Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Sunday, 23 February 2014

Tiga lori tangki air tentera atas arahan H2O @HishammuddinH2O


Sebanyak tiga lori tangki air tentera dihantar ke Balakong bagi menangani krisis air di beberapa kawasan perumahan dekat sini.

Pegawai penyelaras, Mejar (B) Abdul Rahim Mohd Amin berkata bantuan itu diagihkan kepada 20 kawasan perumahan membabitkan 35,000 penduduk. 

“Tangki berkenaan akan ditempatkan di Taman Impian Ihsan Balakong sehingga keadaan pulih. 

“Seramai 20 anggota tentera ditempatkan di kawasan berkenaan bagi membantu kawasan yang terjejas. Ini lebih kepada usaha dalam membantu pihak SYABAS (Syarikat Bekalan Air Selangor) membekalkan air kepada penduduk di sekitar Selangor,” katanya ketika ditemui BH di sini, sebentar tadi. 

Semalam, SYABAS menghantar 12 tangki air di kawasan perumahan sekitar Balakong apabila musim kemarau menyebabkan paras air mentah di kawasan takungan turun. - BH


Terima kasih kepada menteri pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein kerana prihatin dengan masalah rakyat Selangor pada ketika ini.seperti mana yang kita ketahui masalah air ini adalah berpunca akibat musim kemarau yang berpanjangan.

Dengan bantuan tiga lori tangki air ini dapat lah membantu sedikit sebanyak rakyat selangor bagi menjalani aktiviti seharian. Sikap membantu rakyat dengan kadar segera ini perlulah dicontohi oleh semua pihak bagi tujuan kesejahteraan rakyat...

Pray 4 Selangor..peace~!!

Saturday, 22 February 2014

5 Tips Keselamatan Wanita #infomasi

Sesuai untuk peringatan kepada kaum hawa.

1. Apa yang perlu seorang wanita lakukan jika dia mendapati dirinya berada dalam situasi dimana dia berada bersama seorang lelaki yang mencurigakan sewaktu menaiki lif di sebuah apartment pada lewat malam?

Pakar memberitahu: Masuk lif dan tekan butang setiap tingkat sehingga ke aras rumah anda. Tiada siapa akan berani menyerang anda didalam lif yang berhenti di setiap tingkat.

2. Apa yang perlu seorang wanita lakukan jika dia mendapati seorang yang tidak dikenali menceroboh masuk dan cuba menyerangnya sewaktu bersendirian di dalam rumah?

Pakar memberitahu: Lari ke dapur. Anda tahu di mana serbuk cili atau kunyit di simpan. Atau di mana pisau dan pinggan berada. Semua benda tersebut boleh bertukar menjadi senjata yang berbahaya. Lempar segala peralatan dapur ke arah penyerang. Biarkan ia pecah dan jerit sekuat hati. Ingat, bunyi adalah musuh kepada si penyerang kerana dia tidak mahu ditangkap.

3. Apa yang perlu seorang wanita lakukan jika dia terpaksa menaiki teksi pada waktu malam?

Pakar memberitahu: Sebelum masuk ke dalam teksi tersebut, ambil nombor pendaftarannya. Gunakan telefon bimbit anda untuk menghubungi keluarga atau rakan anda dan berikan mereka butiran teksi itu dalam bahasa yang difahami oleh pemandu teksi. Walaupun tiada siapa yang menjawab panggilan anda, anda boleh berpura-pura berbual dengan seseorang. Pemandu itu kini tahu seseorang telah mempunyai maklumat yang cukup dan dia akan berada dalam masalah yang serius jika terjadi apa-apa kepada anda. Dia kini terikat untuk memastikan anda sampai ke destinasi dengan selamat. Dari berpotensi sebagai penyerang, beliau kini telah menjadi faktor pelindung anda!

4) Bagaimana jika pemandu teksi menukar jalan yang dia tidak sepatutnya lalu dan anda berasa sedang memasuki zon bahaya?

Pakar memberitahu: Gunakan tali beg tangan anda untuk menjerut leher pemandu tersebut dan tarik ke belakang. Dia akan berasa tercekik dan tak bermaya dalam beberapa saat. Dalam kes jiika anda tidak mempunyai beg tangan yang bertali, tarik kolar baju pemandu tersebut. Bahagian atas bajunya juga akan menghasilkan kesan yang sama.

5. Apa yang perlu seorang wanita lakukan jika dia berasa dirinya sedang diekori pada waktu malam?

Pakar memberitahu: Masuk kedalam kedai atau premis berhampiran yang terang. Jika kedai-kedai tidak dibuka pada waktu malam, masuk ke dalam ATM berhampiran. ATM merupakan tempat yang mempunyai pengawal keselamatan. Mereka juga dipantau oleh litar televisyen tertutup. Kerana takut dicam, tiada siapa akan berani menyerang anda.

Model lakonan semata-mata

"Sentiasa berjaga-jaga adalah senjata yang paling baik buat diri wanita."

Mohon sebarkan kepada semua kenalan wanita dalam jagaan anda. Menyebarkan info sebegini adalah usaha yang paling kurang kita boleh lakukan untuk tujuan sosial dan moral demi keselamatan wanita...Peace <3