Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Sunday 31 March 2013

Polis Tangkap Lelaki Potong Gading Gajah Di Muzium


PARIS - Seorang lelaki menceroboh ke dalam muzium sejarah semula jadi di sini semalam dan menggunakan gergaji rantai untuk memotong sepasang gading gajah yang pernah menjadi milik pemerintah Perancis, Raja Louis XIV.

Beberapa pekerja muzium berkata, polis menangkap lelaki itu dan ketika dia sedang melarikan diri di sebatang jalan raya berdekatan.
Rangka gajah tersebut yang disimpan di muzium tersebut dihadiahkan oleh raja Portugal kepada Louis XIV yang juga dikenali sebagai Raja Matahari pada 1668. - AFP

Disambut 3 Das Tembakan

Lahad Datu: Kegembiraan hampir 100 penduduk Kampung Tanjung Batu dan Tanjung Labian, di sini yang dibawa memasuki perkampungan mereka semalam, tiba-tiba dikejutkan dengan bunyi tiga das tembakan.

Ini menyebabkan sebahagian penduduk yang memasuki rumah masing-masing bertempiaran lari untuk berkumpul di kawasan lapang berhampiran dengan masjid yang ada di Kampung Tanjung Batu.

Bunyi tembakan dari arah penempatan tepi laut dipercayai 500 meter dari masjid itu kedengaran sekitar jam 12 tengah hari, kira-kira 30 minit selepas pasukan keselamatan membenarkan mereka memasuki penempatan itu.

Susulan itu, anggota pasukan keselamatan yang bertugas mengawal kedua-dua kampung bersebelahan dikerah menyiasat kejadian itu.

Bagaimanapun, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib yang berada di tempat kejadian menjelaskan, tembakan itu dilepaskan oleh pasukan keselamatan sebagai amaran.

Abah Dah Ninggal

Ipoh: “Abah gi (pergi) Sabah... abah dah ninggal (meninggal),” itu ayat pertama yang keluar dari mulut anak sulung Allahyarham Inspektor Zulkifli Mamat, Mohamad Akmaruddin, 5, ketika disapa wartawan pada majlis penyerahan bantuan di Mes Pegawai Kanan, Pasukan Gerakan Am, Briged Utara, Hulu Kinta, Rabu lalu.

Tidak banyak maklumat diperoleh daripada kanak-kanak itu kerana dia seolah-olah cuba menyembunyikan perasaan sedih mengenai pemergian arwah bapanya.

Ketika ditemui, Mohamad Akmaruddin tidak berbeza daripada kanak-kanak lelaki sebayanya yang aktif dan suka bergurau, malah wartawan turut diajak bermain dan dipeluknya.

Dia mungkin belum mengerti pemergian insan tersayang dalam hidupnya.

Perbualan singkat dengannya mungkin sedikit sebanyak dapat memberi gambaran sebenar memori yang sempat dikongsi kanak-kanak itu.

Hanya Tinggal Tangga

Lahad Datu: “Tiada apa lagi yang saya miliki sekarang melainkan hanya tangga di rumah ini. Semuanya musnah menjadi arang,” kata suri rumah, Juhrah Jowak, 48, yang meratap kesedihan apabila rumah papan didudukinya sejak 10 tahun lalu musnah terbakar akibat insiden pencerobohan pengganas.

Dia yang dibawa masuk pasukan keselamatan bagi melihat keadaan rumahnya di Kampung Tanjung Labian, di sini, semalam, hanya mampu menangis dan berpelukan bersama adiknya, Betty, 39, di atas tangga kayu rumahnya, satu-satu bahagian rumahnya yang terselamat.

Juhrah dan Betty tidak mampu menahan emosi dan hanya menangis teresak-esak meratapi igauan ngeri dalam hidup mereka apabila kehilangan rumah yang menjadi tempat berlindung selama ini.

Menurut Juhrah, dia terkedu sehingga tidak mampu berkata apa-apa apabila melihat hanya tangga yang tinggal selain tiang rumah yang hangus selepas meninggalkan kampung itu, 4 Mac lalu.

“Semuanya jadi arang. Banyak barangan saya musnah... wang tunai, katil, mesin jahit, televisyen, peti ais, sofa, mesin basuh dan dokumen diri... semuanya terbakar,” katanya.

Ceramah Anwar Di Sungai Isap Gagal Dapat Sambutan

ANWAR Ibrahim ketika berucap pada program Jelajah Merdeka Rakyat di Sungai Isap, kawasan Parlimen Kuantan yang dihadiri kira-kira 500 penyokong tegar parti pembangkang di Kuantan, Pahang semalam. - UTUSAN

KUANTAN 31 Mac - Program Jelajah Bas Merdeka Rakyat anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diadakan di Sungai Isap di sini semalam ternyata gagal mendapat sambutan apabila hanya dihadiri oleh kira-kira 500 penyokong tegar parti itu.

Walaupun dengan kehadiran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh namun ia tetap tidak berjaya menarik perhatian masyarakat di kawasan berkenaan untuk menghadiri ceramah jalanan tersebut.

Bagaimanapun, Anwar dalam ceramahnya itu mengumumkan bahawa Fuziah yang juga Naib Presiden PKR akan bertanding semula untuk mempertahankan kerusi Parlimen Kuantan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Untuk rekod, pada pilihan raya 2008, Fuziah menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Fu Ah Kiow dengan majoriti 1,826 undi. Fuziah memperoleh 18,398 undi manakala Ah Kiow mendapat 16,572 undi.

