Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Tuesday, 10 September 2013

Isu Kalimah Allah!!Mahkamah Tetapkan Tarikh Lain Untuk Keputusan Rayuan Kerajaan Persekutuan!!


Mahkamah Rayuan akan memberikan keputusan pada satu tarikh yang ditetapkan kemudian bagi rayuan kerajaan terhadap penggunaan kalimah Allah oleh penerbitan Gereja Katolik.

Mahkamah menangguhkan persidangan.

Datuk Seri Mohamed Apandi Ali yang mengetuai tiga panel hakim bersama Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Mohamad Zawawi Salleh, berkata, keputusan ditangguhkan pada satu tarikh yang akan diberitahu kelak.

Keputusan tidak akan masa mengambil kira keprihatanan rakyat terhadap isu ini.

Keputusan dijangka diumum pada Oktober.

Mohon Doa Kalimah Allah S.W.T Hanya Milik Islam!!!


Hari ini adalah merupakan hari penentu segalanya bagi Islam di Malaysia. Ada pihak yang tidak bertanggungjawab cuba untuk menghancurkan umat Islam di Malaysia. Inilah misi jahat musuh-musuh Islam.

Pada 22 Ogos lalu Geraja Roman Katolik membuat permohonan agar Mahkamah membatalkan rayuan kerajaan Malaysia berhubung isu kontroversi melibatkan penggunaan kalimah Allah dalam majalah mingguan Herald. Bagaimanapun Mahkamah Rayuan menolak permohonan Gereja Roman Katolik tersebut.

Lihat gambar di sekitar perkarangan Mahkamah Rayuan, Putrajaya.Disini

Ayuh sama-sama kita doakan agar islam sentiasa terbela.insyallah,kemenangan milik kita.