Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Saturday 30 November 2013

Ustaz Kazim : Kesal Dengan Gelaran Yang Dilemparkan?!


Pendakwah popular, Mohammad Kazim Elias sudah menjangkakan pelbagai reaksi yang bakal diterima sebaik pengumuman lantikannya sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno dibuat, semalam.

Bagaimanapun beliau kesal, apabila rata-rata komen yang diterima terutama yang dilakukan menerusi media sosial termasuk Facebook bersifat cacian dan cemuhan.

Menurutnya, keadaan itu disifatkan tidak adil sedangkan keputusan sama ada mahu menerima atau menolak perlantikan itu belumpun diputuskan.

“Saya memang sudah jangka akan ada penerimaan dan reaksi negatif seperti ini, tetapi mereka terlalu cepat (menghentam) tanpa mendengar penjelasan, sepatutnya (komen) lebih berhemah.

“Alangkah baik jika semua pihak memandang kebaikan, sekiranya perdana menteri minta tolong untuk martabatkan Islam, apa salahnya saya bantu, mana-mana pihak yang minta nasihat juga akan saya bantu,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penutupan Program Kem Tahsin yang dirasmikan Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim di Pusat Pendidikan Al-Barakah, di sini, hari ini.

Ustaz Kazim yang juga Pengerusi Pusat Pendidikan Al-Barakah mengakui, komen negatif yang diterima sedikit sebanyak mengganggu emosi ahli keluarganya yang lain.

Katanya, gelaran seperti anjing dan macai yang dilempar agak keterlaluan hingga ada ketikanya membuatkan anaknya sendiri menangis membaca komen sebegitu.

“Saya penat, orang kutuk macam-macam, anak saya sendiri menangis apabila bapanya dipanggil anjing dan barua. Ini membuatkan saya sedih. Orang luar hanya tahu memboikot, tetapi sekupang pun mereka tidak datang untuk melihat tempat kita (Pusat Pendidikan Al-Barakah),'' katanya.- Bernama.

* Ini lah sifat orang malaysia hanya tau menghukum sahaja.,Dimanakah terketaknya budi pekerti seseorang yang beragama islam?

Rogol, Nikah dan Cerai Talak Tiga?

Ayah kepada remaja perempuan Nor Fazira Saad, 13 yang diceraikan talak tiga oleh suaminya, Mohd Fahmi Mohamed Alias, 20 berkata dia bertindak mengahwinkan anaknya setelah diperkosa.

Menurut Saad Mustafa, 44, dia mengizinkan pernikahan anaknya dengan Mohd Fahmi kerana Nor Fazira telah diperkosa oleh Mohd Fahmi dan dua kawan lelakinya empat bulan sebelum perkahwinan itu dilangsungkan.

Saad memberitahu kes itu telah dilaporkan kepada polis pada 15 Julai 2012, namun dia didatangi ibu bapa Mohd Fahmi selama beberapa hari berturut-turut merayu agar laporan itu ditarik balik kerana tidak mahu Mohd Fahmi disabit kesalahan dan menerima hukuman penjara.

Ekoran rayuan itu, dia sebagai bapa memahami permohonan mereka dan bersetuju untuk menarik balik laporan polis yang dibuat serta menikahkan anaknya dengan Mohd Fahmi yang ketika itu berusia 19 tahun pada 17 November 2012.

Nor Fazira turut memberitahunya pada Oktober 2013 bahawa dia tidak tahan dengan layanan keluarga mertuanya dan memutuskan untuk meminta cerai. Saad turut berkata bahawa keluarga Mohd Fahmi memang tidak menyukai anaknya dari mula perkahwinan dan Nor Fazira juga selalu didera secara fizikal serta tidak diberi makan oleh keluarga mertuanya.

Mohd Fahmi pula menafikan dakwaan Saad dan berkata dia hanya meniduri Nor Fazira setelah mereka sah diijabkabulkan.

Fahmi berkata dia menceraikan Nor Fazira kerana bekas isterinya itu mempunyai hubungan sulit dengan seorang lelaki dari Kuala Ketil.

Nor Fazira juga ujar Mohd Fahmi, biadab terhadap keluarganya dan tidak pernah memasak serta selalu keluar dari rumah sekiranya tidak puas hati.

Mohd Fahmi turut menafikan dakwaan bahawa Nor Fazira didera dan tidak diberi makan. Tambahnya lagi, keluarga mereka melayan Nor Fazira dengan baik walaupun perlakuan remaja wanita itu teruk. - thestar

Nyampah betul i tengok gelagat orang kita ini, ingat dengan menikah selepas "menyundal" boleh didik anak jadi baik ke? Sebab nak cover malu Bapak dan keluarganya pikir jalan mudah akhitrnya satu Malaysia tahu pekung terbuka...huh..

Kamon la Malaysian, jangan seperti duduk dalam hutan, anak yang salah tetap salah, mesti dihakimi, lihat apa jadi?

