Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Sunday 21 April 2013

#PRU13: Tanding Sesama Sendiri Bukti Pembangkang Tak Sepakat - Hisham


Pertembungan antara Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Parlimen Labuan dan enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang sama membuktikan pakatan pembangkang tidak sepakat dan hanya tamakan kuasa.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, perpecahan dalam kalangan pakatan pembangkang itu jelas apabila mereka tidak menemui jalan penyelesaian sehingga hari penamaan calon semalam.

"Saya yakin dengan apa yang telah berlaku semalam iaitu pertembungan sesama sendiri antara PKR dan Pas, ia membuktikan tentang kerakusan, ketamakan dan keegoan pembangkang untuk diri sendiri dan bukan dalam satu pakatan.

"Perpecahan dalam kalangan pakatan pembangkang bukan setakat itu, sebaliknya turut berlaku dalam DAP apabila ramai bekas wakil rakyatnya bertindak bertanding atas tikat Bebas di kawasan tertentu selepas kecewa dengan pucuk pimpinan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Wakil Pusat Daerah Mengundi (PDM) Cawangan Taman Puteri di Kampung Pekan Gajah, di sini hari ini yang turut dihadiri calon BN bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Paloh, Teoh Yap Kun dan DUN Kahang, R. Vidyanathan.

No comments:

Post a Comment