Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Sunday 28 April 2013

Sah!!!Tiga Pemimpin Pakatan Rakyat Jadi Dalang Serangan Lanun Sulu Di Lahad Datu!!!


Ketika ditanya oleh wartawan, Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan memberitahu bahawa tiga pemimpin Pakatan Rakyat telah dikenalpasti sebagai antara dalang serangan lanun Sulu di Lahad Datu pada awal Mac lalu, namun pengumuman dan tindakan hanya akan dilakukan selepas PRU, orang yang paling cepat melatah adalah TIAN CHUA.

Tian Chua adalah Naib Presiden PKR yang menuduh PDRM bersandiwara mengikut skrip UMNO dan Barisan Nasional.

Kenyataan biadapnya itu telah menimbulkan kemarahan di seluruh negara. Tian Chua cuba mengaitkan UMNO dan menyatakan bahawa laporan tersebut adalah fitnah UMNO dan Barisan Nasional walaupun sebenarnya yang melaporkannya adalah SUARA KEADILAN dan sumbernya pula adalah daripada TWITTER Tian Chua sendiri.

Awal bulan ini, Tian Chua tidak dibenarkan memasuki Sabah oleh Imigresen kerana bimbangkan keselamatannya memandangkan kemarahan rakyat Sabah kepada Tian Chua begitu meluap-luap.

Sekali lagi Tian Chua menyalahkan UMNO walaupun sebenarnya Imigresen Sabah tidak ada kena-mengena dengan UMNO.

Hari ini, Tian Chua melatah lagi. Dan sememangnya Tian Chua wajar ketakutan dan keresahan walaupun dia berjaya memenangi kerusi Parlimen Batu dalam PRU13 yang hanya akan berlangsung tidak beberapa hari sahaja lagi.

Kata Tian Chua, Zahid Hamidi tidak seharusnya menangguh-nangguhkan perisytiharan tersebut. Malah katanya lagi, tindakan Zahid Hamidi itu seolah-olah tidak menghargai jasa bakti para perajurit negara yang telah bermati-matian mempertahankan tanahair.

Selanjutnya Klik Disini

No comments:

Post a Comment