Nasib Orang Muda Terumbang-Ambing Jika Pembangkang Berkuasa - MB


Generasi muda bakal mewarisi negeri ini dalam keadaan masa depan yang suram, gelap dan tidak menentu sekiranya mandat kali ini diberi kepada pembangkang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, ketidakcekapan pembangkang dalam urus tadbir akan membuatkan pembangunan serta pertumbuhan ekonomi negara terjejas dan secara langsung memberi kesan buruk terhadap peluang dan pasaran kerja.

Abdul Ghani berkata demikian ketika berucap pada Majlis Astro Fiesta Mesra Belia 1Malaysia Parlimen Ledang 2013 di Pulau Penarik, Sungai Mati di sini malam tadi.

Saturday 30 March 2013

Terkini!!!Korea Utara Siap Sedia Untuk Melancarkan Serangan Keatas AS

SEOUL - Media Korea Utara semalam menyiarkan dua keping gambar yang menunjukkan rancangan negara itu untuk menyerang negara Amerika Syarikat (AS).

Kedua-dua gambar itu menunjukkan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un yang berusia dalam lingkungan 30-an duduk di tepi sebuah meja yang dipercayai di dalam sebuah bilik operasi ketenteraan.

Gambar-gambar itu dirakamkan oleh agensi berita Korean Central News Agency yang melaporkan satu mesyuarat diadakan melibatkan Jong-un dengan beberapa pemimpin tentera.

Jong-un mengarahkan roket-roket berada dalam keadaan bersiap sedia untuk melancarkan serangan ke atas AS dan pangkalan-pangkalannya di rantau Pasifik.

Salah satu gambar itu menunjukkan terdapat peta yang menyatakan tajuk rancangan untuk menyerang negara AS.

Sementara itu, berpuluh-puluh ribu anggota tentera dan orang awam berhimpun di Pyongyang bagi memberi sokongan kemungkinan serangan ketenteraan dilancarkan ke atas AS.

Perhimpunan itu diadakan di Dataran Kim Il-sung yang dihadiri oleh askar-askar, bekas anggota tentera, pekerja dan pelajar yang memakai pakaian seragam tentera.

Bagaimanapun, pemimpin Jong-un tidak hadir pada perhimpunan itu.

Kelmarin, Tentera AS menghantar dua buah pesawat kalis radar B-2 Stealth yang boleh membawa senjata nuklear terbang di ruang udara Korea Selatan bagi menunjukkan kesediaannya untuk menghadapi sebarang serangan Korea Utara.

Korea Utara mengancam untuk menyerang AS dan Korea Selatan selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melakukan sekatan barangan mewah ke negara itu setelah rejim Pyongyang melancarkan ujian nuklear ketiga pada bulan Februari lalu.

Jong-un menjadi pemimpin Korea Utara selepas kematian bapanya, Kim Jong-il pada April tahun lalu. - Agensi

ATM Uji Prototaip AV8 Kereta Perisai Tempur Generasi Masa Depan

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedang menguji prototaip kereta perisai tempur generasi masa depan, AV8, yang diterimanya sebelum pengeluaran kenderaan itu dilaksanakan di negara ini, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

"Kita sudah pun menerima prototaip kereta perisai itu dan sedang menjalankan ujian.

"Kita akan bina 257 kereta perisai dengan belanja sebanyak RM7.3 bilion. Pembinaannya yang bertempat dalam negara akan memberi faedah kepada 100 syarikat tempatan,” katanya kepada pemberita pada Pameran Maritim dan Areoangkasa Antarabangsa Langkawi 2013 (LIMA 2013) di sini hari ini.

Kereta perisai yang mempunyai lapan tayar itu dibangunkan dengan teknologi Turki dan sebuah kilang akan didirikan di Malaysia untuk mengeluarkan kenderaan versi tempatan yang dikenali sebagai AV8.

Beliau berkata, kesemua pembekalan kereta perisai itu dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh 13 tahun.

Foto Nyalaan Matahari Yang Berjaya Dirakam NASA


Beginilah Keadaan Sebenar Nyalaan Api Di Permukaan Matahari Yang Berjaya Dirakam  Oleh NASA Pada 16 Mac Lalu.

Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) milik Amerika Syarikat semalam mendedahkan.

Ia menunjukkan terdapat percikan api yang terkeluar dari permukaan matahari. - AFP

[Sumber]

Masyallah!!!Benarkah pengikut Kiram Beragama Islam


Rata-rata pengganas Sulu yang ditahan oleh pasukan keselamatan sepanjang 25 hari Ops Daulat didapati tidak tahu mengucap dua kalimah syahadah walaupun mereka mengakui beragama Islam.

Menurut sumber, perkara tersebut terbongkar apabila anggota keselamatan melakukan soal siasat terhadap pengganas-pengganas terbabit yang ditahan di daerah ini dan Lahad Datu sepanjang operasi itu.

“Soal siasat yang dijalankan mendapati rata-rata pengganas tersebut mengaku diri mereka beragama Islam.

“Bagaimanapun, apa yang mengejutkan, ada dalam kalangan mereka yang tidak tahu mengucap dua kalimah syahadah.

“Tindakan itu membayangkan seolah-olah mereka yang terlibat ini tidak mempunyai asas dalam ilmu agama Islam,” katanya.

Selain itu, anggota kumpulan pengganas tersebut yang ditahan dan terbunuh juga didapati memakai tangkal pada anggota badan mereka yang dipercayai boleh menjadikan mereka kebal ketika berdepan dengan pihak keselamatan.

Sebahagian besar pengganas Sulu yang maut dan diberkas pihak berkuasa didapati memakai pelbagai tangkal yang tertulis ayat khurafat di leher, lengan, tangan dan pinggang masing-masing yang dikatakan boleh menjadikan mereka kebal.

