Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Wednesday, 19 August 2015

Seks Sebelum Berkahwin?!

Kelakuan seks remaja bermula pada umur yang berbeza berdasarkan nilai-nilai budaya dan sosial mereka.Kajian di tempat yang berlainan di dunia menunjukkan seks sebelum kahwin biasanya tidak dirancang.

Siapakah yang berisiko?

• Mereka yang terlibat dalam penggunaan arak dan dadah
• Mempunyai teman lelaki atau wanita yang istimewa
• Kurang berminat dengan sekolah
• Sejarah penderaan fizikal atau seksual
• Kurang pengawasan ibu bapa

Apakah kesan-kesannya?

Dari aspek perubatan:

 Kehamilan yang tidak diingini 
 Pengguguran anak yang tidak selamat
 Pembuangan bayi
 Jangkitan seksual

Dari aspek psikologi dan sosial:

 Masalah perhubungan. Lihat (Memahami seksualiti)
 Mengalami gangguan emosi
 Tiada keharmonian keluarga dan sosial
 Implikasi undang-undang 

Bagaimana untuk mengelakkannya?

• Elakkan melakukan hubungan seks 

• Anda bertanggungjawab ke atas hidup anda sendiri. Jangan biarkan orang lain memaksa anda.

• Anda boleh melindungi kesihatan dan emosi anda dengan mengatakan "Tidak, bukan sekarang". Anda masih boleh berkata "tidak" walaupun pernah berkata "ya" sebelum ini (Ketegasan).

• Pasangan yang benar-benar menyayangi dan menghormati anda tidak akan meminta seks sebelum kahwin

Ingat : badan anda adalah tanggungjawab anda untuk menjaganya dengan baik.

• Elakkan membaca atau menonton bahan-bahan lucah. 

• Libatkan diri dalam aktiviti yang berfaedah seperti kegiatan sukan, senaman, aktiviti budaya atau kerja-kerja sukarela.

• Semua agama utama dan budaya kita, seks luar nikah adalah dilarang. Anda mengambil tindakan yang bijak jika anda taat kepada ajaran agama. 
Apakah implikasi undang-undang yang ada?

• Rang undang-undang jenayah Malaysia, seperti yang dinyatakan dalam Kod Penal Akta 574 telah menetapkan umur minima untuk kesalahan tertentu. 

• Ia menyatakan bahawa perempuan yang berumur di bawah 16 tahun atau lelaki yang berumur di bawah 13 tahun dianggap tidak boleh membuat keputusan sendiri di sisi undang-undang.

• Contohnya, umur minima untuk perhubungan seksual dengan persetujuan kedua belah pihak seperti yang terkandung dalam seksyen 375 adalah untuk menghukum mereka yang melakukan hubungan seks dengan kanak-kanak/remaja di bawah umur. Ini dikenali sebagai"Statutory rape" .


2 comments:

  1. seks itu ibarat aktiviti sukan..tp bukan di malaysia

    ReplyDelete
  2. Syukur alhamdulillah saya ucapkan kepada ALLAH karna atas kehendaknya melalui MBAH RAWA GUMPALA saya sekaran sudah bisa buka toko sendiri dan bahkan saya berencana ingin membangun hotel dan itu semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya tidak pernah menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini,atas bantuan MBAH RAWA GUMPALA yang telah memberikan nomor selama 3x putaran dan alhamdulillah itu semuanya tembus bahkan beliau juga membantu saya dengan dana ghaib dan itu juga benar benar terbukti,MBAH RAWA GUMPALA juga menawarkan minyak penarik kepada saya dan katanya minyak ini bisa digunakan untuk berbagai jenis keperluan dan baru kali ini saya temukan paranormal yang bisa dipercaya,,bagi teman teman yang ingin dibantu untuk dikasi nomor yang benar benar terbukti tembus atau dana ghaib dan kepengen ingin membeli minyak penarik silahkan hubungi MBAH RAWA GUMPALA di 085316106111 ini benar benar terbukti nyata karna saya sendiri yang sudah membuktikannya. BUKA BLOG MBAH RAWA GUMPALA

    ReplyDelete