Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Thursday, 4 December 2014

Sultan Selangor Tarik Gelaran Datuk Seri Dari Anwar Ibrahim


Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menarik balik darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk Seri yang dikurniakan kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkuatkuasa 3 November lalu.

Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, dalam satu kenyataan media, berkata penarikan Darjah Kebesaran Seri-Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SAAS) itu diputuskan baginda Sultan Selangor selepas berunding dengan Dewan Di-Raja Selangor.

Katanya, darjah kebesaran yang diberikan pada 1992 itu ditarik balik oleh Istana Selangor berikutan tindakan dan perlakuan Anwar sejak akhir 2013 yang mempersoalkan kewibawaan Sultan Selangor dan Institusi Raja dalam menyelesaikan kemelut pelantikan Menteri Besar Selangor dan hal berkaitan isu agama Islam yang Sultan mempunyai kuasa eksekutif serta sebagai Ketua Agama. - sumber

1 comment: