Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Tuesday 31 December 2013

Lokasi Himpunan Masih Tenang!!


Lokasi himpunan malam ini, bagi membantah kenaikkan kos sara hidup anjuran Gerakan Turun Kos Hidup (Turun) di Dataran Merdeka masih berada dalam keadaan tenang dan lengang.

Orang ramai dijangka akan memenuhi Dataran Merdeka menjelang malam, yang bertambah meriah dengan persembahan konsert 'KL New Year Countdown 2014' anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang akan berlangsung malam ini serentak di lokasi himpunan.- Bernama





Guling Kerajaan : Polis Tahan Suspek Bawa Bom Buatan Sendiri!!


Polis menahan seorang lelaki tempatan bersama-sama sebutir bom buatan sendiri di Taman Halaman, Ampang, Ahad lepas, yang dipercayai hendak diletupkan pada sambutan ambang tahun baharu.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Deputi Komisioner Datuk Abd. Rahim Jaafar berkata, bom berupa paip PVC dirampas dari suspek berumur 46 tahun ketika beliau sedang menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan pada pukul 10.25 pagi di sekitar lampu isyarat Taman Permai, Ampang.

"Suspek melarikan diri apabila menyedari kehadiran polis, namun berjaya ditahan polis apabila motosikal yang ditungganginya terbabas dan melanggar sebuah kenderaan di Taman Halaman, Ampang.

Baca Selanjutnya Disini

Monday 30 December 2013

Fazura Perli Neelofa Di Twitter?!


Pelakon dan model terkenal, Nur Fazura, 30, telah memuatnaik satu status terkini yang seakan-akan memerli seseorang rakan artis di laman Twitternya.

Bagaimanapun, kepada siapa status itu ditujukan tidak pula dinyatakan oleh Fazura namun menurut blog Abgteror ianya seakan-akan ditujukan kepada Neelofa memandangkan pelakon seksi itu kini sedang berdepan isu khalwat dengan seorang tokoh perniagaan. Berikut ialah bunyi status Fazura :-

“Rasanya sudah sampai masa orang di luar sana mengetahui perkara sebenar tentang kamu dan juga suami M seperti mana yang kami tahu. ALLAH maha besar. shameonyou.”


Peribahasa melayu mengatakan "kalau tak ada angin masakan pokok boleh bergoyang" Mungkinkah Fazura tahu satu rahsia sulit yang tidak pernah diketahui orang ramai selama ini?

Sunday 29 December 2013

Tragedi Pesta Pulau Pinang!!


Seorang kanak-kanak lelaki berumur enam tahun koma selepas terjatuh dari permainan roda berpusing di Pesta Sungai Nibong, di sini malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Ismail Idris berkata, mangsa Mohamad Khairul Naimme Abu Kassim terjatuh dari permainan berkenaan pada pukul 12.50 tengah malam.

"Kita terima laporan daripada bapa mangsa yang juga peniaga di tapak pesta itu pada pukul 4.15 pagi dan telah mengarahkan operasi permainan berkenaan dihentikan serta-merta sehingga siasatan selesai,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Beliau berkata, kanak-kanak berkenaan dipercayai mengalami kecederaan dalaman dan sedang menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang. - Bernama


Saturday 28 December 2013

Feeya Iskandar Terkilan Punggung Jadi Isu!!


Feeya atau nama sebenar Nor Shafiza Iskandar Azizan, 24, dikecam teruk peminat di laman forum sosial, baru-baru ini kerana penampilannya yang dianggap seksi dan keterlaluan ketika mengacarakan program mingguan Maharaja Lawak Mega (MLM) 2013.

Feeya berkata, cemuhan itu sesuatu yang menyedihkan berikutan sikap segelintir peminat yang mudah menjatuhkan hukum terhadap apa yang mereka lihat.

“Saya akui cemuhan itu satu tamparan dan cabaran untuk saya secara peribadi.

Kesilapan itu menjadi satu pengajaran buat saya agar lebih berhati-hati dan sensitif pada masa akan datang,” katanya.

Feeya berkata, dia berasa terkilan apabila soal imej dan penampilan itu menarik perhatian umum walaupun ia tidak keterlaluan seperti dicanangkan.

“Saya akui memakai seluar agak ketat selalunya ketika mengacarakan MLM ataupun di luar waktu kerja sebab saya selesa begitu dan itu adalah diri saya.- Bernama

Maut Selepas Terjun Daripada Tingkat Sembilan Sebuah Pusat Beli-Belah Di Jalan Imbi!!

Seorang lelaki berusia 21 tahun maut selepas terjun daripada tingkat sembilan sebuah pusat beli-belah di Jalan Imbi, di sini, kira-kira 7 petang.

Dalam kejadian itu, mangsa yang mengalami kecederaan di kepala dan badan disahkan maut ditempat kejadian. 

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad ketika dihubungi, mengesahkan kejadian berkenaan dan memberitahu kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.- MyMetro


Friday 27 December 2013

Tujuh Kanak-Kanak Hilang Sebahagian Anggota Badan Selepas Diserang Ikan Pirana!!

BUENOS AIRES: Sekurang-kurangnya 70 orang yang sedang mandi-manda di pantai Argentina cedera termasuk tujuh kanak-kanak hilang sebahagian anggota badan apabila putus jari tangan dan kaki selepas diserang sekumpulan ikan karnivor. 

