Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Monday, 4 January 2016

AMANAH Cuba Guna Anak Allahyarham TG Nik Aziz

AMANAH makin terdesak dapatkan sokongan!

Nik Omar Nik Abdul Aziz menafikan penyertaan beliau dalam Parti Amanah Negara (Amanah) seperti mana yang dilaporkan portal berita.

Anak kedua bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu, namun tidak menolak kewujudan kepelbagaian parti, termasuk kehadiran parti Amanah dalam sistem politik tanah air.

Menurutnya, beliau lebih suka kepada gagasan penyatuan ummah dengan masing-masing membawa pendekatan meraikan satu sama lain.

“Ambo (saya) tidak terlibat, ambo bawa pandangan masing-masing, kena terima kewujudan dan menghormati satu sama lain,” katanya kepada Sinar Harian.

Dalam majlis makan malam Amanah Kelantan di Petaling Jaya semalam, Pengarah Komunikasi Amanah Kelantan Nordin Hussin mengumumkan Nik Omar dilantik sebagai Pengerusi Panel Syariah Amanah Kelantan.

Ditanya kenyataan itu bermaksud beliau menolak perlantikkan itu, Nik Omar yang juga Pengetua Mahaad Tahfiz Darul Annuar di Pulau Melaka berkata, beliau sama sekali tidak terlibat.

Dalam masa yang sama, Nik Omar turut enggan mengulas ketika ditanya dakwaan mengatakan beliau telah menyertai parti itu dengan menggunakan nama samaran.

Nik Omar sebelum ini seringkali dikaitkan dengan Amanah setelah beberapa kali hadir dalam majlis anjuran parti serpihan Pas itu beberapa bulan lalu.

Sementara itu, Pengerusi Amanah Kelantan, Datuk Wan Rahim Wan Abdullah ketika dihubungi enggan mengulas perkara itu.


Nik Omar Nik Aziz buka mulut dengan Sinar Harian

Friday, 25 December 2015

Teori naik turun harga barang

Teori naik turun harga barang - ia bukan disebabkan menteri atau parti yang memerintah. 

Soalan bantahan:- Menteri bukan ke ada kuasa turunkan harga barang barang? 

Jawapan:- Kalau menteri arah turun harga sampai tak menguntungkan, camana nak jual? Tak logik lah jual barang kalau tak untung. Jadi supaya barang diedarkan, harga yang ditetapkan itu mesti dapat untung juga. Kerana itu terpaksa dibenarkan kenaikan harga kalau pilihan lain tiada pengedaran barang barang langsung. Menteri bukan ada kuasa mutlak dalam menetapkan harga. 

Contohnya satu barang dibeli oleh peniaga dengan harga rm 2.00 menteri arah jual rm 1.00 siapa lah yang boleh ikut arahan itu? 

Yang menteri boleh arah ialah barang itu ditetapkan tidak lebih dari rm 3.00 sedangkan tanpa kawalan, harga boleh mencecah hingga rm 5.00 Macam tu menteri boleh guna kuasa menurunkan harga barang. http://www.investopedia.com/ask/answers/033115/how-does-law-supply-and-demand-affect-prices.asp

*Gambar Hiasan