Mengulas lanjut, sumber itu memberitahu, berdasarkan soal siasat, anggota pengganas yang ditahan itu mendakwa mereka sanggup berperang dengan pasukan keselamatan Malaysia kerana ia dianggap jihad kepada ketua kumpulan pengganas Sulu, Jamalul Kiram III.

Sumber itu menjelaskan, seorang tahanan pengganas yang berusia 25 tahun bertindak membunuh diri di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau pada 15 Mac lalu didakwa bertindak demikian atas alasan sama iaitu jihad.

“Kita telah menahan bapa si mati di balai yang sama dan dia tidak sedih dengan tindakan anaknya itu malah berbangga dan kematian anaknya itu selain membuatkan dia lebih kuat,” katanya.

Difahamkan, bapa si mati merupakan seorang berpangkat panglima dalam kumpulan pengganas tersebut dan ditugaskan melakukan keganasan di daerah ini bersama anaknya.

Punca kematian suspek yang ditahan di bawah Seksyen 130(c) Kanun Keseksaan yang dibacakan bersama dengan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) tidak didedahkan.

Untuk rekod, setakat semalam, seramai 68 anggota pengganas Sulu terbunuh dalam Ops Daulat yang dilancarkan awal bulan ini manakala jumlah yang ditahan di bawah SOSMA ialah seramai 103 orang.

Benarkah!!!Ezad Lazim Akan Menamatkan Zaman Bujangnya Hari Ini?


SEBELUM ini nama bekas vokalis band Exists yang kini bergerak secara solo, Ezad Lazim, 34, kembali hangat apabila ikatan pertunangannya dengan pengurus peribadinya Asliza Abdullah hanya bertahan selama lima bulan apabila pertunangan mereka putus sekitar November tahun lalu.

Hanya tiga bulan selepas itu, Ezad bakal menamatkan zaman bujangnya dengan seorang pengurus jualan, Nor Azeana Ramli, 34, pada hari ini di rumah keluarga perempuan di Kulim, Kedah.

Ezad yang dihubungi untuk mendapatkan pengesahan mengenai berita tersebut pada mulanya enggan membuka mulut dan ingin merahsiakan perkahwinannya kepada umum.

Bagaimanapun Ezad akhirnya membuka mulut dan memberitahu dia mempunyai sebab tersendiri mengapa tidak mahu menghebahkan hari bahagianya kepada khalayak umum. Ikuti temu bual bersamanya.

Benarkah Ezad menamatkan zaman bujang pada ini?

EZAD: Ya, memang saya berkahwin pada hari ini. Sebenarnya saya tidak tahu bagaimana berita saya akan berkahwin tersebar kerana kalau boleh saya ingin hebahkan selepas saya selamat bernikah.

Mengapa ingin menyembunyikan hari bahagia?

Saya tiada niat untuk merahsiakan perkahwinan tetapi selepas saya putus tunang, saya menjadi fobia. Sebelum ini saya bercinta dalam tempoh yang lama, kemudian bertunang pun dihebahkan pada media, tetapi akhirnya ikatan itu terputus. Saya tidak mahu perkara yang sama berulang kembali sebab itu saya mengambil keputusan untuk membuat majlis secara kecil-kecilan dan dihadiri pihak keluarga terdekat sahaja.

Apakah yang dibimbangkan jika orang ramai tahu anda berkahwin?

Bimbang tidak jadi kahwin satu hal, saya juga bimbang jika ramai yang tahu, dugaannya lagi besar. Sebelum saya selamat bernikah, saya tidak tahu apa yang akan terjadi sebab itu saya tidak mahu mengambil risiko. Saya juga akan terus bernikah tanpa sebarang majlis pertunangan. Cukuplah sekali saya putus tunang.

Khabarnya bakal isteri merupakan pilihan keluarga, benarkah?

Memang benar, bakal isteri merupakan pilihan keluarga saya. Sememangnya kami tidak berapa mengenali antara satu sama lain tetapi apa yang boleh saya katakan hubungan yang direstui keluarga lebih berkat. Bila saya fikirkan kembali, jika saya tidak mengambil peluang sekarang, mungkin umur 50 tahun pun saya tidak akan berkahwin. Rasanya lebih manis bercinta selepas berkahwin.

Apakah yang membuatkan anda tertarik kepada bakal isteri?

Umur kami sebaya dan dia sebenarnya lebih matang daripada saya. Sebelum ini saya sering bercinta dengan wanita jauh lebih muda daripada saya, bila dapat bakal isteri yang sama umur, kami mudah berkomunikasi. Dia juga amat memahami kerjaya saya sebagai artis dan ikhlas menerima saya seadanya, itu yang membuatkan saya selesa dengannya.

Bagaimana dengan kerjaya seni anda?

Alhamdulillah, banyak rezeki yang datang sehingga ada yang terpaksa ditolak kerana bertembung dengan tarikh pernikahan saya. Bulan hadapan saya akan muncul dengan dua single terbaharu berjudul Memang Salahku dan Kerana Kamu. Selain itu, saya juga akan beraksi dalam pementasan teater berjudul Hantu Ketapang pada 12 sehingga 14 April depan untuk Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Selangor.