Pengarah pengawal keselamatan pantai, Federico Cornier, berkata ribuan pengunjung sedang bersantai di Sungai Parana, dekat Rosario, semalam, tiba-tiba diserang ikan palometas iaitu sejenis pirana yang ebsar, rakus dengan gigi tajam. 

Paramedik Alberto Manino berkata, bantai berkenaan ditutup serta-merta namun akibat cuaca panas mencecah sehingga 100 darjah celsius, pengunjung kembali semula ke pantai. - BH

Thursday 26 December 2013

Pemilik Akaun Facebook Hasut Rakyat Gulingkan Kerajaan Ditahan!!


Pemilik akaun Facebook yang beroperasi dengan nama Asmaelz Hadzeny II yang diburu sejak minggu lepas kerana menghasut orang ramai menyertai perhimpunan untuk menggulingkan kerajaan telah ditahan hari ini, 26 Disember 2013 pada jam 11.00 pagi di Saratok, Sarawak.

"Suspek yang merupakan seorang penganggur kini dalam proses untuk dihantar ke Kuala Lumpur bagi membantu siasatan," katanya dalam catatan di laman Facebook
Polis Diraja Malaysia.

Hadi Ho berkata kes disiasat di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan iaitu cubaan melakukan sesuatu aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen.

Wednesday 25 December 2013

Rahsia Pelajar Terbongkar : Selepas Pemeriksaan Uri Masih Tertinggal Di Dalam Rahim!!

Seorang pelajar institusi pengajian tinggi di negeri ini sanggup membuang bayi itu di luar tandas berkenaan, di Batang Tiga, Tanjung Kling, di sini, malam tadi.

Difahamkan dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, rahsia pelajar perempuan berusia 18 tahun terbabit yang membuang bayinya menerusi ruang antara dinding tandas dan bumbung terbongkar apabila ibu saudaranya berusia lingkungan 60-an curiga selepas hampir sejam dia berada di dalam tandas berkenaan. 

Menurut sumber, bimbang sesuatu yang buruk berlaku ke atas pelajar berkenaan, ibu saudaranya ke tandas untuk memeriksa keadaannya dan tekejut melihat lantai dipenuhi dengan darah. 

"Pelajar itu mendakwa mengalami pendarahan kerana buasir dan dibawa ke Hospital Melaka oleh ibu saudaranya untuk mendapatkan rawatan.

"Namun, rahsia pelajar berkenaan terbongkar selepas pemeriksaan mendapati dia baru saja melahirkan dan terdapat uri yang masih tertinggal di dalam rahimnya," katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah, berkata, pelajar berkenaan ke rumah ibu saudaranya itu untuk bercuti.

Hasil pemeriksaan di luar tandas rumah berkenaan kira-kira jam 1 pagi tadi menemui mayat seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan dengan cukup sifat dan masih bertali pusat. 

"Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Melaka untuk dibedah siasat, manakala suspek kini dirawat di wad hospital sama dan akan ditahan bagi membantu siasatan.- Bernama

Tuesday 24 December 2013

Rawang Dilanda Banjir Kilat!

Berikutan hujan lebat pagi Selasa, bandar Rawang dinaiki air yang menyebabkan ribuan penduduk di sekitarnya terkandas.

Menurut laporan Bernama, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Rawang berkata hujan lebat pagi tadi menyebabkan air dari anak sungai berhampiran pusat membeli-belah Aeon Rawang melimpah ke kawasan sekitar.



“Ini mengakibatkan lalu lintas sesak teruk dari arah Jalan Batu Arang menghala ke Aeon Rawang” katanya kepada pemberita.

Beliau turut memaklumkan air mula naik kira-kira 6 pagi tadi.Berikut adalah reaksi penduduk sekitar Rawang yang turut berkongsi gambar di media sosial - bernama

ngeeeee....bahaya tol sekarang...hujan sikit2 dah banjir..nak nak plak ular ngan semut2 tu keluar dari celah2 rekahan... ngeee... geli geli...geli eden...

Monday 23 December 2013

Pawagam Tayang Filem Lucah Tiga Kali Sehari!!


Sebuah panggung di Pakistan hanya menayangkan filem lucah yang disajikan sebanyak tiga kali sehari. Panggung wayang tersebut dikenali sebagai Shama merupakan panggung wayang porno yang terletak di barat laut Pakistan.

Lokasi Shama juga merupakan kubu kuat Taliban dan militan Al-Qaeda yang memperjuangkan pemerintahan Islam.

Terdapat tiga tayangan filem porno yang dipaparkan di sebuah bilik gelap pawagam berkenaan manakala layar perak dewan utama pula dikhaskan untuk filem 'biasa'.


Pelanggan filem "klasifikasi X" itu perlu membayar wang 200 rupee (RM6.15) dan hanya dibenarkan masuk selepas mereka diperiksa seorang pengawal bersenjatakan raifal AK-47.

Di dalam bilik gelap itu pula, bau asap ganja memenuhi ruang yang menempatkan 20 barisan kerusi diperbuat daripada kulit palsu.

Semasa satu tayangan filem berkenaan, lebih separuh dewan itu dipenuhi penonton yang terdiri daripada buruh, petani dan pelajar yang datang untuk lari daripada kekangan kehidupan harian di wilayah Islam berkenaan.

Kunci kejayaan Sharma adalah tayangan filem lucah buatan tempatan yang sukar ditemui di sini atau di internet yang sarat dengan filem porno Barat.

Sebelum ini, parti politik berasaskan agama paling utama di Pakistan, Jamaat-e-Islami (JI) menuntut supaya panggung Sharma ditutup.

