Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Sunday 23 February 2014

Tiga lori tangki air tentera atas arahan H2O @HishammuddinH2O


Sebanyak tiga lori tangki air tentera dihantar ke Balakong bagi menangani krisis air di beberapa kawasan perumahan dekat sini.

Pegawai penyelaras, Mejar (B) Abdul Rahim Mohd Amin berkata bantuan itu diagihkan kepada 20 kawasan perumahan membabitkan 35,000 penduduk. 

“Tangki berkenaan akan ditempatkan di Taman Impian Ihsan Balakong sehingga keadaan pulih. 

“Seramai 20 anggota tentera ditempatkan di kawasan berkenaan bagi membantu kawasan yang terjejas. Ini lebih kepada usaha dalam membantu pihak SYABAS (Syarikat Bekalan Air Selangor) membekalkan air kepada penduduk di sekitar Selangor,” katanya ketika ditemui BH di sini, sebentar tadi. 

Semalam, SYABAS menghantar 12 tangki air di kawasan perumahan sekitar Balakong apabila musim kemarau menyebabkan paras air mentah di kawasan takungan turun. - BH


Terima kasih kepada menteri pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein kerana prihatin dengan masalah rakyat Selangor pada ketika ini.seperti mana yang kita ketahui masalah air ini adalah berpunca akibat musim kemarau yang berpanjangan.

Dengan bantuan tiga lori tangki air ini dapat lah membantu sedikit sebanyak rakyat selangor bagi menjalani aktiviti seharian. Sikap membantu rakyat dengan kadar segera ini perlulah dicontohi oleh semua pihak bagi tujuan kesejahteraan rakyat...

Pray 4 Selangor..peace~!!

3 comments:

  1. Mana nak cari bro, minum mandi rakyatpun Menteri jaga. Tahniahlah Menteri Pertahanan. Ini baru betul. Tak payah cakap banyak, buat je kerja.

    ReplyDelete
  2. Nak tergelakpun ada. Askar tolong hantar air. Tapi korang bayangkan kalau nak minum tak ada air. OKlah DS Hishamuddin ni. Orang lain tak terfikir nak buat benda gini, kan.

    ReplyDelete
  3. Inilah antara kelebihan tentera kita. Bersedia berkhidmat di mana sahaja tenaga mereka diperlukan.

    ReplyDelete