Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Friday 15 February 2013

Kasino Dalam Ladang Tumpas


 
 
Mohd Adnan (dua, kiri) menunjukkan peralatan dirampas selepas polis menyerbu pusat aktiviti perjudian dalam ladang kelapa sawit di Ijok, kelmarin.


SHAH ALAM - Meskipun hanya menggunakan khemah, pusat perjudian yang beroperasi sejak sebulan lalu di ladang kelapa sawit di Ijok tetap mendapat sambutan luar biasa kaki judi.

Difahamkan, ladang kelapa sawit yang terletak satu kilometer dari jalan Kuala Selangor-Ijok itu tidak ubah seperti kasino eksklusif selepas jam 9 malam.

Lebih memeranjatkan, apabila kasino itu turut menjadi tumpuan  ahli perniagaan serata Selangor dan Kuala Lumpur untuk  'melabur'malah ada yang berhabis puluhan ribu ringgit pada satu malam semata-mata mahu mendapatkan keuntungan mudah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, dalam serbuan jam 11 malam kelmarin, 13 lelaki termasuk seorang penganjur berusia 31 tahun ditahan.

“Nilai pertaruhan serendah RM50 dan boleh mencecah RM500 setiap cip,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, semalam.

Mohd Adnan berkata, dalam serbuan itu, polis merampas wang tunai RM21,200 dan peralatan judi seperti 314 keping cip, dadu, piring serta mangkuk.

Katanya, bagi mengelak dikenakan tindakan, penganjur pusat perjudian ini turut mengupah individu tertentu memantau  pergerakan polis menyebabkan tujuh pelanggan sempat melarikan diri.

Pihaknya percaya aktiviti perjudian ini dianjurkan sempena Tahun Baru Cina dan berterusan sehingga Chap Goh Mei.

Katanya, semua suspek ditahan reman sehingga esok mengikut Seksyen 7 (2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

No comments:

Post a Comment