Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Wednesday, 28 October 2015

"Syukurlah, Nizar Jamaluddin Keluar PAS" - Ustaz Ibrahim

Hari ini admin berkesempatan berjumpa dengan seorang penyokong PAS, Ustaz Ibrahim dari Perak yang mana pada PRU13 beliau antaranya penyokong kuat Datuk Seri Mohammad Nizar bin Jamaluddin. 

Datuk Seri Mohammad Nizar dilahirkan di Kampung Air Hitam Labu, Kampar, Negeri Perak pada 17 Mac 1957. Beliau sudah berkahwin dengan isterinya Fatimah Taat dan mempunyai lapan orang anak, lima lelaki dan tiga perempuan. Bapanya keturunan Melayu sementara ibunya seorang Cina.


Tiada yang cacat celanya Keluarga Nizar Jamaluddin ini akan tetapi perkara yang dibangkitkan oleh bekas penyokong beliau ini menyatakan rasa kecewanya yang teramat sangat lantaran ditipu hidup hidup meskipun pihak lawanya (UMNO Perak) pernah mengingatkan bertapa teruknya individu yang bernama Nizar Jamaluddin. Sehinggakan Hanafiah Man terpaksa berkhemah disetiap kali ceramah dilakukan oleh Nizar Jamaluddin.

Monday, 19 October 2015

Azizah Tidak Layak Sebagai Ketua - Maszlee Malik

Awal hari ini di Sidang Parlimen, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menggesa ahli parlimen PKR Hee Loy Sian supaya menarik balik usul undi tidak percaya itu dengan mengingatkannya bahawa ia bukan "main guli".

Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Maszlee Malik berkata keadaan itu membuktikan bahawa hubungan Pakatan Harapan adalah sesuatu yang longgar.

"Ia menunjukkan bagaimana longgar mereka sekarang. Malah, mereka tidak dapat bersetuju mengenai membentangan usul itu.



"Pakatan Harapan terlalu longgar... Dengan PKR menghadapi masalah bersetuju dengan parti-parti komponen, ini punca apa yang kita saksikan hari ini,” katanya.

Mazlee tidak berdolak-dalik dan terus-terang menyalahkan Wan Azizah.

"Semuanya bermula dengan ketidakupayaan beliau menguruskan parti. Dia tidak layak menjadi pemimpin pembangkang.

"Sebagai ketua pembangkang, sebelum meminta Hee Loy Sian membawa usul itu, beliau perlu memanggil semua pemimpin parti terlebih dahulu," katanya.

Katanya, adalah sesuatu yang lumrah, bagi pemimpin pembangkang membentangkan sesuatu usul yang dianggap besar dan penting.

"Ini bukan baru, beliau mengetahuinya. Beliau juga banyak membentangkan (usul) mengenai isu-isu besar pada masa lalu apabila menjadi ketua pembangkang," katanya.

Muhyiddin Binti Mahathir

Mahathir dalam satu kenyataan tak berapa lama dulu mengesahkan bahawa dia tidak begitu peduli tentang anak-anaknya. Tambahnya lagi, kalau dia nak anak dia kaya raya, masa dia jadi Perdana Menteri lagi dia dah buat - yang mana memang itulah dia buat pun, dia saja yang terlepas cakap.

Ikut rekod, Mirzan dah jadi jutawan seawal 1997 bila konsortium perkapalannya diselamatkan Petronas dengan wang berbilion ringgit. Tahun 1997 Mahathir masih lagi Perdana Menteri.



Begitupun bukan itu fokus penulis hari ini, tapi kenyataan Mahathir (secara sinikal) yang dia tidak pedulikan anak-anaknya itu telah mengujakan orang macam Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin hari ini cuba menonjolkan dia macam anak kepada Mahathir dan Mahathir itu macam bapanya sendiri. Buktinya bila Muhyiddin mengaku percaya apa juga yang keluar dari mulut Mahathir sekalipun dalam isu yang terang-terang dia lebih tahu dari Mahathir macam SOSMA.

Dari awal SOSMA dirancang dan akhirnya diluluskan parlimen, Muhyiddin tahu secara terperinci bahawa SOSMA tidak sekadar menangani isu-isu keganasan yang ditinggalkan ISA tapi juga hal-hal lain yang boleh mengancam kestabilan negara ini.
Itu yang bila Mahathir kata SOSMA telah disalahgunakan, Muhyiddin macam orang bodoh pun mengikutlah. Padahal, peruntukkan bahawa SOSMA boleh digunakan untuk menahan pengancam ekonomi dan sistem perbankan negara, sudah wujud sebelum akta itu diluluskan lagi.


Tidak ada alasan lain kenapa Muhyiddin jadi macam ini melainkan dia cuba berlagak macam anak kepada Mahathir. Mungkin harta UMNO yang banyak dipegang Mahathir itu menarik minat Muhyiddin untuk meletakkan dirinya dalam posisi seperti itu.

