1977 – 1980 ).
Kelulusan Tertinggi :

Sarjana Muda Sastera ( Kepujian ) Universiti Malaya, Pengajian Asia Tenggara.
Certificate of Public Management-INTAN ( 1987 ).
Pekerjaan : 
Mantan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri ( AMMK ).

Anugerah Bintang / Pingat :

Tahun 1998 - Darjah Paduka Cura Simanjakini ( DPCM ).
Tahun 1997 - Kesatria Mangku Negara ( KMN ).
Tahun 1994 - Ahli Mahkota Perak ( AMP ).
Tahun 1987 - Pingat Pekerti Terpilih ( PPT ).

BELIAU BERPEGALAMAN BERKHIDMAT SEBAGAI PEGAWAI TADBIR AM ( PTA ) DAN PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK ( PTD ).

Penolong Pegawai Daerah di Pejabat Majlis Daerah Dindings ( Manjong ), Perak Tahun 1980 – 1981.
Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) di Pejabat Daerah Larut Matang & Selama, Perak Tahun 1981 – 1986.
Penolong Pegawai Daerah ( Tanah ) di Pejabat Daerah Pengkalan Hulu, Perak Tahun 1986 – 1993.
Pada September 1993 Meletak jawatan dengan notis 24 jam dari jawatan Pegawai Tadbir & Diplomatik .

ANTARA JAWATAN POLITIK YANG PERNAH DI LANTIK. 

Setiausaha Penyelaras Barisan Nasional Negeri Perak DR .
Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Perak DR .
Ketua Penerangan UMNO Perak DR .
Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan UMNO Perak DR.. 
Pengerusi Barisan Nasional Parlimen Kuala Kangsar .
Ketua UMNO Bahagian Kuala Kangsar.
Ahli Jawatankuasa Biro Politik UMNO Perak DR.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Kangsar .
Ketua UMNO Cawangan Lempor Hilir.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Lempor Hilir.
Mempengerusikan Jawatankuasa Pembinaan Bangunan UMNO Negeri Perak.
Mempengerusikan Jawatankuasa Pengurusan dan Disiplin UMNO Perak.
Mempengerusikan Jawatankuasa Kerja Kovensyen Barisan Nasional Negeri Perak DR

PENGLIBATAN BELIAU DALAM PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN (NGO)

Persatuan Hoki Melayu Perak DR – Presiden. 
Jawatankuasa Penyelaras KEMAS Parlimen Kuala Kangsar – Pengerusi. 
Lembaga Pelawat Rumah Kanak-Kanak Sultan Abdul Aziz Kuala Kangsar – Pengerusi. 
Jawatankuasa Pembangunan dan Kebajikan Bekas Perajurit Negeri Perak DR. – Pengerusi. 
Jentera Dasar Sosial Negara di akar umbi (NADI) peringkat Dewan Negeri Perak DR. – Pengerusi. 
Menganggotai Angkatan RELAWAN Malaysia – Berpangkat Mejar Jeneral ( Kehormat ). 
Persatuan Autisme Perak – Penaung. 
Kelab Rekreasi G57, Kuala Kangsar – Penaung. 
Kelab Sayong Ville Motorcross, Kuala Kangsar – Penaung. 
Kumpulan Teater Negeri Perak – Penasihat. 
Kelab Idris Kuala Kangsar – Ahli Biasa. 
Khairat Kematian Ulu Kenas, Manong – Ahli Biasa. 
Koperasi Pembangunan Daerah LM&S – Ahli Biasa. 
Kelab Ipoh Diraja Perak DR – Ahli Biasa. 
Persatuan Menembak Perak DR – Ahli Biasa. 
Kelab Golf Diraja Perak DR – Ahli Kehormat.

Baca Selanjutnya Disini

Pelajar IPTA Berdepan Hukuman Mati!!

Seorang pelajar tahun dua sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di sini bakal berdepan dengan hukuman gantung sampai mati selepas polis menemui hampir 700 biji pil disyaki dadah bernilai RM15,000.

Suspek yang berusia 22 tahun diberkas pada pukul 8.10 malam kelmarin selepas sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri menahan motosikal yang ditunggang pemuda itu di Jalan Kota Bharu-Machang dekat Ketereh.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, sebaik anggota keselamatan memperkenalkan diri, suspek yang disyaki pengedar dadah cuba melarikan diri dan melanggar kereta peronda polis.- Kosmo

Atlet Berdepan Tindakan Disiplin!!Menggunakan Kemaluan Palsu?!