Namun, pawagam tersebut mempunyai pemilik yang berkuasa iaitu keluarga Bilour.Keluarga berkenaan adalah yang paling berpengaruh di sini dan merupakan teras parti nasionalis etnik Pashtun, Parti ANP.

Pawagam tersebut pernah diserang sebanyak dua kali oleh aktivis Islam termasuk pelajar JI dalam tempoh 10 tahun tetapi premis itu masih beroperasi.

Shama pernah dibakar pada September 2012 tetapi ia dibuka semula sebulan kemudian ketika umat Islam menyambut Hari Raya Korban.Panggung tersebut penuh dengan penonton pada hari berkenaan.

Bagaimana pawagam itu berjaya mengelak penapisan oleh pihak kerajaan dan gangguan Taliban menjadi misteri sehingga kini. - AFP

Saturday 21 December 2013

Wanita Skandal Adi Putra Diceraikan Talak Satu!!

Akhirnya Amiruddin Othman, mengakui sudah menceraikan isterinya secara lisan dua hari lalu, namun masih nekad meneruskan rayuan agar kes tersebut disiasat semula.

Ahli perniagaan itu yang mengakui menceraikan isterinya, Noraida Abd. Mutalib, jam 4 pagi pada 19 Disember lalu di rumahnya, di Johor Bahru itu akan memohon rayuan di Jabatan Peguam Negara dengan mengusulkan seksyen baru bagi siasatan itu.

"Kami bercerai secara baik walau kami tiada apa-apa ikatan lagi, tapi kami bersetuju untuk meneruskan kes ini demi menegakkan kebenaran," katanya.

Menurutnya, kes itu mahu diteruskan semula kerana ingin menuntut keadilan dan berasa kecewa dengan keputusan siasatan kes skandal yang melibatkan isterinya dengan pelakon, Adi Putra.

"Saya telah mengemukakan surat kepada Jabatan Peguam Negara untuk meneliti pertuduhan relevan dari Seksyen 509 kepada Seksyen 498 Kanun Keseksaan untuk membuat rayuan.

"Saya berharap pihak berkuasa menelitinya semula kerana saya rasa teraniaya dan menyebabkan rumah tangga saya runtuh," katanya yang mendakwa berasa kecewa apabila kes itu diklasifikasikan tiada tindakan lanjut.

Pada September lalu, Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 32, didakwa menjalinkan skandal dengan Nooraida dan disiasat polis selepas Amiruddin yang juga seorang ahli perniagaan dari Johor membuat aduan.

Akhbar melaporkan, pelakon KL Gangster 2 itu didakwa saling berbalas mesej dan bertukar gambar lucah dengan Nooraida walaupun baru seminggu berkenalan.

Pelakon itu dikatakan berkenalan dengan wanita terbabit menerusi laman Instagram dan kemudian mereka kerap berbalas mesej melalui aplikasi sosial, WhatsApp sejak 29 Julai lalu sehinggalah perbuatan berkenaan dihidu Amiruddin.- Bernama

Friday 20 December 2013

Eksklusif : Adakah Ini Bakal Suami Linda Onn?

Adakah ini bakal suami penyampai radio terkenal linda onn?Menurut sumber, bakal suami Linda adalah berketurunan kerabat bernama Ungku Azhar, berusia dalam lingkungan 40an.

Sebelum ini Linda mengesahkan bakal mengakhiri zaman solonya dengan seorang kerabat diraja pada 27 Disember ini dan akan mengadakan majlis secara tertutup dengan dihadiri oleh ahli keluarga terdekat sahaja. 

Apa-apa pun tahniah elya ucapkan buat linda onn.Semoga jodohnya berkekalan hingga ke akhir hayat,amin..


Thursday 19 December 2013

Gempar!! Wanita bekas pelajar Kolej Islam didakwa murtad?

Seorang wanita Islam Malaysia menyangkal sebagai fitnah dakwaan kononnya beliau menganut agama Kristian seperti yang terkandung dalam sebuah artikel yang tersebar luas di laman sosial.

Adila Hussin McGhee, 43, berkata: “Saya masih seorang Islam, saya masih percaya dengan Allah Tuhan yang Esa dan Nabi Muhammad s.a.w.

“Saya tahu apa yang baik dan buruk dalam ajaran agama. Jangan percaya fitnah orang,” katanya.

Berita mengenai wanita lulusan Universiti Kebangsaan Malaysia dari Ipoh ini, heboh dikatakan sudah murtad dalam Internet gara-gara artikel yang diterbitkan oleh sebuah badan sukarela wanita yang berkait dengan kerja amal gereja di Amerika Syarikat.

Artikel itu menyebut kononnya beliau sedia berkongsi “cerita dari hati” bagaimana beliau menganut agama Kristian semasa berada di Malaysia lagi selepas perkahwinan pertamanya gagal.

Adila yang suka melakukan kerja amal di daerah tempat tinggalnya itu, berpindah ke Virgina selepas berkahwin untuk kali kedua dengan seorang warga Amerika, dan kini tinggal di sebuah pekan kecil di daerah Richmond.

Semasa dihubungi Bernama dari New York, bekas pelajar Kolej Islam Klang, (KIK) Selangor itu menyangkal dakwaan yang beliau sudah menganut agama Kristian.

“Saya amat sedih sekali kerana nama saya diaibkan dan ini satu pembohongan tentang diri saya, saya langsung tidak pernah bertemu atau ditemu ramah oleh penulis artikel itu.

“Malah semasa saya memberi penerangan mengenai Malaysia itu, ia dihadiri oleh kumpulan wanita saja,” kata Adila yang kini menjadi tenaga pengajar Bahasa Melayu di Diplomat Language Center di Washington DC.

Adila dicap murtad oleh segelintir rakyat Malaysia yang ‘termakan’ dengan kandungan artikel berkenaan.

“Saya sedih tidak tahu nak mengadu kepada siapa apabila mengetahui mengenai perkara ini, semua orang sudah mempercayai fitnah yang mereka dengar, tanpa usul periksa.

“Saya sudah terangkan perkara sebenar kepada kedua-dua ibu bapa, dan bimbang perkara ini boleh menyebabkan anak-anak saya akan dipulaukan,” kata Adila yang mempunyai tiga orang anak hasil perkahwinan pertamanya.

Beliau berkata kerja amal beliau sudah disalahertikan.

“Saya juga ada membuat perniagaan sabun buatan tangan dan saya perlu memperluaskan pasaran untuk menjual sabun-sabun saya.

“Oleh itu saya telah pergi ke pejabat daerah berhampiran tempat tinggal saya dan mereka memperkenalkan saya kepada seorang pegawai untuk memasarkan produk saya,” katanya.

Beliau telah membuka gerai semasa hari pesta menuai di pekan kecil, Bowling Green dan gerai berkenaan bertempat di sebuah gimnasium di sebuah gereja di situ.

Dari situlah beliau mengenali penduduk tempatan yang kemudian menjemput beliau memberi ceramah untuk persatuan wanita yang ingin mengenali Malaysia.

“Saya telah memberi ceramah mengenai Malaysia bermula dari sejarah sebelum dan selepas merdeka, geografi, cuaca, ekonomi, penduduk, makanan, budaya, agama dan lain-lain.

“Saya amat terkejut kerana ramai dari mereka yang tidak tahu di mana Malaysia. Mereka cuma tahu bahawa Malaysia adalah negara Islam.

“Selain memperkenalkan tanah air kita kepada mereka, saya juga menerangkan bagaimana wanita Malaysia berjaya dalam kehidupan mereka serta memegang pelbagai jawatan tinggi di semua peringkat, dan boleh memandu,” katanya.



Adila dan suaminya F. McGhee sudah menghubungi pengurusan gereja yang menjemputnya memberi ceramah mengenai Malaysia itu, untuk berbincang tentang penulisan artikel berkenaan dan mahu pihak pengurusan berbuat sesuatu untuk membersihkan namanya.

Adila juga mendakwa gambar-gambar di laman Facebooknya termasuk gambar semasa beliau belajar di KIK turut dimuat turun dan disebarkan di laman sosial lain.

Katanya beliau juga diganggu dengan pelbagai tohmahan menerusi e-mel, teks dan panggilan telefon.

“Saya juga kesal kerana nama beberapa kawan saya semasa di KIK turut dikaitkan dalam tohmahan ini, sedangkan mereka tidak tahu apa-apa,” ujar Adila. – Bernama

Wednesday 18 December 2013

2 Pemain Pahang Mengaku Khalwat



Dua pemain bola sepak skuad Tok Gajah, Mohd Amirul Hadi Zainal dan Mohd Zaiza Zainal Abidin bersama pasangan mereka didenda RM1,000 setelah mengaku bersalah atas tuduhan berkhalwat di sebuah hotel di sini, 10 September lalu.

Hakim Syarie Abdul Wahid Md Ali menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Amirul Hadi, 27, Mohd Zaiza, 23, dan pasangan mereka, Zuraida Muhammad, 26, dan Puteri Natalya Nurul Adzween Rosly, 23, selepas mereka membuat pengakuan bersalah di Mahkamah Rendah Syariah di sini, hari ini. - AP


Sayangnya orang muda-muda dah buat hal...
Karier masih panjang....Nak jadi amereka sangat kew?


Nissan Skyline Terbakar : Seorang Wanita Dan Tiga Lelaki Maut!!


Empat maut apabila kereta jenis Nissan Skyline terbakar selepas terbabit dalam kemalangan di bulatan Kampung Pandan di sini, awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.42 tengah malam itu, kenderaan dinaiki empat mangsa terdiri daripada tiga lelaki dan seorang perempuan berusia lingkungan 20-an itu terbabas sebelum melanggar bahu jalan dan terbakar.

Difahamkan, empat mangsa yang mengalami kecederaan gagal keluar daripada kenderaan itu menyebabkan mereka terbakar bersama kereta berkenaan.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kemalangan berkenaan kira-kira jam 12.42 tengah malam.

"Beberapa jentera dengan 13 anggota bergegas ke lokasi kejadian dan tiba di kira-kira 10 minit kemudian sebelum usaha memadamkan kebakaran dilakukan.

"Pemeriksaan lanjut kemudian mendapati empat mangsa terbakar dalam kebakaran berkenaan. 

"Seorang wanita dan tiga lelaki dipercayai maut dalam kejadian berkenaan," katanya memberitahu, identiti mangsa setakat ini masih belum dapat dipastikan.- hmetro

Tuesday 17 December 2013

Al-Fatihah Buat Azean Irdawaty



Aktres veteran Azean Irdawaty, 63, dimasukkan ke hospital kira-kira pukul 11 malam pada 18 Nov lepas. Sperti yang dimaklumkan Anak sulungnya, Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Beny. 

