Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Thursday 2 July 2015

Jemaah Haji Tambang RM100 Untuk Satu Kilometer?!


Makkah: Motosikal menjadi kenderaan amat penting di Makkah sepanjang Ramadan ini kerana mudah ditunggangi dan boleh menyelit di tengah kesesakan pusat bandar raya ini, khususnya kawasan sekitar Masjidil Haram.

Walaupun jumlah pengangkutan awam yang disediakan untuk jemaah umrah berulang-alik dari hotel ke masjid berkenaan mencukupi, jemaah lebih gemar memilih membonceng motosikal kerana lebih cepat.

Tidak menghairankan jika pemilik motosikal di bandar suci ini mengambil kesempatan dengan mengenakan caj tinggi melampau.

Beberapa penduduk berkata, caj yang dikenakan akan meningkat pada 10 hari terakhir Ramadan dengan kebanyakan pemilik motosikal mengenakan bayaran sehingga SR500 (RM500) untuk perjalanan sejauh lima kilometer.

Seorang pemilik Imran Al-Yazidi berkata, dia dan rakannya mengenakan bayaran semahal itu kerana ia satu-satunya masa untuk mereka meraih pendapatan lumayan.

“Kami tidak memaksa. Jika mereka sanggup bayar harga itu, kami akan membawa mereka. Mereka boleh memilih pengangkutan lain jika tidak mahu. Dan mereka juga perlu sedari tentang risiko jika membonceng kami,” katanya. - Agensi

Sebelum ini pihak Tabung Haji selalu mengfocuskan tentang perkhidmatan penginapan, mana tahu kelak nanti boleh buat perkhidmatan seakan akan ini? Pak arab selamber je menyangak dengan bayaran tak masuk akal tu. Baik kita sendiri buat services ini, kan?!

Bukan semua orang mampu..

No comments:

Post a Comment