Maut Dihempap Cerucuk Besi

Seorang lelaki maut manakala seorang lagi parah selepas tiang cerucuk besi seberat 10 tan menghempap dua kereta dalam kejadian di Jalan Lapangan Terbang Subang, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian jam 7.30 malam itu, sebuah kren yang mengangkat cerucuk besi berkenaan yang dianggarkan seberat lebih 10 tan terlepas menyebabkan ia menghempap dua kereta yang melalui kawasan kejadian.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor Mohamad Sani Harul berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu pada jam 7.40 malam dan tiba di tempat kejadian pada jam 7.53 malam.

Menurutnya, dua jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya dan Petaling Jaya dengan kekuatan anggota 14 orang.

“Ketika bomba tiba, didapati tiang cerucuk besi tumbang dan menghempap dua kereta iaitu Hyundai Sonata dan kereta pacuan empat roda Nissan.

“Dalam kejadian itu, dua mangsa terbabit dan seorang meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi parah,” katanya pada sidang media selepas tamat operasi berkenaan, semalam.

Sani berkata, mayat dan mangsa yang parah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Ayu Raudah Selamat Melahirkan Bayi Lelaki

Tahniah Diucapkan Kepada Pasangan Mohd Zaquan Dan Ayu Raudah Kerana Menyambut Kelahiran Anak Sulungnya Semalam.

Pelakon Ayu Raudhah Che Wan, 28, telah selamat melahirkan anak lelaki sulungnya pada pukul 2.17 petang semalam di Hospital Columbia, Johor Bahru. Menurut suami kepada pelakon itu, Mohd. Zaquan Adha Abdul Radzak, 26, yang juga pemain bola sepak pasukan Johor Darul Takzim, isterinya telah melahirkan bayi seberat 2.79 kilogram dalam keadaan normal. “Saya sangat bersyukur semuanya berjalan lancar dan selamat. Tiada apa yang saya harapkan selain isteri dan anak saya sihat,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Tambahnya, perasaannya bercampur antara gembira dan berdebar menanti kelahiran bayi sulungnya. “Isteri saya mengadu sakit-sakit dan telah masuk ke hospital pada pukul 11 malam semalam (kelmarin). Sebenarnya memang tarikh 29 Mac dijangka oleh doktor untuk isteri saya melahirkan anak,” ujarnya yang turut ditemani keluarga terdekat ketika berada di hospital tersebut.

Bagaimanapun, Zaquan menjelaskan, dia dan Ayu masih belum memutuskan nama yang ingin diberikan. Ayu Raudhah, adik kepada pelakon Rozita Che Wan dan Zaquan Adha mendirikan rumah tangga pada 20 Januari 2011. Ayu pernah mengalami keguguran ketika usia kandungannya enam minggu dua tahun lalu.

Pelakon Filem Harry Potter Meninggal Dunia


LONDON - Aktor Richard Griffiths (gambar) yang berlakon dalam siri filem Harry Potter meninggal dunia pada usia 65 tahun, kata seorang ejennya semalam.

Menurut ejennya, Simon Beresford, Griffiths disahkan meninggal dunia kelmarin akibat komplikasi jantung selepas dia menjalani pembedahan di Hospital Universiti Coventry, tengah England.
Dia yang memegang watak Vernon Dursley yang merupakan bapa saudara Harry Potter lakonan Daniel Radcliffe muncul dalam lima siri filem itu.

Griffiths turut dikenang oleh para peminatnya menerusi watak Uncle Monty dalam filem tahun 1987, Withnail & I. - Agensi

Friday 29 March 2013

BN Diminta Bina Kilang Jika Perintah Kelantan - Ibrahim Ali

Kerajaan Pusat akan diminta membuka beberapa kilang di Pasir Mas untuk memberi peluang pekerjaan kepada rakyat Kelantan sekiranya Barisan Nasional (BN) diberi kuasa memerintah negeri ini selepas Pilihan Raya Umum Ke-13.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali berkata, beliau berjanji melakukan perkara itu sebagai hadiah kepada rakyat dan memastikan Kelantan maju seiring dengan negeri lain di Malaysia.

Katanya, kilang pengeluaran menghasilkan komponen kereta Proton dan Perodua paling sesuai dibuka di negeri ini memandangkan ia berjaya dibuktikan dengan pembukaan kilang syarikat-syarikat berkenaan di Kulim, Kedah.

"Kerajaan Pusat akan buat stadium di Ketereh dan ini hadiah untuk penduduk di sini dan saya juga berjanji akan meminta beberapa buah kilang dibuka di Pasir Mas supaya rakyat ada kerja.

"Satu kilang jumlah pekerja sekurang-kurangnya 2,000 kalau dua kilang sudah 4,000 maka anak tempatan yang berpelajaran tinggi kita bagi jawatan tinggi yang pendidikan rendah boleh bagi jawatan biasa.

"Saya bagi contoh kereta Proton, ada 200 komponen yang dibuat oleh kilang jadi ia juga boleh dibuka di Kelantan seperti yang ada di Kulim, Kedah dan negeri-negeri lain," katanya ketika berceramah di Kedai Melor, di sini malam tadi.

Ibrahim berkata, jika BN memerintah, rakyat Kelantan akan dapat melihat perubahan besar berlaku di negeri ini bukan sahaja dalam soal kemajuan dan peluang pekerjaan tetapi juga dalam mengukuhkan institusi kekeluargaan.

Ini kerana, katanya, jumlah besar rakyat Kelantan terutama golongan muda yang berhijrah ke luar negeri secara tidak langsung merenggangkan institusi keluarga terutama hubungan antara ibu bapa dan anak-anak.

"Sekarang anak-anak muda kita berhijrah cari kerja di luar negeri, yang belajar di universiti terlalu ramai dan terus bekerja di sana sehingga berkeluarga dan berhijrah di sana.

