Dimanakah perbezaannya diantara muslimin atau muslimah PAS dan UMNO disini?Siapakah yang mampu membezakan perbezaan mereka.
Gambar merujuk kepada peristiwa perpaduan umat Islam ini berlaku pada 28 mei 2014 bertempat di Arena Square Teluk Intan ialah majlis Selawat Kecintaan kepada baginda Nabi Muhammad S.A.W dan tahlil kepada Almarhum Sultan Perak yang baru sahaja kembali ke rahmatullah.
Peristiwa bersejarah ini jelas membuktikan Islam mempunyai tempat tertinggi dlm jiwa umat Islam di sini.Selama ini kekangan untuk penyatuan umat Islam di sini tidak lain tidak bukan adalah dari hasutan-hasutan tidak bertanggungjawab daripada musuh-musuh Islam itu sendiri yang mana kita semua tahu perjuangan mereka adalah menghalang Malaysia daripada menjadi sebuah negara Islam yang terbilang.
Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi kerana telah membuka pintu hati generasi baru umat Islam masa kini bahawa mereka telah lama dipergunakan oleh musuh Islam dari dalam negara mereka sendiri.Peristiwa bersejarah ini pastinya menjadi teladan yang baik terhadap perkembangan dakwah Islamiyah ke seluruh pelusuk negara Malaysia khasnya dan umat Islam seluruh dunia amnya.
Akhir kata dari penulis, usahakanlah agar Islam sebagai pemerintah bukan sebagai Islam yang diperintah. Assalamualaikum WBT.
No comments:
Post a Comment