Rome: Seorang pelari jarak jauh Itali berdepan tindakan disiplin kerana didakwa menggunakan kemaluan palsu untuk melepasi ujian dadah.

Devis Licciardi, 27, dikatakan menggunakan kemaluan palsu mengandungi air kencing yang tidak tercemar sebagai sampel untuk ujian sebelum perlumbaan 10 kilometer.

Dakwaan itu menggambarkan babak lucu daripada filem Withnail and I apabila karakter dalam filem berkenaan cuba mengelak ditahan akibat memandu dalam keadaan mabuk dengan menyerahkan air kencing kanak-kanak ketika ujian dilakukan.

Licciardi yang juga atlet bagi pasukan tentera udara Itali disyaki oleh marsyal perlumbaan menggunakan kemaluan palsu.

Pihak berkuasa Jawatankuasa Olimpik negara itu segera dimaklumkan mengenai perkara itu dan dia dijangka berdepan sesi disiplin di Rome esok (hari ini) dan mungkin dilarang menyertai perlumbaan dalam tempoh lama. Licciardi disyaki menggunakan alat bergelar Whizzinator itu yang banyak dijual di Internet. Diiklankan sebagai “alat air kencing sintetik yang selamat untuk semua jenis keseronokan”, ia dijual pada harga £87 (RM449) lengkap dengan elemen pemanasan dan satu beg air kencing tidak tercemar bagi membantu orang ramai melepasi ujian dadah. Produk sensitif itu datang dalam pelbagai jenis untuk pelanggan berbilang bangsa, termasuk orang kulit putih, Latino dan orang kulit hitam. - Agensi

Penguatkuasa KPDNKK diugut sekumpulan Gangster Cina Menggunakan Pedang Samurai!!

Sepasukan pegawai penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), diugut sekumpulan lelaki bersenjata tajam ketika membuat operasi membanteras cetak rompak di Cheras semalam.

Tujuh lelaki berusia antara 16 dan 46 tahun itu mengacukan pisau, parang samurai, pedang, besi dan rotan terhadap 13 pegawai KPDNKK berkenaan, mengarahkan mereka supaya melepaskan enam suspek yang ditahan oleh pasukan penguat kuasa itu.

Ketua Pasukan Petugas Khas Bahagian Penguatkuasaan KPDNKK Putrajaya,

Fahmi Kasim berkata ketika itu pasukan penguat kuasa berkenaan menyerbu sebuah premis di Taman Mahkota Cheras yang dipercayai menjalankan perniagaan video cakera padat cetak rompak.

"Seorang daripada mereka menuntut kami supaya menyerahkan enam suspek yang ditahan di dalam rumah itu. Kami akur, tetapi polis peronda sempat membantu dan memberkas dua orang daripada mereka bersama dua lagi yang ditahan pasukan penguat kuasa ketika cuba melarikan diri," katanya.

Mereka ditangkap apabila sebuah daripada tiga kenderaan yang mereka dinaiki terlanggar kereta orang awam dan kenderaan milik KPDNKK.

Baki yang lain terlepas dan laporan polis dibuat di Balai Polis Sungai Long, katanya.

Fahmi berkata premis yang diserbu disyaki dijadikan stor menyimpan dan membungkus VCD cetak rompak untuk dijual sekitar kawasan Semenyih dan Kajang.

Pasukan penguat kuasa itu merampas sebanyak 6,048 keping VCD cetak rompak, 868 keping VCD filem terbaharu termasuk Adnan Sempit, KL Zombie dan Iron Man3, bernilai kira-kira RM70,000, katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kajang ACP Abdul Rashid Abdul Wahab mengesahkan pihaknya menerima laporan berkenaan insiden itu. - BERNAMA

Adam & Fiza Sah Bergelar Suami Isteri!!


Dengan sekali lafaz, penyanyi Adam (Akademi Fantasia 2) dan bekas anggota kumpulan Elite iaitu Fiza selamat bergelar suami-isteri dalam satu majlis akad nikah yang diadakan di dewan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) di sini, pada pagi Khamis.

Akad nikah disempurnakan Pegawai Pendaftar Nikah Daerah Petaling, Suhaimi Ahmad kira-kira pukul 10.30 pagi.

Pengantin perempuan diwakil walikan oleh, Abd Halim Abd Aziz, 59.

Fiza atau nama sebenarnya, Siti Zaidatul Fiza Abd Halim, 32, menerima mas kahwin sebanyak RM300 dan sepersalinan barangan untuk solat sebagai hantaran.





Majlis pernikahan yang dijalankan dalam serba sederhana itu hanya dihadiri keluarga kedua-dua belah pihak dan wakil media.