"Ibu bapa di sini tinggal bersendirian, mahu jumpa anak-anak susah sebab jauh jadi hubungan itu semakin renggang, kalau kita berjaya bawa mereka balik ke Kelantan semua ini akan menjadi lebih baik," katanya.

MB Kedah Digesa Siasat Aksi Lucah Ahli Majlis PBT

Badan Bertindak Anti Penyelewengan Negeri Kedah hari ini mendesak kerajaan Kedah menyiasat dakwaan bahawa seorang anggota majlis
tempatan di negeri itu terbabit dalam perlakuan lucah.

Pengerusinya Khairul Anuar Ramli berkata, rakaman perlakuan lucah itu dipapar menerusi blog 1cilipadi.blogspot.com awal hari ini.

Klip video berdurasi satu minit 36 saat itu memaparkan seorang lelaki yang dipercayai anggota majlis tempatan membuka seluar dan menunjukkan kemaluannya, katanya pada sidang media di sini hari ini.

Katanya, klip video itu dipercayai dirakam melalui satu perbualan antara pemimpin terbabit dengan seorang wanita menerusi aplikasi laman sosial Facebook.

Khairul Anuar yang juga bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan Kedah berkata, lelaki berkenaan turut memegang jawatan dalam parti pakatan pembangkang di
Kedah.

"Isu ini melibatkan moral. Sebelum ini, kita mendengar dakwaan perlakuan seks pemimpin pembangkang pusat. Sekarang pula melibatkan pemimpin peringkat
cabang. Ini menunjukkan seks atau perlakuan lucah menjadi sebahagian daripada budaya pembangkang," katanya.










Penduduk Tanjung Batu Dibenar Pulang Ke Rumah Sabtu Ini

Penduduk Kampung Tanjung Batu di sini, dijangka dibenarkan pulang ke rumah masing-masing Sabtu ini selepas kampung berkenaan diisytiharkan bersih oleh pasukan keselamatan.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib bagaimanapun berkata, hanya penduduk yang mempunyai dokumen pengenalan diri sebagai warganegara Malaysia sahaja dibenarkan berbuat demikian, manakala yang tidak mempunyai dokumen akan ditempatkan di satu kawasan penempatan khusus yang akan ditentukan nanti.

"Kesemua ketua keluarga penduduk, ketua kampung, Majlis Keselamatan Negara dan Pegawai Pejabat Daerah Lahad Datu akan memasuki kampung berkenaan esok bagi menilai kerosakan dialami.

"Rombongan ini akan diiringi pasukan keselamatan bagi tujuan keselamatan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Mengapa Rakyat Perlu Tolak Pakatan Pembangkang

Rakyat perlu menolak pemimpin pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 kerana mereka mempunyai masalah integriti, kata Bekas Exco Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Abdul Ghani Harun.

Beliau berkata, persoalan moral bukan hanya salah laku seks semata-mata, sebaliknya juga berkisar kepada persoalan integriti moral.

Jelas Abdul Ghani, beliau menjadikan Pengerusi DAP, Karpal Singh sebagai contoh salah seorang pemimpin pembangkang yang mempunyai masalah integriti.

Karpal disifatkan sebagai orang pertama mendedahkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat dengan aktiviti homoseksual iaitu pada 18 Disember 1997.

Sebaliknya, pada waktu ini, Karpal antara pemimpin pembangkang yang membela Anwar bagi isu yang sama.

Pada 1997, beliau (Karpal) telah membongkarkan persoalan moral Anwar di dalam Parlimen dengan meminta Anwar membersihkan nama kerana ada dua laporan salah laku seks Anwar dengan pemandunya, Azizan Abu Bakar dan dengan isteri salah seorang pegawai Anwar sendiri.

"Karpal juga tahu soal keputusan mahkamah rayuan 2004 yang mengesahkan bahawa kejadian homoseksual di Tivoli Villa itu berlaku.

"Begitu juga beliau tahu bahawa kes keracunan arsenik adalah satu pembohongan. Ini persoalan integriti moral pemimpin yang seharusnya dinilai oleh rakyat dan sesungguhnya mereka ini tidak layak memimpin negara," katanya.

Abdul Ghani yang juga Presiden Warisan Anak Merdeka berkata demikian sewaktu menghubungi Utusan Online di sini hari ini.

Abdul Ghani turut mempertikaikan integriti Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.

Beliau (Guan Eng) tahu di dalam pemilihan Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP yang terbaharu, wujud penipuan secara disedari namun beliau membenarkan perkara itu berlaku.

"Ini jelas memperlihatkan integriti moral beliau hancur dan manusia ini tidak boleh dipercayai. Dengan ahli partinya pun beliau berbohong inikan pula rakyat biasa.

"Maka, renungkanlah nasib yang akan menimpa negara sekiranya mereka ini diangkat menjadi pemimpin Malaysia," tegasnya

Jawatan Kosong SPA Perak-480 Kekosongan Jawatan

Jawatan kosong terkini April 2013 di SPA Perak. Terdapat 480 kekosongan jawatan di SPA Perak. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun dari tarikh tutup permohonan untuk memohon jawatan kosong sebagai:-