Arwah sebelum ini sering keluar masuk hospital kerana penyakit tumor yang dihidapinya hari ini Malaysia kehilangan seorang pengiat seni yang cukup berbakat..

Al-Fatihah buat beliau.

KUALA LUMPUR: Actress Azean Irdawaty, 63, succumbed to cancer at the Universiti Malaya Medical Centre in Petaling Jaya at 8.25pm.

Azean was admitted to the Universiti Malaya Medical Centre a week ago, after her condition became worst. http://www.nst.com.my/latest/actress-azean-irdawaty-dies-1.436132

Sunday 15 December 2013

[Video] Pelajar Perempuan Dibuli Tersebar?!

Tengok segera sebelum YOUTUBE PADAM!!!
Rakaman video seorang pelajar kolej dibuli tersebar di laman sosial Facebook, sejak ia dimuat naik, pagi Sabtu.

Video tersebut sebelum ini dimuat naik di YouTube, telah dibuang dari oleh pengendali laman web video berkenaan atas kesalahan memuat naik kandungan yang bercorak mengancam, buli atau menakutkan.


Bagaimanapun video berkenaan, dimuat naik di Facebook dan tersebar secara meluas.

Rakaman video tersebut memaparkan, sekumpulan pelajar wanita sedang membuli seorang pelajar perempuan yang merupakan penuntut sebuah kolej swasta tempatan.

Pelajar berkenaan dilihat diganggu oleh seorang wanita yang berpakain berwarna ungu yang menuduh mangsa telah mencuri wangnya.

Mangsa mendakwa pelajar berkenaan mencuri duitnya kerana dia dilihat seperti ‘seorang pencuri’ dan datang dari ‘keluarga yang berkasta rendah.’

Pada minit ke-16 klip video berkenaan, pembuli didengar menghina mangsa dengan menggunakan bahasa lucah, menamparnya berulang kali serta memukul dia dengan satu botol plastik kosong.

Suspek juga dilihat menarik rambut mangsa.

Sementara rakan-rakannya yang lain dilihat hanya ketawa terbahak-bahak sambil merakamkan kejadian buli berkenaan dengan menggunakan telefon bimbit.

Pada satu ketika, ketua kumpulan buli berkenaan mencari dilihat mencari objek untuk memukul mangsa namun ia berjaya ditahan oleh seorang pelajar perempuan lain.

Insiden berkenaan dipercayai berlaku di bilik asrama kolej berkenaan.

Ketua kumpulan berkenaan kemudiannya menelefon ibunya dan memberitahu situasi yang berlaku melalui pembesar suara.

Ibu pelajar berkenaan kemudiannya berkata kepada mangsa “Saya akan tumbuk muka anda’ dan “Saya akan dapat ke asrama dan mengajar anda di sana”.

Mangsa yang tidak berdaya itu dilihat menangis dan akhirnya meminta maaf serta mengakui dia melakukan kesilapan.

Walaupun mangsa memohon maaf, aksi dalam video berkenaan bertukar ganas apabila seorang lagi pelajar yang memakai baju berwarna hitam dilihat mula memukul mangsa. Mangsa yang sebelum ini hanya berdiam diri, cuba melawan balik namun tidak berjaya.

Rakaman video tersebut berakhir dengan adengan pembuli meningatkan mangsa agar berhati-hati dan tidak bertindak di luar batasan kerana akibatnya sangat buruk.

Sehingga berita ini ditulis, pihak pengurusan kolej tidak dapat dihubungi untuk mengulas mengenai isu berkenaan. - bernama


Kesiannya......

Saturday 14 December 2013

Barisan Nasional Punca Jenayah Pulau Pinang Meningkat?!

Setelah terpaksa meminta maaf kepada Ketua Pembangkang Datuk Jahara Hamid ekoran isu ‘Nenek Rasis”, Lim Guan Eng seperti mahu membalas dendam apabila mengaitkan kedudukan buruk Malaysia dalam laporan Integriti Kewangan Global (GFI) dengan Barisan Nasional (BN).

Dakwaan dangkal Guan Eng mendorong Jahara bingkas bangun mencelah dan membidas tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang mengaitkan perkara tersebut dengan BN.Ketua Menteri Pulau Pinang itu ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2014 mendakwa Malaysia di tangga keempat dari segi pengaliran keluar wang haram dan paling tinggi di dunia dari segi per kapita berdasarkan GFI tanpa mengetahui instrumen yang diguna pakai oleh agensi tersebut.

Jelas Jahara, terdapat tiga faktor utama digunapakai oleh GFI dalam laporan mereka yang menyumbang kepada aliran keluar wang haram iaitu aktiviti jenayah, lari dari cukai dan rasuah.

“Mengapa nak bebankan perkara seperti ini ke atas bahu BN, walhal kebanyakannya berlaku mungkin berkaitan dengan jenayah komersial, berlaku adil kalau mahu menuduh,” kata ADUN Teluk Air Tawar itu. [artikel penuh]

*Gambar tangan takde kene ngene :P

Friday 13 December 2013

@HishammuddinH2O Wah!!! Rasa Nak Cium-cium pipinya


Morning..

Wahhdaappp peps..Jangan nak jelley pagi pagi ini okkay~

Uolls...Bikin suspen jep i pagi jumaat ini, ini i nak share satu story mory in morning glory gitu pagi ini, Berkenaan Menteri Pertahan Malaysia kita ine. Yelah baru baru ini kecoh beliau ditahan wad dan direhatkan atas alasan masalah jantung. Hope Dato Seri segera sembuh hendaknya yelah duk hisap rokok tu la penyumbang..kan dah sakit.

