Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Monday 18 March 2013

Najib Ziarah Jenazah Allahyarham Tan Sri Zuki

Najib Tun Razak mengucapkan takziah kepada isteri Allahyarham, dan anaknya ketika menziarahi jenazah Allahyarham Tan Sri Zuki Kamaludin di Bandar Kinrara hari ini. 

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menziarahi jenazah Pengerusi Panel Rayuan Umno Tan Sri Zuki Kamaluddin yang meninggal dunia semalam.

Perdana menteri yang tiba pada pukul 8.20 pagi disambut anggota keluarga Allahyarham Zuki dan beliau meluangkan masa kira-kira 10 minit di kediaman Allahyarham di Bandar Kinrara, Puchong, di sini.

Zuki, 77, meninggal dunia pada 5.30 petang semalam di Unit Penjagaan Koronari, Pusat Perubatan Sime Darby kerana serangan jantung selepas dimasukkan ke pusat perubatan itu sejak tiga minggu lepas.

Allahyarham meninggalkan isteri Puan Sri Zainab Yusoff dan tiga anak iaitu Datuk Dr Zamyn, 48, Zohan, 44, dan Juanna.

Dr Zamyn berkata jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di Masjid Al-Ehsan Bandar Kinrara sebelum dikebumi di Tanah Perkuburan Kampung Bohol di sini.

Zuki, berkelulusan Ijazah Undang-undang dari Lincoln's Inn London, menjadi Speaker Dewan Undangan Negeri Pahang pada 1986 dan pernah dilantik sebagai senator pada 1995.

Alllahyarham juga merupakan bekas Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Benta, Pahang selama empat penggal sejak pilihan raya umum 1978. 

No comments:

Post a Comment