Selepas beberapa tahun menjalin hubungan cinta penuh ‘drama’, pelakon Fizz Fairuz, 34, mengesahkan dia akan menikahi Almy Nadia, 28 tahun.
Majlis pernikahan akan diadakan pada 30 Mei nanti, manakala majlis resepsi bakal berlangsung di Hotel Vistana, Pulau Pinang keesokan harinya, memetik Harian Metro.
“Persiapan sedang rancak dijalankan sekarang ini dan sudah 70 peratus siap di mana selain di Pulau Pinang, pada Jun nanti majlis sebelah saya pula diadakan di Raub, Pahang,” jelas Fizz.
Pelakon itu juga memberitahu wang hantaran yang bakal diterima oleh Almy nanti berjumlah RM20,000. Mereka turut merancang untuk berbulan madu di Maldives usai segala majlis nanti.Sebelum ini, Fizz pernah mencetuskan kontroversi apabila bertunang dengan isteri orang awal tahun lalu.
Ia sekaligus menyebabkan hubungannya dengan Almy putus sebelum kedua-duanya berbaik semula dan kembali bercinta sehingga kini.
I harapkan segalanya dipermudahkan untuk Fizz dan Almy.Peminat pun pasti tak sabar melihat kedua-duanya bergelar suami-isteri selepas bercinta begitu lama yang mengundang pelbagai spekulasi.
Anyway..Selamat menempuh alam perkahwinan..hu hu hu
No comments:
Post a Comment