Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Wednesday 18 September 2013

Pemuda UMNO Gopeng Serius Mahu Merampas DUN Sg Rapat!!

Satu persatu musibah melanda Umno Gopeng. Pastinya ia adalah satu proses yang cukup mematangkan pemuda umno Gopeng. Dengan bermula masalah Ketua Pemudanya yang tidak pernah hadir ke mesyuarat bahagian sehinggalah Barisan Nasional gagal didalam kesemua kerusi Dun dan Parlimen Gopeng dalam pilihanraya yang baru lalu.

Namun nampaknya sudah ada satu sinar yang menerangkan kepimpinan pemuda dimana satu pasukan anak muda Gopeng yang diketuai oleh saudara Mohd Adli Tahirudin mahu melakukan satu transformasi kepada pemuda umno gopeng.

Saudara Adli amat dikenali di gopeng kerana khidmat yang diberikannya kepada BN sewaktu pilihanraya yang lalu. Malah beliau juga sudah lama berkhidmat untuk umno seawal Dun Sg Rapat mula mula diwujudkan untuk umno.

Ramai yang masih ingat dimana saudara Adli pernah bertanding pada penggal lepas sebagai calon Ketua pemuda namun tewas dengan tipis. Namun yang menghairankan pemuda gopeng selepas itu ialah bagaimana saudara Adli masih lagi terus menerus menaburkan khidmat kepada umno gopeng walaupun tidak mempunyai sebarang jawatan di peringkat bahagian. Malah beliau sanggup berulang alik dari KL ke Gopeng walaupun hanya untuk menghadiri program peringkat cawangan sahaja.

Dan yang lebih memilukan hati penyokong penyokongnya ialah dimana keupayaan dan kebolehan saudara Adli hanya diperakui oleh orang luar perak dimana Saudara Adli diambil untuk berkhidmat kepada seorang menteri yang berasal dari Johor.


Selanjutnya Klik Disini

No comments:

Post a Comment