Comelnya Cucu Dato Seri Hishamuddin ini rasa nak cium-cium pipinya

I follow gak cerita cerita pak-pak menteri ni tapi..banyak tak masuk kepala banyak sangat kesnya dua tiga menjak ini sampai nak tulis pon jadi suam suam kuku je semangatnya. tapi tadi i saja usha twitter ternampak la pak menteri kita duk timang anak kecil yang baru lahir ini.

Penatnya Hapdate uolls! ..Jangan kata i nak cium pak menteri kang mau dilibas dek Datin Seri..ya ampunnn....

Semoga Dato Seri Hishamuddin dan family happy akan anugerah ini dan sehat sejahtera selalu hendaknya.


Anyway i buat post ini pun just nak wish pada Dato Seri..nak cakap direct kat twitter tu maloooooo hik hik hik Hope dia baca la..... Tahniah Datuk + Datok Seri..hehehe..

bye uolls~ Happy Friday <3

Thursday 12 December 2013

Rabecca Guna Wang RM1 Bantu Mangsa Banjir!!


Pelakon Rabecca Nur Al-Islam yang menang kes saman ke atas Erma Fatima menggunakan wang yang dimenanginya untuk membantu mangsa banjir di Kuantan, Pahang.

Rabecca, 23, berkata, wang sebanyak RM11,200 yang dibayar oleh pengarah filem itu dengan menggunakan not RM1 sebanyak 11,200 keping dihantar ke pejabat peguamnya kelmarin.
"Peguam saya telah menghubungi saya dan memberitahu mengenai wang tersebut. Saya kemudian meminta peguam saya supaya menghantar terus wang itu ke bank dan dimasukkan ke dalam akaun saya.
"Setelah wang tersebut diperoleh, saya terus mengajak beberapa orang rakan untuk membeli-belah di pasar raya Giant di Bukit Antarabangsa dan Mydin di Subang Jaya. Kami membeli pelbagai barangan keperluan seperti biskut dan air untuk diagihkan kepada mangsa banjir di Kuantan," kata artis itu ketika dihubungi semalam.Kosmo! 

Ema Fatima Buat Hal Lagi

KALI ini menggunakan wang berbentuk RM1 pula. Drama bayar saman ke atas pelakon Rabecca Nur Islam (Becca) oleh pengarah drama Dejavu Di Kinabalu nampaknya tak ada kesudahan.


Sebelum ini Erma membayar wang tuntutan Becca yang berjumlah RM11, 200 menggunakan wang syiling 5 sen dan senaskhah al-Quran.

Becca yang tidak berpuas hati dengan bayaran mengunakan syiling 5 sen telah memulangkan duit itu.

Namun Erma nampaknya tidak mahu mengalah dalam isu ini membayar kembali kepada Becca dengan menggunakan wang RM1 pula.

Becca menerusi Instagram miliknya bagaimanapun mengucapkan terima kasih kepada Erma.

"... tidak mengapa jika cara itu dapat boleh memuaskan si hati insan bernama Fatimah Rahmad.

"Terima kasih yang tak terhingga kepada Puan Fatimah Rahmad, ALLAH SWT sahaja yang dapat membalas kebaikan mahupun keburukan," tulis Becca di laman sosial miliknya.


Untuk rekod, saman itu adalah kerana kegagalan pihak produksi melunaskan baki bayaran untuk drama Dejavu Di Kinabalu yang dibintangi Becca.Kes itu yang dibawa ke mahkamah kemudiannya memihak kepada Becca dan Erma diarah untuk membayar baki berjumlah RM11, 200.-sinarharian

Wednesday 11 December 2013

Rosmah Bukti Ada Menteri Tak Buat Kerja?!

Keaktifan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dalam persada politik bukan untuk menggantikan peranan Kabinet.

Timbalan Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa (MPN), Profesor Dr Jayum Jawan berkata apa yang dilakukan Rosmah adalah sekadar membantu serta mewakili suami dalam perkara tertentu.



Menurutnya, menteri Kabinet tidak perlu terasa hati dengan tindakan isteri pemimpin nombor satu negara itu.

"Saya lihat apa yang dia lakukan bukan untuk menggantikan peranan menteri, tapi beliau hanya mahu membantu atau mewakili tugas suaminya.

"Menteri jangan kecil hati," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Jayum juga berkata, usaha Rosmah dalam kebajikan masyarakat juga adalah perkara yang baik untuk membantu masyarakat dalam peranannya.

Semalam, bekas Ketua Pengarang Kumpulan News Straits Times Press (NSTP), Datuk A. Kadir Jasin hari ini menggesa Datuk Seri Najib Razak mengkaji semula peranan menteri-menteri Kabinet selain melantik Datin Seri Rosmah Mansor sebagai menteri.

Katanya, melalui pelantikan itu, tiada pihak yang boleh membantah campur tangan Rosmah atau menuduh Najib dan anggota Kabinet menyalahgunakan kuasa dengan membenarkan penggunaan kemudahan kerajaan.

“Saya dah berbuih mulut mencadangkan agar Rosmah masuk politik dan dilantik menjadi menteri. Malah ke jawatan Perdana Menteri jika mendapat kepercayaan rakyat jelata.

“Walaupun pilihan raya umum telah berlalu, Najib dan penyokong Rosmah masih boleh melakukannya dengan melantik beliau sebagai senator dan seterusnya menteri. Jawatan yang sesuai bagi beliau ialah Menteri Tugas-Tugas Khas,” katanya dalam tulisan di blognya bertajuk “PAU 2013: Antara Cinta dan Jasa”.