Friday 29 November 2013

Inikah Sebabnya Lana Nordin Sedia Berhijab?!

Demi Johan, Lana Nordin sedia untuk berhijab?


Pelakon, Lana Nordin, 34, bakal mengubah penampilan diri daripada seorang selebriti yang selalu mengenakan pakaian seksi untuk menjadi seorang wanita yang bertudung.

Menurut sumber, keputusan itu diambil oleh Lana kerana cintanya kepada kekasih hati, Johan As'ari, 27.

"Dia (Lana) bakal berhijab kerana tidak lama lagi akan berkahwin dengan Johan. Keinginan untuk berhijrah juga memang pernah dimaklumkan oleh Lana sendiri kepada saya sebelum ini sepanjang berkenalan dengan Johan".

Lana juga telah menyatakan hasrat untuk memakai pakaian muslimah ketika menghadiri sebuah majlis penganugerahan berprestij pada tahun depan.- Utusan Online

Thursday 28 November 2013

Pasangan Tanam Bayi Hidup-Hidup!!


Miri: Tangisan dan rontaan seorang bayi masih bertali pusat dalam plastik sampah tidak dihiraukan ibunya bersama teman lelaki, ketika menanam mangsa hidup-hidup dalam lubang tepi pagar ladang sawit dekat Suai, Niah, petang kelmarin.

Perbuatan terkutuk itu dilakukan pasangan berusia 20-an pada jam 4 petang. Perbuatan kejam pasangan itu disedari pengawal ladang yang terserempak dengan mereka dalam keadaan mencurigakan dan terdengar tangisan bayi dalam plastik hitam yang dibawa mereka. 

Pengawal keselamatan itu mulanya menyangka pasangan terbabit mahu menceroboh ladang, namun merasa pelik melihat mereka membawa sesuatu objek dalam plastik sampah. 

Ketika mengintai dari jauh, pengawal itu mendapati pasangan terbabit menggali tanah berhampiran pondok pengawal keselamatan di situ sebelum menanam objek yang dikeluarkan dari beg plastik dibawa mereka.

Apabila tangisan bayi itu tidak lagi kedengaran, pasangan terbabit segera meninggalkan kawasan terbabit, membuatkan pengawal keselamatan berkenaan bergegas melakukan pemeriksaan.-BH

* Sebak pulak aku baca petikan di atas ini.Kejam sungguh rasa nya perbuatan pasangan ini.Kenapa lah pasangan ini dilahirkan sebagai manusia..kan lebih elok kalau ia dilahirkan sebagai binatang..

Bayi yang tak bersalah pun sanggup dibunuhnya hidup-hidup.Harap-harap pihak yang berwajib dapat mengenakan tindakan yang lebih tegas lagi terhadap kes pembuangan bayi seperti ini.

Steady lah sikit berani buat berani tanggung lah beb..kan senang.

Wakil Rakyat Di Dahulukan Rakyat sensara?!



Sekali aku tengok tajuk ni macam comel gak bunyi nyer Wakil Rakyat Di Dahulukan Rakyat sensara?!Macam comel jer bunyi nyer..hehehe.

Wah bukan main lagi berlagak lagi gambar khalid kat atas tue yerr.Picit telor kang baru tau.Bukan kah sebelum nie di laman sosial pakatan menjaja menteri boros menggunakan duit rakyat. Lantas rakyat mengutuk kerajaan dan memuji jimat cermat kerajaan pakatan...kah,..kah..kah...tup..tup kroni-kroni depa jugak yang kenyang.

Secara peribadinya,..aku rase lantak ko la nak naik gaji berapa banyak sekali pun,Ia Sudah menjadi permainan orang politik.Yang aku kesalkan apa pula yang rakyat selangor nie dapat kerana mengekalkan pakatan rakyat pada PRU 13 yang lalu?

Harap-harap selepas nie terbukalah sedikit mata rakyat selangor nie.

Apa-apa hal pun aku nak ucapkan tahniah kepada rakyat selangor kerana ini yang anda dapat.Jangan banyak bunyi yer dok diam-diam jer..Kerana anda yang memilih mereka.

Kemalangan Ngeri Membabitkan Tiga Buah Kenderaan!!


Seorang wanita menemui ajal manakala enam lagi parah selepas terlibat dalam kemalangan ngeri membabitkan tiga buah kenderaan di Kilometer 51.5 Jalan Dengkil-Kota Warisan di sini semalam.

Kejadian pukul 1.30 petang itu mengorbankan pemandu kereta jenis Proton Wira, Nathrah Zulkifli (gambar kecil), 38. Seorang rakan dan dua anaknya yang turut menaiki kereta itu pula parah.

Difahamkan, sebelum kejadian, Nathrah dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Persada Murni Alam Milenia, Bandar Enstek, Labu, Negeri Sembilan.

Jurucakap polis memberitahu, sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Avanza yang datang dari arah bertentangan tiba-tiba merempuh kereta dinaiki mangsa.

