Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Monday 17 August 2015

Petua Batuk dan Batuk Kering

Batuk merupakan salah satu proses penyembuhan daripada penyakit, di mana ia membantu mengeluarkan mukus dan bakteria.

Namun begitu, keadaan semasa batuk tidak menyenangkan anda. Terdapat dua jenis batuk; batuk berkahak dan batuk tidak berkahak (batuk kering).



Cara menghilangkan batuk berbeza mengikut jenis-jenis tersebut. Berikut adalah petua menghilangkan batuk dengan cepat yang anda mesti tahu! Antara yang anda akan tahu adalah:

Kaedah #1: Merawat Batuk Berkahak
Kaedah #2: Merawat Batuk Kering (Tanpa Kahak)
Kaedah #3: Rawatan Cara Tradisional dan Remedi
Kaedah #4: Dapatkan Rawatan Doktor

3 Petua Tambahan

4 Perkara Yang Perlu Dielak Semasa Anda Batuk

Kesimpulan!

Jom hilangkan masalah batuk anda dengan cepat!


Kaedah #1 : Merawat Batuk Berkahak

Batuk boleh dikategorikan kepada dua jenis, berkahak dan tidak berkahak. Untuk segmen ini, petua-petua untuk menghilangkan masalah batuk yang berkahak.

1. Kenal Pasti akan Batuk Tersebut

Sekiranya anda batuk disebabkan oleh sesuatu penyakit, kebanyakan doktor enggan merawatnya. Hal ini kerana batuk boleh memainkan peranan yang besar dalam merawat sesuatu penyakit.

Batuk boleh mengeluarkan bakteria dan kuman yang menyebabkan penyakit anda. Ia bagaikan sesuatu agen merawat penyakit yang semula jadi.

Jadi, sekiranya anda mengalami masalah batuk yang berkahak, anggaplah ia sesuatu yang baik sebenarnya.

Namun, sekiranya anda tidak selesa dengan keadaan anda sekarang,teruskan membaca.

2. Guna Ubat Sapuan Vick’s Vaporub

Sapu Vick’s Vaporub pada bahagian leher dan dada. Biarkan untuk 20 minit untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.

3. Ambil Expectorant

Ubat ini boleh didapati dari farmasi yang berdekatan. Ubat ini boleh melegekan segala jenis mukus ataupun kahak yang terdapat pada tekak. Selepas mengambil ubat ini, pastikan anda mengeluarkan sebanyak mana kahak yang mungkin.

4. Ambil Anthistamine

Ubat ini boleh membantu melegakan demam dan selesema dan mana-mana penyakit yang boleh menyebabkan kahak. Ubat ini juga boleh membantu anda mengeluarkan kahak tersebut. Anda juga perlu tahu bahawa ubat ini boleh menyebabkan rasa mengantuk bagi sesetengah orang.

Cuba mengambik ubat ini sebelum masuk tidur.

5. Guna Nasal Spray

Ambil nasal spray yang berasaskan salina kerana bahan tersebut boleh melegakan congestion. Seperti mana anthistamine, spray salina boleh melegakan mukus di dalam hidung dan tekak anda.

6. Hirup Kelembapan

Kelembapan boleh melegakan tekak anda daripada bahan asing. Anda boleh mencuba pilihan di bawah:
Mandi dengan air suam dan berendam (sekiranya boleh). Luangkan masa antara 15 hingga 20 minit menghirup kelembapan/wap yang dihasilkan oleh air suam tersebut.
Menggunakan humidifier. Alat ini boleh dibeli di kebanyakan kedai ubat dan farmasi. Letakkan alat tersebut berdekatan dengan anda agar boleh menghirupnya semasa anda tidur.

Sekiranya anda tidak mempunyai peralatan yang dinyatakan diatas, anda boleh mengelakkan daripada badan anda menjadi kering dengan banyakkan minum air.

7. Air Masak

Banyakkan minum air masak dan elakkan daripada mengambil minuman yang berkarbonat dan bersitrus – kerana boleh memberikan keaan yang tidak enak kepada tekak anda.

8. Pergerakan

Cuba melegakan tekak dengan sedikit pergerakan. Sekiranya anda berada di rumah dan anda mempunyai teman, gunakan teknik chest percussionuntuk membantu melegakan kesesakan dada.

Meniarap di atas tilam ataupun tikar.

Minta teman anda untuk menepuk belakang anda, dari bawah ke atas. Elakkan bahagian buah pinggang.

Ulang untuk beberapa kali sehingga congestion anda lega.
Minum air setiap setengah jam.

Sekiranya langkah-langkag tersebut diamalkan dalam jangka masa yang tertentu, boleh melegakan sedikit masalah batuk anda.

9. Tunggu Sembuh Sendiri

Batuk biasanya akan sembuh secara sendiri dalam masa 2-3 minggu. Namun jika tidak, dapatkan nasihat dan cadangan daripada doktor. – Sila rujuk Kaedah #4 di bawah.


Kaedah #2: Merawat Batuk Kering (Tanpa Kahak)

Untuk segmen ini, lebih kepada cara untuk menghilangkan masalah batuk tanpa kahak, ataupun juga dikenali sebagai batuk kering.

1. Elakkan Tekak Terlalu Kering

Dengan mengawal kelembapan ketak anda boleh mengurangkan rasa untuk batuk. Antara cara-caranya adalah dinyatakan di bawah:
Ambil sirap batuk secara berkala, mengikut nasihat dan dos yang sepatutnya.
Kerapkan kemam lozenge. Bahan yang terdapat dalam lozenge boleh mengurangkan rasa untuk batuk dan mempunyai ejen penyembuh penyakit tersebut.
Ambil madu. Anda boleh mencampurkan madu tersebut dalam teh ataupun air masak, dan minumnya. Kaedah ini merupakan salah satu cara mengurangkan batuk yang sangat berkesan. Namun begitu, jangan madu kepada kanak-kanak di bawah umur 1 tahun.
Minum kordial blackcurrant. Sebaik-baiknya adalah memilih jus.

Matlamat utama adalah untuk mengelakkan tekak terlalu kering, ia boleh menyebabkan rasa gatal-gatal tekak. Jika anda tidak mempunyai perkara-perkara di atas, kerapkan minum air juga boleh diamalkan.

2. Belajar Cara Untuk Batuk Dengan Betul

Sekiranya anda mengalami masalah batuk yang terterusan, cuba teknik ini.

Jika anda merasakan yang anda akan batuk, cuba untuk batuk secara perlahan-lahan, sedikit demi sedkit. Dan kemudian, habiskan rasa untuk batuk tersebut dengan batuk yang kuat.

Rahsia disebalik cara adalah; batuk secara perlahan pada perawalan boleh mengeluarkan mukus secara perlahan-lahan dan batuk yang kuat pada akhiran boleh mengeluarkan semua mukus tersebut.

3. Gunakan Air Garam

Air garam boleh membunuh kuman dan bakteria yang menyebabkan sakit batuk tersebut. Hal ini kerana kondisi air tersebut tidak sesuai bagi bakteria untuk hidup dan membiak.

Cara-caranya adalah mudah:
- Campurkan 1 sudu teh garam ke dalam satu gelas air suam.
- Larutkan garam tersebut dengan menggaurkan larutan tersebut.
- Berkumur dengan air garam tersebut selama 30 saat.
- Ludah air tersebut (Jangan minum!).
- Ulang cara ini untuk 2 hingga 3 kali setiap hari.

InsyaAllah masalah batuk anda akan hilang, tidak pun akan berkurang.

4. Jumpa doktor

Sekiranya semua cara-cara yang dinyatakan di atas tidak memberikan kesan yang positif, anda dikehendaki untuk berjumpa dengan doktor anda.

Sekiranya masalah batuk anda berterusan untuk beberapa minggu, anda perlu mendapatkan ubat yang khas untuk masalah anda. Mungkin batuk anda disebabkan oleh faktor penyakit yang lain.


Kaedah #3: Rawatan Cara Tradisional dan Remedi

Jika kaedah rawatan farmasi dan ubat-ubatan moden tidak menjadi tarikan, anda boleh menggunakan rawatan batuk secara tradisional dan remedi. Kami senaraikan beberapa cara yang kerap diamalkan oleh rakyat Malaysia dan sesuai dengan semua orang:

1. Buat Sirap/Ubat Batuk Sendiri Dengan Lemon atau Limau

Sama ada anda tahu atau tidak, anda boleh membuat ubat batuk anda sendiri. Cara- caranya adalah:
Campurkan 2 sudu teh jus lemon/limau dengan 1 sudu teh madu.
Kemudian, masukkan satu cubit serbuk lada merah, ataupun bawang.
Telan campuran tersebut.

