Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Tuesday 22 April 2014

Tinggalkan Saya Bersama Penagih Di Terowong - Farazila

Bekas isteri Sham Kamikaze, Farazila AJ membuat pendedahan di BiPop. 

Kata Farazila:-
Kami bergaduh lagi gara-gara perempuan. Hancur hati saya dan saya balik ke kampung. Saya pulang semula ke Kuala Lumpur selepas 2 minggu dan terkejut melihat dirinya berjubah serta berkopiah. Tetapi saya tidak rasa apa-apa.


Apabila orang memuji konon dia dia sudah berhijrah, dia rasa dirinya mulia. Sham jadi lupa diri apabila orang sekeliling mengagungkan dirinya. Dia bangga apabila disanjung, tetapi sebenarnya dia belum berubah sepenuhnya. Saya menegur sikap hipokritnya itu dan kami bergaduh lagi. Selepas pulang umrah, saya sudah berubah dan berhijrah lebih awal daripadanya.

Bayangkan sebelum subuh, jam sudah berbunyi dan dia bangun tidur lalu terus menghadap komputer. Ayatnya di komputer “jom solat” tetapi sebenarnya dia tidak bersolat dan tidur semula. 

Malah Farazila telah membuat laporan polis untuk langkah keselamatan terhadap gambar dan rakan video yang dilakukan oleh bekas suaminya itu.

Tambah Farazila lagi:-
Siang malam dia kerap menghadap komputer. Itu saya boleh tahan lagi, tetapi apabila dia memuat naik gambar berlaga pipi dengan wanita lain dalam FB, apa perasaan saya? Apabila orang bertanya, saya tiada jawapan. Malu pun ada! Apabila bergaduh, dia mula tidak balik rumah berhari-hari. Kadang-kadang balik rumah hanya salin baju sahaja.


Dalam satu insiden saya tidak akan lupa sampai mati, dia pernah tinggalkan saya di tepi lebih raya ketika pulang ke kampung di Batu Pahat kerana bergaduh pasal FB. Dia libas tangan dan cincin dipakainya terkena mata saya. Sampai kini dalam mata saya kelihatan berdarah. Mujur saya ada telefon bibit. Dengan mata berair kena libas dan hujan pula, saya terpaksa berteduh bawah terowong.

Saya hubungi ibu untuk beritahu apa yang berlaku. Ibu pulang menghubungi Sham, suruh dia ambil saya di tepi lebuh raya. Bayangkan dari waktu Asar saya ditinggalkan, dia hanya datang ambil saya dalam jam 10 malam. Saya sembunyi dalam terowong yang sekelilingnya penuh dengan jarum penagih dadah. Saya memang takut kerana tempat itu sunyi tetapi saya tiada pilihan dan berserah kepada Allah.

Saya pujuk hati mungkin saya bersalah dan mencari Sham di Studio, tetapi tidak nampak keretanya. Esoknya saya cari lagi di studio dan berjumpa seorang kakitangannya. Selepas mengetahui Sham ada di ruang atas studio, saya sediakan minuman untuknya dan ketika mahu menghantarnyaa, kakitangan berkenaan seakan menghalang saya. Kebetulan Sham mahu turun ke bawah dan dia yang terkejut melihat saya, lari lintang pukang naik atas semula.

Seminggu selepas itu, kakitangan itu berterus terang kepada saya memakluman ada seorang wanita ketika itu bersama Sham. Wanita itu didakwa masih bersuami dan mempunyai dua anak. Kami bergaduh besar dan saya terus balik ke kampung. Dia cerita kepada orang saya ingkar dan keluar rumah tanpa izin. Seingat saya, jika keluar rumahpun hanya ke rumah mentua atau balik kampung saja.

Jangan kita tertipu dengan penampilan alim yang penuh dusta. Wasatiyyah iaitu kesederhanaan lah yang terbaik. Penghijrahan terutama artis perlu diselidiki kesahihannya. Cukup-cukuplah kita ditipu oleh beberapa orang artis yang kononnya berhijrah namun penuh dengan agenda peribadi yang tak ketahuan. - PO

6 comments:

  1. Jangan tokok tambah. Farazila cuma kata ex dia tinggalkn tepi high way, dia berteduh dlm terowong yg banyak jarum penagih dadah bukan penagih dadah. Kasihan farazila, harap admin tak tokok tambah apa dia kata.

