Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Wednesday, 27 March 2013

Jejaki Individu Salur Wang Ke Jolo

Tanda tanya mengenai siapakah dalang di sebalik tragedi pencerobohan berdarah di Sabah semakin terungkai apabila Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan berlaku aktiviti penyaluran wang kepada kumpulan pengganas Kiram di Pulau Jolo, Selatan Filipina.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis sedang mengesan beberapa individu di Semporna dan Sandakan yang terlibat mengirim wang bagi membiayai dan membantu pengganas tersebut.

Beliau berkata, kegiatan individu yang disifatkan sebagai pengkhianat negara itu sedang dipantau rapi dan tangkapan akan dilakukan apabila tiba masanya nanti.

No comments:

Post a Comment