Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Wednesday, 11 September 2013

Gempar!!Tapak Projek Pangsapuri Mewah Runtuh!!!


KUALA LUMPUR - Ribuan penduduk di sekitar Desa Pandan, gempar dan bimbang apabila berlakunya tanah mendap di tapak projek pangsapuri mewah di Jalan 4/76 Desa Pandan, menuju ke Jalan Tun Razak, malam kelmarin. semalam.

Kejadian yang dipercayai akibat hujan lebat petang itu, turut menyebabkan sebahagian jalan yang terletak di hadapan tapak projek pangsapuri servis 23 tingkat dan 474 unit itu mendap.

Kedudukan tapak projek yang juga sebuah bekas kawasan lombong itu berdekatan dengan kawasan perumahan Pangsapuri Delima dan kira-kira 100 meter dari Sekolah Kebangsaan Desa Pandan.

Ahli perniagaan, Che Din Che Hassan, 29, berkata, ketika itu dia berada di apartmennya, terletak kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian.

Kira-kira jam 8 malam dia terdengar bunyi bising dari arah jalan utama, termasuk jeritan daripada jiran-jiran mengatakan ada bangunan runtuh.

“Saya terkejut dan terus berlari keluar. Saya tengok sebahagian tapak projek itu mendap dan jalan raya pula merekah.

“Mulanya rekahan kira-kira 500 meter itu kecil saja tetapi makin membesar beberapa jam kemudian.

Rahsia Bungkusan Teh Cina Terbongkar!!!


Tembelang lima individu termasuk seorang wanita menjadikan dua buah rumah sebagai stor menyimpan pelbagai jenis dadah terbongkar apabila kesemuanya diberkas bersama pelbagai jenis bahan khayal tersebut yang bernilai RM50 juta di Cheras dan Kajang semalam.

Dadah jenis syabu, heroin dan pil ekstasi yang kesemuanya seberat 277.28 kilogram tersebut dirampas selepas polis menyerbu dua buah rumah di Taman Gemilang, Cheras dan Bandar Sungai Long, Kajang bermula pada pukul 8.45 malam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, suspek yang merupakan anggota sindiket dadah antarabangsa tersebut berusia antara 26 hingga 57 tahun.

Katanya, kesemua dadah tersebut diseludup dari Myanmar ke Malaysia sebelum dihantar ke Australia dan beberapa negara jiran.

[Sumber]