"Siasatan awal mendapati, pemandu MPV Avanza itu hilang kawalan sebelum merempuh kereta mangsa. MPV itu kemudian dilanggar pula oleh sebuah teksi yang berada di belakangnya.- Bernama

Info : MyKad Baru!!


MyKad baru ini dilengkapi dengan ciri keselamatan yang terkini,untuk mengelakkan pemalsuan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

* Cetakan Pelangi : Memantulkan cahaya pelangi apabila terkena cahaya.

* Nombor Tulisan Laser : Mengelakkan no MyKad daripada ditoreh.

* Perlindungan Anti Sainan : Lambang multimedia super corridor.

* Corak Guilloehe : Corak latar belakang MyKad.

* Sinaran Ultra Ungu : Variasi warna yang terdapat pada MyKad tulen.

* Imej Tulisan Laser : Gambar kedua pemilik MyKad.

* Cip : 80KB

Kisah Seorang Janda Yang Malang?!


Selamat pagi uolls,...pagi-pagi nie teringin pulak rasanya nak kongsikan sedikit kisah tentang seorang janda yang malang nie...hehe memang malang sungguh cerita janda nie,3 kali kahwin ,cerai still masih lagi dara..opss.Mungkin tidak benar cerita nie,mungkin juga ia benar-benar belaku tanpa kita sedari.Apa-apa pun anda berhak membuat penilaian selepas membaca cerita ini..Gambar diatas tue takder kene mengena dengan cerita ni yer..


Apa-apa pun renung-renungkanlah..

Remaja Cerai Isteri Talak Tiga

Masih ingat dengan pasangan ini?? Tahun lalu Mereka berdua mengejutkan rakyat Malaysia apabila bernikah dalam usia muda dimana ketika itu pengantin perempuan baru berusia 12 tahun..

Namun kurang seminggu sebelum sempat menyambut ulangtahun pertama perkahwinan, pasangan muda Nor Fazira Saad, 13 dan Mohd Fahmi Alias, 20, disahkan bercerai dengan talak tiga pada 11 November lalu di Mahkamah Syariah Kulim.

Nor Fazira berusia 12 tahun ketika dinikahkan dengan pasangannya, Mohd Fahmi yang ketika itu berusia 20 tahun.

Memetik laporan Harian Metro, bapa Nor Fazira, Saad Mustafa, 43, berkata, beliau menerima kenyataan berkenaan walaupun pahit dan menganggap bukan jodoh anaknya untuk kekal di alam perkahwinan.

Saad turut memberitahu bahawa dia tidak mengetahui punca sebenar keretakan rumah tangga anaknya itu kerana Nor Fazira tidak banyak bercakap mengenai nasib yang menimpa dirinya.

Buat masa ini, Nor Fazira tinggal bersama bapa saudaranya di Padang Serai untuk menenangkan fikiran.

Harian Metro turut melaporkan kegagalan untuk menghubungi keluarga Mohd Fahmi untuk mendapatkan maklum balas.

Nor Fazira mendirikan rumah tangga dengan pasangannya pada usia 12 tahun selepas mendapat perintah mahkamah mengikut Seksyen 18 (1) (a) Enakmen Undang Undang Keluarga Islam Kedah 2008.

Majlis pernikahan pasangan itu dilangsungkan di Masjid Kampung Padang Cina dengan mas kahwin RM1,500 serta wang hantaran RM4,552 pada 17 November 2012 selepas mendapat perintah kebenaran untuk bernikah di bawah umur daripada Mahkamah Rendah Syariah Kulim pada 7 November 2012. - metro

*Ngeee....Galak sangat nak menikah nampak sangat kita terlalu menurut nafsu, dalam islam ajar dah elok tapi kita salah tafsir sendiri...

Budak-budak tu tak salah, tapi MAK BAPAK yang gegeh sangat tu ngapewnye? Zaman dulu remaja umur 12 tahun bukan serupa remaja zaman ini...

Wednesday 27 November 2013

Pantun Bisikan Hati

Santun persada adat warisan,
Tema bahagia BISIKAN HATI,
Pantun anda ku buat hiasan,
Irama nostalgia pastikan menanti.

Salam diungkap bertenun suara,
Bisikan hati menjadi pengalas;
Dalam bercakap pantun berbicara,
Akan pasti sudi berbalas.

Di tepi tasik sang puteri menari,
Menadah bijana menyapa perahu;
Hati membisik dari naluri,
Gundah gulana siapa yang tahu.

Sedap dipandang buatan seni,
Dahan jati berpasak bakau;
Tetap bertandang ingatan murni,
Bisikan hati si anak rantau.

Berbulan menanti pekasam ikan,
Bersudu sayur maung selasih;
Bisikan hati karam di lautan,
Rindu bertabur di lambung kasih.

Setangkai timun hendak dimasak,
Makan cili bersudu kerangan;
Ku intai-intai namun tak nampak,
Bisikan hati rindu bayangan.