Fiza dan Adam saling kenal mengenali pada pertengahan Julai lalu sebelum kedua-duanya memutuskan untuk berumahtangga.

"Kami sebelum ini pernah berjumpa tetapi tiada apa-apa perasaan tapi selepas perubahan dia kearah menjadi insan yang lebih baik saya mula rasa ingin mendekati dirinya.

"Daripada beberapa pertemuan dengan dia, saya semakin suka dan jatuh hati sehingga melamarnya untuk dijadikan isteri yang sah," kata Adam.

Tambah Adam, dia bersyukur majlis berkenaan berjalan lancar selain selesai mengharapkan hubungan itu kekal ke akhir hayat.

Fiza yang kini sudah berhijrah dengan memakai tudung pernah berkahwin dan memiliki dua cahaya mata iaitu Ferra Aryana Ahmed Farriq, 3, dan Feeya Adyrra Ahmed Farriq, 2.

Majlis persandingan pasangan itu akan diadakan pada pertengahan Oktober depan di kampung halaman Adam di Kota Kinabalu, Sabah.- mStar

Mantan MB Kedah Ustaz Azizan Meninggal Dunia!!Alfatihah!!


Berita ini Yang baru diterima.Ustaz azizan meninggal dunia jam 11.10 pagi tadi Sejak malam tadi dilaporkan kritikal. Dan pagi ini dipanggil mengadap Sang Pencipta. Alfatihah. Semoga ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman dan beramal soleh.

Majikan Pertahankan Pengawal Keselamatan Yang Dimaki Hamun Isteri Mat Yo!!

Pengurus syarikat keselamatan Valiant Force Sdn Bhd telah membuat ikrar janji akan mempertahankan pengawal keselamatan yang bertugas dengan syarikatnya yang kena maki hamun dan diterajang semasa menjalankan tugas di Lapangan Terbang Subang Skypark 2 minggu lalu oleh isteri pemain bola sepak negara, Mat Yo, Siti Aisya Adam.

Ikrar dan janji keramat ini dibuat berdasarkan kepada rakaman CCTV yang telah dilihat beliau sendiri yang jelas membuktikan sebelum pentengkaran berlaku, pengawal keselamatan yang berumur 49 tahun Azman Nayan telah menjalankan tugas dengan betul dan ikut prosedur operasi standard yang ditetapkan sebelum meminta Mat Yo dan isteri mengalihkan kereta Mini Cooper pasangan itu kerana diletakkan di kawasan larangan selama lebih 20 minit.

Pergh!!!! Jangan isteri Mat Yo ingat Pk Cik itu hanya seorang berjawatan Pengawal Keselamatan tidak mungkin majikan akan mempertahankan tindakan keatas dirinya bila aduan dibuat oleh seorang isteri kepada pemain bola sepak negara.

Sekarang bukan saja rakyat dibelakang Pak Cik Guard itu tapi yang paling penting majikannya sendiri akan pertahankan beliau habis-habisan.

Wednesday 25 September 2013

PDRM Keluarkan 65 Waran Tangkap Kepada Pemandu Bas!!


KUALA LUMPUR: Polis mengeluarkan 65 waran tangkap terhadap pemandu bas ekspres kerana pelbagai kesalahan jalan raya menerusi Operasi Khas Warta Bas, di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), di sini hari ini. 

Ketua Trafik Pasukan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman Datuk Abdul Aziz Yusof berkata waran tangkap itu juga dikeluarkan kepada pemandu bas yang mempunyai rekod saman tertunggak. 

"Mereka perlu hadir di mahkamah dan menjelaskan bayaran saman mereka di mana-mana cawangan balai polis trafik terdekat dalam tempoh seminggu. 

"Jika tidak hadir di mahkamah, mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang dan dalam operasi akan datang polis tidak akan beri muka kerana mereka akan ditahan dan dibawa terus ke mahkamah," katanya kepada pemberita selepas memeriksa 99 pemandu bas di TBS. 

Beliau berkata 65 pemandu bas yang dikeluarkan waran tangkap hari ini dibebaskan dengan jaminan polis. 

"Saya menasihatkan kepada pengusaha-pengusaha bas agar memastikan pemandu bas mereka 'bersih' daripada melakukan kesalahan jalan raya, saman dan waran tangkap," kata Abdul Aziz. 

Pemandu bas pula harus menitikberatkan keselamatan dan keselesaan penumpang serta tidak memandang remeh saman yang dikenakan. 
"Jangan semata-mata mengejar destinasi dan membawa melulu dengan menggadai keselamatan penumpang. Jika dilihat sejak kebelakangan ini kerap berlaku kemalangan bas, yang kini meningkat sebanyak 14 peratus," katanya. 