Suhubungan itu, apabila diminta mengulas mengenai tulisan A.Kadir itu, Jayum berkata, perkara itu tidak perlu ditulis.

Dalam pada itu, Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, Rosmah tidak perlu untuk memegang mana-mana jawatan dalam Kabinet kerana beliau mempunyai peranan yang tersendiri.

Katanya, kehadiran Rosmah dalam banyak majlis tertentu adalah salah satu peranannya sebagai isteri kepada pemimpin nombor satu negara.

"Rosmah ada peranannya yang tersendiri. Dia sebagai isteri Najib akan memberi semangat kepada Najib," ujarnya.

Selain itu, Azizuddin juga berkata untuk melantik Rosmah menjadi salah seorang menteri di Kabinet adalah tidak sesuai.

"Kita tak ada tradisi macam itu, nanti wujud pula Kabinet mengamalkan nepotisme," katanya lagi.- Sinar

[Penting] Apa Yang Perlu Dilakukan Jika Kereta Ditenggelami Air Banjir?


Apa Yang Perlu Dilakukan Jika Kereta Ditenggelami Air Banjir? (VIDEO)

Seorang pemilik bengkel kereta, Mohd Roslan Dol dari Kuantan Pahang yang hampir 20 tahun berpengalaman dalam membaiki kenderaan menasihati agar jangan sekali-kali dihidupkan kenderaan tersebut apabila ditemu bual oleh Awani.

Perkara lain yang perlu periksa adalah minyak gear kerana perlu dipastikan minyak gear tersebut tidak bercampur dengan air. Walaubagaimanapun adalah menjadi satu amalan yang baik jika minyak gear dan minyak enjin diganti sahaja bagi memastikan kelancaran enjin kenderaan.- arenakereta





i copy+paste artikel nie hehehe..i mana reti bab kete nieeee...pakai myvi cabuk i tu pon harapkan abam workshop ensem tu jep suh tukar minyak ikut date dia kasi..tapikan..harap harga servis engin dan cuci tu berpada-padalah..jangan ada cuba cekik darah..lain la macam kereta import tu..kena panggil pakar kan kan kan?

Banjir Pahang, Johor dan Terengganu Kian Surut!

KUALA LUMPUR - Keadaan banjir di Pahang, Johor dan Terengganu semakin reda petang ini dengan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat-pusat pemindahan semakin berkurangan. 

Di KUANTAN, hampir separuh mangsa banjir yang direkodkan di Pahang pagi tadi telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing dengan jumlah berkurangan kepada 7,582 orang petang ini, berbanding 12,579 orang.

Menurut Jucucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, sehingga 4 petang ini, terdapat 1,791 keluarga yang ditempatkan di 110 pusat pemindahan dari 96 penempatan di lapan daerah yang terjejas banjir.

"Pekan menempatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 3,243 orang di 36 pusat pemindahan," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Mangsa banjir di Kuantan yang berjumlah seramai 6,454 orang pagi tadi telah berkurangan kepada 2,061 orang yang ditempatkan di 21 pusat pemindahan manakala Temerloh (884 orang di 19 pusat pemindahan), Maran (699 di 15 pusat), Jerantut (329 di sembilan pusat), Bera (317 di tujuh pusat), Rompin (33 di dua pusat) dan Lipis (16 di satu pusat).

Sementara itu, satu jalan utama di Km14 Jalan Temerloh-Triang masih ditutup kepada semua kenderaan.

Di JOHOR BAHARU, mangsa banjir yang masih berada di pusat pemindahan di Segamat semakin berkurangan dengan seramai 266 orang daripada 63 keluarga berada di enam pusat pemindahan petang ini berbanding 273 orang daripada 64 keluarga pagi tadi.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor ketika dihubungi berkata sehingga pukul 4 petang, seramai 28 orang masih berada di Sekolah Kebangsaan Spang Loi, Balai Raya Gemereh IV (66 orang), Balai Raya Pogoh 2 (45 orang), Sekolah Agama Kampung Kuala Paya (26 orang), Balai Raya Kampung Tandong (85) dan Balai Raya Kampung Sanglang (16).


"Hujan renyai di kesemua kawasan terjejas itu dan keadaan 'banjir termenung' menyebabkan kesemua mangsa belum boleh pulang ke rumah masing-masing," menurut jurucakap itu.

Di KUALA TERENGGANU, banjir gelombang kedua melanda daerah Hulu Terengganu hari ini menyebabkan 317 mangsa daripada 77 keluarga dipindahkan setakat 3 petang ini.

Mereka ditempatkan di tujuh pusat penempatan iaitu Balairaya Kampung Tapah, Surau Tok Lawit, Balairaya/Masjid Kampung Sekayu, Kampung Baong, Kampung Landas (rumah keluarga), Balairaya Kampung Cheting dan Surau Kampung Gerdong. 

Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN), mangsa mula dipindahkan kira-kira 9 pagi hingga 2 petang ini setelah kawasan kediaman mereka dinaiki air.

Beliau berkata pada umumnya banjir di Terengganu semakin beransur baik iaitu seramai 12,460 mangsa masih berada di 41 pusat pemindahan petang ini berbanding 14,609 pada sebelah pagi.

Di Kemaman, mangsa yang dibenarkan pulang hari ini seramai 2,149 daripada 13,335 mangsa dicatatkan sebelah pagi tadi dengan melibatkan 37 pusat penempatan.