Tekad peniti di kain baldu,
Jambangan dilekat ada bergaya;
Hajat hati ingin membantu,
Tangan ku cacat tiada berdaya.

Ikan mati terkena asid,
Bertemu belida di bawah sungkup;
Bisikan hati membina masjid,
Ilmu di dada belumlah cukup.

Dahan meranti tumbuh mempelam,
Hajat Tok Baba menjamah beri;
Bisikan hati di separuh malam,
Munajat hamba istiqomah diri.

Entah bukan pedati lembu,
Hendak disuruh tak izin pula;
Dengarlah bisikan hati ibu,
Anak yang jauh teringin berjumpa.

Ke Pekan Penanti bersolat Dhuha,
Sedikit terang mengusung waktu;
Bisikan hati bonda yang tua,
Sakit seorang menanggung rindu.

Tarah kayu di depan hutan,
Petik cemara di titi pinang;
Marah itu bisikan syaitan,
Cantik bicara berhati tenang.

Bersuap makan berulam sayuran,
Sekejap durian kedondong jamahnya;
Setiap tindakan bersulam aturan,
Setiap kejadian terkandung hikmahnya.

Di tepi tasik menunggu bekal,
Santun Pak Tani anak siapa;
Hati membisik seribu soal,
Pantun ku ini tidak seberapa.

Putih kasa berikat sendat,
Skaf dipakai hampir ke pipi;
Terkalih bahasa bersekat adat,
Maaf ku sampai secangkir kopi.


Majlis Kahwin Zain Rozita RM13 Juta : Kalau Boleh Elakkan - Zawiyah Hassan

KETIKA negara heboh memperkatakan tentang "Wedding of The Year" pasangan Zain Saidin dan Rozita Che Wan yang menerima tajaan keseluruhan berjumlah RM13 juta, seorang pendakwah bebas memberikan peringatan ini.

“Di mana keberkatannya sesebuah perkahwinan itu kalau sebelum kahwin, kita sudah membuat perkara yang dilarang ALLAH termasuk dalam hal membabitkan pembaziran dan bermegah-megah ketika mengadakan majlis," ujar Ustazah Zawiyah Hassan.

“Itu belum lagi dalam perkara yang seolah-olah menjadi trend sekarang bagi pasangan sebelum berkahwin untuk kononnya bergambar pra-perkahwinan sambil berpelukan dan berpegangan tangan,” katanya lagi.

“Kalau nak kata buat majlis besar sebab kepuasan diri, memang manusia ini selalunya tidak pernah puas, cuma kalau boleh dielak, elaklah. 

Kita berkahwin sebab nak dapat reda ALLAH, bukan pandangan orang sekeliling terhadap majlis yang akan dilaksanakan,” katanya.

Jelas Ustazah Zawiyah, hukum sebenar kenduri kahwin hanya sunat sebagaimana sabda Rasulullah iaitu mengadakan kenduri kahwin walaupun hanya dengan seekor kambing.

Namun apa yang membimbangkan kini katanya, majlis perkahwinan secara besar-besaran sehingga berlaku pembaziran seolah-oleh sudah menjadi trend walaupun pada masa yang sama terdapat ramai orang memerlukan.

Zawiyah yang juga bekas Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berkata, sebaik-baik perkahwinan itu sederhana belanjanya supaya mendapat rahmat dan keberkatan. - Sumber

*Sebab terikut-ikut perangai mat saleh nak wedding of the year yang glemer sangat lewtu...Now ramai jejaka penyegan sorok muka tak mahu kahwin sebab dengar berita begini. Yang paling i takut...ada pulak gurls pasang angan nak dapat sponsor macam Che ta tuww....

Artis adalah cermin kepada masyarakat Malaysia secara tidak langsung, kalau begini diamalkan apa jadi pada kelansungan pasangan baru yang akan bernikah pada masa akan datang?

Dalam kata Malaysia negara tak stabil la...miskin la...tapi ada gak kejadian begini dalam kepayahan kononnya duduk di Malaysia?..pleaseee arrr....


Kontroversi Remaja Bertudung?!


Rasenyer uolls semua dah tau tentang cerita ni..So tak perlu la rasanya ebb kasi tau lagi kot.Mana-mana yang tak tau lagi tu boleh la ikuti cerita ini di blog Media Haria..

Tujuan ebb bukanlah nak aib kan mana-mana pihak,ia sebagai satu pengajaran dan kesedaran bagi semua mahasiswa dan mahasiswi di luar sana.

Ingatlah pada zaman alam maya ni semua tingkah laku anda boleh dilihat dengan menggunakan jari sahaja.so pikir-pikirkan lah keluarga anda sebelum membuat apa-apa tingkah laku yang boleh megaibkan mereka.

Jangan pikir seronok semata-mata,kerana keseronokkan itu hanya sekejap sahaja.Semua di dunia ini hanya bersifat sementara.

Monday 25 November 2013

Duit Palsu Nilai RM20.00 Dikesan?!


