Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Monday 24 August 2015

Stacy Memeluk Agama Islam

Desas-desus mengenai penyanyi kelahiran AF, Stacy untuk memeluk Islam telah agak lama tersebar di media sosial. Hubungan intim beliau dengan penyanyi beragama Islam Akim Ahmad lebih menguatkan dakwaan tersebut.



Seorang peminat normancastrosantos dalam kemaskini terbarunya di laman sosial instagram telah memaklumkan yang penyanyi Stacy AF telah selamat memeluk agama Islam baru baru ini. Beliau hadir ke Jabatan Agama Islam ditemani ibunya bersama kekasih yang juga selebriti, Akim Ahmad.

Alhamdulillah...


Stacy AF juga dikhabarkan telah memilih nama Ummu Syaikhah Stacy Abdullah sebagai nama Islam beliau. Tahniah dan selamat datang kepada saudara baru kita jika berita ini benar.

Bagaimanapun, seantero Malaya tahu hubungan Stacy dan Akim bukan main-main lagi malah Akim pernah membuat kenyataan bahawa dia (Stacy) sudah tidak jauh lagi ke arah untuk memeluk agama Islam sepenuhnya. 

Biarpun perkara itu yang akhirnya menjadi isu sensitif sekitar bulan Mei lalu, hari ini tersebar pula di laman sosial tentang Stacy telah selamat memeluk agama Islam. - BBNews

1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete