Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Friday 22 January 2016

Universiti SEGI Kota Damansara Terima Ancaman Bom?!

KAKITANGAN dan pelajar menunggu di luar pintu masuk utama Universiti SEGi, Kota Damansara selepas diarah mengosongkan kawasan sekitar disebabkan pihak pengurusan menerima panggilan bom. - Berita Harian


Polis mengesahkan tiada bom di Universiti Segi di Kota Damansara selepas kira-kira 2,000 pelajar diarah mengosongkan premis itu awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zaini Che Din memberitahu pemberita, universiti itu menerima panggilan kira-kira jam 10 pagi ini, daripada seorang pemanggil yang mendakwa seorang "lelaki Iran" akan meletakkan bom di salah 1 tandas di kampus mereka.

"Mereka menerima panggilan daripada seseorang yang bercakap dalam bahasa Inggeris. Katanya, dia melihat lelaki Iran meletakkan bom dalam salah 1 tandas," katanya.


"Siasatan masih berjalan, tetapi kami tidak menjumpai apa-apa objek mencurigakan."

Terdahulu hari ini, pelajar dilaporkan diminta meninggalkan perkarangan universiti pada kira-kira 11 pagi berikutan penemuan sebuah beg yang ditinggalkan di situ.

"Kami terpaksa beri arahan mengosongkan bangunan dan memeriksa kawasan sekitar kerana kami tidak tahu tandas mana yang dimaksudkan," kata Zaini.

Beliau berkata polis mengambil keterangan daripada kakitangan universiti dan ia dibuka semula pada jam 2 petang.Satu skuad bom dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor turut memeriksa kawasan selama lebih sejam tetapi tidak menjumpai apa-apa.

Ancaman bom hari ini diterima selepas 5 hari skuad bom dikejarkan ke Pavilion KL di mana 2 beg galas ditemui ditinggalkan di bawah kerusi.

Ia merupakan amaran palsu apabila beg itu didapati dipenuhi pakaian milik 2 pelancong Korea yang tertinggal beg itu dan kemudian kembali untuk menuntutnya. – 22 Januari, 2016.

No comments:

Post a Comment