Sehingga kini polis mengeluarkan sebanyak 2,900 waran tangkap untuk pemandu bas. 
Dalam operasi hari ini sebanyak 55 anggota dan pegawai terlibat dan ditempatkan di tiga lokasi iaitu di Hentian Putra, Pudu Sentral dan TBS dari jam 8 pagi sehingga 11 pagi. 

Sementara itu S. Arumugam, 42, berkata selama 12 tahun berkhidmat sebagai pemandu bas beliau tidak tahu yang beliau mempunyai saman. 

"Sebelum ini saya ada membuat semakan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan mendapati kad pengenalan saya tidak mempunyai rekod saman. Apabila polis membuat operasi ini, saya membuat semakan semula dan mendapati saya mempunyai rekod enam saman dan satu waran tangkap," katanya. - BERNAMA

Pelumba Superbike Muhammad Izzat Meninggal Dunia!!

.
KUALA LUMPUR: Pelumba superbike, yang terlibat dalam tragedi sehingga mengorbankan marsyal perlumbaan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) meninggal dunia.

Muhammad Izzat Mohd Abdul Hakim, 17, meninggal dunia akibat kecederaan pada kira-kira pukul 1 petang Rabu di Hospital Kuala Lumpur.

Beliau berada di program Piala Ninja SIC tahun ini dan menyertai banyak perlumbaan sejak 2006.

Dalam insiden pada Sabtu lepas, Muhammad Izzat melanggar marsyal perlumbaan Satish Suppiah pada kira-kira pukul 12.30 tengah hari sebelum berakhirnya sesi latihan pagi.

Satish meninggal dunia pada hari yang sama.

Ia merupakan insiden yang membabitkan kematian kedua di SIC selain kematian pelumba MotoGP, Marco Simoncelli yang terbunuh dalam satu kemalangan semasa Malaysian Grand Prix 2011.-mStar

Anggota Penguat Kuasa Jabatan Imigresen Terpaksa ‘Bergomol’!!

Kuala Lumpur: Anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JIWPKL) terpaksa ‘bergomol’ dengan empat tukang urut wanita warga Vietnam yang bertindak agresif dalam usaha melepaskan diri daripada kepungan selepas premis tempat mereka bekerja di sebuah pusat urut refleksologi di Taman Miharja, Cheras, di sini, diserbu kelmarin.

Bagaimanapun, cubaan empat wanita terbabit gagal, malah pemeriksaan lanjut mendapati semua mereka menyalahgunakan pas lawatan sosial untuk bekerja sebagai tukang urut.

Ketua Bahagian Penguat kuasa JIWPKL, Penolong Pengarah Imigresen James Musa Singa berkata, keempat-empat tukang urut terbabit bukan saja menjalankan perkhidmatan urut badan ke badan (B2B), tetapi turut menawarkan khidmat seks.

“Dua anggota penguat kuasa yang menjalankan serbuan terlebih dulu menyamar sebagai pelanggan dengan memerhati operasi premis itu dan aktiviti pelanggan lain.

“Selepas diyakini premis itu mengupah pekerja wanita warga asing, barulah serbuan dibuat,” katanya.

Beliau berkata, dalam serbuan Op 6P jam 2.30 petang itu, pihaknya turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 23 tahun yang juga penjaga pusat urut refleksologi itu bagi membantu siasatan.


“Selain itu, dalam operasi sama, kami turut menyerbu tiga lagi premis yang menjalankan aktiviti urut refleksologi di Desa Sri Hartamas dan Taman Tun Dr Ismail.

“Seramai 22 warga asing termasuk pelanggan diperiksa dan hasilnya kami menahan lima lagi wanita warga China kerana melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63(Pindaan 2002) dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” katanya. Beliau berkata, lelaki tempatan yang ditahan pula akan didakwa mengikut Seksyen 55B akta sama kerana kesalahan mengambil pekerja warga asing yang tidak memiliki sesuatu pas yang sah. Jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM10,000 atau penjara maksimum 12 bulan.

“Semua warga asing berusia 20 hingga 48 tahun itu kemudian dibawa ke Depoh Tahanan Bahagian Penguatkuasa, JIWPKL, Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) Jalan Duta untuk siasatan dan tindakan lanjut,” katanya.myMetro

Ketua Polis Pulau Pinang Diugut!!

GEORGETOWN: 'Hello kepala Penang mau kasi ingat U sudah ambil saya punya kawan lima orang, U jangan ingat U The Best'," itu antara kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan yang diterima Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi daripada individu tidak dikenali, kelmarin.

