KALI ini menggunakan wang berbentuk RM1 pula. Drama bayar saman ke atas pelakon Rabecca Nur Islam (Becca) oleh pengarah drama Dejavu Di Kinabalu nampaknya tak ada kesudahan.
Sebelum ini Erma membayar wang tuntutan Becca yang berjumlah RM11, 200 menggunakan wang syiling 5 sen dan senaskhah al-Quran.
Becca yang tidak berpuas hati dengan bayaran mengunakan syiling 5 sen telah memulangkan duit itu.
Namun Erma nampaknya tidak mahu mengalah dalam isu ini membayar kembali kepada Becca dengan menggunakan wang RM1 pula.
Becca menerusi Instagram miliknya bagaimanapun mengucapkan terima kasih kepada Erma.
"... tidak mengapa jika cara itu dapat boleh memuaskan si hati insan bernama Fatimah Rahmad.
"Terima kasih yang tak terhingga kepada Puan Fatimah Rahmad, ALLAH SWT sahaja yang dapat membalas kebaikan mahupun keburukan," tulis Becca di laman sosial miliknya.
Untuk rekod, saman itu adalah kerana kegagalan pihak produksi melunaskan baki bayaran untuk drama Dejavu Di Kinabalu yang dibintangi Becca.Kes itu yang dibawa ke mahkamah kemudiannya memihak kepada Becca dan Erma diarah untuk membayar baki berjumlah RM11, 200.-sinarharian
Jangan hina orang.. apakah akhlak kita tu bagus sangat hingga dah tahu cara melunasi saman adalah bercanggah dengan peraturan dan undang-undang... tapi itu yang dibuat??? dengan alasan padan dan setaraf dengan akhlak si penyaman???? mahkamah dunia dan kalah.... mahkamah akhirat belum tentu.... tapi kalau benar kita bersalah.. pohonlah maaf kerana itulah akhlak yang paling mulia...lepas itu baikilah diri!...Insya Allah. Jangan ego kerana sifat ego itu adalah sifat yang tidak diredhai Allah.
ReplyDelete