Rahsia disebalik cara ini adalah:
Madu boleh melegakan tekak anda daripada rasa gatal.
Jus ataupun perahan limau boleh mengurangkan inflamasi dan memberikan vitamin C untuk melawan bakteria dan kuman.
Serbuk lada merah boleh meningkatkan kadar peredaran darah ke tempat yang bermasalah, lantas mempercepatkan proses penyembuhan.
Bawang mempunyai kandungan yang boleh membantu pengeluaran kahak dari badan.

Rakan admin pernah mencuba rawatan dengan limau nipis dan ianya berkesan!

Manakala dari PetuaNenek.com, kaedah penyediaannya adalah dengan mencampurkan perahan limau nipis dengan sedikit kicap manis, dan telan terus.

Cara ini adalah cadangan sahaja, sekiranya anda tidak mempunyai keyakinan untuk menjalani kaedah ini, anda boleh meneruskan membaca petua-petua yang lain di bawah.

2. Rawat Masalah Batuk dengan Bawang Putih ataupun Merah

Selain cara yang dinyatakan di atas, bawang merah juga boleh merawat masalah batuk dengan berkesan. Cara-caranya adalah:
- Kupas bawang merah dan potong secara kecil.
- Masukkan bawang tersebut bersama 4 sudu teh madu ke dalam satu bekas/mangkuk.
- Panaskannya bersama air sehingga mendidih.
- Reneh sehingga 2 jam.
- Ambil campuran tersebut 1 sudu teh setiap 2 atau 3 jam.

Kenapa bawang merah dan bawang putih berkesan?

Hal ini kerana bawang mempunyai ejen antimikrob yang memainkan peranan yang penting dalam melawan bakteria dan kuman yang membiak di tekak anda.

Malah, saudara Hairul (dari Hairul.com) juga pernah berkongsikan pengalaman beliau memakan bawang bakar untuk menghilangkan batuk.

3. Guna Asam Jawa

Petua hilangkan batuk dengan asam jawa merupakan salah satu amalan yang paling biasa diamalkan oleh rakyat Malaysia.

Cara penyediaannya adalah:
Masukkan beberapa ketul asam jawa ke dalam air suam.
Kacau campuran tersebut sehingga larut.
Keluarkan biji, sekiranya ada.
Minum (ataupun berkumur) air asam jawa tersebut setiap 2 atau 3 jam.

Kenapa air asam jawa berkesan?

Hal ini kerana asam jawa boleh memberikan kondisi yang tidak sesuai (rasanya agak masam) untuk pembiakan kuman, lantas mengurangkan kuman yang berada di tekak anda.

Selain senarai di atas, terdapat banyak lagi petua hilangkan batuk tanpa ubat yang berkesan.

Kaedah #4: Dapatkan Rawatan Doktor

Dalam apa-apa penyakit pun, anda tidak boleh mengabaikan kepentingan doktor. Walaupun penyakit batuk tidaklah dianggap kritikal, namun ada masanya untuk berjumpa dengan doktor.

Berikut adalah saat-saat di mana anda perlu dapatkan nasihat doktor tentang keadan anda:
Penyakit batuk tersebut pada bayi ataupun warga emas.
Batuk berterusan selama 4 minggu.
Kahak berdarah ataupun berwarna hijau.
Kerap mengalami kesukaran bernafas.
Sakit dada.

Masalah batuk juga merupakan salah satu simptom kepada penyakit-penyakit yang kritikal yang lain seperti asma, masalah jantung dan mungkin pneumonia.


3 Petua Tambahan

Batuk merupakan salah satu penyakit. Biasanya penyakit boleh dirawat dengan beberapa petua tambahan yang umum di bawah:
Banyakkan minum air masak semasa batuk – ia boleh melegakan rasa batuk dan
mengurangkan rasa gatal-gatal tekak.
Banyakkan memakan buah-buahan, terutamanya adalah buahan-buahan yang
mengandungi kandungan Vitamin C yang tinggi. Contohnya adalah: Limau dan lemon.
Semasa batuk, anda digalakkan untuk batuk ke dalam tuala tangan, untuk mengelakkan
kuman yang dikeluarkan semasa batuk tersebut menjangkiti orang lain di sekeliling.