Ngee...Sanggup yea ade yang nak makan duit haram macam nie punya peel pun ade manusia kat Malaysia, dah la duk main judi pun ramai pastu ade gak cetak duit palsu begini?

Kesian pada peniaga kecil dan orang tua (mudah terkena) yang tertipu dengan perbuatan macam ini.Harap sangat la Kerajaan kuatkuasakan undang-undang yang lebih berat untuk mengekang perbuatan seperti ini.


Makan duit haram, perangai pun macam HARAM!!Huh~!!!

Sunday 24 November 2013

RASUAH!! Bekas Presiden Parti Politik Dipenjara Dan Denda RM2.75 Juta!!

Seorang bekas pemimpin politik dikenakan hukuman penjara berjumlah 30 bulan dan denda RM2.75 juta oleh Mahkamah Khas Rasuah di sini pada Jumaat selepas didapati bersalah atas dua tuduhan mengamalkan rasuah, lima tahun lepas.

Hakim Dean Wayne Daly menjatuhkan hukuman ke atas bekas presiden Parti Setia Sabah, Suaidin@Suhaidin Langkab@Langab, 63, selepas pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Bagi pertuduhan pertama, Suaidin dikenakan hukuman penjara 18 bulan dan denda RM2 juta atau setahun penjara kerana meminta suapan sebanyak RM400,000 daripada Chew Ai Wah sebagai dorongan kononnya sebagai bayaran kepada pegawai di Jabatan Tanah dan Ukur (JTU).

Bayaran tersebut didakwa adalah bagi mengurus proses pengeluaran geran untukLot Tanah PT 80231840-PT80231842 and PT 80231849-PT80231852 dalam daerah Pitas, Sabah.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah bilik di Hotel Tang Dynasty di sini pada pukul 9.30 malam, 28 Ogos, 2008.

Bagi pertuduhan kedua, dia dikenakan hukuman senjara 12 bulan dan denda RM750,000 atau 10 bulan penjara kerana menerima suapan sebanyak RM150,000 daripada Chew untuk tujuan sama di Restoran Penyu, Hotel Nexus Karambunai Resort, dekat sini, pada pukul 9 malam, 19 September, 2008.

Mahkamah memerintah hukuman penjara itu berjalan serentak iaitu hukuman yang lebih berat, 18 bulan penjara.

Dalam penghakimannya, Daly berkata berdasarkan keterangan, alasan pihak pembelaan bahawa wang itu adalah wang cengkeram tidak dapat diterima serta kesalahan itu adalah serius dan boleh memberi imej buruk kepada JTU.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan permohonan peguam tertuduh Zahir Shahuntuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi dan tertuduh dibenarkan ikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin.

Pada 13 April 2012, Suaidin didakwa dan mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan tersebut mengikut Seksyen 10(a)(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997.

Tuduhan tersebut membawa hukuman penjara antara 14 hari hingga 20 tahun dan didenda lima kali jumlah rasuah atau minimum RM10,000.

Sebanyak 21 saksi pendakwa dan lima saksi pembela dipanggil memberi keterangan.

Pihak pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Joyce Blasius dan Pengawai Pendakwa Awang Samsul Baharam. - beliabangkit

Serangan Jantung Punca Kematian Bekas Suami Dramatis Wan Nur Azlin!!


Bekas suami dramatis Wan Nur Azlin, Mohd Yazli Yaacob, 43, meninggal dunia akibat serangan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) di sini, jam 9 malam kelmarin.

Pelakon itu ketika dihubungi masih terkejut dengan pemergian Yazli kerana ketika bergelar suami isteri, bekas suaminya tidak pernah menunjukkan tanda mengalami masalah kesihatan.

“Pada jam 5 pagi (kelmarin), bekas suami mengadu sakit dada dan dihantar ke Klinik Kesihatan Gombak sebelum dirujuk ke Hospital Selayang. Namun disebabkan keadaannya makin kritikal, pihak hospital terus membawanya ke IJN.

“Anak masih tidak mampu menerima berita kematian ayah mereka, terutama anak perempuan, Dania Camelia yang sangat rapat dengan arwah,” kata dramatis itu yang turut berada di samping arwah ketika menghembuskan nafas terakhir dikelilingi ahli keluarga lain.

Jenazah Allahyarham dikebumikan pada jam 10 pagi semalam di kampung ibunya di Kampung Rizab Melayu, Tambun, Perak. - HM

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh arwah dan tempatkan dia bersama orang yang soleh.Al - Fatihah..

Thursday 21 November 2013

Kosmetik Beginilah Cara Jadi Wanita Cantik


1) Jadikanlah ghadul basar (menundukkan pandangan) sebagai celak bagi kedua belah alis mata kalian. Insya ALLAH, pandangan visual kalian akan menjadi makin jernih dan bening.

2) Calitkanlah lipstik kejujuran dan kebenaran (al-haq) pada ulasan bibir delima kalian. Insya ALLAH, ukiran senyuman kalian akan bertambah manis dan dihargai sesama.

