Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Thursday 17 April 2014

Terima Kasih Media Malaysia - Hishammuddin Hussein

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menghargai media Malaysia bagi pelaporan berita secara bertanggungjawab sejak pesawat Malaysia Airlines MH370 hilang, pada 8 Mac.

Beliau berkata, tragedi itu menunjukkan perlunya memastikan pelaporan berita tidak dibuat secara sembarangan dalam usaha memberikan maklumat kepada awam tentang insiden itu. 

"Ini amat penting kerana pelaporan berita secara sembarangan, terutamanya perkara berkaitan keselamatan negara dan perkara-perkara sensitif, boleh membawa kepada spekulasi.

"Ia akan membawa kepada kekeliruan dan tidak dipercayai dalam kalangan orang ramai, sering kali dengan akibat yang tidak dapat dipulihkan. Begitu besar kuasa  yang ada pada media," katanya. 

Teks ucapan beliau dibacakan timbalannya, Datuk Abdul Rahim Bakri pada majlis  makan tengah hari bagi menghargai peranan media sempena Persidangan dan Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini 
hari ini. 

DSA 2014, yang akan berlangsung sehingga esok (hari ini) adalah pameran teknologi dan peralatan statik pertahanan, serta bagi penyelesaian keselamatan generik dan  sistem persenjataan terkini untuk memenuhi keperluan pasukan keselamatan negara 
dan negara rantau Asia Pasifik. 

Mengakui media amat berkuasa, Hishammuddin dipetik sebagai berkata kuasa itu datang dengan tanggungjawab besar. 

"Anda (media) amat penting dalam memaparkan kedudukan dan kemajuan Malaysia secara positif di mata dunia, yang juga boleh dilihat dalam siri pameran DSA," katanya. 

Berhubung pameran itu, Hishammuddin berkata sokongan diberikan media Malaysia sekali lagi meletakkan Malaysia secara positif dalam peta dunia. 

"Tidak dinafikan, mata dunia kini bertumpu kepada kita, dan kita, sebagai sebuah negara, memang memerlukan kekuatan dan sokongan media untuk membolehkan Malaysia menyinar sebagai penyuluh kepada seluruh dunia," katanya.

No comments:

Post a Comment