Kiriman SMS terbabit diterima ketika beliau berada di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri kira-kira jam 9 pagi, kelmarin . 

Selain itu, pengirim SMS terbabit turut memberi amaran supaya beliau menjaga diri dan mengugut akan 'mengambil' Abdul Rahim atau jika tidak boleh pengirim misteri itu memberitahu akan 'mengambil' rakan beliau. 

Berikutan bimbang dengan ancaman itu dan atas faktor keselamatan diri, keluarga serta pegawai dan anggota polis lain, beliau membuat satu laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, di sini kira-kira jam 9 malam tadi.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Hadi Ho Abdullah berkata, polis sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kes itu.myMetro

2 Individu Ditahan Bawa Masuk Barang Berkaitan Chin Peng!!

Polis menahan dua lelaki yang baru tiba di Lapangan Terbang Antrabangsa Pulau Pinang dari Bangkok, Thailand kerana membawa beberapa barangan yang mempunyai kaitan dengan Parti Komunis Malaya (PKM) malam tadi.

Kedua-dua mereka yang berusia 59 dan 66 tahun ditahan sebaik sahaja tiba dari negara jiran menaiki pesawat Thai Airways yang mendarat pada pukul 9.50 malam.

Mereka kemudian dibawa ke Balai Polis Bayan Baru untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, hasil pemeriksaan polis, dua lelaki itu membawa masuk beberapa barang seperti cakera padat, buku, video, cenderahati yang tertera perkataan 'Kenangan Abadi Almarhum Chin Peng'.

"Polis menahan mereka kerana berada dalam keadaan mencurigakan dan setelah memeriksa dua bagasi yang dibawa, kita menemukan pelbagai barangan itu.

"Buat masa ini kita sedang menyiasat latar belakang dua lelaki ini. Lelaki berusia 59 itu berasal dari Hong Kong manakala yang berusia 66 tahun itu rakyat tempatan," katanya dalam sidang akhbar di Balai Polis Bayan Baru lewat malam tadi.

Menurut Abdul Rahim, kedua-dua mereka kini ditahan untuk membantu siasatan mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 2012.

"Kedua dua suspek tiada mempunyai hubungan persaudaraan dan polis sedang menyiasat motif mereka membawa balik barang tersebut," katanya. - Utusan Online

Tuesday 24 September 2013

Dahaga Diawal Usia?!

Gara-gara kemaruk seks, seorang pelajar 13 tahun sanggup menipu ahli keluarganya dengan alasan mahu bermalam di rumah rakan, sebaliknya dia menuju ke sebuah surau menanti lapan lelaki untuk menidurinya.

Walaupun diperlakukan seperti pelacur, pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah menengah, masih tidak kesal dengan perbuatannya dan cuba menyembunyikan daripada keluarga.

Bagaimanapun perkara itu dihidu seorang lelaki yang kebetulan berada di kawasan surau dan ternampak remaja itu membersihkan pakaiannya.

Setelah mendapat tahu perkara sebenar, lelaki terbabit yang tinggal di perumahan dalam bandar itu menyampaikan hal tersebut ke pengetahuan keluarga gadis tersebut sebelum laporan polis dibuat.

Seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, pelajar perempuan terbabit dilaporkan sering ponteng sekolah dan kurang mendapat perhatian keluarganya.

Menurutnya, ibunya yang sudah bercerai dengan bapanya sudah kembali ke Indonesia dan kedua-duanya sudah berkahwin lain. 

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Zulkifli Bedin berkata, siasatan awal mendapati kejadian itu dipercayai berlaku pada pagi 20 September lalu di sebuah rumah kosong kira-kira 100 meter dari surau berkenaan.

“Pelajar itu dilaporkan ponteng sekolah pada 19 September dan tidak pulang ke rumah sebaliknya tidur di surau dalam taman perumahan di bandar itu.

“Sebaik perempuan itu sedar keesokannya, rakan-rakan lelakinya sudah menunggu sebelum mengikuti mereka ke sebuah rumah kosong,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, bertindak atas laporan keluarga mangsa, polis menangkap kelapan-lapan suspek dan direman untuk siasatan lanjut.

"Enam suspek berusia 14 tahun manakala dua lagi berusia 12 tahun.

“Pelajar perempuan tersebut dibawa ke Hospital Selayang untuk pemeriksaan lanjut. Kes disiasat berkait rogol kerana mangsa masih di bawah umur," katanya.-Sinar

Gambar Hiasan