Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mengisytiharkan dividen dan bonus 16 peratus berjumlah RM818.2 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember lalu.
Pembayaran yang meningkat 7.8 peratus berbanding RM759.3 juta pada 2012 itu merangkumi dividen sebanyak tujuh peratus, satu peratus bonus dan lapan peratus bonus khas dalam bentuk unit amanah saham untuk anggota yang aktif.
Purata kadar dividen dan bonus tahunan dibayar dalam tempoh 41 tahun lalu ialah 11.2 peratus setahun.
LTAT dalam satu kenyataan dikeluarkan, memaklumkan meraih pendapatan RM966.5 juta pada tahun kewangan lalu, tertinggi sejak ia ditubuhkan 41 tahun lalu.
Pendapatan itu juga adalah 19.1 peratus lebih tinggi berbanding RM811.6 juta yang dicatat pada tahun sebelumnya.
Ia turut mengumumkan jumlah aset LTAT meningkat sebanyak 5.8 peratus kepada RM9.1 bilion sehingga 31 Disember 2013, berbanding RM8.6 bilion pada tahun sebelumnya, manakala caruman ahli direkodkan sebanyak RM8.3 bilion berbanding RM7.8 bilion pada 2012.
Mengulas perkembangan itu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata pertumbuhan konsisten LTAT dari segi pencapaian kewangannya jelas mencerminkan komitmen pengurusan dana itu kepada pelanggan iaitu anggota tentera yang sedang berkhidmat.
Pulangan atasi jangkaan
“Berdasarkan rekod pencapaian dan prestasi luar biasanya dalam tempoh 41 tahun lalu, LTAT berjaya mengatasi jangkaan dengan menjana pulangan kukuh. Hasilnya ialah bayaran dividen dan bonus yang lebih tinggi, selain pelbagai inisiatif bantuan kewangan dan tanggungjawab korporat untuk ahli,” kata Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Kekuatan LTAT, katanya, terletak pada kesungguhannya memainkan peranan sejajar usaha kerajaan untuk mencapai status negara maju.
“Menerusi pencapaian kukuh, kami yakin LTAT akan terus berusaha menambah baik faedah kepada pencarumnya dan mengekalkan atau mencapai pulangan lebih tinggi,” katanya.
Bagi tahun kewangan lalu juga, LTAT sudah membayar RM827.4 juta kepada 6,169 ahli yang menamatkan perkhidmatan dan RM14.2 juta kepada 2,073 ahli yang layak untuk membeli kediaman atau tanah di bawah Skim Pengeluaran Perumahan. Selain itu, RM6 juta turut dibayar kepada 237 ahli di bawah Skim Manfaat Kematian dan Kehilangan Upaya dengan RM4.8 juta kepada 195 tanggungan ahli yang meninggal dunia, manakala RM1.2 juta kepada 42 ahli sebagai manfaat hilang upaya. Syukur Alhamdulillah...
INFO: Pecahan dividen, bonus
- 7 peratus dividen
- 1 peratus bonus
- 8 peratus bonus khas (dalam bentuk unit amanah saham untuk ahli yang aktif)
Alhamdulillah. Terima kasih Datuk Seri. Memang banyak nak pakai duit sekarang ni. Anak belajar ramai...
ReplyDeleteLTAT diurustakbir dengan baik. Tidak ada isu yang timbul. Tahniah kepada Menteri Pertahanan kerana kepimpinan beliau memacu pencapaian ini. Aku harap bekas tentera dan tentera terus menyokong apa jua langkah untuk kebaikan bersama.
ReplyDeleteInilah yang sebaik baiknya . Kerajaan nyata berterima kasih atas pengorbanan tentera.
ReplyDeleteBerita baik untuk bekas tentera dan keluarga mereka. Inilah faedah menabung dan menyimpan
ReplyDeleteTerima kasih. Tabung LAT juga ada banyak bantuan untuk ahli yang ada masalah. Sakit, anak nak belajar dan sebagainya
ReplyDelete