Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Friday 11 October 2013

Kanak-Kanak 12 tahun Mati Terjerut Selepas Uji Kemahiran Sendiri!!!

Kerana terlalu kreatif seorang kanak-kanak berusia 12 tahun mati terjerut selepas menguji kemahirannya memasang jerat ayam menggunakan kabel komputer,dengan menjadikan dirinya sendiri sebagai bahan uji kaji.

Kejadian itu berlaku pada pukul 9.15 pagi tadi.Mangsa Mohd. Idham Yusuf yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Bedal ditemui mati tergantung di kayu alang bumbung bahagian dapur rumahnya di Kampung Bedal di sini oleh kakaknya.

Kakak nya berkata, adiknya telah mempelajari teknik memasang jerat ayam sejak seminggu lalu justeru dia percaya mangsa memasang kabel tersebut di kayu alang rumahnya untuk menguji kemahirannya.

"Beberapa minit sebelum kejadian saya tengok dia berada di luar rumah lepas itu dia masuk dan tidak lama kemudian apabila saya masuk ke dapur saya nampak dia sudah tergantung dengan kerusi kayu berada di tepinya."- Bernama


No comments:

Post a Comment