    ReplyDelete
  2. yang dah sudah tu sudah..jangan diperbesarkan lagi..ingat lah setiap satu-satu kejadian tu ALLAH yang maha mengetahui..jangan dok jaja aib orang lain..islam tak mengajar begitu..yang islam ajar Redha..lagi kita Redha lagi dekat ALLAH dengan kita.

    ReplyDelete
  3. Dengan Nama Allah

    Peringatan kepada Kaum Adam .... berhati hati lah jika nak suntik perempuan yang bernama Farazila AJ sebagai calon isteri kerana sila rujuk di bawah ini ( Kenapa nak cerita kisah peribadi .. ) Di takuti akan berulang lagi ucapan Farazila AJ ini jika si suami kurang ilmu Allah

    7 Tanda-tanda awal isteri derhaka kepada suami -

    1) Menghina atau mengumpat suami
    Bersifat amanah iaitu menjaga maruah diri sendiri sebagai isteri dan menjaga maruah suami terutama di dalam perkara-perkara rahsia peribadi dan rumah tangga. Isteri ialah orang yang paling hampir kepada suami yang tahu segala kekurangan dan kelemahan suaminya. Membuka rahsia suami atau menyebarkannya akan menjejaskan kewibawaan suami, sekali gus menggugat keTerdapat harmonian rumah tangga kerana suami telah hilang kepercayaan terhadap isteri. Jika membuka rahsia suami dianggap menjejaskan kewibawaan suami, apatah lagi menghina atau mengumpat suami.
    2 - Mengherdik dan menceritakan kelemahan serta kekurangan suami pada orang lain
    Rasulullah saw bersabda :
    Tiada faedah yang paling baik diperoleh seorang mukmin (suami yang beriman) selepas bertaqwa kepada Allah azza wa jalla selain isteri yang solehah.
    3 - Isteri keluar rumah tanpa kebenaran suami
    4 - Isteri mendoakan kecelakaan buat suami
    5 - Membenci kegemaran suami
    Mengakui dan menerima kenyataan bahawa suami adalah ketua di dalam kepimpinan keluarga sesebuah rumah tangga. Tiada siapapun yang menyangkal bahawa suami telah diberikan kelebihan satu darjah daripada isteri. Satu kurniaan Allaw swt yang meletakkan suami bertanggungjawab menjaga serta mengawal keselamatan dan kesejahteraan perjalanan hidup keluarganya di dunia dan akhirat serta suami wajib memberi nafkah isteri dan anak-anaknya. Sememangnya ada ketika dan masa kita rasa kehendak kita sebagai isteri tidak dipenuhi sewajarnya. Namun yang demikian itu tidak bermakna kita dengan sewenang-wenangnya berhak menafikan kesukaan atau kegemaran si suami.Sila rujuk Surah An Nisa ayat baris 34
    6 - Menjadi tekanan kepada suami
    7 - Mengungkit-ungkit janji suami
    Redha dan bersyukurklah dengan setiap pemberian suami. Sesungguhnya itulah nikmat dan rezeki yang terbaik bagi isteri.
    Sabda Rasulullah saw :
    "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita. Rasullullah saw ditanya: "Mengapa demikian ya Rasulullah?" Baginda menjawab: "Wanita mengkufurkan suaminya dan mangkufurkan ihsannya. Jikalau engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum merasa berpuas hati dan merasa cukup."
    (Riwayat al-Bukhari)
    Dalam hadis yang lain Rasulullah saw bersabda dan bermaksud :
    "Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri daripada kaum wanita." Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka: "Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?" Baginda menjawab : "Tidak, mereka ini ialah mereka yang menggunakan lidah menyakiti hati suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya."
    (Riwayat Muslim)

    ReplyDelete
  4. malu juga ada isteri sebegini.. mendedahkan keabaian suami sendiri.. malang..

    ReplyDelete
  5. Rahsia Pancutkan Isteri Tersebar !!

    ‘Mantap Bro’ - This Is What Women Really Want !!
    Kenikmatannya Terasa Hingga Ke Subuh !!
    KLIK HERE !!

    ReplyDelete