1.PEMBANTU AM PEJABAT (Gred N1)
2.PEKERJA AWAM (Gred R1) 
3.PENGAWAS HUTAN (Gred G11)
4.TUKANG K2 (Gred R11) 
5.PEMBANTU TADBIR (KEW) / PEMBANTU AKAUNTAN (Gred W17) 
6.JURUAUDIO VISUAL (Gred N17) 
7.PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN (Gred N17) 
8.RENJER HUTAN (Gred G17) 
9.PEMBANTU LAUT (Gred A17) 
10.PEMBANTU TADBIR (P/O) (Gred N17)
11.JURUBAHASA (Gred L17)
12.PEMBANTU PERTANIAN (Gred G17) 
13.JURUTEKNIK (AWAM) (Gred J17)
14.PENYELIA ASRAMA (Gred N17) 
15.PEMBANTU MUZIUM (Gred S17) 
16.PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM (Gred S17) 
17.PENOLONG PEGAWAI VETERINAR (Gred G27) 
18.PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN (Gred G27) 
19.PEKERJA AWAM KHAS (Gred R3)
20.PEMANDU KENDERAAN (Gred R3)
21.OPERATOR LOJI (Gred R3) 
22.PENGHANTAR NOTIS (Gred N3)
23.PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM (Gred S41) 
24.TUKANG K3 (Gred R9) 
25.PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (OPSYEN BAHASA ARAB (Gred DG41)
26.PEMBANTU SYARIAH (Gred LS17) 
27.PEGAWAI SYARIAH (Gred LS41) 


Tarikh tutup permohonan pada: 12 April 2013



50 Warga Nigeria Mengamuk Di Balai Polis Jinjang

Lebih 50 warga Nigeria mengamuk di pekarangan Balai Polis Jinjang di sini malam ini dipercayai mahu menuntut bela kematian seorang rakan mereka yang dikatakan dipukul oleh penduduk tempatan.

Warga asing yang kebanyakannya pelajar kolej swasta itu berkumpul kira-kira pukul 10.30 malam sambil berteriak meminta pihak polis bertanggungjawab terhadap kematian seorang lelaki yang dikenali sebagai Solomon Okolo, 30.

Dalam kekecohan itu, seorang wanita yang dipercayai isteri Solomon dikenali sebagai Mariam tiba-tiba turut menjerit sebelum pengsan.

Difahamkan, Solomon telah dipukul penduduk kampung setelah dia dan seorang rakannya yang menaiki Proton Satria melanggar seorang lelaki tempatan yang sedang menunggang motosikal di Kampung Batu Muda dekat Kepong sebelum itu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan memberitahu, dua warga asing tersebut telah diselamatkan oleh pihak polis dan dibawa ke balai polis Jinjang.

"Ketika dibawa ke balai, kita dapati tiada kecederaan pada luaran kedua-dua warga Nigeria itu. Tetapi secara tiba-tiba salah seorang mereka rebah ketika sedang membuat laporan polis. Pihak polis telah memanggil pihak hospital dan dia disahkan meninggalkan," katanya di sini hari ini.

Pemilik Bengkel Nyaris Maut Selepas Ditembak Didada

Sabak Bernam: Seorang pemilik bengkel nyaris maut selepas cedera di bahagian kiri dadanya akibat ditembak seorang lelaki yang dipercayai menggunakan pistol jenis automatik dalam kejadian di Taman Perpaduan, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, mangsa berusia 33 tahun sedang tidur di dalam bilik utama rumah berkenaan dikejutkan apabila dua lelaki bertopi keledar masuk ke dalam biliknya.

Sebelum ditembak, mangsa dan suspek turut bertengkar dipercayai berpunca daripada perebutan kawasan pengedaran dadah di daerah ini.

Selepas berlakunya pertengkaran, suspek tiba-tiba mengeluarkan pistol dan melepaskan tiga das tembakan, satu daripadanya terkena bahagian kiri dada mangsa sebelum melarikan diri dengan menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha LC.

Mangsa yang cedera kemudian dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ), di sini, untuk rawatan kecemasan sebelum dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, untuk rawatan lanjut dan kini dilaporkan stabil.

Dari Lombok Datang Merompak

Alor Gajah: Tindakan pantas polis memberkas seorang suspek yang menyamun sebuah rumah penduduk di Air Hitam Pantai, Tanjung Bidara di sini, kelmarin, dapat membongkar kegiatan kumpulan penjenayah digelar Geng Adi.

Susulan kejadian kira-kira jam 2.15 pagi itu, operasi khas dijalankan membawa kepada penahanan enam ahli kumpulan berusia lewat 20-an dari Lombok, Indonesia dipercayai baru seminggu berada di negara ini.

Selain menemui beberapa barangan berharga, polis merampas beberapa kain bertali dipercayai tangkal azimat digunakan suspek sebagai pendinding dan kebal ketika melakukan jenayah.

Ketua Polis Daerah Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin berkata, seorang daripada mereka diberkas ketika cuba meloloskan diri sebaik menyedari kehadiran anggota polis namun gagal apabila motosikal ditunggang terbabas.

“Bertindak atas maklumat, dua anggota polis bergegas ke tempat kejadian dan mendapati dua motosikal berada berdekatan pagar sebuah ladang kelapa sawit sebelum dua suspek muncul namun terkejut melihat anggota berkenaan.

500 Rumah Hangus

Sepanggar: Kedudukan perkampungan yang jauh di dalam hutan selain ketiadaan pili bomba menyebabkan pasukan penyelamat terpaksa menggunakan air laut bagi memadam kebakaran membabitkan kira-kira 500 rumah di perkampungan setinggan atas air di Kampung Numbak, dekat sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam, api dipercayai bermula dari sebuah rumah sebelum marak cepat ke kediaman lain berikutan keadaan angin kencang dan jarak antara rumah yang berdekatan.

Kejadian itu menyebabkan 5,000 penduduk hilang tempat tinggal termasuk ada di antara mereka mengalami cedera ringan ketika cuba menyelamatkan diri dan harta benda masing-masing.

