Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Monday 28 November 2016

Cukai Jalan Naik 2017 #CukaiJalan2017 #CukaiJalan

Roadtax kereta dari 880c ke atas naik 25% bermula Jan 2017, bermkna naik dalam RM168.50 ,& insuran secara automatic naik dalam 25% jugak.

600cc = RM20 + RM5 (25%)

1.3cc = RM70 + RM17.50 (25%)

1.5cc = RM90 + RM22.50 (25%)

1.8cc = RM279.20 + RM69.80 (25%)

2.0cc = RM378.50 + RM94.60 (25%)

2.4cc = RM729.60 + RM185.40 (25%)

Seperti yang diterima admin dalam sebaran aplikasi Whatsapp jelas tidak bersumber dan sekadar khabar angin seperti mana penafian oleh pihak berkuasa (bawah)


MASYARAKAT WAJAR JAUHI FITNAH : 

Terdapat banyak nas dari Kitab Allah SWT dan hadith-hadith Rasulullah yang menceritakan perihal perbuatan yang keji ini antaranya firman Allah SWT di dalam surah al-Nur, ayat 19:
إِنَّ الَّذِينَ يُحِبُّونَ أَنْ تَشِيعَ الْفَاحِشَةُ فِي الَّذِينَ آمَنُوا لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang suka menghebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian).
Ayat suci di atas secara jelasnya mengecam mereka yang suka mereka-reka cerita lalu menyebarkan pada orang lain dengan ancaman siksa yang amat dahsyat. 
Secara kebiasaannya fitnah yang timbul disebabkan perasaan sangka buruk terhadap seseorang/pemerintah yang dibenci atau tidak disukai, maka timbullah idea untuk memburukkan seseorang itu dengan melontarkan fitnah dan tuduhan ke atasnya. Oleh kerana itu, Baginda Sallallahu ‘alaihi wa sallam memberi amaran agar menjauhi sifat begini.

Salah Guna Lorong Kecemasan?

RAMAI yang mengeluh apabila ambulans lambat tiba ke lokasi bagi menyelamatkan pesakit atau mangsa kemalangan. Tidak kurang juga ada yang terus menghambur kata-kata makian dan menghukum hospital dengan mengatakan kakitangan tidak menjalankan amanah yang diberikan.

Tetapi ramai tidak sedar hakikat sebenar bahawa kita semua adalah penyebab kepada kelewatan itu. Perlu diketahui apabila pihak hospital menerima panggilan kecemasan, hanya satu hingga tiga minit masa yang diambil oleh ambulans untuk bergerak meninggalkan hospital.

Timbul masalah terutama pada waktu puncak antara jam 7 pagi hingga 10 pagi dan 4 petang hingga 7.30 malam terutama di bandar utama. Mungkin masing-masing ingin sampai ke destinasi dengan segera sehingga lupa untuk mematuhi peraturan, tidak bertimbang rasa, gagal memberikan laluan kepada kenderaan kecemasan ini.

Pemandu menjadikan dua lorong laluan kepada tiga lorong di waktu puncak hingga tiada ruang antara satu kereta dengan kereta lain. Jadi, bagaimana sebuah ambulans dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) dalam keadaan kecemasan mahu mengambil mangsa kemalangan motosikal di persiaran KLCC dalam masa yang ditetapkan?

Lorong kecemasan yang sepatutnya menjadi laluan kenderaan keselamatan menjadi laluan kenderaan awam dan ini antara punca kelewatan bantuan daripada ambulans. 


Tinjauan bermula dari HKL menuju ke Persiaran KLCC di waktu puncak iaitu pada jam 6 petang dengan ribuan kenderaan mula pulang ke rumah masing-masing menggunakan laluan utama. Meskipun ada kesedaran oleh pemandu dengan cuba memberi laluan, tapi laluan itu tidak cukup bagi sebuah ambulans disebabkan kesesakan yang melampau.

Selepas berjaya mengharungi kesesakan, ambulans sekali lagi mengalami kesukaran di bulatan Pahang apabila kebanyakan kenderaan tidak memberi laluan. Ada segelintir pemandu dengan sengaja menekan pedal minyak dan mencelah menyebabkan pemandu terpaksa menekan brek kecemasan.

Tidak kurang juga ada kenderaan cuba mengambil kesempatan mengekori ambulans dari jarak dekat belakang walaupun ia adalah satu kesalahan. Ambulans tiba di lokasi dalam tempoh 20 minit berbanding tiga hingga lima minit daripada waktu yang telah ditetapkan.

Bagi pemandu ambulans HKL, Sharrin Abd Hamid, sebagai seorang pemandu kenderaan keselamatan aspek yang perlu ditekankan adalah sentiasa fokus semasa memandu, memastikan tidak berlaku sebarang kemalangan dan tenang.

Gambar hiasan

“Mungkin pihak di luar sana rasa bila kita memandu ambulans kita boleh lakukan apa sahaja, boleh langgar lampu merah dan boleh pecut sesuka hati. Sebenarnya tidak, kami juga perlu patuh kepada peraturan jalan raya.

“Kita minta laluan daripada pengguna, jadi pemandu berhemah dan perlu pastikan pesakit dalam ambulans ini selamat sampai ke hospital. Itu tugas yang perlu kami pikul,” katanya.

Katanya, pemanduan defensif perlu ada pada setiap pemandu ambulan bagi menyelamatkan nyawa, harta benda dan mengurangkan kos penyelenggaraan.

“Kami semua didedahkan dengan kemahiran tersebut dengan menyertai kursus tersebut bagi mempersiapkan diri dari sebarang kemungkinan.

“Saya harap pemandu di negara ini dapat menerapkan pemanduan defensif ini sekali gus dapat menjadi pemandu kelas pertama seperti di Eropah,” katanya. - sumber