Sekiranya petua-petua tambahan ini diamalkan, anda akan boleh sembuh daripada penyakit batuk dengan kadar yang lebih cepat.

4 Perkara Yang Perlu Dielak Semasa Anda Batuk

Tidak dinafikan, semasa anda mengalami masalah batuk, anda perlu pantau beberapa perkara yang perlu dielak. Berikut adalah senarainya:
Elakkan mengambil produk tenusu – susu, keju, dan lain-lain.
Elakkan memakan terung dan labu.
Elakkan makanan yang yang terlalu pedas ataupu makanan yang berminyak (bergoreng).
Jauhi merokok kerana bahan dalam rokok tersebut boleh menyebabkan inflamasi.

Anda mungkin pandang remeh dengan perkara di atas, namun ia boleh memberikan kesan yang besar dalam proses penyembuhan anda. Jadi, sekiranya anda terlalu mengidam untuk memakan makanan di atas, harap bersabar. Anda akan berterima kasih kemudian hari.


Kesimpulan

Kesimpulannya, terdapat banyak cara untuk menghilangkan dan melegakan masalah batuk. Tidak kiralah sama ada anda memilih kaedah konventional ataupun tradisional, asalkan cara rawatan tersebut adalah berkesan kepada masing-masing.

Harap senarai di atas membantu anda dalam masalah batuk mungkin hari ini, ataupun mungkin pada masa hadapan.

Setelah anda mencuba, janganlah segan untuk berkongsikan pengalaman anda dengan meninggalkan komen di bawah.

Ataupun, adakah anda mempunyai kaedah rawatan/petua merawat batuk yang tidak dinyatakan di atas? Sekiranya ada, harap boleh bekongsi agar orang lain juga boleh mendapatkan manfaat bersama.

1 comment:

  1. SAYA ATAS NAMA IBU.SANTI TKI DARI SINGAPURA

    DULUNYA AKU TIDAK PERCAYA SAMA BANTUAN DARI
    PERAMAL TOGEL,TAPI SEKARANG AKU SUDAH PERCAYA
    KARENA SAYA SUDA MEMBUKTIKA SENDIRI.KARNA ANGKA
    YG DIBERIKAN 4D BENAR2 TEMBUS 100% ALHAMBUHLILLAH
    DPT 277 JUTA.DAN SAYA SELAKU PEMAIN TOGEL,DAN KEPERCAYAAN
    ITU ADALAH SUATU KEMENANGAN DAN SAAT SKRAG SY TEMUKAN
    ORANG YG BISA MENGELUARKAN ANGKA2 GAIB YAITU Aky ((AGUM SARTO))
    JIKA ANDA YAKIN DAN PERCAYA NAMANYA ANGKA GOIB ANDA BISA
    HUBUNGI LANSUNG Aky ((AGUM SARTO)) DI NO_085261888124 atau Lihat situs AKI AGUM SARTO atau klik di sini
    SAYA
    SUDAH BUKTIKAN SENDIRI ANGKA GOIBNYA DEMIH ALLAH DEMI TUHAN.
    INI KISAH NYATA SAYA.....


























    SAYA ATAS NAMA IBU.SANTI TKI DARI SINGAPURA

    DULUNYA AKU TIDAK PERCAYA SAMA BANTUAN DARI
    PERAMAL TOGEL,TAPI SEKARANG AKU SUDAH PERCAYA
    KARENA SAYA SUDA MEMBUKTIKA SENDIRI.KARNA ANGKA
    YG DIBERIKAN 4D BENAR2 TEMBUS 100% ALHAMBUHLILLAH
    DPT 277 JUTA.DAN SAYA SELAKU PEMAIN TOGEL,DAN KEPERCAYAAN
    ITU ADALAH SUATU KEMENANGAN DAN SAAT SKRAG SY TEMUKAN
    ORANG YG BISA MENGELUARKAN ANGKA2 GAIB YAITU Aky ((AGUM SARTO))
    JIKA ANDA YAKIN DAN PERCAYA NAMANYA ANGKA GOIB ANDA BISA
    HUBUNGI LANSUNG Aky ((AGUM SARTO)) DI NO_085261888124 atau Lihat situs AKI AGUM SARTO atau klik di sini
    SAYA
    SUDAH BUKTIKAN SENDIRI ANGKA GOIBNYA DEMIH ALLAH DEMI TUHAN.
    INI KISAH NYATA SAYA.....






    ReplyDelete