Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Wednesday, 11 December 2013

Rosmah Bukti Ada Menteri Tak Buat Kerja?!

Keaktifan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dalam persada politik bukan untuk menggantikan peranan Kabinet.

Timbalan Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa (MPN), Profesor Dr Jayum Jawan berkata apa yang dilakukan Rosmah adalah sekadar membantu serta mewakili suami dalam perkara tertentu.



Menurutnya, menteri Kabinet tidak perlu terasa hati dengan tindakan isteri pemimpin nombor satu negara itu.

"Saya lihat apa yang dia lakukan bukan untuk menggantikan peranan menteri, tapi beliau hanya mahu membantu atau mewakili tugas suaminya.

"Menteri jangan kecil hati," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Jayum juga berkata, usaha Rosmah dalam kebajikan masyarakat juga adalah perkara yang baik untuk membantu masyarakat dalam peranannya.

Semalam, bekas Ketua Pengarang Kumpulan News Straits Times Press (NSTP), Datuk A. Kadir Jasin hari ini menggesa Datuk Seri Najib Razak mengkaji semula peranan menteri-menteri Kabinet selain melantik Datin Seri Rosmah Mansor sebagai menteri.

Katanya, melalui pelantikan itu, tiada pihak yang boleh membantah campur tangan Rosmah atau menuduh Najib dan anggota Kabinet menyalahgunakan kuasa dengan membenarkan penggunaan kemudahan kerajaan.

“Saya dah berbuih mulut mencadangkan agar Rosmah masuk politik dan dilantik menjadi menteri. Malah ke jawatan Perdana Menteri jika mendapat kepercayaan rakyat jelata.

“Walaupun pilihan raya umum telah berlalu, Najib dan penyokong Rosmah masih boleh melakukannya dengan melantik beliau sebagai senator dan seterusnya menteri. Jawatan yang sesuai bagi beliau ialah Menteri Tugas-Tugas Khas,” katanya dalam tulisan di blognya bertajuk “PAU 2013: Antara Cinta dan Jasa”.

Suhubungan itu, apabila diminta mengulas mengenai tulisan A.Kadir itu, Jayum berkata, perkara itu tidak perlu ditulis.

Dalam pada itu, Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, Rosmah tidak perlu untuk memegang mana-mana jawatan dalam Kabinet kerana beliau mempunyai peranan yang tersendiri.

Katanya, kehadiran Rosmah dalam banyak majlis tertentu adalah salah satu peranannya sebagai isteri kepada pemimpin nombor satu negara.

"Rosmah ada peranannya yang tersendiri. Dia sebagai isteri Najib akan memberi semangat kepada Najib," ujarnya.

Selain itu, Azizuddin juga berkata untuk melantik Rosmah menjadi salah seorang menteri di Kabinet adalah tidak sesuai.

"Kita tak ada tradisi macam itu, nanti wujud pula Kabinet mengamalkan nepotisme," katanya lagi.- Sinar

2 comments:

  1. Sdr Elya mohon masuk:

    I LOVE PM.I LOVE PM .I LOVE PM.PM LOVE LOVE LOVE RM.
    Tahniah kapada Ah jib Gor Gong.
    Pelupor lifestyle Bangsawan jadi kutan IBDiLah dan KJ. .
    Bapak Liberal moderate inklusive worldview transformaci blue ocean strategy the best is yet to come endless possibilities high income nation Truly Asia 1M4U Bapak Sekolah Vernakular.
    Tahniah.
    Puji RM kerana PM ada lah suami FLOM.
    Shahidan dan Jamil khir puji FLOM di majlis resmi dan Parlimen.
    High income nation sendiri bolih lah.
    16,000,000 orang melayu tak ada peluang High Income.
    Marah MB Selangor,tapi tak marah CM Penang Multi Tongsan tongkang Turun Cinabeng.
    UMNO budayakan ampu ampu sana sini.
    PM anggap PAU sebagai sendiri punya harta.sendiri punya roadshow sendiri punya reality show,Selebrity undangan FLOM---RM.
    Bangsawan.
    Lifestyle ikutan belia 17 tahun mengikut KJ.
    Di hidangkan permata idola kecil fasbuk gajet hiburan menari untuk 365 hari -24 jam -7/11 dari pagi petang.
    Hebat lifestyle ah jib kj ibdillah.
    3.0 juta PATI/EXPAT sudah mengaku orang malaysia dan tak takut kapada penguatkuasa Malaysia.
    Malah penguatkuasa takut kpd pati/pendatang/expat.
    Lifetsyle yang di buru olih:
    Se ekor llithuania,se ekor bosnia,se ekor lebanon,600,000 bangla,.
    filipine,nepal.india,korea,jepun,nigeria,ghana,300,000 Iran,irak,kenya.1,300,000 Indon.Columbia,Venezuela.
    (Truly Asia) dan every one can fly AA TS TFFFFF.
    Kemaruk nya Ah Jib akan kepujian melangit.
    Hingga buat arrangement sendiri dapat AWARD -CULTURE OF PEACE OLIH GLOBAL PEACE AWARD.LAKONAN OLIH GLOBAL PEACE FOUNDATION- PENGERUSINI NYA----KAh KAh KAH TAN SRI ZALEHA ISMAIL !!!!!!
    Saifudin kalah temerloh new politik, akan award boss nya sendiri GLOBAL MOVEMENT OF MODERATES GREAT CHAIRMAN FOR LIFE !
    SUPREME CONQUEROR All BLUE OCEANS !
    GENERAL DECISION MAKER suami kapada MAJOR DECISION MAKER !
    Classic betul ajib gor gong,arah sendiri punya foundation bagi award sendiri ,tebal betul kulit Ah Jib, macam IDI amin,serupa Korean Utara KIM senior, punya GREAT LEADER !!!!
    Semua di persada world view akan puji Ajib GOR,kalau dapat ada mana NGO antarabangsa yang di biayai sendiri olih Ajib Gor Gong.
    FRIEND OF ISA
    Great Leader !
    Hero of PUTRAJAYA !
    BUILDER OF FELDA EMPIRE!
    SUPREME THINKER OF CONSULTANTS !
    DeaR LEADER Of MODERATES AND LIBERALS PEACE LOVERS!!!!!
    COMRADE OF TS Tony.
    SUPREME PILOT AA AAX.
    Hebat sungguh Visi 1M ah jib gor Great Leader KIM JUNIOR Korea Utara, malu wei Endless possibilities !
    Bangsawan Ah Jib Gor Gong,role model bangsawan 1M.
    Ah Jib Gor the English Anglopile Finance Minister.
    Sombong ,tidak mau kurangkan extravagant expenditure dan abuse of public tax payers monies saperti RM7.2 biillion bayaran kpd CONSULTANT.
    Anak murid Xi PRC konon.
    Maha Guru aH JIB GOR Gong .
    TAHNIAH ,mengara arah GLC dan skim pension beli harta tanah di ENGLAND - Ah jib gor gong dapat peluang pergi playground ENGLAND - Orang putih celup..
    Tahniah ah Jib Gor Gong,the best big spender award of Malaysia.(suka sendiri puji punya bangsawan) Ah Jib Gor Gong,twitt twitt twitt lebih sikit lagi lah, hebat sungguh,mengkagumkan gandingan anda berdua PM dan RM.
    Hebat betul.NOW EVERBODY CAN TWEEEET TWEEEET TWEEEET.
    TOLONG TWIT LEBIH SIKIT TWIT Lah.TWIIIIITTT seluroh 1M4U FasBuk. SEMUA followers 1M4U KJ IBdiliah Saifudeen- TWEEEEEEEt LeR.
    Kabinet Baru : Ada menteri Baru Untuk
    1.Menteri Keluargaan- RM
    2.Menteri Pelajaran- RM
    3.Menteri Hal Ehwal Luar Negeri-RM
    4.Menteri Kewangan- RM.
    5.Menteri Innovasi- RM.
    6.Dan lain lain kementerian.
    arjuna waspada
    changkat lobak

    ReplyDelete
  2. Ini kalilah betul betul kita ubah for GE14

    ReplyDelete