Mahathir berapa lama sangat boleh waras lagi, kalau tak tahun ni tahun depan nyanyuklah tu. Muhyiddin tahu sebab itu dia sanggup berkorban hari ini untuk kepentingan masa depan.

Khairudin Balaci Mahathir?!

Kenapa Mahathir Tidak 'Cipta' 1000 Orang Macam Khairudin?

Salah satu sebab kenapa kita percaya Mahathir ini hanya persepsi saja nampak macam banyak sokongan sedangkan dibawah tidak, ialah berdasarkan keupayaannya mencipta hanya seorang balaci tegar seperti Khairudin Abu Hassan.



Patutnya dengan sokongan kewangan dari konglomerat besar milik kroni, Mahathir tidak ada masalah cipta beribu orang bodoh macam Khairudin untuk dipergunakan - paling tidak buat laporan beramai-ramai dalam negara ke atas 1MDB dan Datuk Seri Najib, tapi itu nampaknya tidak berlaku.

Balik-balik Khairudin, balik-balik Khairudin, yang mengiringi pun balik-balik orang sama - Mathias Chang. Apa takde orang lain ke? Ambik saja seribu dua bodoh dan bebal manusia yang 'like' fanpage macam KCD atau SSTDM, selesailah masalah.




Orang-orang ini (kalau betul oranglah) bersedia jadi gila pun untuk Mahathir, apa sangat jadi bodoh buat laporan polis benda yang Mahathir sendiri pun tidak ada bukti.

Bagi penulis, ini menunjukkan bahawa tidak ada orang yang sanggup dipergunakan untuk Mahathir melainkan Khairudin dan Mathias Chang. Segala Dato Seri, Tan Sri dan Tun yang menyatakan sokongan terhadap Mahathir setakat ini, hanya berani buat kenyataan sipi-sipi.

Seorang Tun yang fitnah terus terang, dah kena saman dek Najib, langsung senyap tak berbunyi apa sampai sekarang melainkan satu kenyataan akhbar selepas disaman.

Nasib baik ada Khairudin, dialah yang pikul segala bala, dialah yang masuk penjara, dialah yang tanggung semua sedangkan Mahathir sempoi saja mengaku tidak ada bukti untuk mengaitkan Najib dan 1MDB dengan sebarang salah laku seperti yang sering dituduh.

Sunday, 18 October 2015

Gambar 100K Hadiri Himpunan Fastaqim (H60K) #Fastaqim

Ribuan penyokong PAS mengisi ruang stadium bola sepak terbesar di Kelantan malam ini, dalam satu perhimpunan raksasa dikenali sebagai Himpunan Fastaqim (H60K).



Ketika parti Islam itu berharap dapat mengukuhkan semula asasnya selepas 2 kejadian besar yang menggugat kedudukannya sebelum ini. Himpunan terbesar pertama diadakan selepas PAS meninggalkan Pakatan Rakyat dan bekas pemimpin progresifnya yang berpengaruh keluar meninggalkan parti bagi membentuk Parti Amanah Negara (Amanah), sebelum rasmi dilancarkan sudah pun mencapai 100,000 peserta berbanding sasarannya 60,000 orang. 




Mengumumkan jumlah kehadiran itu, pengacara majlis, Nasrudin Hassan, yang juga setiausaha Fastaqim, terpaksa membuat rayuan berulang kali kepada orang ramai, yang memakai baju berwarna hijau limau, yang mengisi setiap ruang dan inci Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Baru itu, supaya memberi laluan kepada perarakan motosikal sebagai sebahagian daripada upacara pembukaan. 

Beliau juga terpaksa merayu kepada hadirin yang bersesak-sesak itu untuk cuba melapangkan kawasan bagi memberi ruang kepada mereka yang tersekat di pintu masuk stadium. Lebih 50% hadirin terdiri daripada mereka di bawah umur 40 tahun, manakala separuh peserta perhimpunan yang juga dikenali sebagai himpunan hijau itu adalah wanita. 

Ia diadakan selepas himpunan baju kuning anjuran Bersih pada hujung Ogos dan himpunan baju merah anjuran badan bukan kerajaan Melayu pada September lepas. Perhimpunan berkenaan mencerminkan sokongan berterusan terhadap parti Islam itu di kalangan kedua-dua demografi utama walaupun ramai pemimpinnya keluar menyertai Amanah. Amanah ditubuhkan pada 16 September oleh pemimpin yang digelar progresif selepas mereka kalah teruk dalam pemilihan parti Jun lalu. Pembentukan Amanah dikatakan menjejaskan kekuatan PAS di Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor. 



Pemimpin Amanah juga mendakwa ia mencatatkan jumlah tertinggi penyertaan ahli baharu di negeri Cik Siti Wan Kembang itu. Perhimpunan ini juga diadakan ketika PAS menghadapi kemungkinan bertanding dalam pilihan raya akan datang sebagai parti pembangkang tunggal kerana ia menolak rundingan untuk menyertai Pakatan Harapan, yang ditubuhkan menggantikan Pakatan Rakyat. 

Penganalisis berkata, PAS berisiko tewas pada skala yang besar pada pilihan raya umum kelak jika ia bertanding menentang Pakatan Harapan dan Barisan Nasional. Dalam satu soal jawab dengan Harakahdaily sebelum ini, ditanya mengapa adanya himpunan itu, Nasrudin berkata, ia berorientasi mempersiapkan pemimpin, ahli dan seluruh jentera dan penyokong PAS menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). 

"Justeru, Fastaqim bukan sebarang himpunan. Tidak pula untuk berpesta dan jauh sekali untuk habiskan masa tenaga kepada perkara yang lagha dan hanyut. 

"Sebaliknya ia adalah himpunan bagi mencetuskan momentum kebangkitan PAS bersama rakyat memimpin gerakan perubahan ke arah membina Malaysia sebagai sebuah negara yang selamat, aman, sejahtera, makmur dan diberkati serta diredai Allah," katanya.

PAN Boleh bungkus ikat tepi :3

Thursday, 15 October 2015

Meletup Ketika Caj Telefon?!


Gambar ini diviralkan didalam group facebook dan aplikasi whatapps dan tiada sumber rujukkan sehingga mendatangkan rasa tidak senang dikalangan para pengguna telefon pintar. 

Dalam sebaran itu juga disertakan bersama satu "voice noted" yang berlatar suara seorang lelaki (berbahasa melayu) menegaskan bahawa gambar itu adalah mangsa letupan telefon ketika sedang dicaj. 

Artikel penuh : KLIK SINI

Tol Naik: Marah Mahathir, Kenapa Marah Najib?

Najib tidak ada kaitan sama sekali dengan kenaikan tol yang akan berkuatkuasa pada hari ini, itu adalah butiran dalam perjanjian yang perlu dipatuhi kerajaan dan ia sudah wujud sejak sekian lama.


Lebuhraya yang naik kadar tolnya hari ini, semuanya ditandatangani dan dimulakan pada era Mahathir atau Paklah jadi Perdana Menteri, Najib langsung tak terbabit.

Peranan Najib kalau ada pun ialah meluluskan pampasan kepada syarikat pemegang konsesi sekiranya tol yang sepatutnya naik, tidak dinaikkan, itu sahaja. 

Dalam hal ini, Najib tidak meneruskan pampasan kepada pemegang konsesi kerana ia hanya menguntungkan rakyat yang duduk di sekitar Lembah Klang, walhal cukai yang dikutip datang dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Kalau ada yang nak disalahkan, orang itu adalah Mahathir. Paklah, sekalipun dizamannya memerintah 4 konsesi tol baru bermula, tapi rundingan mengenainya diyakini telah bermula lama sebelum beliau menjadi Perdana Menteri pada 2003

Mahathir patut bagi penjelasan kenapa perjanjian konsesi itu begitu sekali rupanya. Kenapa ia perlu dinaikkan 3 tahun sekali dan kenapa kerajaan perlu bayar pampasan sekiranya keputusan dibuat untuk tidak menaikan tol. 

Ini semua formula Mahathir, dia saja yang amalkan konsep konsesi seperti itu! Rembat duit rakyat untuk kroni beliau?!


Tuesday, 13 October 2015

Mahathir Khuatir "Balaci" Bocor Rahsia?!

Sidang Akhabr Tergempar (semalam) Mahathir Takut Kharuddin Bocor Maklumat Kepada Polis. Ramai yang terkejut apabila bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir mengadakan sidang akhbar tergemparnya pagi semalam.

Rata-rata merasakan ia tindakan itu sebagai 'signal' terbaru bagi meneruskan tekanannya terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Persoalannya mengapa Dr Mahathir secara tiba-tiba mengadakan sidang akhbar tersebut, sedangkan umum mengetahui semua yang hadir itu telah lama dilabelkan sebagai 'orang Mahathir'.


Paling menarik, sidang akhbar tersebut selain menghentam Najib ia juga dijadikan sebagai medan mahkamah untuk membela penahanan bekas naib ketua Umno bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguam beliau, Matthias Chang.

Dr Mahathir turut mengecam, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) adalah merupakan satu bentuk penyalahgunaan kuasa serta tidak menghormati undang-undang.

Malah ada di antara mereka yang hadir itu sebelum ini turut bersetuju dan memainkan peranan untuk meluluskan Sosma yang ketika ia dibentangkan di parlimen satu ketika dahulu.

Mengapa baru sekarang Dr Mahathir membangkitkan isu mengenai penyalahgunaan kuasa, sedangkan ketika regim pemeritahannya ramai mangsa telah disumbatkan ke dalam penjara tanpa sebarang alasan yang kukuh dibawah Akta ISA.

Menurut sumber yang rapat dengan beliau, Mahathir takut banyak rahsia mengenai gerakan jahatnya untuk menjatuhkan Najib akan terbongkar. Menurut sumber yang enggan mendedahan identitnya itu, Mahathir benar-benar terkejut ketika dimaklumkan mengenai berita penangkapan Khairuddin.

Lebih memeranjatkan Mahathir, selain Khairuddin, bekas setiausaha politiknya, Matthias Chang turut ditahan di bawah Akta yang sama.

Mahathir sedar dengan penangkapan dua orang budak suruhannya itu, bukan sahaja akan menyebabkan gerakannya untuk mengulingkan Najib akan terjejas. Namun apa yang paling penting, kedua-dua itu dikatakan banyak meyimpan rahsia sulit mengenai Mahathir.

Ini kerana Mahathir takut, Khairudiin akan membocorkan pelbagai maklumat penting itu kepada pihak polis bagi memastikan dia dibebaskan.

Ia sekaligus akan meletakkan Dr Mahathir berada dalam keadaan bahaya sekaligus memgagalkan usahanya untuk menyingkirkan Najib

Punca Harga Bayaran Tol Naik!



SOALAN : MENGAPAKAH PENGUMUMAN KENAIKAN KADAR TOL DIBUAT OLEH SYARIKAT KONSESI? 

Pengumuman mengenai kadar tol yang baru di 18 lebuh raya tol bermula 15 Oktober 2015 telah dibuat sendiri oleh syarikat-syarikat konsesi lebuh raya yang berkaitan memandangkan mereka mempunyai tanggungjawab untuk menguruskan lebuh raya masing-masing untuk satu tempoh masa berdasarkan Perjanjian Konsesi yang ditandatangani. [artikel penuh klik sini]

Mahathir Pura-Pura Sakit Untuk Raih Simpati

Siti Hasmah dan anak anak Mahathir sesungguhnya adalah mereka yang zalim kalau membiarkan seorang tua berusia 90 tahun, 2 kali buat pembedahan pintasan jantung seperti Mahathir, terus berada di rumah setelah jatuh sakit.

Memang boleh panggil doktor datang rumah tapi peralatan di hospital adalah lebih lengkap. Sekaya mana pun Mahathir kita tak rasa kelengkapan seperti mana di hospital ada dirumahnya.

Justeru, kita tidak rasa Siti Hasmah seorang yang zalim, dia sudah pasti menghantar Mahathir ke hospital bila Mahathir sakit, ini tidak lain tidak bukan, Mahathir nak berlakon untuk raih simpati dengan membuat cerita koonnya dia tak sihat.

Keyakinan ini adalah berdasarkan kepada perkembangan semasa di mana perjuangan Mahathir untuk menjatuhkan Najib dilihat tidak boleh pergi ke mana. Dari bergantung harap kepada 1MDB dan dakwaan rasuah RM 2.6 billion yang masuk ke akaun Perdana Menteri (sebetulnya derma), perjuangan Mahathir kini hanya bergantung kepada apa yang ada sajalah.

Maksudnya, kalau hari ini ada berita kejatuhan ringgit, berita itulah yang akan digunakan oleh Mahathir untuk mengenakan Najib. Kalau tidak ada benda yang boleh dijadikan cerita, sama ada Mahathir senyap ataupun memutar kembali cerita lama yang sebenarnya telah banyak kali dijawab.


Thursday, 8 October 2015

Wakil Rakyat PAS Kelantan Keluar PAS?

10 Wakil Rakyat PAS Kelantan Keluar PAS?! #Amanah

Suasana politik di Kelantan ketika ini sedikit ‘panas’ apabila tersebar khabar angin kononnya 10 wakil rakyat daripada PAS akan melompat parti dan menyertai Parti Amanah Negara (PAN) awal tahun depan.


Isu berkenaan mula timbul selepas Pengerusi Gerakan Harapan Baharu (GHB), Mohamad Sabu melancarkan PAN pada 31 Ogos lepas, dan isu itu terus dimainkan Pengerusi PAN Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah ketika melancarkan parti berkenaan di Kota Baharu, pada 11 September.


Bagaimanapun, Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah ketika ditemui pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Malaysia peringkat negeri Kelantan di pekarangan Stadium Sultan Muhammad ke-IV menafikan dakwaan berkenaan dan berkata, ia hanya strategi perang saraf pihak lawan, semata-mata untuk meraih sokongan pengundi.