Bagaimanapun, tiada kehilangan jiwa dilaporkan.

Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Kota Kinabalu Hamsa Isnurdini berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.09 malam dan tujuh jentera bersama 50 anggota dikejarkan ke tempat kejadian.

API masih menjulang tinggi selepas kira-kira 500 rumah musnah dalam kebakaran di perkampungan atas air di Kampung Numbak, Sepanggar malam tadi

Thursday 28 March 2013

Lagi Panglima Kiram Mati Ditembak, 2 Wanita Antara Ditahan

Seorang lelaki warga emas dipercayai panglima kepada kumpulan pengganas Kiram dan pengamal ilmu hitam mati ditembak selepas menetak seorang anggota keselamatan yang menjalankan operasi penggeledahan dan pembersihan di sebuah rumah di Kampung Simunul, Semporna dekat sini hari ini.

Lelaki berusia 60-an itu dipercayai pengawal peribadi kepada orang kanan kumpulan pengganas tersebut dikenali sebagai Imam Mas yang ditembak mati dalam pertempuran pada 2 Mac lalu di kampung tersebut.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, semasa pasukan keselamatan memeriksa sebuah rumah di perkampungan itu pada pukul 8.20 pagi, secara tiba-tiba lelaki terbabit meluru keluar dari sebuah bilik yang dilihat berkunci dari dalam lalu menyerang dan menetak seorang anggota keselamatan dengan menggunakan parang.

"Anggota pasukan keselamatan kita ditetak dua kali di depan dan belakang tubuhnya. Atas faktor keselamatan, anggota tersebut sempat melepaskan tembakan yang membunuh pengganas itu.

"Anggota pasukan keselamatan itu kita tidak cedera kerana memakai pakaian perisai badan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Hamza berkata, pasukan keselamatan turut menahan enam individu, termasuk isteri dan anak perempuan pengganas yang ditembak di kampung tersebut.

Beliau berkata, kedua-dua wanita yang berusia 45 dan 30 tahun itu, termasuk seorang mengalami kecacatan tangan kini ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), manakala empat suspek lelaki ditahan atas lain-lain kesalahan.

Menurutnya, penangkapan terbaharu itu menjadikan jumlah mereka yang ditahan di bawah SOSMA ketika ini, meningkat kepada 121 orang dengan 443 tangkapan atas lain-lain kesalahan manakala pengganas ditembak mati pula seramai 68 orang.

Sementara itu, sumber memberitahu Utusan Malaysia, lelaki yang mati ditembak itu merupakan seorang yang sangat digeruni kerana mempunyai kedudukan tinggi dalam kalangan pendatang asing tanpa izin (PATI) di kampung tersebut, selain aktif dalam aktiviti keagamaan.

"Walaupun aktif dalam aktiviti keagamaan, suspek juga difahamkan turut mengamalkan ilmu hitam dan syirik terutama ramalan nombor ekor," ujarnya.

[Sumber]

Terkini!!Pengganas Kiram Menyamar Sebagai Orang Awam Diburu

Pasukan keselamatan negara akan meningkatkan lagi operasi bagi menghapuskan saki-baki kumpulan pengganas Kiram yang menyamar sebagai orang awam untuk melepaskan diri daripada ditangkap.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zain berkata, kumpulan pengganas berkenaan telah berpecah kepada kumpulan kecil dan cuba menyamar sebagai orang awam.

"Ops Daulat masih berterusan dan sebagaimana dalam tempoh empat hari ini, kita dalam usaha untuk membersihkan saki-baki pengganas dalam kawasan operasi.

"Mereka sekarang ini berpecah kepada kumpulan kecil dan cuba melarikan diri, saki-baki pengganas ini juga ada yang memakai pakaian awam dan senjata mereka telah disembunyikan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2013 di sini hari ini.

Berhubung pertempuran yang berlaku semalam, beliau berkata, sekumpulan pengganas telah dikesan dan pihaknya akan terus menjejaki mereka.

Semalam, sepucuk pistol, enam butir peluru dan sebilah parang dirampas pasukan keselamatan selepas berbalas tembakan dengan saki-baki pengganas Kiram di Sungai Bilis di Lahad Datu, Sabah.

Dalam kejadian pukul 7.30 pagi itu, tiga pengganas Kiram melarikan diri selepas melakukan serang hendap terhadap sepasukan anggota pasukan keselamatan yang menjalankan operasi pembersihan dan penggeledahan di kawasan itu.

Dalam pada itu, Zulkifeli berkata, beliau yakin kerajaan Sabah dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan mengenal pasti kawasan baharu untuk penempatan sementara penduduk Kampung Tanduo, Lahad Datu yang kini masih lagi berada di pusat pemindahan sementara.

"Kita juga telah menghantar pasukan penilaian kerosakan ke Kampung Tanjung Batu untuk menilai kemusnahan harta benda, tanaman serta haiwan peliharaan penduduk kampung.

"Dalam masa terdekat ini juga, kita akan membawa orang kampung melihat rumah masing-masing," katanya.

Wan Sharmila Sedia Akhiri Zaman Janda

WALAUPUN pernah mengalami kegagalan rumah tangga setelah tiga tahun bersama, namun bagi pelakon popular, Wan Sharmila, dia tidak pernah menutup pintu hatinya untuk berkahwin lagi.
Tidak pernah mengelak dalam berbicara mengenai kehidupan peribadinya, Wan Sharmila, 32, sebelum ini, pernah memberitahu dia tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan mana-mana lelaki.

Tetap yakin ketentuan Ilahi buat dirinya, Wan melahirkan keinginan untuk memiliki keluarga bahagia.