Di Dungun masih terdapat 1,249 mangsa banjir yang ditempatkan di tiga lokasi pusat pemindahan berbanding 1,251 pada sebelah pagi tadi manakala di Marang hanya berbaki 10 orang di satu lokasi pusat penempatan daripada 23 mangsa pada pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran peringkat jingga di seluruh Terengganu dan Kelantan kecuali daerah Gua Musang. - Bernama

Monday 9 December 2013

Anwar Lesap Ketika Malaysia Dilanda Banjir


Amtrak (train) New York to Washington DC with Ihsan

Beginikah contoh pemimpin pembangkang?dah dengan MP Foziah pon masuk angin...emm..contohilah Tengku Mahkota Pahang dan Tengku Puan Pahang langsung tidak berasa kekok untuk turut serta mendekati dan bersama membantu rakyat yang dalam kesusahan. 

RESPEK !! Tengku Puan boleh memasak untuk rakyat dan Tengku Mahkota pula boleh turut sama mengagihkan makanan. Tiada perasaan jijik dalam diri mereka kerana bagi mereka rakyat adalah sebahagian dari hidup mereka.


Sunday 8 December 2013

Ustaz Azhar Idrus Dilabel "Ustaz Sampul"?

Semua ajk masjid kek Msia, korang sini jap. Mulai arini korang tak payah bayar satu se pun kpd ust-ust yg mengajar dlm masjid korang. Hatta duit minyak kereta sekalipun. Dan lakukan pekara ini kpd semuo ust termasuklah Ust Kazim Elias, Ust Akil Hayy, Ust Azhar Idrus & Ust Ali Abu.

Tgk diorg dtg berceramah/berkuliah/mengajar atau tidak slps ni? Kalau dtg, kito respek. Kalau tak dtg, sila label mrk sbg "Ustaz Sampul". Bukan kito tak tahu yg ajk masjid ni bayar mahal kpd ust2 yg mengajar dlm masjid ni pakai duit derma tabung masjid. Kenkadang duit derma tabung masjid tu habis semato-mato membayar mrk. Mako fungsi tabung masjid menjadi terhad. Lalu tabung masjid tidak lagi berfungsi utk membantu homeless, org-org miskin & org-org yg dlm kesusahan seperti mangso banjir.

orang bilang ado berapo masjid kek Kuantan? Kalau semuo masjid kek Kuantan keluarkan sumo duit tabung masjid utk bantu mangso-mangso banjir skrng, mako 3/4 masalah mrk akan setel. Pecayolah ckp den. Ini tidak, simpan duit tabung masjid semato-mato nak bayar ceramah Ust. Azhar Idrus. Jadi jgn marah brader kalau terjumpo org Islam masuk gereja memohon bantuan sang paderi. Kpd para ust, cukup-cukup la jadi 'ust sampul'.

Sara hidup korang dgn bekeje sendiri. Ini korang kayo-rayo makan upah mengajar dlm masjid. Tak malu kor muko korang? Berbuih mulut korang suruh ikut ajaran nabi kpd para jemaah tapi korang sendiri tolobih dahulu mengabaikan ajaran nabi. Nabi mengajar & berdakwah tanpo meminta satu sen pun drpd para sahabat, penduduk Madinah & Mekah. Tapi korang mengajar & berdakwah siap letak tando hargo. Tgk imam 4 mazhab. Kesemuo mrk tidak meminta upah bilo mengajar & berdakwah. Mrk menyara idup dgn bekeje sendiri. Prnh korang dgr Imam Syafie mintak duit slps mengajar dlm masjid? Ini tidak, ado satu ust tu slps popular mengajar agamo dlm tv, skrng amik upah jadi model jam tangan la pulak. Kepalo abah kau!



Sumber : KLIK facebook

Bongkak betul manusia ini...dia samakan zaman ulama dulu2 yang berdakwah dengan zaman sekarang kalau nak pergi perlis ke johor pon kena tuang minyak dan bayar tol..itu belom lagi kos penginapan atau makanan..biul sungguh makluk ini...

Wednesday 4 December 2013

TNB Diingatkan Supaya Lebih Prihatin Kepada Nasib Rakyat @KhairyKJ


Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin hari ini mengingatkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) supaya lebih prihatin kepada nasib rakyat dan tidak hanya memikirkan mengenai keuntungan sahaja.

Menurut Khairy yang juga merupakan Menteri Belia dan Sukan, kenaikan tarif elektrik tersebut tidak setara dengan peningkatan kos bahan api yang hanya menguntungkan TNB.

Katanya, kenaikan ini kelihatan seperti mementingkan kantung pemegang saham, bukan rakyat jelata.

"Sekarang rakyat dan komuniti perniagaan pula mengeluh tentang tarif elektrik yang akan naik awal tahun depan.

"Namun kita difahamkan bahawa peningkatan tarif elektrik ini bukan sekadar untuk menampung peningkatan harga bahan api, tetapi juga bagi menambahkan laba keuntungan TNB yang sudah berbilion ringgit.

"... oleh itu kepada TNB dan juga GLC-GLC yang lain, Pemuda mendesak janganlah terlalu mementingkan prestasi kewangan semata, tanggungjawab kepada rakyat jangan sesekali dilupa," katanya ketika memberi ucapan dasar sempena Perhimpunan Agung Umno di PWTC hari ini.

Ucapan Khairy itu mendapat tepukan gemuruh perwakilan.- Bernama