Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dimasukkan ke sebuah hospital swasta hari ini selepas mengalami masalah saluran arteri yang sempit.
Setiausaha Akhbarnya Azmi Akop berkata doktor telah menjalankan prosedur angioplasti pada 3 petang ini, semuanya berjalan dengan baik dan keadaan Hishammuddin, 52, stabil.
"Beliau dimasukkan ke hospital berkenaan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan pada tengah hari tadi, dan telah diminta untuk berehat oleh doktor yang merawatnya," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Beliau bagaimanapun kurang pasti sama ada Hishammuddin akan menyertai Persidangan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini yang berlangsung mulai hari ini hingga Sabtu.
"Segalanya bergantung kepada tahap kesihatan Naib Presiden Umno itu dan atas kebenaran doktor yang merawatnya," katanya. - Bernama
* Semoga Ds.Hishamuddin Cepat Sembuh..Insyallah..
Bimbang juga. Hishamuddin nampaknya macam arwah Tun Razak, sembunyikan penyakit. Semoga cepat sembuh...
ReplyDeleteKita harap Datuk Hisham dapat hadir PAU. Kehadirannya dinantikan khasnya selepas pemilihan parti baru baru ini.
ReplyDeleteAda orang fikir mudah jadi pemimpin. Susah ooo...diri sendiri dan keluarga kadang kadang terabai.
ReplyDeleteSetakat ini belum nampak lagi Hishamuddin di PWTC. Harap semoga cepat pulih dan dapat terus bertugas.
ReplyDeleteYa Allah.....peliharailah hamba mu ini dan rahmati dia serta keluarganya. Jadikan dia hamba yang sabar dengan segala dugaan Mu.......Aminnnn
ReplyDeleteInsyaallah. Selepas ini Datuk akan tampil lebih gagah dan yakin.
ReplyDeleteSaya tahu penulis ini adalah orang muda. Alangkah baiknya jika lebih ramai anak muda menghargai pemimpin.
ReplyDeleteHishamuddin telah mengarahkan ATM segera membantu mangsa banjir di Pahang dan Terengganu. Bekerja walaupun berada dalam rawatan.
ReplyDelete