3) Bedakkan raut wajah kalian dengan kosmetik yang berasaskan malu dan keadaban. Insya ALLAH, kesederhanaan lahiriah yang kalian biaskan itu akan menyejukkan mata yang memandang.

4) Lumurilah seluruh anggota badan kalian dengan sabun istighfar. Insya ALLAH, ia dapat mengikis daki kotoran dosa dan kesalahan yang telah kalian lakukan.

5) Rawatlah rambut kalian dengan hijab ISLAMI. Insya ALLAH, ia akan menyelimuti azaraul-jasad sang hawa daripada menjadi mangsa kerakusan insan yang terlepas dari tambatan keimanannya. 

6) Sarungkanlah kedua belah tangan kalian dengan gelang sedekah dan jari-jemari kalian dengan cincin ukhuwwah Islamiyyah. Insya ALLAH, kelak kalian akan temui warga solihin yang nilainya melebihi segunung emas permata. 

7) Alunkanlah kemerduan dan kesyahduan suara kalian dengan tilawatul-Quran dan dzikrullah. Insya ALLAH, berkat kekhusyukan dan penghayatan, hulwatul Iman (kemanisan iman) akan dikecapi ruh kalian sebagaimana lidah merasakan kemanisan makanan. 

8) Luruskanlah gaya tubuh kalian dengan ketulusan dalam menunaikan solat dan beribadah kepada-Nya Yang ESA. Insya ALLAH, takkan DIA sia-siakan keikhlasan dan keistiqomahan kalian dalam mencari keridhoan-NYA. 

9) Hembuskanlah nafas ta’abud wa taqarrub ilaALLAH ke dalam ruh dan sanubari kalian. Insya ALLAH, selama itu takkan kalian rasai ketandusan kasih sayang maupun kegelisahan dalam kehidupan. 

Inilah sebahagian dari cara menjadi wanita cantik dengan kecantikan yang sesungguhnya, bukan kecantikan yang lambat laun tergerus oleh zaman. Cintailah Allah di tempat yang utama maka sesungguhnya dalam sebuah hadits disebutkan: 

“Rasulullah Saw bersabda: Sesungguhnya Allah SWT jika mencintai seorang hamba, maka Dia memanggil malaikat Jibril dan berkata: “Wahai Jibril, aku mencintai orang ini maka cintailah dia!” Maka Jibrilpun mencintainya, lalu Jibril mengumumkannya kepada seluruh penduduk langit dan berkata: “Wahai penduduk langit, sesungguhnya Allah mencintai orang ini, maka cintai pulalah dia oleh kalian semua, maka seluruh penduduk langit pun mencintainya. Kemudian orang itu pun dicintai oleh segenap makhluk Allah di muka bumi ini.”(HR. Bukhari). 

Wallahu a’lam bis-sowwaab. 

Wednesday 20 November 2013

Idola Dan Lelaki Idaman

Tiba-tiba aku teringin nak tulis something yang berkenaan dengan hati dan perasaan. Mula sekali aku nak story lain sikit. Yelah aku bukanlah seorang yang kuat sangat berpolitik sehingga sanggup bersengkang mata untuk melayan kerenah pengamal media baru yang makin hari macam cendewan tumbuh selepas hujan.

aku adalah seorang penggemar setia novel-novel melayu. Oleh sebab itu, kadang-kadang aku sampai terfikir yang kalau boleh, aku nak jadi macam watak heroin dalam novel tu. lebih lebih lagi aku peminat novelist Ahadiat Akashah tu.Perangai seko seko tak kurang menyetannya hik hik hik....

Persetankanlah kata kata orang yang penting kita kena jadi diri kita sendiri. jangan jadi orang lain itu HIPOKRIK namanya. Jadi diri sendiri kan bagus kan?? aku baru mencecah 26 tahun kalau ikut tahun lah..tapi kalau ikut bulan still lagi 25 tahun..heee..so memang aku sentiasa perasan muda uollss..heeee...

Seorang lelaki melayu sejati layaknya seorang pemimpin adalah orang yang pandai mengawal keadaan malah pandai tutur kata juga mudah mesra bersama kanak kanak..Inilah sifat sejati seorang lelaki, bukannya lantang menempelak semberono..Nak jadi hero bukan semua mesti belagak mendabik dada dan terpekik terlolong macam disampuk setan..tak gitu  uollss???


Seorang lelaki mestilah bersifat pelindung bukannya terlalu tegar hingga tak boleh dikritik atau ditegur. Dah dah tu apa gak yang bila ditegur melantun lantun mcm bola ping pong. Nak nak plak zaman sekarang nie "JANTAN KEPARAT" belambak lambak..tak dapat kepala, telinga dipulas.