Mengakui dirinya kini dalam proses mengenali seseorang, dia tidak menolak untuk bergelar isteri buat kali kedua.

"Sejujurnya, kami masih lagi dalam proses berkawan dan mengenali. Namun, buat masa ini, tidak perlu didedahkan lagi siapa dia.

"Insya-ALLAH, jika ada jodoh, saya menerimanya dengan hati yang terbuka. Bagi saya, status bukanlah penghalang sesebuah hubungan dan pasti ada lelaki yang sudi menerima saya seadanya," kata bekas isteri, penerbit dan pemilik syarikat produksi Radius One, Fazli Baharom.

Setelah tiga tahun bersama, pasangan ini bercerai pada 23 Oktober 2009.

Impi sebuah keluarga

Akui cemburu dengan rakan-rakan artis yang memiliki keluarga sendiri di samping kehadiran cahaya mata, Wan turut mengimpikan momen indah seperti itu.

Menurut pelakon drama, Tipah Vavavoom ini, sebagai wanita, nalurinya pernah berdetik memiliki sebuah keluarga yang lengkap.

"Memang hidup keseorangan sangat sunyi. Bila saya tengok orang lain yang memiliki keluarga, hati saya mula tersentuh.

"Kesepian hidup itu selalu terubat dengan orang-orang di sekeliling. Lagipun, saya selalu sibuk dengan kerjaya membuatkan saya lupa seketika mengenai perkara itu.

"Namun, sampai bila saya harus keseorangan? Umur pula semakin meningkat," katanya yang bakal muncul menerusi drama terbaru, Aisya Azura.

Tiada Darah Raja

Jamalul Kiram III dan Abgimuddin Kiram tidak layak menuntut Sabah kerana mereka bukan berdarah sultan.

“Sebaliknya mereka ini hanyalah pewaris yang berstatus cucu saudara kepada Sultan Jamalul Kiram II,” tegas pengkaji sejarah dan penulis buku Kesultanan Sulu, Julasri Hajad, 36, atau Asree Sug.

Menurut Asree, sejarah menunjukkan Sultan Jamalul Kiram II hanya memiliki seorang anak perempuan dan seorang adik berlainan ibu, Raja Muda Mawalil Wahid sehinggalah kemangkatannya pada 1936.

“Raja Muda memiliki dua anak iaitu Ismail I dan Punjungan. Punjungan pula memiliki tiga anak iaitu Jamalul Kiram III, Abgimuddin Kiram dan Ismail II.

“Maka, Jamalul, Abgimuddin dan Ismail adalah cucu saudara kepada Sultan Jamalul Kiram II. Mereka ini bukan berdarah sultan sebaliknya hanyalah pewaris,” katanya.

Katanya, bagaimanapun ketiga-tiga beradik itu menetap di Kepulauan Tawi Tawi kerana ibu mereka penduduk tempatan di situ berketurunan Bajau Simunul dan berbahasa Tausuq (Sulu).

“Jamalul Kiram dan Abgimuddin tidak layak menuntut Sabah kerana mereka tidak memiliki rakyat tambahan pula sultan sebenar mesti tinggal di Jolo di Kepulauan Sulu,” katanya.

Menurutnya, Kesultanan Sulu juga tidak lagi wujud kerana rakyatnya pada 1906 memulaukan Sultan Jamalul Kiram II yang bekerjasama dengan Amerika Syarikat mengenakan cukai kepala kepada penduduk.

“Sekitar 1906 sehingga 1915, Sultan Sulu membenarkan Amerika membunuh kira-kira 5,000 penduduk di Bud (gunung) Bagsak dan Bud Dahu yang menyerang tentera mereka.

“Selepas kemangkatan Sultan Sulu, masyarakat Sulu tidak menerima mana-mana lagi sultan sehingga sekarang,” katanya menegaskan dakwaan pengganas bahawa mereka Kesultanan Sulu sebagai tidak memahami sejarah. Kata Asree, dalang pencerobohan itu dilakukan anasir luar dan difahamkan Jamalul Kiram III hanya menumpang isu pencerobohan itu untuk meraih publisiti selepas difahamkan bakal bertanding pilihan raya di Filipina.

“Pengamatan mendapati ini (pencerobohan) taktik Jamalul Kiram,” katanya.

Warga Suluk Mahu Hidup Damai

Warga Suluk yang menetap di Sabah menyokong penuh pentadbiran kerajaan dan berharap insiden pencerobohan pengganas tidak menimbulkan tanggapan buruk lapisan etnik terhadap mereka.

Penduduk Taman Warisan Bandar Lahad Datu yang berketurunan Suluk, Rahim Abdul Latip, 29 berkata, sebelum serangan pengganas, kehidupan masyarakat berbilang kaum di negeri ini aman damai.

“Di Sabah terdapat 33 etnik berkongsi keamanan di bawah naungan 1Malaysia. Sehubungan itu, insiden pencerobohan pengganas itu tidak perlu dijadikan isu untuk saling bergaduh,” katanya.

Katanya, dia menegaskan hampir semua suku kaum Suluk di Sabah menentang keras pencerobohan itu dan mahu hidup harmoni seperti sediakala.

“Kami orang Suluk dan etnik lain yakin sepenuhnya pentadbiran kerajaan. Kami semua 1Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Gabungan Persatuan Belia Silam (GPBS), Mohd Khalid Awang Sulaiman yang berketurunan India Bajau, berkata di sekitar Parlimen Silam, 18 persatuan belia membabitkan 33 etnik bersatu membentuk keamanan sejagat.