Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Tuesday, 10 September 2013

Kicap Tiruan Guna Botol Arak Dirampas!!


Kegiatan seorang pengusaha kicap mengeluarkan kicap tiruan jenama ABC dan sebahagiannya menggunakan botol arak terbongkar selepas rumah kedai yang dijadikan kilang di Taman Taynton, Cheras di sini diserbu pihak berkuasa hari ini.

Dalam serbuan pukul 1.15 petang itu, sepasukan pegawai Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merampas kira-kira 2,000 botol kicap tiruan.

Turut dirampas 20,000 botol kosong yang akan digunakan semula, bahan-bahan seperti tepung, kacang soya, gula dan karamel selain 10 buah tong gas dan label untuk menghasilkan kicap tiruan berkenaan.

Lebih mengejutkan terdapat sebahagian daripada botol itu merupakan botol arak.

Pengarah PPDNKK cawangan itu, Abu Samah Shabudin berkata, dalam serbuan itu, pihaknya menemukan sebuah stor simpanan botol kicap yang siap dipasarkan dan sebuah stor penyimpanan selain dua mesin memproses kicap yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM150,000. - Utusan Online

Dua Anggota APMM Ditemui Selamat!!


Dua anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, APMM yang hilang di Perairan Tok Bali, Kelantan, Sabtu lalu ditemui selamat jam 9.20 pagi tadi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, Laskar Dua, Mohamad Sabrie Sahibul dan Laskar Dua Mohd Ramdhan Hizam ditemui pasukan mencari kira-kira 30 batu nautika dari kawasan bot dipercayai hilang.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, kapal APMM menahan bot nelayan Vietnam yang menceroboh perairan negara sekitar 102.5 batu nautika dari Tok Bali.