Prinsip aku hanya satu jikalau diizinkan oleh Allah swt..aku hanya nak bercinta dengan seorang lelaki dan lelaki itu lah yang pertama dan terakhir dalam hidup aku..means di penghujung percintaan tu ikatan kami akan terikat dalam satu ikatan yang halal dan diredhai oleh Allah. Insya-Allah...

Biar lah orang cakap, aku ni terlalu susah untuk buka pintu hati aku pada seorang lelaki. Tapi hakikatnya aku rasa aku belum jumpa ciri-ciri lelaki idaman aku. Susah untuk aku percaya pada lelaki. Sebab tu lah sampai sekarang aku still single and available.

@HishamuddinH2O : Bantah Cadangan Miros!!


Cadangan untuk menghadkan jangka hayat kereta pastinya akan memberi beban kepada rakyat,terutamanya kepada rakyat yang berpendapatan rendah.

Saya ingin menyatakan kagum saya kepada DS Hishamuddin Tun Hussein kerana cepat memberi respon dan membantah cadangan dari miros berhubung Pelupusan kenderaan melebihi 12 tahun.


Katanya kita kena ambil prihatin suara dari rakyat sebelum membuat sesuatu keputusan.Kenyataan ini pasti melegakan hati rakyat.

Ini membuktikan kerajaan tiada cadangan untuk melupuskan kenderaan yang melebihi 12 tahun.

Terima Kasih DS Hishamuddin Tun Hussein.

Tuesday 19 November 2013

Gambar Tanah Jerlus Di Ipoh!!


Gambar kejadian tanah jerlus di Jalan Hassan bersebelahan Sekolah Kebangsaan (SK) Tarcisian Convent, Taman Lim di sini hari ini.

Kejadian dikatakan berlaku sekitar pukul 10.50 pagi tadi.bermula dengan sedikit rekahan kecil dan menjadi lubang sedalam 3 meter.


Berikutan kejadian tanah jerlus terbaru tersebut, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah menutup sebahagian Jalan Hassan, Taman Lim bagi kerja baik pulih.

Jabatan Geosains dan Mineral Perak juga telah diarahkan untuk menyiasat punca kejadian tanah jerlus berkenaan.

Banyak Versi Khabar Angin Villa Nabila

Banyak cerita yang membabitkan kisah villa ni. Ada 6 versi semuanya. Tak dapat nak dipastikan mana satu yang betul tapi aku lebih suka ambik kisah yang paling last sekali. Apa-apa pun kita ikuti kisah-kisahnya satu per satu.


Versi #1 – Terdapat satu keluarga yang kaya yang hidup dengan bahagia kat villa ni. Ditakdirkan si ibu dan ayah meninggal dunia, lalu tinggallah anak diorang yang bernama Nabila bersama orang gajinya. Nabila bakal mewarisi segala harta ibu bapanya tapi dibunuh oleh orang gajinya lalu mayatnya disimen di satu kawasan rumah tersebut. Kisah ni paling lemah untuk kita percaya sebab tak dinyatakan atas sebab apa Nabila dibunuh dengan kejam oleh orang gajinya. Klik untuk baca seterusnya...

Tun Mahathir Diserang Sakit Dada






Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) hari ini untuk rawatan jangkitan dada. yang tekini dilaporkan semakin pulih seperti sedia kala.

ANAK sulung mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Mirzan Mahathir dilihat telah berkunjung ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk melawat bapa beliau.

Ketika ditemui media, beliau berkata bahawa kondisi ayahnya adalah stabil dan beliau hanya datang ke IJN untuk menjalani pemeriksaan kesihatan biasa.Tidak ada apa-apa yang perlu dibimbangkan menurut beliau.

Perkara ini timbul berikutan laporan yang mengatakan bahawa Tun M telah dimasukkan ke IJN akibat jangkitan dada kesan daripada pembedahan pintasan jantung yang beliau jalani pada 2007.

Kita doakan agar beliau diberi kesihatan yang baik kepada Negarawan ini..Insyallah...

Tuesday 12 November 2013

Kes Bunuh Pegawai Jaip : Polis Edar Lakaran Wajah Suspek!!


Lakaran wajah suspek

Polis Pahang hari ini mengedarkan lakaran wajah seorang suspek kes pembunuhan Ketua Penolong Pengarah Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Rafli Abd Malek, Ahad lalu. 

Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab Ghani, berkata lakaran itu membabitkan suspek yang memberi salam kepada mangsa sebelum rakannya melepaskan tiga das tembakan ke arah mangsa. 

"Suspek dianggarkan berusia lingkungan 50 tahun dan saya percaya kes ini dapat diselesaikan tidak lama lagi," katanya pada sidang media sebentar tadi-BH

Monday 11 November 2013

Hishamuddin Hussein : Penentang Gerakan Refomasi!!!


Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein bukanlah nama asing lagi didalam arena politik negara,Seperti mana yang kita ketahui beliau dilahirkan dalam keturunan darah pejuang.

Antara jasa - jasa Hishammuddin yang tidak boleh dilupakan oleh ahli UMNO ialah semasa krisis politik 1998. Hishammuddin membawa dirinya ke hadapan membantu Presiden UMNO berhadapan dengan segala macam fitnah daripada kumpulan reformasi.

Hishammuddin membawa imej toleransi yang tinggi, sabar dan tenang sepanjang karier politiknya.

Saya tidak boleh membayangkan apa akan jadi kepada rakyat Malaysia jika Hishammuddin mengarahkan supaya tindakan lebih tegas dan lebih keras dilaksanakan semasa demonstrasi haram Bersih1, Bersih2, Bersih3, Hindraf dan sebagainya.

Bayangkan, jika Hishammuddin bertindak seperti krisis Memali, saya yakin beliau akan membawa masa depan UMNO ke lembah hitam.

Namun,sikap kesabaran dan ketenangan beliau di Kementerian Dalam Negeri (KDN) berjaya mengeluarkan negara kita daripada malapetaka dan krisis huru-hara.

Kepada ahli-ahli UMNO, ingatilah jasa-jasa Hishammuddin ketika zaman UMNO dan negara dalam situasi sukar, khususnya jasa-jasa Allahyarham Hussien Onn, Onn Jaafar, Abdullah Jaafar dan Jaafar Mohamad.

Sesungguhnya negara kita ini, bangsa kita ini, agama Islam yang suci ini bukan berdiri megah dengan semulajadi sebagaimana kita nikmati hari ini.

Sebenarnya ia telah melalui suatu perjalanan sejarah yang panjang, berliku dan menyayat hati. Sudah sampai masanya kita kembali ke akar budaya bangsa kita dan kenanglah jasa orang terdahulu.

Semoga Hishamuddin Hussein akan terus tabah dan berjuang untuk negara yang tercinta.amin..

Sunday 10 November 2013

Ahmad Busu Meninggal Dunia !!


Ahmad Busu meninggal dunia akibat penyakit strok.

Pelakon Ahmad Busu yang popular pada tahun 80-an menerusi rancangan Pi Mai Pi Mai Tang Tu meninggal dunia akibat penyakit strok selepas magrib tadi.

Khabarnya, arwah meninggal dunia di Hospital Ampuan Rahimah, Klang.Jenazah akan dibawa pulang di kediamannya di Taman Sri Andalas Klang.

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan juga tiga orang anak.

Sama-samalah kita doakan agar Allahyarham ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah.

Suspek Utama Kes Rompak Dan Bunuh Pegawai AmBank Berjaya Diberkas!!


Suspek yang dikehendaki polis bagi kes rompak dan tembak mati seorang pegawai bank AmBank di Subang Jaya, 23 Oktober lalu, berjaya diberkas di Kota Tinggi, awal pagi tadi.

Bertindak atas maklumat, Pasukan Cantas Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menangkap seorang lelaki di Kampung Belungkor, Kota Tinggi pada jam 7 pagi tadi, demikian menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman. 

"Pihak polis percaya dengan penahanan suspek utama ini, kes berkenaan berjaya diselesaikan," katanya. 


Twitter rasmi PDRM melaporkan kes tangkapan suspek, pagi ini

Perkara itu turut disahkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi Twitter rasmi beliau.

Tahniah Diucapkan kepada PDRM sehingga tertangkapnya suspek utama kes rompakan dan pembunuhan kejam itu.

Sunday 3 November 2013

Pengawal Keselamatan Rompak Kedai Emas Berjaya Ditahan!!


Pengawal keselamatan warga Filipina yang merompak kedai emas di pusat beli belah di Setapak 31 Oktober lalu ditahan polis di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) jam 7 pagi tadi.

Suspek ditahan bersama seorang lagi rakannya ketika berada di restoran makanan segera di lapangan terbang berkenaan dipercayai ketika menunggu penerbangan bagi meninggalkan negara ini. 

Penahanan lelaki terbabit disahkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah. 

Menurutnya, pihaknya turut merampas sepucuk pistol dan lima butir peluru di sebuah rumah di Pandan Jaya susulan penahanan pengawal keselamatan berkenaan.

Gempar!! Ibu Dakwa Anak Didera Pengasuh Taska!


Munirah menunjukkan kesan bengkak pada kepala anak bongsunya yang dipercayai didera pengasuh TASKA di Taman Melati. - Foto Sairien Nafis

Seorang ibu mendakwa rakaman kanak-kanak yang didera pengasuh TASKA di Taman Melati, di sini, yang disiarkan menerusi Buletin Utama TV3, malam kelmarin adalah anaknya berdasarkan rambut kerinting.

Wanita yang dikenali sebagai Munirah, 34, berkata selain pendedahan rakaman berkenaan, anak perempuannya berusia dua tahun setengah itu pernah dikesan ada benjolan di kepala. 

Berikutan itu, Munirah membuat laporan polis di Balai Polis Wangsa Maju kerana mengesyaki anaknya mangsa penderaan pengasuh di pusat jagaan berkenaan.BH